KERTAS KERJA MINGGU ANTIDADAH 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR, TAWAU 1 | U N I T P P D a S K K B T PENGENALAN Sambutan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat pentin g memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat awal perlu diterapkan dalam komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang dengan sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. MATLAMAT ➢ Memberi kesedaran kepada semua murid bahawa dadah boleh memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. ➢ Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya. OBJEKTIF ➢ Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat. ➢ Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi. ➢ Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah. ➢ Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid. TARIKH 22 - 26 April 2024 KUMPULAN SASAR ➢ Murid Prasekolah ➢ Murid Tahun 1 - 6 ANJURAN BERSAMA ➢ Unit Kesihatan ➢ Pusat Sumber Sekolah ➢ Panitia Pendidikan Seni Visual
KERTAS KERJA MINGGU ANTIDADAH 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR, TAWAU 2 | U N I T P P D a S K K B T SUMBER KEWANGAN ➢ Sekolah JAWATANKUASA PROGRAM JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : EN. SUHAIDI ADININ Guru Besar PENGERUSI : EN. TAUPID BIN IRWAN PK Hal Ehwal Murid TIMBALAN PENGERUSI : EN. SYARIZAN MOHD NOR PK Pentadbiran : EN. BUHAIRAN SUDIN PK Kokurikulum BENDAHARI : PN. ASRA PATALEMPO Kerani Kewangan SETIAUSAHA : CIK NURHAFIZAH NAWAWI Penyelaras PPDa Pagi : EN. ROSLAN SUNI Penyelaras PPDa Petang JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI MEWARNA TAHUN 1 : PN. NORSITA LAKIBUL MEWARNA TAHUN 2 : PN. NOOR MALLA MEWARNA TAHUN 3 : PN. ZULFASIAH MEWARNA PRASEK : PN. SARIPAH TOLLENG MELUKIS POSTER : PN. NUR FARWIZAH ALLI DEKLAMASI SAJAK : EN.ROSLOQMAN HAKIM CERAMAH ANTIDADAH : EN. RAZALI AKTIVITI MENGIKUT TARIKH & HARI 22 APRIL 2024 (ISNIN) ➢ Deklamasi sajak Antidadah (Semasa perhimpunan) ➢ Pelancaran Minggu Antidadah 2024 (Semasa perhimpunan) ➢ Hebahan Pertandingan Melukis Poster Antidadah Tahap 2 ➢ Hebahan Pertandingan Mewarna Poster Antidadah Prasekolah ➢ Hebahan Pertandingan Mewarna Poster Antidadah Tahap 1 23 APRIL 2024 (SELASA) ➢ Mesej 5 minit Antidadah ➢ Pertandingan Melukis Poster Antidadah Tahap 2 24 APRIL 2024 (RABU) ➢ Mesej 5 minit Antidadah ➢ Aktiviti Mewarna Poster Antidadah Prasekolah
KERTAS KERJA MINGGU ANTIDADAH 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR, TAWAU 3 | U N I T P P D a S K K B T 25 APRIL 2024 (KHAMIS) ➢ Mesej 5 minit Antidadah ➢ Aktiviti Mewarna Poster Antidadah Tahap 1 26 APRIL 2024 (JUMAAT) ➢ Ceramah Antidadah ➢ Tarikh Akhir Penghantaran Melukis Poster Antidadah Tahap 2 ANGGARAN PERBELANJAAN MINGGU ANTIDADAH 2024 PERKARA AKTIVITI / PERTANDINGAN KATEGORI ANGGARAN JUMLAH MELUKIS POSTER ANTIDADAH TAHAP 2 RM10 x 15 RM150 SIJIL PENYERTAAN TERBUKA RM50 RM50 JUMLAH KESELURUHAN RM200 PENUTUP Diharapkan aktiviti-aktiviti Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah yang telah dirancang ini akan mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Semoga aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya. Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh; …………………………………… ……………………………………. …………………………………… NURHAFIZAH NAWAWI TAUPID BIN IRWAN SUHAIDI HJ. ADININ Penyelaras Unit PPDa Penolong Kanan HEM Guru Besar sk : Fail