The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

Kompilasi Keputusan Fatwa Dari Tahun 2015-2017

Jabatan Mufti Negeri Perlis

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

KOMPILASI

KEPUTUSAN
FATWA

dari tahun 2015-2017



KOMPILASI

KEPUTUSAN FATWA
dari tahun 2015-2017

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

KOMPILASI

KEPUTUSAN FATWA

dari tahun 2015-2017

©2017, Jabatan Mufti Negeri Perlis
Cetakan Kedua 2018

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau selainnya sebelum mendapat izin bertulis
daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Atur Huruf & Rekabentuk

PGF PRINT
No 102, Persiaran Wawasan,
Batu Hampar, Seriab,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 012-588 9421 / 012-474 3077
Email : [email protected]

Diterbitkan oleh:

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-9794428, Fax : 04-9763844

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2016

2015 26
01. Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa
28
Berlainan Agama 30
02. Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (Yaqazah) 31
03. Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah 32
04. Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis
05. Fatwa Zikir Menari

2016

01. Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

(ASB) 34

02. Fatwa Zakat Emas Perhiasan 37

03. Fatwa Berkaitan Ahbash 38

04. Fatwa Pencemaran Alam Sekitar 40

05. Hukum Penjualan Produk Menggunakan

Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan

Komersial 41

06. Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan

Di Negeri Perlis 43

07. Hukum Bertabarruk Dengan Kesan Tinggalan

Nabi SAW 45

08. Hukum Berkaitan Vaksin 47

09. Hukum Isteri Meninggalkan Rumah Suami

Disebabkan Ancaman 48

10. Hukum Forex Trading Online 49

11. Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur

Yang Lain Di atas Sesuatu Keperluan 51

12. Pengurusan Harta Luqatah 52

13. Hukum Taklik Talak Tiga 53

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2017

2017

01. Hukum Pemberian Zakat Kepada bukan Muslim 56

02. Hukum Khitan Anak Perempuan 57

03. Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan

Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia 58

04. Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk

Pembinaan Masjid 59

05. Rayuan Permohonan Merobohkan Masjid

Al-Hakim Padang Malau 60

06. Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada

Saudara Baharu 61

07. Hukum Program Perkongsian Susu Ibu

Di Hospital 63

08. Hukum Zakat KWSP 65

09. Jamak Solat Di Masjid Kerana Bencana Alam 66

10. Mengkhususkan Bacaan Surah al-Kahf

Pada Hari Jumaat 67

11. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 69

12. Hukum Pelaksanaan Istibdal Ke Atas Tanah

Wakaf Kubur Lot 3508 GM 1814 Mukim Utan Aji

Perlis 70

13. Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah

Lot 1443 Gm 980 Mengkuang Layar Barat 71

14. Maksud Perkataan “Bermasautin” 72

2015

7

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015
22-23 April 2015
3-4 Rejab 1436H

HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA
BERLAINAN AGAMA

Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka
memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai berdasarkan
kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada
sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut
perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (syafaqah).
Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim
bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak.
Perinciannya adalah seperti berikut:
1. Anak Di Bawah Tempoh Susuan
i. Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadanah
diserahkan kepada ibu.
ii. Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah diserahkan
kepada sesiapa yang lebih dapat memberi syafaqah yang boleh
dirujuk kepada latar kedua-dua pihak dan pilihan anak.
2. Anak Melepasi Tempoh Susuan
i. Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumayyiz,
maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat
memberikan syafaqah
yang boleh dirujuk kepada latar belakang
kedua-dua belah pihak.

8

ii. Jika anak telah mumayyiz maka dia berhak membuat pilihannya.
Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa
mudharat kepada kehidupan dunianya.
3. Tanggungjawab Memperkenalkan Islam
Ibu atau bapa yang muslim wajib dan berhak memperkenalkan
Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak
hadanah. Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak
hendaklah diberikan kepadanya.

9

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015
22-23 April 2015
3-4 Rejab 1436H

DAKWAAN MELIHAT NABI SECARA JAGA
(YAQAZAH)

Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama
ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda
SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku
kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir,
seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka.
Demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien.

Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan
yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi,
Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi.
Begitu juga al-Qusyairi.

Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara
jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama
dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam
kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai
versi yang berbeza-beza.

Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati),
ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang
mendakwa dengan hanya gambaran nabi ( ) dan berbagai
lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang
tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami
oleh sesetengah pihak.

10

Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah ) juga
terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu
kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah.
Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi
mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara’ seperti
pegangan akidah, hukum-hakam syariat dan penilaian hadis
adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan
tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga
adalah tidak berasas.

11

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015
22-23 April 2015
3-4 Rejab 1436H

PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FI
SABILILLAH

Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan
kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama
Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap
Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan
itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad
yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah
jihad, kerana telah menyalahi konsep dan disiplin peperangan di
dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di
medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak
dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa
memburukkan nama agama Islam.
Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-
Qaeda bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang
membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama
peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa
keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan
al-Qaeda tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam
dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.

12

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015
22-23 April 2015
3-4 Rejab 1436H

HUKUM PELABURAN WANG ZAKAT
NEGERI PERLIS

Hukum asal pelaburan zakat tidak diharuskan. Bagaimanapun,
sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada
semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada
lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas
maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
1. Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan
pengawasan syari’ah yang berotoriti.
2. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari
institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
3. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan
khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh
syari’ah.
4. MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap
pelaburan.

13

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-19/2015
24-25 Ogos 2015
9-10 Zulkaedah 1436H

FATWA ZIKIR MENARI

Menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas
syara’ dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. Hal ini tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir
hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyu’ dan tenang.
Nas-nas yang cuba digunakan untuk membolehkan perbuatan
menari dengan tujuan berzikir seperti takwilan terhadap ayat 191
surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul
beberapa Sahabah Nabi SAW dan lain-lain, adalah:
a) Ditafsirkan secara salah, atau
b) Riwayat itu tidak sahih, atau
c) Pendalilan di luar konteks.
Adapun zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syara’
seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya
adalah sesuatu yang terpuji.
Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari
untuk berzikir sebagai satu ibadat, dengan zikir semasa melakukan
aktiviti kehidupan.
Adapun menari untuk berzikir secara khusus mendekatkan diri
kepada Allah adalah dilarang syara’. Sementara berzikir semasa
melakukan aktiviti yang baik adalah sesuatu yang digalakkan.
Adapun tamayul (gerakan) yang berlaku secara spontan tanpa
diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran
dan lain-lain adalah tidak dilarang.

14

2016

15

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016
9-10 Jamadil Awwal 1437H

FATWA PELABURAN AMANAH SAHAM
BUMIPUTERA (ASB)

Setelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB
terbahagi kepada dua bahagian:
1. Fatwa Untuk Orang Ramai
Hasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam
negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak
kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik
pada masa ini untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai
ekonomi secara kolektif. Walau bagaimanapun, didapati setakat
ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur
antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit.
Setelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut:
a) Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut
menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan
pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan
menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).
b) Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB
bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang
dijalankan.

16

c) Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar.
Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak
ASB dianggap diluar pilihan pelabur.
Maka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang
disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai
pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah
dibolehkan.
Di samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah
mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh
syari’ah sepenuhnya.
Dalam masa yang sama pelabur ASB diwajibkan melakukan
pembersihan dengan cara mengeluarkan nisbah peratusan
daripada pulangan (dividen) yang haram berdasarkan maklumat
semasa dari pihak PNB11 .
Pembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-
pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan
pelabur.

1 Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan
peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur
setelah ditolak peratusan yang haram.

17

2. Fatwa Untuk PNB
Manakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di
tempat yang menyalahi syara’ seperti institusi-institusi riba tanpa
alasan syar’ie adalah haram dan wajib dihentikan.
Usaha ke arah patuh syari’ah secara sepenuhnya wajib
dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas
bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal.
Dalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal
sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para
pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari’ah untuk
membolehkan pelabur melakukan pembersihan.

18

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016
9-10 Jamadil Awwal 1437H

FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN

Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-
hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perlis memutuskan seperti berikut:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara
untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri
Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut:
i. Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang
dipakai atau emas yang disimpan ;
ii. Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ;
iii. Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram
emas dikenakan zakat.

19

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016
9-10 Jamadil Awwal 1437H

FATWA BERKAITAN AHBASH

Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara
manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau.
Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan
sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang
mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara
yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut:
Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-
Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran
Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghuluw) dalam
menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana
aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau
(ghuluw) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza.
Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan
memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka
telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah,
Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi,
al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi,
Sayyid Qutb dan selainnya.

20

Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa
seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab
Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr
Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan
itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran
Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat
dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat
Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang
dan disebarkan.

21

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016
9-10 Jamadil Awwal 1437H

FATWA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan
manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan
maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka Jawatankuasa
Fatwa Perlis dengan ini menyatakan:
Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi
kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia,
haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat
maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah
yang nyata.
Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-
apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan
kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan
dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha
bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh
agama dan merupakan amalan soleh.

22

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016
9-10 Jamadil Awwal 1437H

HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN
AYAT RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK
TUJUAN KOMERSIAL

1. Jampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit
atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang thabit
daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu
amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda.
2. Mengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan.
3. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu
yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan
kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk
keuntungan duniawi.
4. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah
kerana terdapat gharar (ketidakpastian) dalam proses jual beli
seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat.

23

5. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera
supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya
tidak di salahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak
tepat.
6. Jawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan
ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah
dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau
promosi.

24

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-22/2016
11 Jun 2016
6 Ramadan 1437H

GARIS PANDUAN ACARA PERSEMBAHAN HIBURAN DI
NEGERI PERLIS (KONSERT, LAKONAN, TARIAN
DAN SEUMPAMANYA)

Pada asalnya Persembahan Hiburan adalah Harus di dalam Islam.
Ia termasuk di dalam kehendak fitrah manusia yang dikurniakan
oleh Allah SWT. Namun, Acara Persembahan Hiburan itu BOLEH
menjadi haram jika ia mengandungi anasir yang bertentangan
dengan syarak. Justeru sesuatu Acara persembahan Hiburan
hendaklah memenuhi panduan-panduan berikut:
a) Hendaklah tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam
seperti memuja selain daripada Allah SWT, memburuk-burukkan
Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari
kiamat, dan mendorong kepada perlakuan zina dan maksiat.
b) Hendaklah tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah seperti
solat, puasa dan seumpamanya.
c) Hendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan
melampau yang merendahkan akhlak mulia insani.
d) Hendaklah bebas dari sebarang bentuk promosi & penggunaan
arak, dadah, pertaruhan judi dan semua yang menyalahi syarak.

25

e) Hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh
memecahbelahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan
nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu
atau awam.
f) Hendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang
wujud percampuran YANG MENYALAHI syarak antara lelaki dan
wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan.
g) Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan
minda seperti jenaka melampau (rujuk kepada perkara a, c dan d
di atas) dan sebagainya.
h) Hendaklah diadakan di tempat yang bersesuaian dengan acara
hiburan yang dianjurkan (perlu merujuk kepada pihak yang
berautoriti)
.
i) Hendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat
persembahan menutup aurat bagi yang muslim dan berpakaian
sopan bagi yang bukan muslim, tidak melakukan gerak badan
yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian
dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan
syahwat dalam kalangan pendengar atau penonton.
j) Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga
membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita ”ajnabi”
(asing).
k) Hendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar
Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat.

26

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016
3-4 Oktober 2016
2-3 Muharam 1438H

HUKUM BERTABARRUK DENGAN PENINGGALAN
NABI SAW

Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan
peninggalan Nabi SAW sama ada jasad Baginda atau barang
peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan
dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya
datang dari Allah SWT dan bukan daripada barang tersebut.
Namun keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk
upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas
alasan inilah ‘Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar
dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-
Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.
Walaupun begitu para ulama semasa telah membuat kajian dan
mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad
atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya
dengan bukti yang sahih.
Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang atau
seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan
peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah
perkara yang diada adakan dalam agama yang dilarang. Jika hal
ini dibiarkan maka berbagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal

27

akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan
seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan
membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan
mengambil keberkatan.
Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah
dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan,
bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma, pedang dan
seumpamanya adalah dibolehkan.

28

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016
3-4 Oktober 2016
2-3 Muharam 1438H

HUKUM BERKAITAN VAKSIN

Melindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan
merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa.
Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah
yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak
penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza,
meningococcal, cirit-birit dan lain-lain. Maka pengambilan vaksin
bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam
tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan.
Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga
membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa.
Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh
menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam
masyarakat merupakan satu lagi dosa.

29

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016
20-21 Rabiul Awwal 1438H

HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH SUAMI
DISEBABKAN ANCAMAN

Pada asalnya isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya
(Bait al-Zaujiyyah) iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri
yang disediakan oleh suami melainkan dengan izin suami. Ini
kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua
keluarga di mana isteri berada di bawah tanggungjawabnya.
Jika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan
suami tentulah peraturan rumahtangga tidak akan wujud dan
pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam
ertikata yang sebenar.
Namun begitu jika sekiranya isteri pada anggapan yang kuat,
merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya
berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak, tidak
mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika
terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar
sekalipun tanpa keizinan suami. Ini setelah isteri benar-benar
mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar
meninggalkan rumah suami.
Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab
menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah
yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat
izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat
menunaikan tanggungjawabnya.

30

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016
20-21 Rabiul Awwal 1438H

HUKUM FOREX TRADING ONLINE

Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain
( ) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga
dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara
tunai dan serta-merta ( )

Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-
platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama
ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab
berikut:

1. Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara
tunai dan serta-merta ( ) sama ada secara hakiki ataupun
hukmi (konstruktif).

2. Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman
tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan
mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang
sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman)
ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama.

31

3. Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti
penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan
tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.
4. Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak
pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana
bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata
wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak
yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan
yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas
kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada
nasib.
Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu
mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan
keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang
dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih
menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga
meningkatkan inflasi.

32

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016
20-21 Rabiul Awwal 1438H

HUKUM MEMINDAHKAN MAYAT DARI KUBUR KE
KUBUR YANG LAIN DI ATAS SESUATU KEPERLUAN

Bagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan
oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan
sewenang-wenangnya.
Hukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur
ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam
keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak
diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan
yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali
atau dipindahkan.
Penentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah
ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri.
Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas
sesuatu kemaslahatan.

33

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016
20-21 Rabiul Awwal 1438H

PENGURUSAN HARTA LUQATAH

Setelah diisytiharkan selama setahun yang memungkinkan orang
awam mengetahuinya dan tiada tuntutan yang sah, maka harta itu
boleh dipindahkan menjadi milik Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang digunakan untuk kemaslahatan
awam. Jika ada tuntutan yang sah selepas tempoh yang ditetapkan,
maka pihak yang menuntut berhak mendapatkan nilai yang
bersesuaian dengan mengambil kira kos yang telah ditanggung
oleh MAIPs.

34

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 2016
20-21 Rabiul Awwal 1438H

HUKUM TAKLIK TALAK TIGA

Talak adalah hukum syarak yang tidak boleh dipermain-mainkan
kerana ia boleh meruntuhkan perkahwinan.
Merujuk kepada taklik mentalakkan isteri dengan talak tiga
sekiranya melanggar sesuatu perjanjian, terdapat beberapa
keadaan:
1. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang
melafazkan itu sememangnya bertujuan untuk mentalakkan
isterinya jika dia melanggar perjanjian itu, maka isterinya tertalak
dengan satu talak.
2. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang
melafazkan itu tidak bertujuan mentalakkan isterinya tetapi sekadar
memberi keyakinan kepada pihak yang lain bagi menggambarkan
kebenciannya melanggar perjanjian itu sepertimana dia membenci
mentalakkan isterinya, maka taklik tersebut tidak menjatuhkan
talak dan tidak memberi kesan.

35

3. Jika dia tidak pasti keadaan dirinya semasa taklik sama ada
terpaksa ataupun rela, dalam keadaan sedar ataupun tidak,
memahami maksud taklik tersebut ataupun tidak, maka kembali
kepada hukum asal bahawa akad perkahwinan yang asal masih
sah. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

Perkara yang yakin, tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.
4. Jika suami mengungkapkan taklik itu sebagai sumpah bagi
dirinya ke atas apa-apa yang dijanjikan dan melanggarnya, maka
hendaklah dia menunaikan kaffarah sumpah.
5. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri
tentang kedudukan taklik talak mereka, kemudian jika kes itu
mereka bawa ke mahkamah, maka penentuan dalam kes
perbalahan mereka itu ditentukan oleh hakim Syar’ie.

36

2017

37

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-26/2017
3 Februari 2017
6 Jamadil Awwal 1438H

HUKUM PEMBERIAN ZAKAT KEPADA
BUKAN MUSLIM

Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’
(golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka
terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan
oleh ulil amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW
kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan
pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-
riwayat sirah yang sahih.

38

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017
18-19 April 2017
21-22 Rejab 1438H

HUKUM KHITAN ANAK PEREMPUAN

Setelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan
penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa
Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut:
Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit
seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah
ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita
mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh
pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam
hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama.
Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan
tidak perlu dilakukan untuk dirinya.
Adapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian
masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan
amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan
mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan
secara yang salah.
Andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita
disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan
yang kukuh.

39

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017
18-19 April 2017
21-22 Rejab 1438h

HUKUM PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM
PERAYAAN BUKAN ISLAM DALAM KONTEKS

MALAYSIA

Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang
Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha
melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan
dengan akidah.
Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan
keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia
berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun
tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain
Islam.
Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam
yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan
Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan
untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran
tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga
kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak
meredhai kekufuran.
Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam
adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama.
Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat
kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan
bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu
tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan
ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau
kepentingan dakwah.

40

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017
5 Jun 2017
10 Ramadan 1438H

HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK
PEMBINAAN MASJID

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara
menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk
pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana
tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi
sebagai markas dakwah kepada masyarakat seperti dalam
keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat
kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim
hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan
masjid untuk umat Islam.

41

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017
5 Jun 2017
10 Ramadan 1438h

RAYUAN PERMOHONAN MEROBOHKAN
MASJID

Setelah mendengar pembentangan yang baharu daripada
Jawatankuasa Masjid Al-Hakim Pdg Malau, maka Jawatankuasa
Fatwa Negeri Perlis secara majoritinya bersetuju membenarkan
Masjid Al-Hakim Padang Malau dirobohkan dengan alasan-alasan
seperti berikut:
1) Ketidakmampuan masjid untuk menyelenggara bangunan lama
dan peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan merupakan satu-
satunya penyelesaian yang ada.
2) Rekabentuk masjid yang kurang selamat untuk jemaah
disebabkan kedudukan selekoh dan pintu masuk utama.
3) Keperluan untuk ruang yang lebih luas untuk para jemaah
disebabkan penambahan kawasan perumahan.
4) Rekabentuk yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-
keperluan masjid yang lain seperti bilik imam, bilik siaraya, dan
seumpamanya.
5) Keperluan asas masjid yang tidak sesuai untuk jemaah seperti
tandas yang terlalu hampir antara lelaki dan perempuan.
Mesyuarat turut menasihatkan agar masjid-masjid di negeri ini
yang masih kukuh tidak dirobohkan tanpa alasan yang syarie.

42

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017
6 Ogos 2017
13 Zulkaedah 1438H

HUKUM HAD TEMPOH PEMBERIAN ZAKAT
KEPADA SAUDARA BAHARU

Tempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah
memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-
Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana
terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin al-Khattab RA
memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah
qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta’lif
(menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini
ialah keperluan kepada ta’lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam
dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya.
Setelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan
tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu:
1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun
setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas
memeluk Islam.
2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan
sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan
zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum ataupun tidak.

43

3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama,
persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh
dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya.
4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan
ta’lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan.
Individu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah
qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain
seperti fakir-miskin, al-gharimin dan lain-lain sekiranya
berkelayakan.

44

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017
6 Ogos 2017
13 Zulkaedah 1438H

HUKUM PROGRAM PERKONGSIAN SUSU IBU
DI HOSPITAL

Para ulama telah berbeza pendapat tentang beberapa perincian
berkaitan hukum susuan (radha’ah). Majoriti (Jumhur) berpendapat
penyusuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
daripada payudara ibu boleh mensabitkan hubungan mahram
susuan.
Di samping itu terdapat dalam kalangan ulama yang mensyaratkan
susuan itu hendaklah secara langsung daripada payudara ibu
susuan. Ini seperti pendapat al-Laith bin Saad, Ibn Hazm dan
selain mereka. Pandangan ini juga yang ditarjihkan oleh al-Syeikh
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain.
Para ulama juga ramai yang menyebut bahawasanya percampuran
susu berlainan ibu tidak mensabitkan hukum mahram. Demikian
juga para ulama berkhilaf tentang jumlah bilangan susuan yang
mensabitkan hukum berkenaan. Majoriti ulama mentarjihkan lima
kali susuan yang mengenyangkan.
Setelah berbincang pandangan-pandangan di atas dan mengambil
kira keperluan dan realiti yang ada dalam memelihara nyawa bayi
khususnya bayi pramatang seperti yang telah dibentangkan oleh
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka Jawatankuasa
Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa program perkongsian
susu ibu yang dicadangkan oleh KKM adalah tidak bercanggah
dengan hukum syarak.

45

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya cara
perlaksanaan program tersebut mengambil kira perkara-perkara
berikut:
1. Hendaklah mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak (ibu
susuan dan anak susuan), kecuali dalam keadaan darurat.
2. Sekiranya berlaku susuan sebanyak 5 kali kenyang ke atas dari
seseorang ibu susuan yang sama dengan rekod yang jelas, maka
kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan) hendaklah
mengetahui antara satu sama lain. Ini bagi menjaga hukum-hakam
yang berkaitan dengan mahram.
Jawatankuasa juga ingin memaklumkan bahawa wujudnya
keluasan pendapat dalam hal ini di mana para ulama seperti al-
Laith bin Saad, Ibn Hazm, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-
Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain mensyaratkan susuan itu
berlaku secara langsung daripada payudara ibu, maka bagi yang
berpegang dengan pendapat ini, dua perkara yang disebutkan di
atas tidak menjadi syarat.

46

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017
6 Ogos 2017
13 Zulkaedah 1438H

HUKUM ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN
PEKERJA (KWSP)

Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju
dengan keputusan seperti berikut:
1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat
pekerjaan asal pencarum adalah halal.
2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia
daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum
zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah
melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk
kepada zakat.
3) Hendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke
dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar
arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak
patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia
bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah
pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSP
http://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html
4) Wang KWSP yang masih lagi berada di dalam simpanan tidak
wajib dikeluarkan zakat oleh pencarum dan pihak pengurus. Ini
kerana tidak berlaku pemilikan yang sempurna.

47

MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017
29 Muharram – 1 Safar 1439H

JAMAK SOLAT DI MASJID KERANA
BENCANA ALAM

Majoriti ulama dalam berbagai mazhab iaitu Maliki, Syafie dan
Hambali mengizinkan melakukan jamak solat tanpa qasar di
masjid disebabkan bencana alam seperti hujan lebat, ribut,
kesejukan yang melampau, banjir, banjir lumpur dan seumpamanya.
Setelah meneliti penghujahan jumhur ulama maka Jawatankuasa
Fatwa bersetuju bahawa dalam keadaan bencana alam seperti
yang disebutkan, maka pihak masjid boleh menjamakkan solat
Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’ tanpa qasar.
Pelaksanaan solat jamak tersebut dilakukan di tempat dilaksanakan
solat Jemaah bagi kawasan terbabit dengan bencana khususnya
masjid. Jamak tersebut hendaklah diutamakan dalam waktu yang
pertama (jamak taqdim). Ini kerana tujuan keizinan jamak di masjid
bagi mengelak masyaqqah mereka yang akan hadir menunaikan
solat berjemaah di masjid. Sementara diutamakan jamak taqdim
seperti yang ditegaskan oleh sebahagian fuqaha kerana
kemungkinan keadaan bencana itu tamat sebelum masuk waktu
yang berikutnya. Namun jika keadaan mendesak untuk solat
jamaah itu dilaksanakan pada waktu yang kedua, maka boleh
dilakukan jamak ta’khir.
Sesiapa yang telah solat berjemaah di masjid yang melakukan
jamak disebabkan bencana, maka dia tidak perlu lagi mengulangi
solatnya sekalipun bencana telah tamat.

48

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017
29 Muharram – 1 Safar 1439H

MENGKHUSUSKAN BACAAN SURAH AL-KAHF
PADA HARI JUMAAT

Fadhilat membaca surah al-Kahf thabit dengan riwayat-riwayat
yang sahih. Adapun mengkhususkan bacaan surah al-Kahf pada
hari Jumaat berlaku perbezaan pandangan ulama hadis tentang
kethabitan riwayat Hushaim bin Basyir. Terdapat dalam kalangan
ulama hadis yang menolak pengkhususan bacaan surah al-Kahf
pada hari Jumaat atas alasan riwayat Hushaim tidak kukuh secara
perbandingan dengan riwayat yang tidak menyebut hari Jumaat
khususnya riwayat Syu’bah bin al-Hajjaj dan Sufyan al-Thauri.
Disamping itu terdapat para muhaqqiqin yang melihat penambahan
Hushaim yang mengkhususkan hari Jumaat itu sebagai riwayat
yang diterima (ziyadah al-thiqah) kerana Hushaim seorang perawi
yang hafidz dan adanya petunjuk (qarinah) yang menunjukkan
berlakunya berlainan majlis periwayatan antara Hushaim, Syu’bah
dan Thauri. Maka pengkhususan hari Jumaat yang disangka
wahm (kekeliruan) daripada Hushaim sebenarnya mempunyai
asal daripada riwayat Abu Hashim al-Rummani.
Oleh itu, majoriti para ulama hadis dan fiqh seperti Imam al-Syafie,
Imam Ahmad, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan selain mereka
berpendapat bahawa bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat
adalah digalakkan dengan alasan riwayat-riwayat lain yang
menyokong pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari
Jumaat. Maka sesiapa yang beramal membaca surah al-Kahf

49

pada hari Jumaat merupakan satu amalan yang digalakkan di sisi
majoriti para ulama.
Maka, perkara ini terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Kedua-
dua pihak telah mengemukakan alasan dan penghujahan yang
muktabar. Sesiapa yang mengamalkannya atas keyakinan
kepada pendapat yang menggalakkan pengkhususan bacaan
surah al-Kahf pada hari Jumaat, mudah-mudahan dia memperolehi
pahala. Sesiapa yang menganggap tiada pengkhususan hari,
maka tidak perlu mengkhususkannya.

50


Click to View FlipBook Version