The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-06-21 01:33:02

Syair Pohon Buluh

Syair Pohon Buluh

Syair Pohon Buluh

Rangkap Maksud

1 Menara tinggi banyak bertingkat Menggambarkan sebuah menara
Di sana tiada bilik bersekat tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi
Tiada bertangga naik melekat tidak mempunyai bilik dan tidak
Mata-mata menjaga segenap pangkat bertangga. Setiap ruas buluh dikawal

oleh miang buluh.

2 Yang ada sedia panji-panji bendera Dedaun buluh umpama kibaran
Hingga sampai ke kemuncak menara bendera dari pangkal hingga ke
Banyak ada ia bersaudara puncaknya dan kebanyakkannya
Yang ada pula bersama gara sama saiz dan darjat.

Selalu dipandang dilihat adanya Jika diperhatikan, jelas kelihatan,
buluh hidup dalam satu rumpun yang
3 Tinggi rendah dijerat pangkatnya menggambarkan kesatuan yang kuat
Besar kecil ikat binanya tanpa mengira saiz.

Terlalu kuat pula asasnya Keadaan di dalam dan di luar buluh
adalah licin. Bahagian dalam batang,
Ikatnya licin di luar di dalam gelap umpama malam, boleh
Gelapnya di dalam seperti malam menakung air tanpa tumpah.
4 Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam

Tema
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur menggambarkan
kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.

Persoalan
1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak.

Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan
saksama.
2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta akan
negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk
membina masyarakat yang bersatu padu.

3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar
megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang
kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni.

4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung air.
Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum.

Bentuk
1. Mempunyai empat rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai empat baris.
3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
4. Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5. Rima akhirnya aaaa.

Nilai
1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup aman dan

harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan. Apabila rakyat hidup bersatu
padu, negara yang aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya.
2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu rumpun saling
bergantungan antara satu sama lain, membentuk rumpunan yang kuat. Dalam
hidup bermasyarakat, kita perlu saling menolong antara satu sama lain.
3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa
mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan.
4. Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang bersemangat patriotik
akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.

Pengajaran
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk komuniti/masyarakat)

tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.
2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup saling memerlukan

dalam membentuk satu unit kumpulan yang kuat.
3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar dapat hidup

dengan aman dan harmoni.
4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup bermuafakat.


Click to View FlipBook Version