The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-09-01 03:17:14

MAKLUMAT PERTANDINGAN badminton

MAKLUMAT PERTANDINGAN badminton

Contoh video boleh dilihat di sini

https://youtu.be/AbWHXMQH1Fw

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka .

2 Tarikh tutup Penyertaan pada 14 September 2021 (Selasa), jam 11.59
malam.

3 Pertandingan yang dijalankan berbentuk Pertandingan Kemahiran Badminton
atas talian "Video Analysis"

4 Pertandingan bertujuan untuk memupuk kemahiran dalam sukan badminton
kepada semua murid.

SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua murid sekolah dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
( Rujuk Peraturan am MSSM )
5 penyertaan bagi setiap kategori untuk sebuah sekolah

MASA
1 September- 14 September 2021

KATEGORI

A. Bawah 12 : Lelaki dan Perempuan
B. Bawah 15 : Lelaki dan Perempuan
C. Bawah 18 : Lelaki dan Perempuan

KEMAHIRAN YANG DIUJI

SYARAT PERTANDINGAN

1. Setiap peserta perlu melakukan kemahiran badminton dan divideokan.
Peserta perlu melakukan kemahiran yang telah ditetapkan dan mengikut urutan
video.
2. Kaedah rakaman perlulah mengikut contoh video yang telah disediakan.
( kedudukan kamera mesti di sebelah hadapan peserta).
3. Kedudukan kamera mestilah stabil dan tidak begoyang serta dapat merakam

keseluruhan pergerakan yang dibuat.
4. Pergerakan kemahiran yang dilakukan mesti mengikut susunan seperti di dalam
video dengan selang masa rehat 10 saat bagi setiap kemahiran yang dilakukan.
5. Video mestilah asli tanpa ada sebarang suntingan. Lakuan dibuat dalam satu
rakaman video sahaja.
6. Tidak dibenar memasukkan muzik latar di dalam video kemahiran yang
dihasilkan.
Setiap video ditetapkan tidak boleh melebihi masa 5 minit. Setiap video
hendaklah dirakam dengan minimum resolusi Full HD ( 1920 x 1080).
7. Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja.
8. Penyertaan adalah secara individu.
9. Penyertaan mesti dihantar selewatnya jam 11.59 malam 14 September 2021
10. Potongan mata akan dikenakan untuk rakaman yang tidak jelas dan tidak
mengikut syarat.

PAKAIAN DAN ALATAN

a) Peserta perlu memakai pakaian sukan badminton yang lengkap dan
berkasut
b) Raket Badminton dan tanpa bulu tangkis

TEMPAT

a) Di kawasan lapang atau terbuka

b) Gelanggang badminton persendirian yang terbuka

PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN VIDEO

1. Guru penasihat perlu mendaftarkan penyertaan peserta ( terhad 5
orang setiap kategori )
( pendaftaran hanya dibuat selepas murid menghasilkan video kemahiran dan
memuat naik video ke saluran youtube)

2. Setiap video peserta perlu dimuatnaik kedalam akaun you tube
persendirian (murid / ibu bapa / guru ) dan link video perlu dikongsikan
melalui medium penghantaran yang di tetapkan. (Borang Penyertaan)
3. Video yang dimuatnaik pada saluran YouTube perlu ditetapkan sama
ada dalam aturan public atau unlisted sahaja. video yang di buat tetapan
peribadi "private" dan tidak dapat dibuka oleh panel penilai, akan
terbatal.
4. Pada ruang tajuk video murid perlu mengikut format yang ditetapkan
seperti dibawah
Kategori /Jantina/ Nama/ Daerah / Nama Sekolah

Contoh penulisan tajuk video

B12 Lelaki Azmi bin Ahmad Jasin SMK
Jasin


Click to View FlipBook Version