Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
BAHAGIAN A
Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Kaki Nek Salmah berasa ___________ kerana terlalu jauh berjalan.
A lesu C lembik
B lemau D lenguh
2 ________, berani kamu memburuk-burukkan aku dihadapan rakan-rakan yang
lain !
A Eh C Cis
B Oh D Nah
3 Pak Amin membuang sarang ___________ pada tiang rumah itu.
A kuda-kuda C angkut-angkut
B dekak-dekak D kunang-kunang
4 Para peserta lawatan diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan __________
sepanjang lawatan itu.
A tatacara C tatatertib
B tatakerja D tatabahasa
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
Soalan 5 - 6
Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
5 Tolong jangan berbuat bising di kawasan ini kerana peperiksaan sedang
AB
dijalankan. Tiada kesalahan.
CD
6 Antara program yang dirancang untuk meningkatkan prestasi calon PT3 adalah
A BC
Bengkel teknik menjawab soalan. Tiada kesalahan.
D
Soalan 7 - 8
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
7 Adakah pendapat anda tentang program Masyarakat Penyayang yang telah
dilancarkan oleh kerajaan?
A Bagaimanakah dapatan anda
B Manakah dapatan anda
C Apakah dapatan anda
D Adakah pendapat anda
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
8 Perniagaan itu didenda kerana tidak meletakkan tanda harga pada barang
jualannya.
A Peniaga itu denda C Itu perniagaan didenda
B Peniaga itu didenda D Pernigaan itu didenda
Soalan 9 -10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betulnya.
9 I Baju itu sesuai dipakai oleh wanita yang bertubuh kecil.
II Mereka terpaksa berhimpit-himpit di dalam bilik yang kecil itu.
III Nenek menjalankan perusahaan kecil di kampung untuk menjana
pendapatannya.
IV Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka
masa kecil
A I dan II sahaja
B III dan iv sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
10 I Kami bertolak ke kawasan pedalaman itu apabila hari sudah segar.
II Peristiwa yang menyedihkan itu masih segar dalam ingatanku.
III Sayur-mayur yang dijual di pasar malam itu masih segar.
Iv Kami berjalan-jalan di taman bunga sambil menghirup udara segar.
A I dan II sahaja
B III dan Iv sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan Iv sahaja
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
Soalan 11 - 12
Pilih ayat-ayat yang betul.
11 I Farhan pun tampil ke pentas untuk menerima hadiah dari pengetua sekolah.
II Pokok kelapa yang surut ke arah kandang lembu itu telah ditebang oleh
ayah.
III Syafik menuntun orang tua yang kelainan upaya itu ketika melintas jalan
Raya.
IV Pembantu kedai itu memikul tong gas untuk dihantar ke rumah Puan Sofia.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
12 I Selain kamu, siapakah lagi yang disoal siasat oleh guru disiplin?
II Aniza menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya.
III Sedangkan dia yang pandai pun boleh gagal jangankan kita.
IV Dia menerima daripada sahabat lamanya e-mel pagi tadi.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
13 Semua hadiah bagi cabutan bertuah telah disampaikan oleh pengetua
sekolah sebelum majlis tersebut berakhir.
A Pengetua sekolah telah menyampaikan semua cabutan bertuah sebelum
majlis tersebut berakhir.
B Pengetua sekolah telah menyampaikan semua hadiah tersebut sebelum
majlis cabutan bertuah berakhir.
C Pengetua sekolah telah menyampaikan semua hadiah bagi cabutan
bertuah sebelum majlis tersebut berakhir.
D Sebelum majlis cabutan bertuah berakhir, semua hadiah kepada
pengetua sekolah tersebut telah disampaikan.
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
Soalan 14 - 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
14 Peribahasa yang menunjukkan perilaku kalau jauh berkasih-kasihan, kalau dekat saling
bergaduhan ialah
A dekat bau bunga, jauh bau tahi.
B gunting makan di hujung.
C telur di hujung tanduk.
D aur ditarik songsang
15 Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing dengan
negara maju yang lain. Peribahasa yang sesuai ialah
A belum duduk sudah berlunjur
B duduk sama rendah berdiri
C ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
D berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
BAHAGIAN B
SOALAN 1 (a)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat SATU kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.
i) Kebanyakan melancong yang berkunjung ke Pulau Tioman akan terpikat
oleh keindahan dasar lautnya.
__________________________________________________________
ii) Senarai nama-nama murid yang terlibat dalam perbarisan sempena Hari
Kebangsaan akan diumumkan pada pagi ini.
__________________________________________________________
Iii) Atikah kurang disenangi oleh rakan-rakannya kerana dia selalu
menunjuk-nunjuk gaya hidup yang serba maju.
__________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 1 (b)
Dalam setiaap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Alat tulis Iini dapat digunakan untuk melukis segitiga dengan tepatnya.
___________________________________________________________
ii) Para peserta bengkel berpeluang untuk beramah mesra dengan
penceramah itu dalam sessi soal jawab yang akan dimulakan sebentar lagi.
____________________________________________________________
Latihan PdPr 19/5/2021(Rabu)
BAHAGIAN C
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang cara-cara untuk membentuk pemikiran yang sihat dalam kalangan remaja. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud ayat asal petikan.
Akal dan fikiran merupakan anugerah yang paling istimewa yang dikurniakan kepada setiap
makhluk yang bergelar manusia. Melalui akal, manusia berupaya untuk membezakan antara
perkara yang baik dengan perkara yang buruk.
Remaja merupakan kelompok yang berpotensi untuk membina aliran pemikiransama ada
berbentuk positif dan sihat ataupun negatif dan buruk. Dalam hal ini, setiap pihak perlu
memainkan peranan bagi membantu remaja untuk membentuk akal dan fikiran yang baik.
Antara ejen sosial yang paling berpengaruh dalam mengatasi konflik pemikiran remaja
termasuklah ibu bapa.Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya meluangkan masa untuk
bersama-sama dengan anak, terutamanya pada usia remaja dengan mengadakan sesi
perbincangan atau berbual santai dan mendengar segala permasalahan mereka.
Remaja secara dasarnya mengenali makna hidup dengan melihat dunia persekitaran.
Pemikiran remaja masa ini terbentuk melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, dan didengar di
sekeliling mereka. Dalam hal ini, media merupakan medium yang paling berkesan untuk
membangunkan cara pemikiran yang sihat dan positif dalam kalangan remaja. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah utama untuk
mendapatkan segala maklumat.
Selain itu, golongan remaja itu sendiri seharusnya berusaha untuk meningkatkan daya
pemikiran mereka ke arah yang lebih baik, seperti sering bertanya, membaca dan
berkomunikasi secara berhadapan. Dalam usaha untuk membentuk pemikiran yang matang,
meluas dan terkehadapan, sudah tentunya remaja perlu belajar. Dalam hal ini,menuntut ilmu
berupaya untuk membuka fikiran remaja dengan lebih meluas
dan dapat menajamkan daya pemikiran seseorang menjadi kreatif dan kritis. Pengalaman
atau kesilapan masa lalu juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan
penting dalam proses pembentukan pemikiran remaja yang lebih matang kerana berkait rapat
dengan diri mereka sendiri