PELANDUK MENGAJAR MEMERANG
Sinopsis :
Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri: manusia, jin ifrit, unggas,
landak dan pelanduk. Perdana menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam
di Rimba (SAR). Suatu hari SAR terjumpa lubang memerang dengan 7 ekor anak yang
ditinggalkan ibu bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan Sang Bubut memukul gendang
perang, lalu SAR membuka pencak silat sehingga terpijak semua anak memerang hingga
mati belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas tapak kaki SAR,
lantas berpakat menghadap Nabi Sulaiman.
Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil SAR
menghadap, lalu ditanyakan motif tindakan itu. SAR menjelaskan dia menyangka Sang
Bubut memukul gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak anak memerang.
Sang Bubut yang dipanggil memberitahu dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa
pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara
senget sambil membawa perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak
bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat
pinggang melengkung.
Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya
Sang Memerang. Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi
Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan SAR sebagai diat (nyawa dobalas nyawa)
dan pesalah sebenar ialah memerang.
Tema :
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.Hal ini digambarkan melalui
kisah memerang yang menganiayai anak2 Sang Seberau.Sebagai balasannya,dengan takdir
Allah Subhanahuwataala,anak2 Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah
Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang
perang yang dilakukan oleh Sang Bubut.
Persoalan :
1. Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa
memikirkan nasib pihak lain
2. Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.
3. Pengadilan memerlukan saksi.
4. Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
5. Bercakap benar di hadapan pemerintah.
6. Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
7. Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.
Watak dan perwatakan :
1. Pelanduk (Syah Alam di Rimba)
A) Menteri Nabi Allah Sulaiman
B) Menteri yang paling termasyhur
C) Bijak memberi kesedaran
D) Pandai bersilat Watak dan Perwatakan
E) Sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyat
F) Taat kepada pemerintah
G) Mudah berasa risau
H) Jujur
2. Sang Memerang
A) Mempunyai tujuh orang anak
B) Menjadikan ikan sebagai makanan
C) Tamak
D) Bertanggungjawab
E) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiaman
F) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan
3. Nabi Allah Sulaiman
A) Pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia,jin,dan binatang.
B) Melantik lima Perdan Menteri
C) Bijak menyelesaikan masalah
D) Tidak terburu-buru
E) Adil
F) Tegas
Nilai :
A) Keberanian
B) Keadilan
C) Kejujuran
D) Kebijaksanaan
E) Keprihatinan
F) Tanggunjawab
G) Kepatuhan
Pengajaran :
1) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat.
2) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman daripada pihak
musuh.
3) Sebagai rakyat,kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.
4) Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
5) Kita hendaklah mencari bukti-bukti yang jelas lebih dahulu sebelum membuat keputusan
terhadap sesuatu perkara.
6) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab
7) Sebagai pemerintah,kitamestlah bijak untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan baik.
8) Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
9) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita dilakukan.