KAJIAN LAPANGAN
AMALAN KITAR SEMULA
DI TAMAN IMPIAN
HEIGHT , SKUDAI , JOHOR
BAHRU , JOHOR
NAMA : Aisyah Nur Damia Binti Zuhaizal
KELAS : 3 Sapphire
NAMA GURU : Puan Hanifah binti Jamaluddin
ISI KANDUNGAN Halaman
1
Bil . Kandungan 2
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Objektif Kerja Lapangan 5
4. Kawasan Kerja Lapangan
5. Kaedah Kerja Lapangan 6 – 10
6. Hasil Kerja Lapangan 11
7. Rumusan 12
8. Rujukan
9. Lampiran 13 - 23
PENGHARGAAN
Pertama sekali , saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail iaitu Encik Razali bin Tamadi kerana telah
memberi peluang dan galakan kepada saya untuk melaksanakan kerja
kajian lapangan ini .
Selain itu juga saya ingin berterima kasih kepada guru subjek
Geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah
membimbing saya sepanjang melaksanakan kerja kajian lapangan ini .
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua
ibu bapa saya , Encik Zuhaizal dan Puan Hanida dalam menolong
memberi sokongan dan menolong menjayakan projek ini .
Akhir sekali , saya mahu berterima kasih kepada rakan-rakan yang
sedia membantu iaitu Aisyah Qistina , Aleeya Batrisyia , Tharani dan
responden – responden yang mengambil bahagian.
PENDAHULUAN
Saya Aisyah Nur Damia dari kelas 3 Sapphire telah menjalankan kajian
ini bagi memenuhi keperluan kerja kajian lapangan Geografi Tingkatan
3 tahun 2021 . Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan amalan
kitar semula di suatu kawasan kejiranan iaitu Taman Impian Height ,
Skudai , Johor Bahru , Johor dan mendapatkan data dari penduduk
taman tentang kegiatan kitar semula ini .
Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kajian
lapangan ini ialah 4 minggu . Saya telah menggunakan tempoh 2
minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan 2 minggu yang
seterusnya untuk proses pendokumentasian .
Saya telah menjalankan kajian ini secara individu . Saya bekerja
keras dalam mencari data dan maklumat bagi menyiapkan kerja kajian
lapangan ini . Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh
untuk menulis laporan lengkap dan membuat dokumentasi .
OBJEKTIF KERJA LAPANGAN
Melalui kajian lapangan di kawasan Taman Impian Height ini ,
saya ingin :
i. mengkaji dan mengumpul data tentang amalan kitar semula
ii. mengkaji kekerapan amalan kitar semula
iii. mengkaji jenis atau contoh aktiviti kitar semula yang dilakukan .
iv. mengkaji tentang impak dan kesan amalan kitar
v. mengkaji usaha untuk mengajak masyarakat mengamalkan
kebersihan dan amalan kitar semula dalam kehidupan.
vi. mengkaji kesan positif amalan kitar semula
vii. Mengkaji kesan negative tidak melakukan amalan kitar semula
KAWASAN KERJA LAPANGAN
Kawasan tersebut merupakan satu kawasan perumahan . Taman
Impian Heights merupakan kawasan tanah pamah yang terletak di
Skudai , Johor Bahru . Jarak yang diambil dari Taman Impian Heights ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail adalah sebanyak 15 km .
Darjah ketersampaian yang tinggi di kawasan perumahan
membolehkan penggunaan jalan raya tanpa had dan penggunaan
kepelbagaian kemudahan seperti kedai runcit , taman rekreasi dan
bengkel kereta digunakan .
KAEDAH KAJIAN LAPANGAN
Kaedah pemerhatian . Ia dibuat dengan memerhati persekitaran
di sekeliling taman perumahan dan mengambil gambar sebagai
bukti dan analisis untuk dokumentasi kajian lapangan .
Kaedah temu bual . Saya akan menemu bual seorang penduduk
taman perumahan untuk mendapatkan data dan info tentang
amalan kitar semula yang sering dilakukan dan menggunakannya
dalam analisis data saya .
Kaedah soal selidik . Saya akan mengedarkan 15 borang soal
selidik kepada penduduk di dalam kejiranan ini untuk diisi dengan
jawapan yang dikehendaki agar analisis data dapat dibuat .
Kaedah rujukan . Saya telah membuat rujukan menggunakan
internet dan juga beberapa buku rujukan selain buku teks untuk
mendapatkan isi bagi membuat kajian lapangan .
HASIL KAJIAN LAPANGAN
Maksud amalan mengikut Kamus Dewan Pustaka Bahasa adalah
sesuatu yang dilakukan sebagai sesuatu kebiasaan . Kitar semula pula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
menghasilkan keluaran yang baharu atau sama .
Terdapat tiga jenis elemen kitar semula di dalam buku Geografi
tingkatan 3 yang dipanggil sebagai 3R iaitu reuse , recycle and reduce .
Reuse bermaksud penggunaan semula barangan secara berulang kali
untuk mengurangkan penghasilan sisa . Recycle pula bermaksud
amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan
produk yang sama atau baharu . Akhir sekali , reduce pula adalah
mengurangkan penggunaan sumber semula jadi .
Konsep amalan kitar semula ini merupakan antara konsep yang
digunakan untuk mengurangkan bahan buangan , mengurangkan
penggunaan bahan mentah baru , mengurangkan penggunaan tenaga ,
mengurangkan pencemaran udara , mengurangkan pencemaran air dan
mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau untuk memelihara ruang
hidup kita agar lebih bagus .
Kesan Negatif tidak melakukan kitar semula .
pencemaran bau
Pusat pelupusan sampah yang tidak diurus akan menyebabkan
pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi
sampah berlaku. Oleh itu , kawasan perumahan atau kawasan yang
banyak digunakan orang ramai akan berbau busuk . Ini akan
menimbulkan rasa tidak selesa kepada mereka .
pembaziran sumber banyak berlaku
Apabila kita kerap membuang bahan plastik , kayu dan kaca ini . Aktiviti
seperti menebang pokok , mencairkan plastic dan pembuatan kaca dari
pasir akan menjadi lebih banyak . Ini boleh menyebabkan pembaziran
sumber dan pengurangan sumber untuk masa yang akan datang
berlaku . Selain itu , sumber yang berkualiti baik juga akan berkurang
dan susah untuk dijumpai .
menjejaskan kesihatan
Ini adalah perkara yang kerap berlaku jika kita terdedah akan kawasan
yang kotor . Ini kerana , bahan – bahan kimia di dalam udara yang kotor
itu boleh menjejaskan deria baud an juga pernafasan kita . Oleh itu ,
kita boleh mendapat banyak penyakit yang berkaitan dengan jantung ,
hati atau laluan pernafasan .
Kesan Positif melakukan Kitar Semula
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan dibuang ke
tempat yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak
berada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan
keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini demikian
kerana longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan
pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan
lipas..
menjimatkan kos perbelanjaan pelupusan sampah .
Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha menyelenggara tapak
pelupusan sampah yang makin meningkat. Oleh itu, caj untuk
pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan
ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju yang lain . Fakta ada
menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk
dilupuskan. Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan
plastik yang menggunakan petroleum yang dijumpai melalui hasil cari
gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku
perkara yang tidak diingini kepada hidupan akuatik.
kepupusan sumber alam dapat dielakkan
Pohon pokok yang matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan
kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat perlulah mengguna semula
barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah
fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang baru dan boleh memberi
manfaat
Jadual kesan positif amalan kitar semula terhadap persekitaran di
kawasan kejiranan
KESAN POSITIF JUMLAH
7
Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih
segar 10
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti 3
riadah di luar rumah 5
Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak
dapat dilupus dan diasingkan
Graf yang dibuat ingin menunjukkan bahawa kesan positif yang
tertinggi boleh dilihat oleh penduduk taman apabila amalan kitar
semula sering dibuat adalah bau busuk di sekitar rumah semakin
berkurangan sebanyak 10 undian , diikuti dengan udara sekeliling
semakin segar dengan 7 undian , mengurangkan pengumpulan sampah
yang tidak dapat dilupus dengan 5 undian dan akhir sekali lebih ramai
penduduk melakukan aktiviti riadah di luar rumah dengan 3 undian .
Usaha – Usaha yang Boleh Dibuat Agar Amalan Kitar Semula
Meningkat
gotong-royong bersama jiran tetangga
Apabila gotong-royong dibuat masalah pencemaran yang berlaku
sekurang – kurangnya di kawasan kejiranan kita dapat diatasi dengan
lebih efektif . Dengan itu , kebersihan dari aspek kawasan persekitaran
dan kebersihan udara dapat dijaga .
membuat kempen tentang kitar semula
Menarik minat masyarakat luar untuk bersama – sama memajukan
negara dalam sesuatu topik seperti topik amalan kitar semula ini adalah
sesuatu yang paling banyak dibuat . Mengajar kelebihan dan kesan kitar
semula ini kepada mereka dapat membuat mereka ingin tahu lagi
tentang aktiviti kitar semula ini . Oleh itu , peluang masyarakat
melakukan aktiviti kitar semula ini pada akhir hari meningkat .
menguatkuasakan undang – undang
Penguatkuasaan undang – undang dapat membuatkan penjenayah
yang membuat jenayah dalam kategori penjagaan alam sekitar ini lebih
berhati – hati . Contohnya , penguatkuasaan undang – undang kepada
orang yang membuang sampah merata – rata sama ada dalam kuantiti
yang banyak atau kuantiti yang sedikit . Oleh yang demikian , aktiviti
yang bertentangan dengan aktiviti kitar semula ini dapat dikurangkan .
RUMUSAN
Sesungguhnya, kajian lapangan ini telah memberikan banyak maklumat
yang boleh dijadikan pengajaran . Melalui kajian ini, saya telah
mengetahui tentang jenis – jenis kegiatan kitar semula yang dijalankan
di kawasan perumahan . Kajian ini juga memberi saya maklumat
tentang impak – impak atau kesan daripada amalan kitar semula itu
terhadap persekitaran dan masyarakat perumahan .
Saya telah mengalami pengalaman yang amat berguna dalam
pembelajaran Geografi dan aktiviti ini dengan menggunakan pelbagai
kaedah dalam usaha mendapatkan data dan maklumat berkaitan
dengan amalan kitar semula kawasan kajian saya. Maklumat-maklumat
yang saya dapati telah diproses dan dipersembahkan dalam bentuk
grafik seperti jadual dan graf bar seperti yang telah diajar oleh guru .
Jika dibandingkan dengan kawasan - kawasan yang kurang bernasib
baik , kawasan tempat tinggal saya adalah jauh lebih bertuah kerana
mempunyai penduduk yang mengamalkan amalan kitar semula yang
amat baik , kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni .
Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang kita ada
dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mencemarkan
persekitaran dan menjaganya dengan baik . Kawasan tempat tinggal
yang sempurna mencerminkan sifat penduduknya .
RUJUKAN
BUKU
Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman , Rajini Gaury Muthusamy & Pau
Anak Utek ( 2018 ) Geografi Tingkatan 3 KSSM . Bandar Baru Uda :
IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.
Ahmad Nizam Hj Zam , Hazami Hussin , Mohd Aris Othman ,
Nurizzati Alias , Soon Wai Yong & Yong Liew Hsin ( 2018 )
Masterclass PT3 Geografi Tingkatan 1.2.3 KSSM . Petaling Jaya :
Sasbadi SDN. BHD
INTERNET
http://alamblogr.blogspot.com/2015/10/kegagalan-kitar-semula-
impak-kepada.html
https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic
https://www.scribd.com/embeds/416133732/content?start_page
=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
https://www.scribd.com/embeds/90985208/content?start_page=
1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
LAMPIRAN
Kawasan tepi jalan tidak mempunyai sampah
Membahagikan jenis sampah dalam plastik yang berbeza untuk
memudahkan proses kitar semula
Plastik sampah disusun di luar dengan tersusun apabila dikutip
Penggunaan beg kitar semula dan tidak diperbuat daripada
plastik
Menemu bual responden secara atas talian
DIALOG
Penemuduga : Assalammualaikum Cik .
Responden : Waalaikummussalam .
Penemuduga : Bolehkah saya menemu duga anda pada pagi ini ?
Responden : Boleh . cik mahu bertanya tentang apa ?
Penemuduga : Saya ingin bertanya tentang amalan kitar semula di
kawasan kejiranan ini . Soalan yang pertama , bolehkah cik nyatakan
nama , umur dan alamat tempat tinggal cik ?
Responden : Boleh , nama saya Yasmin binti Adnan berumur 53 tahun
dan tinggal di rumah No 8 , Jalan Seri Impian 10 .
Penemuduga : Soalan seterusnya , adakah Cik Yasmin mengamalkan
amalan kitar semula di dalam keluarga ?
Responden : Ya , saya telah mengajar keluarga saya untuk melakukan
amalan kitar semula seperti menggunakan sehelai kertas dengan
sepenuhnya , menggunakan beg kitar semula dan juga mengasingkan
bahan buangan kertas dan plastik .
Penemuduga : Wah! bagusnya . Adakah amalan kitar semula ini
membawa apa -apa perubahan kepada keluarga cik ?
Responden : Ya , saya telah melihat beberapa perubahan . Antaranya
adalah sisa buangan yang terdapat di dalam rumah saya telah
berkurangan . Selain itu juga , kawasan di dalam dan luar rumah saya
menjadi lebih bersih .
Penemuduga : Oh begitu , pada pendapat cik jika semua penduduk di
kawasan perumahan ini mengamalkan amalan kitar semula ini , adakah
perubahan yang besar akan berlaku .
Responden : Pada pendapat saya , jika kitar semula diamalkan , ia akan
membuatkan perubahan yang besar terutamanya pada aspek
kebersihan dan kesegaran di kawasan perumahan ini .
Penemuduga : Baiklah , terima kasih atas kerjasama cik untuk temu
duga ini .
Responden : Sama – sama .
SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
Nama : David Lee Umur : 21 tahun
Alamat : No 9 , Jalan Seri Impian 3 , Taman impian Height , Skudai
1. Apakah bahan buangan yang banyak digunakan oleh anda ?
( tandakan 2 )
Tin aluminium
o Kaca
o Kertas
Plastik
2. Kegiatan amalan kitar semula yang sering dilakukan .
( tandakan 2 )
o membawa beg membeli belah sendiri apabila membeli
barang
mencetak gambar pada kertas pada kedua-dua belah muka
surat
menggunakan semula plastik membeli belah yang diperoleh
o mengasingkan bahan buangan mengikut tiga jenis bahan
iaitu kaca , plastik dan kertas
3. Kesan positif kitar semula yang anda dapat lihat .
( tandakan 2 )
o Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih segar
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti riadah di
luar rumah
o Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak dapat
dilupus dan diasingkan
SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
Nama : Muhammad Hilmi bin Razak Umur : 16 tahun
Alamat : No 6 , Jalan Seri Impian 13 , Taman Impian Height , Skudai
1. Apakah bahan buangan yang banyak digunakan oleh anda ?
( tandakan 2 )
o Tin aluminium
o Kaca
Kertas
Plastik
2. Kegiatan amalan kitar semula yang sering dilakukan .
( tandakan 2 )
o membawa beg membeli belah sendiri apabila membeli
barang
mencetak gambar pada kertas pada kedua-dua belah muka
surat
menggunakan semula plastik membeli belah yang diperoleh
o mengasingkan bahan buangan mengikut tiga jenis bahan
iaitu kaca , plastik dan kertas
3. Kesan positif kitar semula yang anda dapat lihat .
( tandakan 2 )
Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih segar
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
o Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti riadah di
luar rumah
o Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak dapat
dilupus dan diasingkan
SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
Nama : Archanaa A/P Murugam Umur : 15 tahun
Alamat : No 11 , Jalan Seri Impian 1 , Taman Impian Height , Skudai
1. Apakah bahan buangan yang banyak digunakan oleh anda ?
( tandakan 2 )
o Tin aluminium
o Kaca
Kertas
Plastik
2. Kegiatan amalan kitar semula yang sering dilakukan .
( tandakan 2 )
o membawa beg membeli belah sendiri apabila membeli
barang
mencetak gambar pada kertas pada kedua-dua belah muka
surat
o menggunakan semula plastik membeli belah yang diperoleh
mengasingkan bahan buangan mengikut tiga jenis bahan
iaitu kaca , plastik dan kertas
3. Kesan positif kitar semula yang anda dapat lihat .
( tandakan 2 )
Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih segar
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
o Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti riadah di
luar rumah
o Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak dapat
dilupus dan diasingkan
SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
Nama : Muhamad Umar bin Fauzi Umur : 13 tahun
Alamat : No 3 , Jalan Seri Impian 14 , Taman Impian Height , Skudai
1. Apakah bahan buangan yang banyak digunakan oleh anda ?
( tandakan 2 )
Tin aluminium
o Kaca
o Kertas
Plastik
2. Kegiatan amalan kitar semula yang sering dilakukan .
( tandakan 2 )
o membawa beg membeli belah sendiri apabila membeli
barang
mencetak gambar pada kertas pada kedua-dua belah muka
surat
menggunakan semula plastik membeli belah yang diperoleh
o mengasingkan bahan buangan mengikut tiga jenis bahan
iaitu kaca , plastik dan kertas
3. Kesan positif kitar semula yang anda dapat lihat .
( tandakan 2 )
o Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih segar
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti riadah di
luar rumah
o Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak dapat
dilupus dan diasingkan
SOAL SELIDIK KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI
Nama : Hanif bin Katmin Umur : 30 tahun
Alamat : No 2 , Jalan Seri Impian 14 , Taman Impian Height , Skudai
1. Apakah bahan buangan yang banyak digunakan oleh anda ?
( tandakan 2 )
o Tin aluminium
o Kaca
Kertas
Plastik
2. Kegiatan amalan kitar semula yang sering dilakukan .
( tandakan 2 )
membawa beg membeli belah sendiri apabila membeli
barang
mencetak gambar pada kertas pada kedua-dua belah muka
surat
o menggunakan semula plastik membeli belah yang diperoleh
o mengasingkan bahan buangan mengikut tiga jenis bahan
iaitu kaca , plastik dan kertas
3. Kesan positif kitar semula yang anda dapat lihat .
( tandakan 2 )
Udara di perkarangan kejiranan menjadi lebih segar
Bau busuk di sekitar rumah semakin berkurangan
o Lebih ramai penduduk kejiranan melakukan aktiviti riadah di
luar rumah
o Mengurangkan pengumpulan sampah yang tidak dapat
dilupus dan diasingkan