The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernapudding3, 2021-10-09 07:50:08

Perkembangan Kemahiran Sosioemosi kanak-kanak

kk Dr Hanifah-converted

Pendahuluan

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut
Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat
atau kemasyarakatan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sosial membawa maksud
kepada segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan
(Nur Amira Ismail & Suhaiza Shuib, Perkembangan sosioemosi, 2012)

Perkembangan sosial adalah merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Proses ini melibatkan proses cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan
perhubungan sosial.

Perkataan emosi pula adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang
bermaksud “untuk keluar”. Emosi adalah merupakan satu perasaan afektif yang dialami oleh
seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Selain
daripada itu, emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang ditonjol keluar sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi.

` Perkembangan emosi merangkumi kemampuan individu untuk mengenali,
mengekspresikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap
orang lain.

Perkembangan sosio-emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan
kemahiran sosial yang matang.penguasaan kemahiran ini membolehkan kanak-kanak
mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan
bermasyarakat.

Faktor perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak

Melalui pembentukan dasar pendidikan di Malaysia, dapat dilihat dengan jelas bahawa
matlamat pendidikan prasekolah di Negara kita adalah satu rancangan untuk meletakkan satu
batu asas kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Tujuannya adalag untuk menyuburkan
lagi potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu di mana ianya sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara (Siti Affizah Mohammad, zaharah Osman, Azian Niza Abdul Aziz, 2021).

Pendidikan prasekolah seharusnya merangkumi perkembangan yang menyeluruh
menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan berkesan. Menurut Shahida et al. (2012),
kurikulum pendidikan Negara amar menitik beratkan perkembangan bahasa dan komunikasi,
perkembangan kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal, kreativiti, estetika dan perkembangan
kognitif dalam proses pembelajaran prasekolah. Kewujudan kesemua domain ini jelas
menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan pembangunan perwatakan yang psotif
dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah (Siti Affizah Mohammad, zaharah Osman,
Azian Niza Abdul Aziz, 2021).

Perkembangan sosioemosi yang tidak sejahtera boleh menyebabkan masalah tingkah
laku di kalangan kanak-kanak. Mereka akan sering menunjukkan tingkah laku yang tidak
terkawal, tekanan dan kemurungan kerana mereka menghadapi masalah untuk mengawal dan
mengurus emosi dengan baik (Mohamad Albareet al, 2019). Terdapat beberapa aktiviti yang
boleh guru lakukan untuk perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.

1. Aktiviti untuk kanak-kanak 0-2 tahun

Bagi kanak-kanak yang berusia 0 hingga 2 tahun, jenis permainan yang sesuai buat
mereka adalah permainan solitari / individu. Permainan solitari ini adalah dalam situasi di mana
kanak-kanak bermain seorang diri contohnya dengan memasukkan barang ke dalam mulut,
mencapai dan mengutip serta menggenggam dengan menggunakan tangan bermain sendiri
dengan menggunakan permainan seperti rattle.

Kanak-kanak pada usia ini juga sering belajar dan melakukan kesalahan, meniru gaya
permainan kanak-kanak lain atau orang dewasa, melihat kanak-kanak lain bermain tetapi tidak
mengambil bahagian dalam permainan tersebut dan suka bermain dengan orang dewasa.
Selain daripada itu, kanak-kanak yang berusia 2 tahun sesuai bermain dengan jenis permainan
spectator iaitu situasi di mana kanak-kanak menonton atau melihat kanak-kanak lain bermain
Contoh aktiviti yang dilaksanakan untuk perkembangan emosi iaitu Cermin Diri

Aktiviti: Cermin Diri

Aktiviti Cermin diri ini dilakukan dengan cara meminta kanak-kanak berhadapan dengan
cermin dan melihat diri mereka di cermin. Melalui aktviti ini kanak-kanak dengan bantuan guru
akan menyebut anggota badan yang terlhat dalam cermin. Contohnya guru menyebut hidung

sambil menyentuh hidung sendiri. Kemudian kanak-kanak mengikut gaya guru iaitu menyentuh
bahagian hidung juga. Selain daripada itu, kanak-kanak juga belajar membuat mimik muka
seperti senyum, marah, gembira dan takut.

Bahan – bahan aktiviti :
1. Cermin
2. Gambar mimik muka
3. Radio

Implikasi aktiviti :
Kanak-kanak dapat belajar mengenal ekpspresi emosi sendiri dan juga rakan-rakan.

Contoh gambar aktiviti Cermin Diri:

2. Aktiviti untuk kanak-kanak 3-4 tahun
Aktiviti : Permainan Puzzle
Mengambil gambar muka ketika gembira, sedih dan marah serta takut di laman internet

kemudian cetak gambar tersebut lalu potongkan gambar-gamabr tersebut untuk dicantumkan
kemudiannya.

Kanak-kanak akan mencantumkan gambar-gambar tersebut berdasarkan arahan yang
diberi. Contohnya guru meletakkan gambar orang sedang ketawa, kemudian kanak-kanak
mencatumkan kepingan gambar yang dipotong tadi untuk membentuk sebuah gambar orang
yang sedang ketawa.

Bahan-bahan:
1. Koleksi gambar mimik muka
2. Gunting
3. Kertas saiz A4
4. Mesin pencetak
5. Gam
6. Kad manila

Implikasi aktiviti :
Perkembangan fizikal:

1. Meningkatkan perkembangan motor halus
Perkembangan sosial :

1. Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya
2. Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanak-kanak
3. Kanak-kanak belajar bagaimana untuke menyelesaikan masalah dalam kumpulan

masing-masing apabila berlaku sesuatu perkara.
Perkembangan emosi :

1. Kanak-kanak belajar mengawal emosi ketika bermain.
2. Kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan permainan akan merasa gembira dan

ketawa. Manakala kanak-kanak yang tidak berjaya menyelesaikan permainan akan
merasa kecewa dan menunjukkan wajah yang sedih.
Perkembangan kognitif :
1. Kanak-kanak perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah
2. Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak

Contoh gambar main puzzle:

3. Aktiviti untuk kanak-kanak usia 5-6 tahun :
Aktiviti : Main Peranan (Sang Belalang yang pemalas)

Main peranan adalah merupakan satu aktiviti dalam pengajaran yang memberi perluang
kepada kanak-kanak untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi
tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif kanak-
kanak dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan
murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

Tajuk main peranan yang dibawakan oleh kanak-kanak adalah kisah Sang belalang
yang pemalas. Di mana terdapat seekor belalang yang pemalas. Sikapnya itu ditegur oleh sang
semut yang menyuruhnya untuk mengumpul makanan kerana musim sejuk akan bermula. Akan
tetapi sang belalang tidak menghiraukan nasihat tersebut dan apabila musim sejuk bermula,
sang belalang kehabisan makanan dan mati kerana kelaparan.

Kaedah / simulasi :
Kaedah dilakukan secara berkumpulan yang berorientasikan proses, iaitu kanak-kanak

berlakon atau mengsimulasikan situasi dalam kehidupan yang sebenar. Ia juga merupakan
suatu situasi yang melibatkan kanak-kanak memegang satu peranan sama ada sebagai dirinya
sendiri ataupun menjadi individu yang lain.

Cara perlaksanaannya adalah guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada
orang di persekitaran, kanak-kanak cerita rakyat, drama atau filem yang pernah ditonton serta
berdasarkan gambar. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi
seseorang yang lain iaitu yang berlainan dari dirinya sendiri. Untuk aktiviti main peranan yang
diplih adalah bertajuk Sang Belalang yang pemalas.

Guru memberikan peranan kepada kanak-kanak untuk membawa watak-watak yang
terdapat dalam cerita sang belalang yang pemalas.

Bahan-bahan:
1. Kostum Semut
2. Kostum belalang
3. Model makanan
4. Kipas

Implikasi aktiviti :
Perkembangan fizikal:

1. Meningkatkan perkembangan motor kasar dan halus

Perkembangan sosial :
1. Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya
2. Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanak-kanak

Perkembangan emosi :
1. Kanak-kanak dapat menunjukkan atau ekspresikan emosi melalui watak yang diberikan.

Perkembangan kognitif :
1. Kanak-kanak perlu berfikir tentang bagaimana untuk memegang watak seekor semut
dan belalang.
2. Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak

Contoh gambar main peranan

Rujukan
Nur amira ismail & Suhaiza Shuib, September 2012,

Perkembangan sosio-emosi dan tingkah laku kanak-kanak
Siti Affizah Mohammad, zaharah Osman, Azian Niza Abdul Aziz, 2021,

Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak melalui aktiviti main peranan dalam
pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.
Michelle Goh, The Asian Parent Singapore 2018,
Mengajar emosi kepada kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan


Click to View FlipBook Version