SMK SERI PANCHING
KM 5 JALAN PANCHING, 26010 KUANTAN
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN KUALITI
GURU-GURU BAHASA INGGERIS
TAHUN 2022
ANJURAN:
BIDANG BAHASA
bersama
PANITIA BAHASA INGGERIS
TARIKH: 22 JULAI 2022
HARI: JUMAAT
MASA: 2:30 PETANG – 5:30 PETANG
TEMPAT: SMART CLASSROOM,
SMK SERI PANCHING
1.0 PENGENALAN
Dalam usaha memantapkan professionalisme perguruan, guru-guru harus didedahkan dengan
suatu program yag menjurus kepada pemantapan dan percambahan ilmu pengetahuan. Ini adalah
untuk memastikan guru sentiasa bersedia dan seiringan dengan peredaran semasa dalam
penyampaian kaedah dan teknik yang berkesan kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran.
Selain daripada jasmani, emosi, rohani dan sosial, intelek dan akademik juga merupakan suatu
ukuran besar dalam menentukan standard kedudukan dan prestasi sesebuah sekolah. Menyedari
bahawa bidang akademik merupakan tumpuan utama pengukuran kejayaan sesebuah sekolah dan
bagi meningkatkan prestasi agar lebih memberangsangkan, satu pendekatan harus dirancang bagi
merealisasikan setiap warga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Panching. Justeru, Program
Pembangunan Kualiti Guru-guru Bahasa Inggeris telah dirangka bukan sahaja sebagai PLC untuk
guru-guru malah ia perlu dijalankan bagi memantapkan professionalisme perguruan dan sekaligus
untuk meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini.
2.0 RASIONAL
2.1 Memantapkan professionalisme guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah ini.
2.2 Menganjak minda para guru demi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar.
2.3 Menganjak minda para guru supaya mempunyai semangat kegigihan, tidak mudah putus
asa serta dapat memahirkan diri dengan teknik mengajar yang betul.
2.4 Memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Inggeris perihal pentingnya teknik
pengajaran dan pembelajaran yang betul, mudah dan tepat yang akan menjadi titik tolak
kecemerlangan pelajar-pelajar.
3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan guru-guru Bahasa Inggeris yang mempunyai keazaman yang kukuh untuk
mencapai tahap kecemerlangan pelajar-pelajar.
3.2 Membuka minda para guru bagi menggabung jalinkan segala kemahiran yang diperolehi
sebagai persediaan ke arah pengajaran dan pembelajaran yang optima.
3.3 Menyediakan keadaan guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Menanamkan sikap kesedaran kepada guru-guru Bahasa Inggeris akan kepentingan teknik
pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memantapkan kebolehan guru-guru Bahasa Inggeris untuk menghasilkan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik.
4.2 Membantu guru-guru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
non-threatening.
4.3 Membimbing guru-guru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik minat pelajar-pelajar.
4.4 Membimbing guru-guru untuk menghasilkan proses pembelajaran yang bermakna.
4.5 Membantu guru-guru untuk menggunakan kemahiran IT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
4.6 Melatih guru-guru untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 3 orang guru Bahasa Inggeris (option)
5.2 3 orang guru Bahasa Inggeris (non-option)
6.0 TARIKH PROGRAM
22 Julai 2022 (Jumaat)
7.0 JANGKAMASA
2.30 petang hingga 5.30 petang
8.0 TEMPAT PROGRAM
Smart Classroom, SMK Seri Panching
9.0 PENYELIAAN
9.1 Ketua Bidang Bahasa
9.2 AJK program
10.0 JEMPUTAN
Pihak sekolah berbesar hati menjemput Puan Puteri Azilah binti Abdul Aziz. Beliau adalah SISC+
Pegawai Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Pahang selaku penceramah
program ini.
11.0 PELAKSANAAN PROGRAM
11.1 Mesyuarat dan perbincangan
11.2 Penulisan kertas kerja
11.3 Pembahagian tugas
11.4 Pelaksanaan program – ceramah dan bengkel
12.0 SUMBER KEWANGAN
12.1 Sumber kewangan daripada PIBG
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Belanja Jumlah Jumlah Besar
Bil. Perkara RM 56.00 RM 56.00
1 Persegaran 8 x RM7.00
Minum petang (per kepala) RM 200.00 RM 200.00
2 Bayaran kepada RM 200.00
Penceramah
JUMLAH KESELURUHAN RM 256.00
14.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : DATIN NOORISAH BINTI MUHAMMAD
Timbalan Pengerusi : ENCIK BADRUDDIN BIN SHUKOR
Setiausaha : PUAN NORAFINA A. AHMAD
Bendahari : PUAN HIDAYATI BT ABD RAHIM
JAWATAN KUASA PELAKSANA
BIL AHLI JK NAMA BIDANG TUGAS
1 AJK Encik Mohd Faisal bin Ab Salam 1. Mempersiapkan tempat
Persiapan program di Smart Classroom
Tempat dan 2. Menyediakan projector,
Bahan laptop, wifi, microphone dan
speaker
3. Menyediakan bahan
bengkel seperti kertas
mahjong dan marker
2 AJK Jamuan Puan Rosilawati binti Abd Rahim 1. Menguruskan
makanan dan minuman
sepanjang program
3 AJK Puan Nurul Syamira binti Md. Teni 1. Merakamkan gambar
Dokumentasi 2. Membuat laporan
dan Gambar program
4 AJK Puan Rubiah binti Md Hanifah 1. Menguruskan
Cenderahati cenderahati dan sijil kepada
/ Sijil penceramah
5 AJK Puan Hidayati binti Rahim 1. Menaip dan
mengedarkan surat jemputan
Jemputan kepada penceramah.
dan Surat
Menyurat
15.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH: 22 JULAI 2022
HARI: JUMAAT
MASA: 2.30 PETANG – 5.30 PETANG
TARIKH MASA AKTIVITI PENGLIBATAN
22 JULAI 2.30 PETANG • Ucapan alu-aluan oleh Guru-guru
2022 Pengetua, SMK Seri Panching Bahasa
Inggeris
(JUMAAT) • Program bermula
5.30 PETANG • Majlis penutup
• Minum petang
• Bersurai
16.0 PENILAIAN KURSUS guru
Kejayaan kursus ini dinilai dari :
16.1 Kelancaran perjalanan kursus melalui penyertaan dan kerjasama antara guru-
sekolah.
16.2 Maklum balas dari ahli jawatankuasa yang terlibat.
17.0 PENUTUP
Besar harapan semoga Program Pembangunan Kualiti Guru-guru Bahasa Inggeris ini dapat
dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif seperti yang diinginkan. Di samping itu,
ia juga diharapkan dapat memantapkan lagi kemahiran sedia ada guru-guru Bahasa Inggeris.
Semoga program yang dijayakan bersama ini akan mendapat keberkatan dan hidayah dari
Allah S.W.T
Disediakan oleh: Disemak oleh:
...................................................... ................................................. )
( NORAFINA A. AHMAD ) ( EN BADRUDDIN BIN SHUKOR
Setiausaha Program, GPK Pentadbiran,
SMK Seri Panching, SMK Seri Panching,
26010 Kuantan, 26010 Kuantan,
Pahang. Pahang.
Disahkan oleh:
............................................................
( DATIN NOORISAH BINTI MUHAMMAD )
Pengetua,
SMK Seri Panching,
26010 Kuantan, Pahang.