2 AL-BAYAN - SIRI 4
Isi kandungan
u Mukadimah 03
u Definisi Liberal 04
u Liberalisme sebagai Satu Ideologi Ekonomi dan Politik 08
u Islam Liberal 13
u Tema Utama Pemikiran Islam Liberal 14
u Fenomena Anti-Autoriti dan Disiplin dalam Memahami Agama 17
u Cubaan Menghalalkan LGBT atas Nama Ijtihad Baharu 20
u Rumusan dan Kesimpulan 24
3
Dalam konteks sekarang,
seorang yang liberal itu
secara umumnya merujuk
kepada sesiapa yang
menghormati kepelbagaian
kepercayaan dan sikap.
Manakala dari konteks
politik, sebuah parti
yang liberal ialah yang
memperjuangkan ke arah
kebebasan individu dan
pembangunan ke arah
pengagihan kekayaan
negara dan kuasa yang
lebih adil dalam kalangan
masyarakat.
MUKADIMAH
D ewasa ini, masyarakat Islam di seluruh
dunia mulai sedar akan wujudnya gerakan-
gerakan yang membawa fahaman liberal,
liberalisme dan Islam liberal. Masyarakat mulai
menyebut-nyebut dan berbincang tentang gerakan
liberalisme dan Islam liberal. Namun dalam masa
yang sama, masih terdapat banyak salah faham
dan ketidakjelasan maklumat akan apa sebenarnya
yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini, hatta
di sisi para pendakwah, asatizah dan para ilmuwan.
Satu kaedah fiqh yang masyhur ada menyebut:
ال ُحك ُم َع َل ال َّش ِء َفر ٌع َع ْن َت َص ُّو ِر ِه
Maksudnya: “Hukum ke atas suatu perkara memerlukan
gambaran yang jelas berkenaannya.”
Imam al-Ghazzali menekankan peri pentingnya bagi seorang
ilmuwan itu untuk memahami hakikat sebenar perkara yang
dibahaskan sebelum itu layak untuk mengkritik atau menerimanya.
Beliau menegaskan seseorang yang mengkritik sesuatu perkara
tanpa terlebih dahulu memahaminya dengan mendalam adalah
ibarat orang yang memanah dengan mata yang tertutup. (Rujuk Al-
Munqiz min al-Dhalal, hal. 578)
AL-BAYAN - SIRI 4 5
Perbahasan berkenaan liberal, liberalisme dan Islam liberal
merupakan satu perbincangan yang amat panjang. Menyedari
hakikat ini, kami akan menjelaskan secara ringkas definisi perkataan
liberal dari sudut bahasa, sejarah ringkas gerakan liberalisme dan
seterusnya membataskan perbahasan Syarak mengenai gerakan
Islam liberal, dengan fokus terhadap pemikiran Jaringan Islam
Liberal (JIL) di Indonesia sebagai salah satu gerakan Islam liberal
yang paling berpengaruh.
Definisi Liberal
D ari sudut etimologi, perkataan liberal berasal daripada bahasa
Latin liberalis yang antara lain bermaksud kebebasan dan sifat
seorang yang merdeka, atau daripada perkataan liber yang membawa
makna bebas dan tidak terikat atau terkongkong. Sewaktu kurun ke
16 dan 17, liberal digunakan merujuk kepada kebebasan daripada
sebarang kekangan dalam pengucapan dan tindakan. Zaman
Pencerahan (Enlightenment) pula mengertikannya dari sudut positif
(ijabiyyah) sebagai kebebasan daripada sikap prejudis, jumud dan
taasub, serta seruan ke arah toleransi.1
1 https://www.etymonline.com/word/liberal
6 AL-BAYAN - SIRI 4
Dalam konteks sekarang, seorang yang liberal itu secara
umumnya merujuk kepada sesiapa yang menghormati kepelbagaian
kepercayaan dan sikap. Manakala dari konteks politik, sebuah parti
yang liberal ialah yang memperjuangkan ke arah kebebasan individu
dan pembangunan ke arah pengagihan kekayaan negara dan kuasa
yang lebih adil dalam kalangan masyarakat.2
Contoh penggunaan perkataan liberal dapat dilihat dalam
beberapa bidang dan lapangan. Misalnya dalam Rukun Negara,
jelas dinyatakan bahawa antara cita-cita yang perlu dicapai sebagai
sebuah negara ialah:
“Menjamin
satu cara yang
liberal terhadap
tradisi-tradisi
kebudayaaannya
yang kaya dan
berbagai-bagai
corak.”
2 https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/liberal
AL-BAYAN - SIRI 4 7
Jelas bahawa yang dimaksudkan di sini
adalah sikap terbuka yang diamalkan di
Malaysia bagi menjamin perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dan budaya, dan tidak
sama sekali memberi gambaran bahawa
Malaysia menerima liberalisme sebagai
ideologi politik mahupun sebagai falsafah
negara. Perkataan liberal dalam konteks ini
tidak membawa sebarang konotasi negatif,
kerana ia terlepas daripada ideologi dan
worldview ideologi liberalisme yang
mewarnai penggunaannya dalam sejarah.
(Rujuk Khalif Muammar dalam Islam dan Liberalisme: Antara
Maslahah dan Mafsadah, Jurnal Afkar Jilid. 20 Isu 2 (2018), hal. 7-8)
Dalam bidang ekonomi pula, kita sering mendengar istilah
liberalisasi ekonomi yang membawa maksud suatu polisi yang
mengurangkan regulasi dan campur tangan kerajaan dalam ekonomi
sesebuah negara, bagi menarik penglibatan yang lebih aktif dalam
pembangunan ekonomi oleh sektor swasta. Ia juga boleh membawa
maksud polisi ekonomi yang lebih mesra kepada pelaburan asing
dalam sesebuah negara.
Begitu juga dalam bidang pendidikan, di mana terdapat satu
bidang pendidikan yang dinamakan sebagai pendidikan liberal
(liberal arts education). Ia berasal daripada perkataan latin artes
liberales, iaitu pelajaran tujuh subjek yang lebih menjurus ke arah
meluaskan ufuk intelektual, berbanding kemahiran praktikal.
8 AL-BAYAN - SIRI 4
Pengajian liberal arts dibahagikan kepada dua kategori, iaitu trivium
(tatabahasa, logik dan seni retorik) dan quadrivium (aritmetik,
geometri, muzik dan astronomi). Pengajian mata pelajaran ini
dipanggil sebagai pendidikan liberal, kerana ia membebaskan minda
daripada kejumudan tradisi dan keegoan diri.3
Dalam tradisi Rom, pendidikan liberal dipelajari oleh golongan
merdeka dan kelas tinggi, manakala lawannya pula ialah servile arts,
yang lebih bertumpu ke arah skil-skil pekerjaan seperti pertukangan
dan pembuatan.4
3 https://www.etymonline.com/word/liberal%20arts?ref=etymonline_crossreference
4 https://www.merriam-webster.com/words-at-play/liberal-meaning-origin-history
AL-BAYAN - SIRI 4 9
Perkataan liberal juga didapati dalam bidang sukan, di mana salah
satu posisi bagi sukan bola tampar dinamakan sebagai libero yang
berasal dari perkataan Itali yang bermaksud bebas, iaitu satu posisi
pertahanan yang bebas untuk keluar dan masuk menggantikan
pemain di barisan belakang tanpa perlu meminta kebenaran
daripada pengadil.
Timbul istilah Super Libera yang
merujuk kepada sesetengah kelompok
liberal yang disifatkan sebagai angkuh
dan memaksa orang lain mengiktiraf
dan memenuhi permintaan mereka.
Beberapa ketika yang lalu juga, timbul istilah ‘super liberal’
yang merujuk kepada sesetengah kelompok liberal yang disifatkan
sebagai angkuh dan memaksa orang lain mengiktiraf dan
memenuhi permintaan mereka, khasnya dalam isu-isu sensitif
seperti LGBT, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama
Islam di negara ini.
Liberalisme sebagai Satu
Ideologi Ekonomi dan Politik
L iberalisme merupakan antara falsafah yang terpenting dalam
mencorakkan peradaban barat pada hari ini, di samping fahaman-
fahaman lain seperti humanisme, sekularisme dan pluralisme.
10 AL-BAYAN - SIRI 4
Sebenarnya tidak ada satu definisi yang disepakati bersama
akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan liberalisme. Kami
bawakan beberapa definisi yang diberikan oleh beberapa badan
berautoriti dan para sarjana:
Ensiklopedia Britannica mendefinisikan liberalisme sebagai satu
doktrin politik yang menjadikan perlindungan dan pengembangan
kebebasan individu sebagai fokus utama dalam bidang politik.
Liberalisme lahir daripada fokus tamadun barat yang amat
mementingkan individualiti, berbanding tamadun lain yang mengambil
berat soal status, kasta dan tradisi. Liberalisme juga amat sensitif
dengan perubahan zaman dan konteks, yang menatijahkan pengamalan
liberalisme yang berbeza di setiap negara dan setiap zaman.
Liberalisme dalam sejarahnya menginginkan wujudnya
kepelbagaian dalam gaya hidup dengan cara melindungi hak dan
kepentingan golongan kelas menengah, kelompok minoriti agama,
kelas pekerja, orang miskin, minoriti kaum, wanita, LGBT dan
kelompok kurang upaya.5
5 https://www.britannica.com/topic/liberalism
AL-BAYAN - SIRI 4 11
Sebagaimana lazimnya, suatu fahaman dan aliran pemikiran tidak
lahir dalam ruang vakum. Demikian juga liberalisme, ia lahir sebagai
tindak balas terhadap pemerintahan kuku besi, feudalisme dan
teokrasi yang menjadi pengalaman pahit masyarakat Barat selama
lebih kurang seribu tahun. (Rujuk Khalif Muammar dalam Islam dan
Liberalisme: Antara Maslahah dan Mafsadah, Jurnal Afkar Jilid. 20
Isu 2 (2018), hal. 2-3)
Menurut Liberal International –satu persekutuan yang
menghimpunkan parti-parti politik liberal sedunia– terdapat
beberapa teras utama yang menjadi tunjang perjuangan golongan
liberal, antaranya6:
• Mewujudkan masyarakat yang bebas, terbuka dan
saksama, di mana nilai kebebasan mesti diimbangi
dengan nilai kesetaraan.
• Hak asasi manusia.
• Ekonomi pasaran sosial, perdagangan bebas dan
pembangunan.
6 https://liberal-international.org/who-we-are/our-mission/
12 AL-BAYAN - SIRI 4
Menurut Milton Friedman, kebebasan politik ialah tidak wujudnya
paksaan seseorang ke atas seseorang yang lain. Ancaman terbesar
terhadap kebebasan ialah kuasa paksaan, sama ada kuasa tersebut
ada pada tangan raja monarki, diktator, oligarki atau pihak majoriti.
(Rujuk makalah bertajuk The Basic Principles of Liberalism karangan
Milton Friedman)
Menurut Oxford Islamic Studies pula, liberalisme merupakan
satu idelogi yang merangkumi kepercayaan terhadap demokrasi
pilihanraya, hak-hak sibil, kesetaraan jantina, kemajuan manusia
dan penghapusan hierarki sosial pra-kemodenan. Ia diperkenalkan
ke dunia Islam pada abad ke-19 oleh orang Eropah.7
Milton Friedman John Stuart Mill
7 http://www.oxfordislamicstudies.com/article/opr/t125/e1346
AL-BAYAN - SIRI 4 13
John Stuart Mill, salah seorang pemikir liberal terpenting
menggariskan beberapa kaedah asas dalam pemikiran liberalisme
berkenaan hubungan individu dan masyarakat8:
i Tindak-tanduk seorang individu itu pada
asalnya tidak perlu dipertanggungjawabkan di
hadapan masyarakat, selagi mana tindakannya itu
hanya berkaitan dengan dirinya sendiri sahaja.
ii Masyarakat hanya boleh memberi nasihat,
tunjuk ajar, memujuk dan menjauhkan diri daripada
individu tersebut jika mereka tidak selesa atau tidak
bersetuju dengan perbuatannya.
iii Jika tindakan individu memberi kesan
kepada kemaslahatan pihak lain, maka dia boleh
dikenakan hukuman undang-undang atau sosial jika
masyarakat merasa adanya keperluan ke arah itu.
iv Pada asasnya, sebarang mafsadah yang
menimpa orang lain akibat tindakan seorang
individu, tidaklah memestikan campur tangan
masyarakat terhadap individu tersebut. Hal ini
kerana dalam banyak hal, tindakan seorang individu
untuk mencapai sebarang objektif akan memberi
kesan negatif kepada orang lain.
8 John Stuart Mill (2001), On Liberty (Perihal Kebebasan), Batoche Books, hlm. 86
14 AL-BAYAN - SIRI 4
Islam Liberal
M enurut Charles Kurzman, Muslim pertama yang
mencadangkan nama “Liberal Islam” ialah Asaf Ali Ashgar
Fyzee, seorang modenis kelahiran India. Asaf Ali menulis:
“A newer ‘protestant’ Islam will be born
in conformity with conditions of life in the
twentieth century, cutting away the dead
wood of the past and looking hopefully
at the future. We need not bother about
nomenclature, but if some name has to be
given to it, let us call ‘Liberal Islam’…”
Greg Barton, seorang tokoh yang mendokong Islam Liberal di
Indonesia menyatakan bahawa terdapat empat rukun asas bagi
ajaran Islam liberal ini, iaitu:
i. Kepentingan kontekstualisasi ijtihad
ii. Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan
(agama)
iii. Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama
iv. Pemisahan agama dari politik
(Rujuk Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap
Wacana Islam Liberal, hlm. 179)
9 Wan Adli Wan Ramli (2014), Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim
Berdasarkan Konsep Ijmak, Jurnal Usuluddin UM, hlm. 28
AL-BAYAN - SIRI 4 15
Dalam mengupas tentang ajaran Islam Liberal ini, kami bataskan
perbahasan hanya sekitar penulisan dan pemikiran tokoh-
tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) yang berpusat di Indonesia,
memandangkan mereka sendiri menamakan kumpulan mereka
dengan nama Islam liberal. Jika kami membahaskan pemikiran
tokoh-tokoh tertentu yang lain yang mempunyai unsur Islam
liberal, dibimbangi akan berlaku ketidakadilan, kesalahfahaman dan
tohmahan melulu jika mereka sendiri tidak menamakan diri mereka
sebagai pendokong dan pembawa ajaran Islam liberal.
Pun begitu, tidak dinafikan bahawa pemikiran sebegini memang
wujud di negara ini dan amat bahaya jika tidak ditangani dengan
bijaksana.
Penulis-penulis JIL yang masyhur di Indonesia, antaranya ialah Ulil
Absar Abdalla dan Luthfi Assyaukanie yang banyak mengemukakan
pandangan-pandangan mereka menerusi penulisan-penulisan
mereka di laman web rasmi JIL.
Tema Utama Pemikiran
Islam Liberal
M enurut Ulil Absar Abdalla, gerakan Islam Liberal muncul untuk
menjadi neraca bagi menyeimbangkan wacana kewajipan
dan kebebasan dalam Islam. Hal ini kerana menurut beliau, diskusi
berkenaan Islam terlalu dipenuhi dan didominasi subjek fiqh, yang
lebih memberi penekanan pada soal kewajipan dan halal haram,
sehingga mengecilkan ruang bagi perbincangan tentang hak asasi
dan kebebasan.
16 AL-BAYAN - SIRI 4
Beliau turut menyanggah konsep penciptaan manusia untuk
menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan, kerana konsep
ini dianggap memberikan konotasi bahawa manusia dan Tuhan
itu adalah berseteru antara satu sama lain, maka manusia mesti
ditundukkan. Beliau menyatakan bahawa tujuan tertinggi penurunan
agama ialah bagi mengangkat martabat kemanusiaan, kerana fokus
pertama dalam agama ialah manusia itu sendiri, bukan semata-
mata Tuhan.10
Sementara itu menurut Luthfi Assyaukanie, sebagai sebuah
gerakan pembaharuan pemikiran keagamaan, Islam liberal
mempunyai dua musuh:
1 Pemikiran Konservatif Agama
2 Fundamentalisme
Konservatif agama dalam erti kata suatu pemahaman sempit
terhadap agama yang selalu skeptik dan menolak sebarang
pembaharuan, manakala fundamentalisme ialah satu sikap
pemaksaan pandangan terhadap kelompok lain dengan cara
kekerasan.
10 http://islamlib.com/gagasan/islam-liberal/tentang-makna-liberal-dalam-islam-liberal/
AL-BAYAN - SIRI 4 17
Bagi beliau, kedua-dua aliran konservatif dan fundamentalis
ini merupakan ‘antitesis’ kepada gerakan Islam liberal yang amat
menitikberatkan kepelbagaian pandangan, pembukaan pintu ijtihad,
hak asasi manusia, kebebasan dan lain-lain nilai yang menjadi rukun
kepada aliran liberal.
Tambah beliau lagi, gerakan Islam liberal bukanlah satu fenomena
baharu, namun ia telahpun wujud sejak zaman pembaharuan pada awal
abad ke-19. Ia merupakan satu gerakan untuk membebaskan umat Islam
daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang diakibatkan
oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama.11
Charles Kurzman pula telah menulis sebuah buku antologi bertajuk
Liberal Islam yang menghimpunkan hasil tulisan 32 tokoh Muslim
yang mempunyai persamaan dengan wacana-wacana dan idea-
idea yang dibincangkan dalam pemikiran liberalisme barat seperti
demokrasi, hak minoriti dan kebebasan. Antara tokoh yang dipetik
termasuklah ‘Allamah Muhammad Iqbal, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
dan Syeikh Rachid Ghannouchi, selain tokoh-tokoh liberal seperti
Fatima Mernissi, Amina Wadud, Nurcholis Majid dan Mohamed
Arkoun. Perlu diberi perhatian bahawa tokoh terkemuka seperti
Syeikh Yusuf Qaradhawi dan Rachid Ghannouchi
tidak berpegang dengan ajaran liberal, dan Charles
Kurzman hanya memasukkan mereka ke dalam
senarai tokoh liberal kerana sebahagian pandangan
mereka yang sesuai dengan ajaran Islam liberal.
11 http://islamlib.com/gagasan/islam-liberal/tentang-asal-usul-dan-mengapa-islam-
liberal/2/
18 AL-BAYAN - SIRI 4
Fenomena Anti-Autoriti dan
Disiplin dalam Memahami
Agama
L uthfi Assyaukani telah menulis:
“Andai aku seorang Muslim liberal, maka aku akan
melepaskan segenap keyakinan-keislamanku dari segala
bentuk otoritas tafsir atas Islam yang tidak sesuai dengan
akalku, termasuk otoritas keulamaan. Namun, aku akan
menerima tafsir-otoritatif dari siapa pun, dalam arti otoritas
itu bersumber pada bukti-bukti yang meyakinkan secara
rasional dan berdasar pada prinsip-prinsip ilmiah yang aku
yakininya kebenarannya.
Syarat-syarat klasik yang biasanya menjadi kualifikasi
terberat dalam melakukan ijtihad sudah seharusnya ditinjau
ulang. Karena, syarat-syarat itu, selain tidak masuk akal,
hanya akan membatasi kemajuan kaum muslim. Argumen
utama kaum liberal adalah bahwa manusia diciptakan oleh
Allah dalam keadaan bebas. Dan kebebasan adalah anugerah
terpenting yang diberikan Tuhan kepada manusia. Kebebasan
berpendapat, selain itu, juga merupakan hak individu yang
tak seorang pun berhak mencegahnya.”12
12 http://islamlib.com/gagasan/islam-liberal/andai-aku-seorang-muslim-liberal/?pps=
full_post
AL-BAYAN - SIRI 4 19
Malah, penulis pergi lebih jauh dengan menyatakan bahawa:
“…dalam sebuah ayat Alquran, Tuhan pun tak mampu
mencegah makhluknya untuk berpendapat (QS. 2:30)”.
Ini merupakan satu bentuk pengagungan yang melampau
terhadap kebebasan dan kehendak manusia, hingga ke tahap
meletakkan satu sifat kelemahan dan ketidakmampuan.13
Sementara Ulil Absar Abdalla pula menempelak kebergantungan
umat Islam terhadap fatwa dan pandangan ulama:
“Kenapa gerangan tampaknya umat Islam harus menunggu fatwa
terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu? Apakah tidak cukup
mereka memakai nalar (akal rasional) saja untuk mengetahui hal-
hal yang sederhana? Bukankah memakai nalar/akal merupakan
kebajikan yang diperintahkan oleh agama?”14
Islam menggariskan syarat-syarat yang ketat sebelum seseorang
itu mampu mencapai tahap kemampuan untuk berijtihad. Imam al-
Syatibi menetapkan bahawa seorang yang ingin berijtihad mestilah
memahami Maqasid Syari’ah secara sempurna dan mampu untuk
mengistinbatkan hukum syara’ daripada dalil-dalilnya. (Rujuk
Al-Muwafaqat, 4/105-106)
13 http://islamlib.com/gagasan/islam-liberal/tentang-asal-usul-dan-mengapa-islam-
liberal/?pps=full_post
14 http://islamlib.com/gagasan/islam-liberal/kenapa-umat-islam-gemar-meminta-
fatwa/
20 AL-BAYAN - SIRI 4
Almarhum Dr. Wahbah al-Zuhaily
pula sewaktu menyimpulkan syarat-
syarat ijtihad yang dibahaskan oleh
Imam al-Amidi dan Imam
al-Baidhawi menyenaraikan
butiran-butiran berikut:
1. Pengetahuan mendalam ten- Syeikh Prof. Wahbah al-Zuhaili
tang ayat-ayat hukum daripada
al-Quran, samada dari sudut bahasa
mahupun syarak.
2. Pengetahuan mendalam tentang hadith-hadith
hukum, samada dari sudut bahasa mahupun
syarak.
3. Pengetahuan mendalam berkenaan nasikh dan
mansukh dalam al-Quran dan al-Sunnah.
4. Pengetahuan mendalam terhadap perkara-
perkara yang diijma’kan oleh ulama.
5. Pengetahuan mendalam tentang qiyas dan
kaedah pengaplikasiannya.
6. Pengetahuan mendalam tentang bahasa Arab,
samada ilmu nabu, sorof dan balaghah.
7. Kepakaran dalam bidang usul al-fiqh.
(Rujuk Usul al-Fiqh al-Islamiy 2/1072-1076)
AL-BAYAN - SIRI 4 21
Melihatkan syarat-syarat yang sebegini ketat, adalah amat
menakjubkan bagi mereka-mereka yang bermudah-mudah
menceburkan diri dalam arena ijtihad. Pintu ijtihad tidak pernah
tertutup, dan Islam membuka pintu ijtihad terutamanya bagi
menyelesaikan permasalahan-permasalahan baharu, namun ia
mestilah dilakukan oleh mereka yang benar-benar berkelayakan
sahaja, dan bukannya bebas untuk sesiapa sahaja seperti yang
dimahukan oleh golongan liberal Muslim.
Cubaan Menghalalkan LGBT
atas Nama Ijtihad Baharu
A ntara pandangan-pandangan baharu yang dikeluarkan atas
nama ijtihad dan penafsiran semula al-Quran ialah berkenaan
isu homoseksual dan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
22 AL-BAYAN - SIRI 4
Beberapa penulis di laman web Islam Liberal Indonesia, Khoirul
Anwar dan Khoirul Anam secara terang menyebut bahawa tiada
satupun ayat dalam al-Quran yang secara eksplisit (terang dan
nyata) yang menolak LGBT, mahupun yang menerimanya. Maka,
menurut penulis tersebut, setiap orang bebas mengemukakan
tafsiran masing-masing.
Hal ini pastinya bercanggah dengan firman Allah SWT yang secara
jelas menempelak umat Nabi Luth A.S yang mengadakan hubungan
seks sesama lelaki:
Firman Allah SWT:
﴾ َو َت َذ ُرو َن َما َخ َل َق َل ُك ْم١٦٥﴿ َأ َت ْأ ُتو َن ال ُّذ ْك َرا َن ِم َن ا ْل َعا َلِي َن
﴾١٦٦﴿ َر ُّب ُكم ِّم ْن َأ ْز َوا ِج ُكم ج َب ْل َأن ُت ْم َق ْو ٌم َعا ُدو َن
Maksudnya: “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan
lelaki dari kalangan manusia, (165) Dan kamu tinggalkan apa
yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan
hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu
orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang
melampaui batas!"
Surah al-al-Syu’ara (165-166)
AL-BAYAN - SIRI 4 23
Sebahagian mereka berhujah bahawa yang diharamkan ialah
hubungan seks secara paksa (non-consensual sex), dan bukannya
perilaku homoseksual itu sendiri, berdasarkan perlakuan rakus
kaum Nabi Luth yang mendesak Baginda menyerahkan dua tetamu
tampan (yang sebenarnya malaikat utusan Allah SWT) untuk
memenuhi nafsu songsang mereka. Namun hujahan mereka ini jelas
ditolak melalui ayat ini yang secara terang menempelak perlakuan
homoseksual itu sendiri.
Lebih menghairankan, mereka turut menjadikan
riwayat-riwayat sejarah tentang adanya pemimpin
kerajaan Muslim yang berorientasi homoseksual
dan kewujudan syair-syair Arab yang berunsur
homoseksual sebagai dalil bahawa LGBT itu
merupakan sebahagian ciptaan Allah SWT yang
mesti dipertahankan kewujudan mereka atas dasar
kepelbagaian.
24 AL-BAYAN - SIRI 4
Menurut Dr. Khalif Muammar, ijtihad telah dijadikan alasan
dalam mengeluarkan pendapat-pendapat baru yang kelihatannya
amat jauh daripada kefahaman muktabar. Golongan Islam liberal
berusaha untuk mengubah tafsiran Islam agar selaras dengan
keadaan manusia. Perbuatan memahami teks wahyu dalam
kerangka duniawi, adalah bersalahan dengan sikap Muslim yang
sepatutnya terhadap wahyu. Muslim sepatutnya menurut panduan
wahyu sepenuhnya, bukan berusaha mengubah fahaman wahyu
agar selaras dengan perspektif manusiawi dan duniawi. (Rujuk
Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam
Liberal hlm. 43-45)
Kecenderungan ke arah pentafsiran semula ayat-ayat al-Quran
berkenaan isu LGBT ini juga kesan daripada perubahan sikap tamadun
Barat terhadap kelompok ini. Kami percaya jika masyarakat Barat
pada hari ini tidak mengangkat dan memperjuangkan hak LGBT,
nescaya kalangan Muslim liberal tidak akan membangkitkan isu ini.
AL-BAYAN - SIRI 4 25
Rumusan dan Kesimpulan
T untasnya, ideologi liberalisme muncul atas asas kebebasan
individu sebagai tindak balas terhadap pemerintahan kuku
besi, feudalisme dan teokrasi yang menjadi pengalaman pahit
masyarakat Barat selama lebih kurang seribu tahun. Fahaman ini
memberi penekanan yang mendalam terhadap kebebasan individu,
sikap keterbukaan, meraikan kepelbagaian dan dalam masa yang
sama menekankan konsep kesetaraan dan kesaksamaan.
Gerakan Islam Liberal yang terinspirasi daripada ideologi
liberalisme pula diwujudkan atas asas untuk membebaskan umat
Islam daripada belenggu kejumudan dan keterbelakangan yang
diakibatkan oleh fahaman konservatisme dan fundamentalisme
agama, melalui penghargaan terhadap kepelbagaian pandangan,
pembukaan pintu ijtihad, perjuangan hak asasi manusia serta
mempertahankan kebebasan.
Kesemua cita-cita yang digariskan ini sebenarnya bertepatan
dengan ajaran Islam. Namun ia dilakukan dengan cara menyanggah
dan meruntuhkan tradisi keilmuan para ulama yang telah diwariskan
sejak zaman-berzaman. Pintu ijtihad dibuka seluas-luasnya kepada
26 AL-BAYAN - SIRI 4
sesiapa sahaja, dan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh
para ulama sejak zaman-berzaman (ijma’) juga cuba dirungkai,
atas nama ijtihad. Justeru, apa yang telah dijelaskan dalam artikel
ini, jua yang adalah merujuk kepada konteks ini dan bukanlah
memaksudkan secara terus kepada classical liberalism, political
liberalism, neoclassical liberalism atau apa jua faham yang boleh
dibahaskan secara ilmiah.
Faham kebebasan dan hak asasi yang diperjuangkan pula
nampaknya hanya mencedok daripada teori-teori Barat. Sementara
Islam mengiktiraf hikmah dan mengambil manfaat produk yang
baik daripada mana-mana tamadun, Islam juga mengajar agar
kita menyaring terlebih dahulu pemikiran-pemikiran Barat dan
memastikan ia benar-benar selari dengan pandangan alam
(worldview) Islam. Telah sekian ramai pemikir-pemikir Islam yang
menghasilkan buah fikiran yang tuntas dalam isu kebebasan dan
hak asasi manusia, antaranya Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh
Rachid Ghannouchi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ahmad al-Raisouni
dan Prof Muhammad ‘Immarah yang pastinya perlu ditelaah dalam
memformulasi teori kebebasan yang selaras dengan ajaran Islam.
Syeikh Rachid Ghannouchi Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi Syeikh Dr. Ahmad al-Raisouni
AL-BAYAN - SIRI 4 27
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim
untuk berhati-hati daripada terjebak dengan pemikiran Islam
liberal ini, lebih-lebih lagi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang
buat kali ke-74 pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan pemikiran
Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam,
antaranya berdasarkan aspek-aspek berikut:
Aspek Akidah
01 BerpegangkepadaKonsepPluralisme. Konsep pluralisme
adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran
liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama
mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri
terhadap Realiti yang Agung (ultimate reality). Semua agama
adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
02 Akal Manusia adalah Wahyu. Aliran ini membahagi
wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan
wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan
ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal
manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-
Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
03 Meragui Ketulinan al-Quran. Aliran pemikiran ini
mendakwa Al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana
orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya
Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi pembawa risalah juga
terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan
risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada
hanyalah mesej budaya Arab.
28 AL-BAYAN - SIRI 4
Aspek Syariah
01 Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran al-Quran
dan al-Hadith. Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau
metodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan
slogan “Membuka dan Membebaskan Tafsiran al-Quran”,
aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri
terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya, mereka
mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan
psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat
ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk
manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih
matang dan sempurna.
02 Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat. Aliran pemikiran
ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran
al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan
menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses
dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
AL-BAYAN - SIRI 4 29
03 Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian. Aliran
pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang
dimiliki oleh Rasululah S.A.W. dengan mengatakan ia tidak lain
hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia
ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapa pun
boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin
manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti
peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang
sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda
yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak
terjadi di alam realiti.
04 Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam. Ilmu-ilmu Islam seperti
Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil
dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai
metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran
ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah
qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu
dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka
dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
05 Sikap Terhadap Hukum. Aliran pemikiran liberal ini
mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada
hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan
bentuk hukum.
Wallahu a’lam.
30 AL-BAYAN - SIRI 4
AL-BAYAN - SIRI 4 31