The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-74121452, 2021-08-22 08:40:07

NOVEL JEJAK MONPUS

NOVEL JEJAK MONPUS

NOVEL JEJAK MONPUS

Murid-murid dikehendaki membaca
sinopsis Novel Jejak Monpus ini.
Kemudian, salin nota atau cetak nota ini
dan tampal di dalam buku KOMSAS.

SINOPSIS

Novel Jejak MONPUS berkisar tentang Zahar seorang penuntut bidang Biologi di Fakulti
Sains Hayat, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Zahar begitu obses dengan dunia
serangga sejak kecil lagi. Minatnya terhadap dunia serangga terutamanya ulat bulu dan rama-
rama semakin mendalam hingga mendorongnya membina sebuah makmal kecil di sebelah
rumahnya. Ibu Zahar, iaitu Qistina merupakan seorang guru yang sentiasa memberikan
galakan kepada Zahar untuk mengembangkan lagi minatnya. Zahar seorang pelajar yang
sangat berdedikasi dan telah banyak menerima anugerah hasil penyelidikan dan inovasi yang
dijalankan bersama-sama dengan pihak universiti.

Di makmalnya terdapat pelbagai spesies ulat bulu, namun terdapat satu spesies yang
paling disayanginya. Spesies itu diberi nama Pus Pus. Walau bagaimanapun, keadaan fizikal
Pus Pus yang lemah merisaukan Zahar. Dia mengambil keputusan untuk ke Pulau PIsang
bersama-sama dengan Fikri dan Malcom untuk mencari speies baharu untuk dikacukkan
dengan Pus Pus. Dia bernasib baik kerana telah bertemu dengan beberapa spesies baharu
termasuk seekor ulat bulu yang cantik daripada spesies Monarch. Hasil kacukan antara Pus
Pus dengan Monarch maka terhasillah ulat bulu yang digelar Zahar sebagai Morgan. Namun
begitu, sesuatu yang aneh telah berlaku apabila Morgan mengalami perubahan, iaitu
mempunyai sayap pada bahagian abdomen kiri dan kanannya.

Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk Kampung Maju Jaya apabila
beribu-ribu ulat bulu telah menyerang kampung tersebut. Penduduk kampung yang terkena
penyakit dan binatang ternakan di kampung tersebut banyak yang mati. Ripin dan beberapa
orang pemuda kampung telah datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai
punca serangan ulat bulu itu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan
Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan
Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung
Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa, selain ulat
bulu dan pelbagai jenis rama-rama. Serangan ulat bulu semakin serius. Zahar diminta ke balai
raya. Zahar yang bijak berhujah. Ketua Kampung Maju Jaya, iaitu Pak Naib meminta Zahar
menggunakan kepandaiannya untuk membantu penduduk kampung.

Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya
tersiar dalam surat khabar. Pak Mail, Manaf, Jusuh, Ahmad, Usop, dan Ripin menyalahkan
Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung mereka. Perbualan mereka terhenti apabila
melihat Zahar dan ibunya tiba dengan kereta pacuan empat roda. Ripin meluru keluar dari
warung. Dia bertekak dengan Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat Ripin
terhadap Qistina membuat Zahar berasa amat marah. Pergaduhan antara Zahar dan Ripin
berlaku. Ripin melibaskan pisau lipat ke badan Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu
Zahar. Zahar dirawat di Hospital Pontian. Akhirnya, Zahar dibenarkan keluar dari hospital dan
diberi cuti sakit selama seminggu.

Zahar telah menjalankan kajian dan eksperimen untuk mencari penawar kepada masalah
yang dialami oleh penduduk kampung. Zahar sekali lagi mengajak Fikri menemaninya ke
Pulau Pisang untuk mencari penawar. Akhirnya, dia telah menemukan pokok berdaun lebar
dan berkerinting yang menjadi makanan ulat bulu yang mempunyai spesies Morgan. Hasil
penelitiannya, Zahar berpendapat bahawa dia dan Fikri perlu melenyapkan spesies ulat bulu
berintik hitam dan Morgan menjadi punca ulat bulu itu membiak.

Di makmalnya, Zahar yakin bahawa Morgan ialah penawar bagi wabak serangan ulat di
kampungnya. Dia menghasilkan larutan yang dicampur dengan cecair yang diambil dari
badan Morgan. Larutan itu menunggu masa untuk diolah dan diektrak untuk menjadi agen
biologi. Selepas bangun dari tidur, Zahar menyambung kerja-kerja di makmalnya. Dia

mencurahkan larutan cecari berwarna biru hijau itu ke dalam botol penyembur. Dengan berat
hati, dia menyemburkan cecair tadi ke badan Morgan. Selepas mengeliang-geliut, badan
Morgan mengeluarkan kepulan asap putih berbaur warna hijau kekuningan kemudian
mengeras. Selepas pulang dari kuliah, Zahar mendapati buku formula, bahan uji kaji, serta
botol cecair beracun sudah tiada. Dia mengesyaki ada orang yang mencurinya.

Zahar dan Fikri telah melakukan penyiasatan dan mendapati Ripinlah orang yang
bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Akhirnya, Ripin dan rakan-rakannya telah
ditangkap. Formula kepunyaan Zahar berjaya ditemukan semula. Setelah dipatenkan, formula
Zahar yang diberi nama MONPUS itu telah dikormesialkan. Hal ini dimaklumkan oleh
pengurus produk inovasi UTM. MONPUS terhasil daripada proses eksperimen yang rumit dan
berjaya membunuh ulat bulu berintik hitam yang telah menyerang penduduk Kampung Maju
Jaya.

Pada akhir cerita, Zahar telah berjaya menerima anugerah Biasiswa Kerusi Canselor
daripada tokoh Universiti Oxford, London. Majlis tersebut menjadi detik yang paling
menggembirakannya kerana anugerah tersebut disampaikan oleh bapanya sendiri, iaitu
Professor Dr. Baharuddin yang kini menjadi tenaga pengajar universiti tersebut. Kegembiraan
Zahar semakin bertambah apabila bapa yang sangat dirinduinya telah melamar ibunya
semula. Zahar berasa sangat bersyukur kerana musibah ulat bulu yang datang menyerang
dan racun serangga MONPUSnya bukan sahaja berjaya menyelamatkan nyawa bahkan
berjaya menyambung perhubungan ibu bapanya yang sekian lama terputus.




Click to View FlipBook Version