BAHASA MELAYU PROMOBEST 3
PERALIHAN 01 MAC 2021
1 jam 30 minit
SMK TUN TIJAH
TEMPOH PERLAKSANAAN : 01 MAC HINGGA 05 MAC 2021
NAMA:__________________________________________ Kelas:______________
NAMA GURU MATAPELAJARAN : _______________________________________________________
TAJUK : UNIT 3- PERPADUAN
SUB TOPIK : TATABAHASA
STANDARD PEMBELAJARAN : 5.1 Memahami dan menggunakan pelbagai golongan kata
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif dengan betul
mengikut konteks.
********************************************************************************
PANDUAN KEPADA IBU BAPA : Mohon Ibu bapa memantau dan memastikan anak-anak menyiapkan
tugasan yang diberikan serta menandatangani pengesahan pada bahagian akhir tugasan.
********************************************************************************
ARAHAN :
Pada akhir pembelajaran, murid akan mengetahui penggunaan kata adjektif dengan betul.
NOTA :
KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif
1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contoh:
baik lemah curiga kasar
cerdik berani pandai takut
gopoh sihat
2. Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contoh:
merah ungu putih kelabu
biru hitam hijau kuning
perang jingga
3. Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Contoh:
panjang rendah pendek tebal
kecil nipis besar kerdil
tinggi renek
4. Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur keterangan.
Contoh:
bulat bengkok lonjong lurus
bujur buncit bundar kempis
leper lekuk
5. Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
6. Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
7. Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan/ragam sebagai
penerang kata nama.
Contoh:
cepat lincah deras laju
jelas gopoh sering lambat
perlahan selalu
8. Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan, sebagai penerang
kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu
9. Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.
Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu
LATIHAN PENGUKUHAN
Disediakan oleh: Disemak oleh: Pengesahan Ibubapa:
…………………………………… ………………………………….. …………………………………….
(Pn. Noor Haszlindah Hasnoh) () ()