The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Pertengahan Tahun BM Ting. 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-07-25 09:07:23

Pentaksiran Pertengahan Tahun BM Ting. 2

Pentaksiran Pertengahan Tahun BM Ting. 2

SMK TUN TIJAH , MELAKA
PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN

2021

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 2

MASA : 1 JAM

ARAHAN :
1. Kertas ini mengandungi 3 Bahagian.
2. Jawab SEMUA soalan Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C.
3. BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B

Tulis jawapan pada kertas kajang, kemudian ambil gambar skrip jawapan anda
4 dan hantar kepada guru mata pelajaran anda untuk proses pemarkahan.

Pastikan anda menulis nama dan kelas pada skrip jawapan anda.
4. BAHAGIAN C

Jawab soalan dalam Google Forms melalui pautan yang diberikan.

_____________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 4 muka surat bercetak.

BAHAGIAN A : RINGKASAN
[ 15 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca-punca pencemaran sungai. Panjang ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sungai adaIah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu
lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi
sebagai alat pengangkutan dan perhuhungan, sumber bekalan air untuk domestik dan
pertanian selain membekalkan sumber protein kepada manusia. Dengan
berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai
mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan
pencemaran. Punca utama pencemaran air sungai ialah apabila bahan buangan
domestik yang terdiri daripada sampah-sarap dan bahan kumbahan dibuang
sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan
sungai sebagai cara termudah menghapuskan bahan tersebut. Manakala sampah
organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air
sungai.

Kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air sungai apabila bahan-
bahan buangan disalirkan ke dalam sungai berhampiran. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik
yang mencemarkan air sungai. Selain itu, pengilangan hasil pertanian menghasilkan
bahan kimia cecair yang telah mengalir ke dalam sungai. Punca lain ialah apabila
industri perlombongan mengakibatkan pencemaran air sungai hasil daripada cari gali
petroleum di dasar laut yang menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Apabila
minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai akan mengakibatkan air sungai
tercemar.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom nuklear di laut juga
menyumbang kepada pencemaran air sungai. Banyak bahan buangan radioaktif yang

terhasil dari makmal-makmal dan bahan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa
toksik larut ke dalam air sungai serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen nuklear
juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar. Selain itu, masyarakat pula menjadikan sungai sebagai tong sampah apabila
ramai yang suka membuang apa-apa sahaja barang yang tidak perlu ke dalam sungai.

Seterusnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing yang
menjadikan kawasan tebing sungai sebagai petempatan mereka menjejaskan lagi
kualiti air sungai terutama di kawasan bandar. Oleh itu. untuk mengatasi masalah ini,
kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling l974 dan
peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran daripada punca tetap.
Kerajaan juga melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan
Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai.

Kesimpulannya, pencemaran air sungai merupakan satu masalah sosial yang
perlu diatasi dengan segera.

BAHAGIAN B : KARANGAN
[ 15 markah ]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

hujung minggu yang lepas -- aktiviti gotong-royong -- berkumpul di balai
raya – membahagikan tugasan – mengutip sampah di tepi dan di dalam
sungai – mengasingkan sampah – bahan buangan untuk program kitar
semula – aktiviti gotong-royong selesai – hidangan tengah hari – berasa
gembira kerana kawasan sungai bersih

BAHAGIAN C : SISTEM BAHASA
[ 50 markah ]

Klik pautan di bawah ini untuk menjawab soalan objektif dan subjektif.

https://forms.gle/ynn3EUvrBLd5CEs16

<<<<< KERTAS SOALAN TAMAT >>>>>
SELAMAT MENJAWAB SOALAN


Click to View FlipBook Version