The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-02-13 00:29:42

kata ganti nama

kata ganti nama

Tarikh : 15 / 02 / 2021
Hari : Isnin
Masa : 9.00pagi hingga 10.00pagi

Objektif :
Memahami dan menggunakan kata ganti nama dengan betul mengikut konteks.

KATA GANTI NAMA

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Ganti nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti nama Diri, Ganti nama Umum, Ganti
nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Ganti nama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Penggunaannya
Pertama

aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana
rasmi

hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang
kedua

kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Ganti nama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri pertama

tunggal beta, patik, aku, saya

jamak kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak kalian

Kata Ganti Diri Penggunaannya

Kedua

anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga

Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda
hendaklah digunakan.

Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
beliau (tunggal ibu bapa, guru, dan pemimpin
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
mereka (jamak)

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia pegawai pendidikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan Tunggal Bilangan Banyak / Jamak
Kata Ganti Nama Diri kami
Diri Pertama aku kita
( Orang yang bercakap ) saya
Diri Kedua patik awak semua
( Orang yang dilawan bercakap ) hamba kamu semua
saudara sekalian
Diri Ketiga awak saudari sekalian
( Orang yang diceritakan halnya) kamu encik-encik
engkau cik-cik
encik tuan-tuan
cik puan-puan
saudara anda semua
saudari kalian
tuan
puan mereka
anda
tuanku

dia
ia
nya
beliau
baginda


Click to View FlipBook Version