JABATAN MUFTI
NEGERI PERLIS
HaHadk anah
ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
Oleh : Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak
Penghujahan Bagi Keputusan Fatwa Negeri Perlis
ii
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
Jabatan Mufti Negeri Perlis
iii
iv
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
2016, Jabatan Mufti Negeri Perlis
Cetakan Kedua 2018
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-
mana artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua
cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
selainnya sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan
Mufti Negeri Perlis.
ISBN 978-967-13496-8-7
Atur Huruf & Reka Letak :
INFOGRAFIK Design Consultants
No. 333-F, Floor 1 & 2
Jalan Teluk Wanjah, P.O Box 244
05200 Alor Setar Kedah, Malaysia
Tel : 604-733 9630 / 732 0793 | Fax : 604-730 7114
Emel : [email protected]
Diterbitkan Oleh :
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS
Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,
01000 Kangar Perlis.
Tel : 04-979 4428 | Fax : 04-976 3844
1
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS
KALI KE-18/2015
TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada
mereka memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai
berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya
diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin
kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral,
emosi dan tumbesarannya (syafaqah). Dalam masa yang
sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab
memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah
seperti berikut:
1. Anak Di Bawah Tempoh Susuan
Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak
hadanah diserahkan kepada ibu.
Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah
diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi
syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar kedua-dua
pihak dan pilihan anak.
2
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
2. Anak Melepasi Tempoh Susuan
Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumayyiz,
maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih
dapat memberikan syafaqah yang boleh dirujuk kepada
latar belakang kedua-dua belah pihak.
Jika anak telah mumayyiz maka dia berhak membuat
pilihannya. Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya
itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.
3. Tanggungjawab Memperkenalkan Islam
Ibu atau bapa yang muslim wajib dan berhak
memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun
beliau tidak memperolehi hak hadanah. Maka ruang
memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan
kepadanya.
3
PENDAHULUAN
Masalah hak hadanah ketika berlaku sesuatu perceraian
merupakan masalah yang seringkali menimbulkan
polimik. Polimik ini semakin sukar jika perceraian tersebut
berlaku di antara bekas pasangan suami isteri yang
berlainan agama. Jika diselidiki persoalan ini, didapati
para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hak
hadanah anak bagi pasangan ibu bapa yang berlainan
agama. Huraiannya adalah seperti berikut:
1.1 Mazhab Pertama
Mazhab Al-Imam Abu Hanifah berpandangan Ahl al-
Zimmah dalam persoalan Hadanah sama seperti penduduk
muslim. Hal ini kerana hak Hadanah itu melihat kepada
kepentingan si anak. Maka Hadanah tiada perbezaan hak
antara seorang muslim dengan yang bukan muslim.
Demikian juga mereka berpandangan persamaan agama
bukanlah syarat untuk mendapat hak hadanah. Sekalipun
seorang ibu itu seorang Kitabiyyah, sedangkan anaknya
seorang muslim. Maka hak seorang ibu Kitabiyyah itu
adalah sama seperti hak hadanah seorang ibu muslimah.1
Hujjahnya ialah, anak kecil lebih dapat perhatian bersama
ibunya, disebabkan kekuatan sifat Syafaqah (belas
4
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
kasihan dan lebih bertimbang rasa terhadap anak) yang
ada pada seorang ibu. Demikian juga kemampuan lebih
yang ada pada seorang ibu untuk terus membujang bagi
memastikan si anak kecil dapat pemerhatian sewajarnya
bagi menjamin kemaslahatannya. Justeru sebarang
bentuk kemungkinan berlaku mudharat kepada si anak
tertolak.
Namun dikecualikan hak hadanah kepada seorang ibu
al-Murtaddah (yang murtad) atau al-Fajirah (yang
jahat) dalam bentuk kefajiran yang akan mensia-siakan
anak, tanpa mengambil kira ibu itu seorang muslimah
ataupun bukan muslimah. Demikian juga dikecualikan
hak hadanah kepada seorang ibu bukan muslimah yang
dibimbangi akan mempengaruhi anak kepada agamanya.2
Demikian juga pandangan yang masyhur di dalam mazhab
al-Imam Malik, tidak disyaratkan hak hadanah diberikan
kepada ibu yang muslimah berdasarkan beberapa khabar:
5
i. Dikeluarkan oleh al-Baihaqi di dalam al Sunan al-
Kubra:
Maksudnya:“Jangan dipisahkan seorang ibu dari
anaknya.”4
ii. Dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad di dalam al-
Musnad:
Maksudnya: “Sesiapa yang memisahkan antara
seorang ibu dengan anaknya, Allah akan memisahkan
antaranya dia dengan orang yang disayanginya pada
hari kiamat.”
1.2 Mazhab Kedua
Dalam mazhab al-Imam al-Syafie, tiada hadanah kepada
bukan muslim ke atas seorang anak yang muslim. Kerana
tiada perwalian bagi seorang yang bukan muslim ke atas
seorang yang muslim. Demikian juga kadang-kala seorang
yang bukan muslim akan mendatangkan fitnah terhadap
agama seorang muslim. Justeru hadanah seorang anak
yang muslim kembali kepada ahli keluarga
yang muslim menurut tertibnya. Jika tiada maka hadanah
6
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
anak itu kepada masyarakat Islam, keperluannya
ditanggung dari harta si anak itu sendiri. Jika si anak
tidak memiliki harta, maka keperluannya ditanggung oleh
mereka yang wajib mengeluarkan nafkah kepadanya. Jika
tiada, maka si anak dari kalangan
Abu Sa’ied al-Ishtakhri berkata: “Thabit wilayah seorang
yang bukan muslim ke atas seorang muslim.” Beliau
berdalilkan dengan apa yang diriwayatkan oleh ‘Abd al-
Majid bin Salamah daripada bapanya yang berkata:
Maksudnya: “Bapaku memeluk Islam, namun ibuku tidak
bersetuju memeluk Islam. Sedang aku ketika itu masih
seorang budak. Lalu kedua-dua ibu-bapaku membawa
perbalahan mereka ke hadapan Rasulullah SAW. Baginda
bersabda: “Wahai budak, pergilah kepada salah seorang
yang kamu kehendaki, sama ada bapamu atau ibumu.”
Maka aku pergi ke arah ibuku. Ketika mana Rasulullah
SAW melihatku, aku mendengar baginda berdoa: “Ya Allah,
7
berilah hidayah kepadanya.” Maka akupun menuju kepada
bapaku, lalu aku duduk di dalam pelukannya.” 5
Demikian juga bagi mazhab al-Imam Ahmad, tiada hadanah
untuk yang bukan muslim ke atas seorang yang muslim.
Ia sama seperti wilayah Nikah dan Harta. Jika wilayah
dalam perkara ini tidak ada untuk orang yang fasiq, maka
orang yang bukan muslim adalah lebih utama dinafikan
haknya. Hal ini kerana kemudharatan seorang yang
bukan muslim adalah lebih banyak. Semestinya dia akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memisahkan si
anak dari agama Islam dengan mengajarkan kepada si
anak ajaran-ajaran agama selain Islam dan memberi
pendidikan mengikut agama tersebut. Keadaan ini
merupakan kemudharatan yang amat besar. Oleh
kerana hadanah ditetapkan untuk menjaga si anak.
Maka tidak disyariatkan dalam bentuk yang boleh
membawa kebinasaan kepada anak dan agamanya.6
2. PANDANGAN PILIHAN
Bagi menjamin kemaslahatan anak dari sudut
perkembangan emosi dan tumbesarannya (syafaqah),
maka pandangan mazhab Abu Hanifah dan Malik di
lihat lebih dapat memenuhi maksud ini. Di mana
8
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
HARUS hadanah anak diserahkan kepada ibunya yang
bukan muslim berbanding bapanya yang muslim.
Tiada yang dapat membantah kepentingan syafaqah
dan pemerhatian seorang ibu kepada anak terutama
ketika anak itu masih kecil berbanding seorang bapa.
Terdapat banyak dalil dalam perkara ini dari al-Quran
dan al-Sunnah, antaranya:
3.1 Dalil Al-Quran:
1. Surah Luqman: 14
Maksudnya: “dan Kami perintahkan kepada manusia
(berbuat baik) kepada dua ibu-bapanya; ibunya
telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang
bertambah- tambah…”
2. Surah al-Ahqaf: 15
Maksudnya: “Kami perintahkan kepada manusia supaya
berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya
mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya
dengan susah payah (pula).”
9
Dalam kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan
seorang anak untuk berbakti kepada kedua ibu-bapanya.
Allah SWT juga menyatakan dengan jelas akan keperitan
dan susah payah seorang ibu selama tempoh mengandung
sehingga melahirkan. Mengkhususkan sebutan keperitan
dan susah payah seorang ibu di dalam ayat ini adalah
berupa seruan penegasan untuk melebihkan bakti kepada
mereka berbanding kepada bapa. Nabi SAW sendiri telah
menjelaskan perkara ini ketika ditanya oleh datuk kepada
Bahz bin Hakim7:
Maksudnya: “Siapakah yang lebih patut untuk aku
berbakti?” jawab baginda: “Ibumu.” Aku berkata: “Setelah
itu siapa?” baginda menjawab: “Ibumu.” Aku bertanya
lagi: “Setelah itu siapa?” baginda menjawab: “ibumu.”
Aku bertanya lagi: “Setelah itu siapa?” baginda menjawab:
“Setelah itu bapamu, kemudian ahli keluarga yang paling
dengan kamu, setelah itu keluarga yang paling dekat
dengan kamu.” (HR al-Tirmizi. Katanya Hadis Hasan)
7 Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari menyatakan datuk Bahz bin Hakim
ialah Mu’awiyah bin Haidah . Lihat Fath al-Bari - Kitab al-Adab - Bab
Man Ahaq al-Nas Bi Husn al-Suhbah. Hadis bilangan 5626. Dar al-Rayyan li al-
Turath. Cetakan tahun 1407H/1986M
10
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
3.2 Dalil Dari Al-Sunnah
1. Seorang wanita pernah datang kepada Rasulullah SAW
lalu berkata:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya suamiku
hendak membawa pergi anakku. Sedangkan anak itu
telah dapat menyediakan minuman untuk ku dari telaga
Abi ‘Inabah dan dia juga telah dapat memberi manfaat
kepadaku. Sabda nabi SAW: “Buatlah undian antara kamu
dan bapanya.” Kata si suami: “siapa yang akan merebut
dari ku anakku?” sabda nabi SAW (kepada si anak):
“Ini bapamu, dan itu ibumu, pilihlah siapa yang kamu
kehendaki.” Lalu aku mengambil tangan ibuku, lalu ibuku
membawa aku pergi.” (HR Abu Daud. Dinilai Sahih oleh
al-Albani di dalam Sahih Abi Daud. Melalui semakan hadis
atas talian: http://www.dorar.net/)
2. Hukuman yang dijatuhkan oleh Abu Bakar al-Siddiq
terhadap perbalahan di antara ‘Umar bin al-Khattab dan
Ummu ‘Asim dengan menyerahkan ‘Asim kepada ibunya.
11
Abu Bakr berkata:
Maksudnya:“kasih-sayangnya, ciumannya dan
kelembutannya lebih baik kepada anak berbanding engkau,
sehinggalah anak itu dewasa atau si ibu berkahwin.”
Athar ini menunjukkan bahawa, tabiat seorang ibu sama
ada muslim atau bukan muslim pasti akan memiliki
syafaqah terhadap anaknya. Justeru seorang ibu lebih
berhak terhadap hadanah anaknya dengan syafaqah yang
ada padanya ini.
Hal ini tidaklah bermakna diabaikan hak seorang
bapa terhadap anaknya. Terutamanya dalam memberi
pendidikan setelah si anak mencapai umur dapat
memahami banyak perkara dan membezakan apa yang
dikehendakinya. Dalam usia ini, seorang bapa adalah lebih
mampu memberi didikan dan pengajaran kepada si anak.
Terdapat pandangan dari para ulama Mazhab Hanafi yang
mengatakan ketika anak mencapai usia ini, tidak diambil
kira pemilihan mereka. Hal ini kerana jika mereka diberi
pilihan sama ada hendak bersama dengan ibu ataupun
bapa, maka sudah tentu mereka akan memilih siapa yang
lebih memberi kebebasan bermain dan seumpamanya.
Jika ini berlaku maka sudah tentu kemaslahatan si anak
tidak akan tercapai.
12
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
Jika ada yang berkata, seorang ibu yang bukan muslimah
akan berusaha memastikan anaknya mengikut agamanya
selama tempoh hadanah diberikan kepadanya. Justeru
hak hadanah tidak boleh diberikan kepada si ibu
yang bukan muslim sama sekali. Kebimbangan ini
sebenarnya tertolak disebabkan si bapa tetap memiliki
hak untuk memerhatikan perkembangan anaknya. Jika
sememangnya benar si ibu tersebut boleh mendatangkan
mudharat kepada agama si anak, maka termasuk di dalam
hak seorang bapa untuk membuat tuntutan di mahkamah
membatalkan hak hadanah kepada si ibu. Perkara ini
termasuk di dalam hak seorang bapa. Kerana termasuk di
dalam syarat mendapat hak hadanah adalah amanah.
Jika seorang ibu yang mendapat hak hadanah telah
mengkhianati amanah dalam memastikan kemaslahatan
untuk si anak, maka hak hadanahnya boleh digugurkan,
tidak kira sama ada dia seorang yang bukan muslimah
ataupun seorang muslimah yang fasiqah.
13
CATATAN
14
HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA
15
Diterbitkan Oleh Tajaan Penerbitan
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PERLIS
DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
Tingkat 1, Blok A, No A2, Taman Pengkalan Asam,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat, Jalan Kangar-Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis
01000 Kangar, Perlis (04) 979 4439 (04) 978 2400
(04) 979 4428 (04) 976 3844 www.maips.gov.my
mufti.perlis.gov.my