The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulh2970, 2022-01-24 21:21:21

TUGAS DAN JD PPK.pptx

TUGAS DAN JD PPK.pptx

TUGASAN
DAN

DESKRIPSI TUGAS
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

MODUL PENINGKATAN PPK TAHAP 1 (SIRI 1)

Disediakan oleh: SR SUWARNIE &
SR WAN NUR ASIKIN

PENCERAMAH :

TARIKH: 26 JANUARI HINGGA 27 JANUARI 2022

PENGENALAN

1. Tugas dan tanggungjawab PPK telah dikaji semula pada tahun 1998
berikutan pengswastaan 5 perkhidmatan di hospital-hospital iaitu :
- Perkhidmatan dobi
- Perkhidmatan sisa klinikal
- Bio-medical Engineering
- Perkhidmatan kejuruteraan hospital
- Perkhidmatan kebersihan dan landscape

PENGENALAN

2. Tugas-tugas baru yang diperkenalkan kepada PPK berikutan
penjumudan beberapa jawatan auksiliari iaitu :
- Pembantu Hospital Rendah
- Penolong Jururawat
- Bidan
- Pembantu Teknologi Makmal Perubatan
- Juru Proses X-Ray

PENGENALAN

3. Tugas-tugas tersebut dijangka bersesuaian dengan
kemajuan bidang perubatan, kelayakan masuk dan
pembangunan kerjaya PPK pada masa hadapan dengan
intensif yang lebih baik dan menarik.

OBJEKTIF

1. Memberi maklumat mengenai tugas dan tanggungjawab Pembantu
Perawatan Kesihatan dalam aspek pengurusan, klinikal, latihan,
dokumentasi dan penyelidikan.

2. Memastikan tugas-tugas baru bersesuaian dengan kemajuan bidang
perubatan, kelayakan kemasukkan penjawatan sebagai
Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembangunan kerjaya
berlandaskan kemajuan teknologi perubatan akan datang.

OBJEKTIF

3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang konsisten merujuk
senarai tugas yang telah disediakan.
4. Menjadi garis panduan dan sumber rujukan dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab di lapangan.
5. Menjelaskan pembahagian tugas yang lebih spesifik mengikut
gred dan tempat bertugas.

TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN

Membantu ketua jabatan dan jururawat
melaksanakan tugas-tugas asas bagi
memastikan operasi kelancaran aktiviti

perawatan di unit sempurna.

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab membantu melaksanakan
tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit,
penyediaan peralatan, mengambil dan merekod

data pesakit dan tugas-tugas lain yang
seumpamanya.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Tugas Am
(a) Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor.
(b) Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit.
(c) Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya.
(d) Membersihkan mangkuk dan talam selepas pesakit makan.
(e) Memberi dan membersihkan bekas-bekas najis yang digunakan oleh pesakit.
(f) Menghantar bekas-bekas ubat dan memungut ubat-ubatan dari farmasi

SAMBUNGAN

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Tugas Am
g) Mengutip contoh spesimen dan menghantar ke Makmal Kaji Penyakit (Makmal Patologi).

(h) Mengiringi pesakit untuk rawatan/rujukan/siasatan seperti ke jabatan/unit
kepakaran/pengimejan, fisioterapi dan lain-lain.

(i) Menghantar mayat ke bilik/rumah mayat.

(j) Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat
dan boleh digunakan.

(k) Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan.

SAMBUNGAN

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Tugas Am

(l) Menjalankan tugas-tugas despatch.

(m) Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan
ubat.

(n) Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan
sebagainya

SAMBUNGAN

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

Tugas Am

(o) Memastikan keselamatan dan kebersihan wad/unit/jabatan tempat bertugas.

(p) Melaksanakan tugas-tugas dalam pengendalian kematian (last office).

(q) Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit
(menemani pesakit).

Tugas Khusus

(a) Memberi orientasi kepada pesakit yang baru dimasukkan ke wad.

(b) Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu
badan,pernafasan dan nadi pesakit.

(c) Memberikan rawatan pemakanan melalui tiub di bawah pengawasan
pembantu perubatan/jururawat.

SAMBUNGAN

Tugas Khusus

(d) Melakukan sponging ke atas pesakit apabila diarah oleh Pembantu
Perubatan/Jururawat.

(e) Membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut.

(f) Mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah.

(g) Membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit.

SAMBUNGAN

Tugas Khusus

(h) Mengangkat dan mengubah kedudukan pesakit.

(i) Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti:
 Memasang alat-alat pernafasan (ventilators).
 Memasang alat suction.
 Menukar tangki gas oksigen yang kosong.

SAMBUNGAN

Tugas Khusus

(j) Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti:
 Menyediakan keperluan dan peralatan intravena.
 Mengepam ambu bag.
 Memberi oksigen - nasal dan mask.
 Melakukan suction.
 Melakukan Kardiopulmonari Resussitasi Asas.

(k) Membuat dressing yang mudah

SAMBUNGAN

Tugas Khusus

(l) Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel dengan betul dan menghantar
ke makmal.

(m) Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian - concurrent and terminal
infection di mana perlu.

(n) Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang
sisa-sisa klinikal mengikut protokol.

(o) Membantu dalam program pendidikan kesihatan pesakit.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version