NOVEL FORMULA TERMODINAMIK
SILA SALIN NOTA DI DALAM BUKU KOMSAS…
JIKA ADA PRINTER DI RUMAH ANDA BOLEH PRINT
DAN TAMPAL SAHAJA NOTA INI DI DALAM BUKU
KOMSAS..
TERIMA KASIH
NOVEL FORMULA TERMODINAMIK
SINOPSIS
Novel Formula Termodinamik ini berlatarbelakangkan Kampung Warisan di Papar Sabah. Amir dan
Asma mengimbau kehidupan mereka sewaktu kecil. Kini, mereka bertemu semula setelah meningkat
remaja. Usamah menuntut di Politeknik Perak manakala Amir pula menuntut di Politeknik Putatan.
Asma pula menuntut di maktab perguruan. Asma merupakan dua pupu Amir dan Usamah. Perbualan
Amir dan Asma terhenti apabila Usamah datang. Usamah memberitahu mereka bahawa Amir
menerima e-mail daripada Profesor Othman. Mereka terus ke bilik dan berkomunikasi secara talian
dengan Profesor Othman. Mereka berbincang tentang projek pengubahsuaian mesin rumput yang
terpakai lalu memaparkan grafik model mesin tersebut yang telah diprogramkan. Profesor Othman
mengucapkan syabas dan sedia menghulurkan bantuan. Amir meminta Profesor Othman menitipkan
Formula Dua Hukum Popular. Setelah menerima sedikit penerangan dan memahami formula tersebut,
Amir bertekad untuk menyiapkan mesin tersebut dalam masa sehari dua. Amir dan rakannya, Usamah
berkaya mencipta dan mengubah suai fungsi mesin rumput yang terpakai untuk petani melakukan
kerja-kerja menanam padi. Mesin yang dinamakan 2 dalam 1 itu diubah suai berpandukan Formula
Dua Hukum Popular. Rancangan Amir dan Usamah itu diketahui oleh Aswan yang merupakan dua
pupu Amir dan Usamah tidak senang duduk apabila tersebarnya berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1. Dia mahu menyaingi mereka dan ingin menebus kekecewaannya ketika
belajar di Politeknik dahulu. Fikri dan Majibon ialah rakan baik Aswan yang setia dan sabar akan
kerenahnya. Mereka faham akan sikap Aswan yang tidak senang hati jika ada orang lain yang lebih
hebar daripadanya. Namun begitu, di sebalik keangkuhan Aswan, masih terselit sifat pemurah yang
menyebabkan kedua-dua orang rakannya masih setia terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan oleh
Aswan untuk menyaingi ciptaan Amir dan Usamah. Aswan berjaya mencuti pemacu pena yang
mengandungi Formula Termodinamik. Dia juga hampir terlibat dengan jenayah siber kerana pemacu
pena tersebut mengandungi maklumat perniagaan sebuah syarikat yang tidak diketahuinya. Dia
nyaris-nyaris berjaya untuk melakukan pemindahan wang haram. Aswan, Majibon dan Fikri
menghadiri majlis sambutan Hari Krismas di rumah Majibon. Hujan yng turun mencurah-curah
mengakibatkan mereka hanyut dibawa arus deras. Namun begitu, mereka bernasib baik kerana
sempat berpaut pada dahan kayu yang besar. Saat genting tersebut menyebabkan keinsafan mula
menjalar ke seluruh urat saraf Aswan. Kehadiran Amir untuk menyelamatkannya menyebabkan Aswan
berasa sangat malu. Aswan berterus-terang tentang segala perbuatannya selama ini terhadap Amir
dan memohon maaf atas keterlanjuran tersebut. Amir tidak menyimpan sebarang dendam dan sedia
memaafkan Aswan dan rakan-rakannya. Persoalan ketiadaan Asma selama beberapa hari akhirnya
terjawab. Asma akan melangsungkan perkahwinannya dengan abang Aswan, iaitu Asman. Mereka
sebenarnya telah ditunangkan sejak kecil lagi. Hal ini menyebabkan Amir diselubungi perasaan hampa,
namun dia akur dengan takdir yang telah ditentukan. Sesekali perasaan menyesal hadir kerana dia
tidak berterus-terang tentang perasaannya terhadap Asma selama ini. Ciptaan Amir dan Usamah telah
memenangi Anugerah Saintis Muda. Hal ini melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara
dengan mendapat tajaan biasiswa. Mereka bertekad untuk membawa pulang kejayaan yang lebih
gemilang.
TEMA
Kegigihan dan cabaran yang dihadapi oleh dua orang remaja yang kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan mesin ciptaan mereka. Dalam novel ini, Amir dan Usamah gigih melakukan
pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai berpandukan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik yang dinamakan 2 dalam 1. Pada masa yang sama, kejayaan tersebut menyebabkan
Amir dan Usamah, iaitu Aswan berasa sangat tercabar dan mahu orang kampung berasa bangga
dengannya. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh Aswan untuk memastikan rancangannya berjaya.
PERSOALAN
a. Usaha yang gigih dan ikhlas akhirnya membuahkan kejayaan.
Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda melalui rekaan mesin 2 dalam 1. Kejayaan
itu juga membolehkan mereka mendapat pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara.
b. Kreativiti dan inovasi sangat penting dalam penghasilan sesuatu ciptaan.
Mesin rumput yang sedia ada telah diubah suai oleh Amir dan Usamah dengan menggunakan kreativiti
dan inovasi sehingga akhirnya tercipta sebuah mesin baharu yang sangat berguna.
c. Ilmu sangat penting untuk kelangsungan hidup.
Aswan sangat menyesal kerana tidak menggunakan peluang pendidikan yang terbuka luas untuknya.
Namun sebaliknya peluang yang ada dia persia-siakannya.
d. Kemahiran menggunakan teknologi komputer sangat penting dalam penghasilan sesuatu ciptaan.
Amir menggunakan lukisan grafik untuk mencipta mesin itu lalu menggabungkannya dengan formula
termodinamik serta menggunakan kod-kod tertentu dalam penghasilan tersebut.
e. Sikap iri hati dan persaingan yang tidak sihat akhirnya membawa padah.
Aswan telah mencuri pemacu pena milik Amir. Pemilikan pemacu pena tersebut secara haram nyaris-
nyaris mengakibatkan Aswan terlibat dengan jenayah siber.
f. Faktor pemilihan rakan dalam kehidupan adalah sangat penting.
Fikri sentiasa mengingatkan Asawan dalam membuat sebarang keputusan. Oleh sebab takut
kehilangan orang yang setia dengannya, Asawan akur dengan nasihat Fikri. Atas nasihat Fikri, Aswan
menangguhkan niatnya untuk melakukan pemindahan wang sebanyak RM1.3 juta.
g. Sesuatu cabaran yang sangat pahit dan sukar akhirnya akan manis jika ditempuhi dengan penuh
rela dan ditangani dengan bijak.
Amir kehilangan pemacu pena yang tersimpan formula penting serta data Syarikat Bahagia. Namun
begitu, Amir dan Usamah tidak berputus asa malahan menghadapinya dengan penuh sabar dan
bijaksana. Sikap mereka itu telah membuatkan Asawan berasa malu dan berubah menjadi sahabat
yang baik.
WATAK DAN PERWATAKAN
a. Watak utama dalam novel ini ialah Amir.
b. Watak-watak sampingannya terdiri daripada Usamah, Asma, Aswan, Majibon, Fikri, Adnin, Zaid,
Intan dan Damit.
Watak Perwatakan
1. Amir
Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.
Pemuda berdarah kacukan Cina dan Brunei.
Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
Mempunyai mata yang sepet dan berkulit putih pucat.
Remaja yang kreatif dan inovatif.
Bersifat pemaaf dan tidak berdendam.
Sedia berkongsi ilmu dengan orang lain.
Sepupu Usamah.
Menyimpan perasaan terhadap Asma, tetapi tidak diluahkan.
2. Usamah
Penuntut di Politeknik di Perak.
Remaja yang kreatif dan inovatif.
Sepupu dan rakan baik Amir.
Dua pupu Asma.
Bijak dalam mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia.
Rajin berjoging.
Seorang yang berfikiran positif.
Bersikap kurang sabar.
3. Asma
Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei.
Mempunyai ibu yang bernama Mak Cik Jinab.
Berkulit putih dan mempunyai ketinggian yang sederhana.
Dua pupu dengan Amir dan Usamah.
Menuntut di maktab perguruan.
Tidak suka mengungkit soal peribadi keluarga Aswan.
Merupakan tunang kepada Asman, iaitu abang Aswan.
4. Aswan
Anak jati Kampung Warisan, Papar.
Anak seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Pantang dicabar.
Lepasan politeknik.
Mempunyai seorang abang, iaitu Asman yang menuntut di United Kingdom.
Berbadan gempal dan berkulit cerah.
Dua pupu Amir dan Usamah.
Suka mendabik dada dengan kehebatannya.
Suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
5. Majibon
Berketurunan Dusun.
Rakan baik Aswan dan Fikri.
Sentiasa menyokong segala cadangan Aswan.
Suka memuji dan mengampu Aswan.
Merupakan kawan baik Amir dan Usamah sewaktu kecil.
6. Fikri
Rakan baik Aswan dan Majibon.
Sahabat yang setia.
Sentiasa menasihati Aswan dengan perkara-perkara yang baik.
Bosan akan sikap angkuh Aswan.
Bekerjasama dengan Aswan untuk mencipta mesin menanam padi.
7. Adnin
Remaja yang sedang menunggu keputusan SPM.
8.Zaid
Selalu berada bersama-sama dengan Amir dan Usamah untuk menyiapkan projek pengubahsuaian
mesin rumput 2 dalam 1.
Mempunyai tanggapan buruk terhadap Aswan, Fikri dan Majibon.
9.Intan
Ibu kepada Amir, Joy dan Lily.
Isteri kepada Damit.
Pegawai kanan di Jabatan Alam Sekitar.
10. Damit
Bapa kepada Amir.
Berbadan gempal dan berkulit cerah.
NILAI
a. Kasih sayang
Amir, Usamah dan Asma sangat menyayangi nenek mereka. kasih sayang mereka jelas dibuktikan
semasa nenek mereka sedang sakit dan ditahan di wad hospital.
b. Baik hati
Amir menolong Aswan, Fikri dan Majibon yang hampir lemas dihanyutkan oleh air ketika menghadiri
majlis Hari Krismas di rumah Majibon.
c. Bekerjasama
Amir dan rakan-rakannya bekerjasama untuk mencipta mesin 2 dalam 1.
d. Kegigihan
Amir dan Usamah gigih menyiapkan mesin terpakai untuk kegunaan para tani.
e. Tanggungjawab
Amir menyiapkan projek mengubah suai mesin rumput dengan penuh rasa tanggungjawab.
f. Kepasrahan
Amir menerima ketentuan takdir, iaitu Asma sudah menjadi milik abang Aswan dengan hati yang
terbuka.
PENGAJARAN
a. Kita perlulah berusaha dengan gigih dan ikhlas. Hal ini terbukti apabila Amir dan Usamah telah
memenangi Anugerah Saintis Muda melalui rekaan mesin 2 dalam 1. Kejayaan ini tercapai apabila
mereka gigih berusaha dan menghadapi segala cabaran serta dugaan dengan penuh keikhlasan.
b. Kita haruslah memiliki kreativiti dan inovasi terutamanya zaman moden ini. Hal ini merujuk kepada
mesin yang sedia ada telah diubah suai dengan menggunakan kreativiti dan inovasi dan akhirnya
penciptaan mesin ini mendapat sambutan kerana mudah dikendalikan serta kosnya agak murah
kerana menggunakan mesi terpakai.
c. Kita juga perlu memiliki ilmu kerana ilmu sangat penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Aswan berasa sungguh menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan lebih suka berfoya-
foya.
d. Kemahiran menggunakan komputer haruslah dimiliki dalam kehidupan yang serba moden ini.
Keselamatan sesebuah syarikat boleh dikawal menggunakan sistem komputer.
e. Kita tidak harus bersikap iri hati apabila melihat kejayaan orang lain. Hal ini terbukti bahawa sikap
Aswan yang berasa sangat tercabar dan iri hati apabila mengetahui kejayaan Amir dan Usamah dalam
mencipta mesin 2 dalam 1.
f. Kita perlulah berhati-hati dalam memilih rakan-rakan. Fikri dan Majibon yang sentiasa menasihati
Aswan dalam segala hal. Fikri dan Majibon merupakan rakan setia Aswan.
g. Kita hendaklah menganggap setiap cabaran yang pahit dan sukar, akhirnya menjadi manis jika kita
tempuhi dengan penuh redha dan ditangani dengan baik. Hal ini terbukti apabila Amir dan Usamah
menghadapi pelbagai rintangan sebelum berjaya meraih Anugerah Saintis Muda yang akhirnya
melayakkan mereka mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.