The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-05-23 11:23:38

PdPr BM Ting. 1 26052021

PdPr BM Ting. 1 26052021

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Soalan 1 - 15
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering
.

A ulang-alik C bolak-balik
B pindah-randah D bongkar-bangkir

2. Ramli terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana _ wang untuk

membiayai pembedahan jantung anaknya.

A kesempitan C kemuflisan
B kesuntukan D kesusahan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Ke bawah Duli Tuanku sedang bintang kebesaran ke dada Datuk Khairul

Adil, sempena hari keputeraan baginda.

A menyematkan C menampalkan
B memadamkan D memasangkan

1

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

4. “ sedia melaksanakan tugas yang dititah oleh tuanku itu,” kata

Laksamana kepada Bendahara.

A Hamba C Saya
B Patik D Beta

5. Ikram amat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja cemerlang

dalam pelajaran _ cemerlang juga dalam kegiatan kokurikulum.

A mahupun C bahkan
B apalagi D serta

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah. anak sungai sebelum pulang ke tapak

6. Imran dan rakan-rakannya C mengharungi
perkhemahan mereka. D menyeberangi
A melintasi
B merintangi

7. Anak-anak muda sanggup mata untuk menonton siaran langsung

perlawanan bola sepak pada awal pagi.

A bersengkang
B bertegang
C berkedip
D berkelip

8 Pak Leman terpaksa tanah kebunnya kepada pihak bank demi
membesarkan perniagaannya.

A mencagarkan
B menyewakan
C memawahkan
D meminjamkan

2

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Soalan 9 - 11
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

9. Mereka berada di muzium itu dari pagi ke tengah hari. Tiada kesalahan.

A BC D

10. Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan sempena Hari
A BC

Kemerdekaan. Tiada kesalahan.
D

11. “Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?” tanya Arif kepada kawannya.

AB C

Tiada kesalahan.
D

Soalan 12 dan 13

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

12. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia.

A di dalam mana masyarakat
B dalam mana-mana masyarakat
C di dalam mana-mana masyarakat
D dalam mana masyarakat

13. Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung
itu.

A bergotong-royong untuk melebar
B bergotong-royong untuk perlebarkan
C bergotong-royong untuk memperlebar
D bergotong-royong untuk memperlebarkan

3

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Soalan 14.
Pilih ayat-ayat yang betul.
14. I Janganlah kita merajuk bila dimarahi ibu kita.

II Tidak terangkat oleh saya meja yang berat itu.
III Latihan bola sepak akan tetap diteruskan walaupun hujan lebat.
IV Buatlah kerja sambilan dahulu sementara mendapat pekerjaan tetap.
A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 15.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
15. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal
setelah merantau jauh, kecuali
A seperti itik pulang petang
B seperti belut pulang ke lumpur
C tak sungguh seluang meluat, akhirnya pulang ke tepi jua
D berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau

juga

4

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Soalan 16 – 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

“Tapi … ,” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas mudah tetapi
kata Abang Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat
kita laksanakan.”

“Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu … ”
“Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau kalah …
tapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri.
Ingat pesan cikgu.”
Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu
Zaleha.
Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang banyak,
bukan tenaga yang kuat.
Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang- ulang,
dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka rupa dan teknik, cara dan
persembahan. Dengan suntikan kata-kata semangat ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari
seni, tidak hairanlah Azizah menang pada peringkat daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri
pula, dia mendapat naib johan.
Pada peringkat kebangsaan pula, Cikgu Zaleha tersenyum puas atas kemenangan Azizah
bagi kategori Karya Inovatif kerana Azizah yang digelarnya Profesor Serba Boleh itu telah berjaya
menambat hati para hakim dan juri dengan menghasilkan Tudung Saji 20 Beradik.

(Dipetik daripada Cerpen Hadiah,

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita
laksanakan

16. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah ...
A di mana ada kemahuan di situ atau jalan
B alah bisa tegal biasa
C belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan

17. Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara yang merisaukan Azizah?
A tidak berjaya dalam pertandingan
B tugas menganyam bukan sesuatu yang mudah
C tidak dapat memenuhi mandat gurunya
D bimbang akan kehabisan bahan anyaman

5

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

18. Yang berikut ialah faktor-faktor yang

menyebabkan Azizah memenangi pertandingan itu,

kecuali

A bimbingan daripada Cikgu Zaleha.
B kata-kata semangat daripada ayahnya.
C tunjuk ajar daripada ibunya.
D galakkan daripada Abang Azman.

19. ‘suntikan kata-kata semangat’

Frasa di atas merupakan gaya bahasa ...

A metafora
B personifikasi
C paradoks
D sinkope

20. Berdasarkan petikan di atas, nilai yang tidak dimiliki oleh Azizah ialah ...

A kegigihan
B keberanian
C kejujuran
D kerajinan

6

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Bahagian B : Sistem Bahasa
Soalan 1 : 5 markah

Dalam petikan dialog di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.

Selamat pagi Kamal. Kenapa kamu tidak hadir ke kelas tambahan
subjek Bahasa Melayu kelmarin? Bulan October ini kita ada
Peperiksaan Akhir Tahun Kamal.

Minta maaf Tan. Saya telah menghadiri Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru
dan Staff sekolah emak saya. Saya terlupa beritahu dengan kamu.

Mesti kamu menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dalam
jamuan itu.

Betul Tan. Saya makan sandwic, sate, aiskrim dan nasi beriyani.
Semuanya makanan kegemaran saya.

Ok Kamal. Lepas ini jangan ponteng kelas tambahan. Kasihan Cikgu
Sharifah susah-susah buat kelas tambahan untuk kita.

Betul itu Tan. Lepas ini saya tidak akan mengulangi kesilapan itu. Jom kita
pergi ke kantin.

(i) _
(ii) _
(iii)

[3 markah]
7

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

Nyatakan pola ayat di bawah sama ayat ayat berpola Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA),
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

(i) Anak bongsu Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia.

Pola ayat : _

(ii) Encik Yazi pengetua baharu di sekolah itu. _
Pola ayat : [2 markah]

8

Latihan PdPr 26/5/2021(Rabu)

2


Click to View FlipBook Version