The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IMSORUP, 2021-09-12 10:21:33

BAPA KEMERDEKAAN

SRRI DEVI VICKNESWARAN

BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

Tunku Abdul Rahman

SRRI DEVI A/P VICKNESWARAN
SJKT CANTUMAN CHAAH, CHAAH, JOHOR

PENDAHULUAN

Buku Skrap Sejarah ini memberikan pengalaman dan kemahiran kepada saya. Saya
berharap akan dapat menghayati Sejarah secara empati untuk membentuk jati firi
yang mantap dan memiliki pemikiran yang lebih terbuka.

Saya sangat gembira kerana dapat membuat buku skrap ini. Semasa
membuat buku skrap ini, saya dapat mengenang balik jasa tokoh-tokoh
kemerdekaan di Malaysia yang telah bertungkus-lumus untuk mendapat kebebasan
dari penjajah.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan
pernghargaan buat ibu bapa tercinta, selaku tulang belakangsaya yang banyak
membantu dalam menyiapkan buku skrap digital ini. Tidak lupa juga abang saya,
Karthikeyan yang tidak putus-putus memberi semangat serta informai penting
untuk dimuatkan dalam helaian buku skrap digital ini. Akhir sekali, ucapan terima
kasih yang tidak terhingga buat guru sejarah saya, Pn. Lachumi yang memberi
peluang kepada saya untuk membuat buku skrap digital ini.

BIODATA PELAJAR

NAMA : SRRI DEVI A/P VICKNESWARAN
11 TAHUN
UMUR : 06 JUN 2010
SJKT CANTUMAN CHAAH, CHAAH,
TARIKH LAHIR: JOHOR.
MEMBACA BUKU CERITA,
SEKOLAH : MEMBUAT KRAF TANGAN
GURU
HOBI :

CITA-CITA :

Tunku Abdul Rahman

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan
putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda
kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang
dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya
Maha Kota, Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.

• Ini bermakna Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Tunku tinggal di
Istana Kota Lama yang dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama timangan Tunku ialah ‘Awang’ yang
disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas manakala Ayahandanya memanggil beliau
dengan nama ‘Putra’. Beliau Putera Raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang
besar jumlahnya, tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah
menentukannya menjadi menjadi pemimpin rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu tidak
berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

• Pada usianya enam tahun belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star dan kemudian sekolah
Government English School. Pada tahun 1913, ketika Tunku berusia sepuluh tahun, bondanya
menghantarnya ke Bangkok untuk tinggal bersama-sama kakanda sulungnya Tunku Yusuf yang sedang
bertugas disitu. Beliau telah dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan
menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School.
Semasa usia Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut
pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England.

• Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang Melayu yang
pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat Ijazah
Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1926 beliau
pulang ke Tanah Melayu tetapi empat bulan kemudian, kakandanya Tunku Ibrahim, Raja Muda Kedah
ketika itu menghantarnya kembali ke England untuk melanjutkan pelajaran undang-undangnya di Inner
Temple bagi membolehkan beliau mendapat kelayakan menjadi peguam atau majistret. Malangnya Tunku
tidak dapat menumpukan minatnya dalam undang-undang dan gagal mendapatkan sebarang kelayakan
dan pulang ke tanahair lima tahun selepas itu.

• Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan seorang gadis Cina yang memeluk agama Islam dan mengambil
nama Meriam. Mereka dikurniakan dua orang anak, Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.

Rasionalisasi Pemilihan Tunku

• Saya memilih Tunku kerana sikapnya yang adil, tanpa
mengira kaum ataupun agama.

• Beliau telah mula memupuk tentang kerjasama
antara semua kaum demi kesejahteraan negara.

Kelebihan Tunku

 Dalam bidang sukan, Tunku bertanggugjawab menghidupkan semangat kesukanan dalam negara. Beliau
adalah pengasas Pesta Bola Merdeka yang begitu popular dan disambut baik oleh negara-negar lain di Asia.
Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia.
Beliau sendiri sangat suka bermain bola di waktu mudanya, dan sebelum merdeka pernah menjadi Presiden
Persatuan Bolasepak Melayu dan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor.

 Pendeknya Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk memimpin manusia dalam keadaan yang
mencabar seperti di Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya ataupun petah
bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara ini di celah liku-liku perkauman yang menghendaki
kebijaksanaan dan kesabaran yang bukan sedikit.Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya
memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang yang mendampinginya.

Jasa dan Sumbangan Tunku

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Negara.
• Beliau memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan

Negara daripada belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada
1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.
• Beliau juga telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia
dengan membentuk strategi pembangunan jangka panjang bagi
tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama
(1956-1960) dan Rancangan Malaysia Kedua (1961-1965).
• Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena
antarabangsa dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)
pada 1961 yang kini dikenali sebagai ASEAN.

• Memandangkan Tuanku sendiri seorang
peguam, jasa besar yang di lakukannya seperti
melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1956), Dasar Kebudayaan dan memperkenalkan
Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67)

PENUTUP

Kemerdekaan negara yang dicapai
pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh
para pemimpin yang berwibawa. Sikap
bekerjasama dan sentiasa mengutamakan
perundingan dan kata sepakat telah menjadi
pendekatan terbaik mereka dimana
kemerdekaan negara yang dicapai.

Sebagai rakyat, kita seharusnya
perlu berusaha mengisi kemerdekaan yang
telah diperjuangkan oleh generasi
lalu.Dengan usaha gigih sahaja kita dapat
meletakkan Malaysia sebagai negara yang
benar-benar merdeka dan berdaulat.

Saya anak Malaysia dan saya bangga menjadi anak Malaysia.


Click to View FlipBook Version