KPK2213-18 PUNGURUSAN PUSAT PAKK TUGASAN GROUP PEMARKAHAN TAJUK PENUBUHAN KERTAS KERJA TADIKA CAHAYA AULAD DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NOOR NAJIHAH BT AZMI MASTURA BT ZAKARIA NOR ANISA BT HANAFI 21140371 21140374 21140379 NAMA PENSYARAH : MADAM MAIZATUL AKHMAR BT MAT YUSOFF TARIKH HANTAR : 3 DISEMBER 2023
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1.0 PENGENALAN 4 2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KERJA DAN CARTA ORGANISASI DALAM TADIKA CAHAYA AULAD 5-7 3.0 RASIONAL (NAMA,VISI,MISI, MOTO,LOGO) 8-10 4.0 LATAR BELAKANG 11 5.0 OBJEKTIF 12 6.0 TARIKH MULA PERLAKSANAAN 13-14 7.0 PELAN LANTAI & PEMBANGUNAN 15 8.0 KRITERIA PENGAMBILAN 16 9.0 KURIKULUM 17-21 9.1 KANDUNGAN DALAM KSPK YANG AKAN DIGUNAPAKAI OLEH TADIKA 9.2 KANDUNGAN KURIKULUM TAMBAHAN 9.3 SESI BELAJAR 9.4 JADUAL WAKTU 9.5 YURAN 9.6 CUTI 9.7 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR 10.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 22 11.0 CADANGAN INVENTERI 23 12.0 ASPEK PEMAKANAN 24-31 12.1 KEPENTINGAN PERATURAN & GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN KANAK-KANAK 12.2 PERUNTUKAN & BELANJAWAN 12.3 PENYEDIAAN & PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN 12.4 CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA 12.5 JADUAL PEMAKANAN KANAK-KANAK UNTUK SEMINGGU 13.0 ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN 13.1 ASPEK KEBERSIHAN 32-35 13.2 ASPEK KESELAMATAN 14.0 ASPEK KESIHATAN 36-41 14.1 BAHAGIAN ASPEK KESIHATAN 14.2 PENJAGAAN KESIHATAN DIRI KANAK-KANAK 14.3 FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN 14.4 JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK 15.0 PENGURUSAN KELOLAAN STAF 15.1 BILANGAN STAF 15.2 CARTA ORGANISASI STAF 42-43 15.3 KELULUSAN PENDIDIKAN STAF 15.4 PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL STAF
16.0 PENGURUSAN KEWANGAN 16.1 PEMASARAN 44-45 16.2 YURAN BULANAN 16.3 SEWA BULANAN 16.4 UTILITI (BIL AIR, BIL ELEKTRIK & BIL TELEFON) 16.5 AKTIVITI TAHUNAN 16.6 GAJI GURU / PEMBANTU GURU 16.7 BAJU SERAGAM 16.8 BAJU SUKAN 16.9 BORANG YANG DIPERLUKAN UNTUK TUBUH TADIKA 17.0 PENUTUP 46
4 1.0 PENGENALAN Pendidikan prasekolah adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali lebih-lebih lagi meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial. Perkembangan secara holistik juga justeru adalah untuk mengembangkan lagi potensi kanak-kanak dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menyeronokkan serta berdemokratik lebih-lebih lagi di peringkat prasekolah. Pada peringkat prasekolah ini jugalah, kanak-kanak ini mula belajar untuk berkompromi, bersikap hormat, menyelesaikan masalah dan banyak lagi. Oleh itu, di antara premis pendidikan peringkat awal yang menyediakan persekitaran kondusif untuk kanak-kanak meneroka, memperoleh rasa diri, bermain dengan rakan sebaya dan membina keyakinan diri adalah di prasekolah. Malahan, di tempat ini juga lah kanak-kanak belajar bahawa mereka dapat menyelesaikan tugas dan membuat keputusan tanpa bantuan ibu bapa mereka. Pendidikan di peringkat prasekolah ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diajar pada usia dini biasanya mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik, masalah tingkah laku yang lebih sedikit dan nilai yang lebih baik tanpa perhatian dan perhatian khusus. Keyakinan diri yang diperoleh dengan belajar secara suka bermain menambahkan lagi keperibadian anak-anak. Pengalaman persekolahan yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat mengekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan Pendidikan sepanjang hayat. Hal ini dikatakan demikan kerana kanak-kanak akan belajar mengenai rutin, mengikuti arahan dan menunggu. Oleh itu, prasekolah yang berkualitilah yang akan membantu kanak-kanak mencari jawapan melalui penerokaan, eksperimen, perbualan dan sebagainya. Dengan ini, kami ingin menubuhkan sebuah tadika di kawasan berhampiran sebagai salah satu khidmat kepada masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang mereka perlukan. Nama penubuhan tadika kami ialah "Tadika Cahaya Aulad".
5 2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KERJA CARTA ORGANISASI DALAM TADIKA CAHAYA AULAD PENGURUS TADIKA NOR ANISA BT HANAFI GURU 1 MASTURA BT ZAKARIA GURU 2 NOOR NAJIHAH BT AZMI PP GURU AMINA BT SALLEH MASTURA BT ZAKARIA STAFF SOKONGAN PENGAWAL KESELAMATAN MUTHU ABHAY TUKANG KEBERSIHAN KHADIJAH BT AHMAD MASTURA BT ZAKARIA TUKANG KEBUN ABU SAMAD BIN ALI MASTURA BT ZAKARIA
6 TANGGUGJAWAB KERJA JAWATAN TUGASAN PENGURUS TADIKA • Penyediaan lokasi tadika dan peralatan tadika. • Pemasaran tadika. • Memberi bimbingan khas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah belajar atau masalah pembelajaran. • Membuat perancangan pengurusan dan pentadbiran tadika. • Memastikan setiap perjalanan operasi tadika berjalan dengan lancar dan mengikut matlumat objektif yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi kerja dan prosedur diberi dengan betul dan sistematik. • Memantau perjalanan setiap aktivti yang dijalankan. GURU 1 & 2 • Merancang aktiviti, menyediakan bahan bbm, yang berkesan mengikut strategi, kaedah dan teknik yang betul. • Mengendalikan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak, termasuk aspek fizikal, emosi, sosial, dan kognitif.
7 PEMBANTU PENGURUSAN GURU • Merancang, mengurus, mengendali dan menyediakan makanan dan minuman yang bersih, selamat, lazat, berkhasiat dan seimbang bagi kanakkanak. • Membantu guru mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas. Contohnya: Buku daftar stok, portfolio kanak-kanak, rekod kemajuan kanak-kanak, rekod ujian mata dan rekod anekdot. STAFF SOKONGAN • Membantu mencantikkan persekitaran sekolah dengan tanaman dan lain-lain. • Menjaga keselamatan guru dan murid. • Menjaga kebersihan sekolah.
8 3.0 NAMA, LOGO DAN LOKASI TADIKA HURAIAN MENGENAI LOGO Bil. Simbol/Logo Huraian 1. Warna biru Melambangkan kedamaian, ketenangan, muafakat dan persaudaraan. 2. Warna koko Melambangkan rasa tenteram, keyakinan dan dipercayai. 3. “Learning, Playing & Grow” Moto tadika Cahaya Aulad 4. Simbol kanak-kanak Melambangkan kanak-kanak yang perlu diberi didikan, kasih sayang yang sempurna, mudah dilentur dan berpotensi untuk dikembangkan. 5. Simbol bintang ada tiga Melambangkan cahaya dan pengetahuan. 6. Simbol buku Melambangkan pustaka ilmu dan merupakan sumber dari segala pengetahuan. 7. Simbol mainan Melambangkan konsep bermain sambil belajar.
9 8. Simbol daun Melambangkan hasrat melahirkan bakal warganegara yang cemerlang dan berguna kepada masayarakat.
10 MAKSUD DAN NAMA TADIKA Kami menamakan dengan sebutan Tadika Cahaya Aulad untuk memberi inspirasi awal serta menunjukkan usaha dan maklumat kami iaitu menjadikan pusat Pendidikan awal sebagai pilihan yang terbaik mengikut standard program prasekolah kebangsaan. Tadika Cahaya Aulad juga bersama-sama menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing kelak bermula dengan pandidikan awal untuk menyuburkan dan menyerlahkan lagi potensi kanak-kanak dari segi kemahiran yang mereka miliki. Cahaya Aulad adalah hasil gabungan Bahasa melayu dan juga Bahasa arab, yang mana berdasarkan makna Aulad itu sendiri apabila di tafsirkan bermaksud kanak-kanak, jadi cahaya bermaksud menerangi atau sinar, sesuai dengan matlamat tadika iaitu untuk memberi pendidikan uang terbaik dengan menerangi kanak-kanak agar mereka ini berkembang dengan setiap perkembangan mereka dengan jayanya. Dengan menggunakan nama yang di ambil dari istilah Bahasa arab ini, sudah tentulah pendekatan yang ingin diketengahkan adalah berkonsepkan islamik. Pendekatan ini amat dekat di hati para ibu bapa di Malaysia yang ingin menjadikan anakanak mereka sempurna baik dari segi akedemik dan juga sahsiah serta bermoral. MAKLUMAT LOKASI TADIKA 1) Lokasi dan Maklumat Lot 14550-B, Jalan Bayam Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan. 2) Jenis Bangunan Sebuah bangunan tadika satu tingkat. 3) Hak Milik Tanah Puan Maizatul Akhmar Bt Mat Yussof. 4) Sekatan kepentingan Rumah kediaman. 5) Syarat nyata tanah Hak milik kekal.
11 LATAR BELAKANG TADIKA Tadika ini akan ditubuhkan pada 23 Januari 2024 oleh saya sendiri, Nor Anisa Bt Hanafi yang merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di kawasan perumahan Taman Jaya beralamat Lot Lot 14550-B, Jalan Bayam Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Kedudukan tadika ini berada di kawasan deretan perumahan di dalam bandar dan akan menjadikan tadika ini lebih terkenal di kawasan tersebut. Terdapat dua orang guru yang menjadi tenaga pengajar ditadika ini dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan guru dan tiga orang staff sokongan iatu tukang kebersihan, kebun dan juga pengawal keselamatan. Syarat wajib untuk memegang jawatan guru di tadika ini adalah sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam bidang PAKK itu sendiri atau sijil PAKK atau pendidikan lain yang diiktiraf. Waktu operasi yang sudah ditetapkan adalah bermula daripada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari sahaja. VISI Satu rangka untuk mewujudkan calon pemimpin bangsa yang hasan, aktif kreatif dan produktif demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. MISI • Untuk melahirkan generasi cilik yang mempunyai pemikiran yang terbuka, berkayakinan diri dan mempunyai daya kreativiti serta inovatif yang komprehensif. • Untuk membentuk sikap serta akhlak yang hasan dalam diri generasi cilik masa kini supaya mereka dapat menunjukkan dan mengaplikasikan perihal tersebut di dalam kehidupan seharian. • Untuk memberikan pendidikan yang fleksibel bagi melahirkan generasi cilik yang secara holistiknya dapat menguasai 6 tunjang penting yang terdapat di dalam kurikulum yang telah diaplikasikan dalam sesi pembelajaran. MOTO Moto tadika Cahaya Aulad menerapkan tiga elemen penting dan utama iaitu “Learning, Playing & Grow”.
12 4.0 OBJEKTIF ❖ Penubuhan Tadika Cahaya Aulad dilihat bertepatan dengan suasana dan halatuju kawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). ❖ Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah: o Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak. o Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan. o Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam Membaca, Menulis dan Mengira (3M). o Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung. o Membekalkan pembelajaran yang berkonsepkan Islam yang sebenar. o Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif. o Mewujudkan kanak-kanak yang bersemangat dalam melakukan pelbagai aktiviti. o Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.
13 5.0 LOKASI TAPAK Lokasi tapak untuk penubuhan tadika ini ialah di kawasan perumahan yang beralamat Lot 14550-B, Jalan Bayam Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Setelah membuat pengkajian, lokasi ini selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan serta terjamin keselamatannya. Selain itu, lokasi ini tidak diganggu oleh pencemaran bunyi, persekitaran udaranya yang bersih dan nyaman dan ia mendapat kebenaran bertulis daripada jiran sebelah kanan, kiri, belakang dan hadapan premis.
14 6.0 TARIKH MULA PELAKSANAAN Tarikh mula dilaksana tadika ini di anggarkan bermula dari tarikh kertas kerja ini di buat iaitu pada 31/10/2023 dan di jangka ia akan mengambil masa selama 6 bulan untuk di siapkan dan ia akan mula di laksanakan pada 30/04/2024. Ia mengambil masa yang cukup lama kerana kami akan membuat promosi dengan mengedarkan risalah (pamphlet) kepada semua penduduk taman.
15 7.0 PELAN LANTAI DAN PEMBANGUNAN
16 8.0 KRITERIA PENGAMBILAN Proses pengambilan kanak-kanak ke tadika melibatkan beberapa kriteria utama: • Kanak-kanak yang mempunyai status warganegara malaysia atau salah seorang ibu bapa warganegara. • Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun ( keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun). • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang ( mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak). • Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
17 9.0 KURIKULUM Kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) adalah kurikulum yang digunakan di tadika kami serta kami juga menggunakan kurikulum tambahan untuk memperkayakan pengalaman kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di Tadika Cahaya Aulad. 9.1 KANDUNGAN DALAM KSPK YANG AKAN DIGUNAPAKAI OLEH TADIKA 1. Tunjang komunikasi • Kanak-kanak diajar bagaimana cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan sebaya atau orang sekeliling. 2. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai • Kanak-kanak diajar untuk mengenal, menyebut huruf-huruf jawi dan asas-asas tentang agama islam serta sikap & nilai-nilai murni dalam normal masyarakat. 3. Tunjang keterampilan diri • Kanak-kanak diajar cara untuk mengawal emosi dan memahami serta menghormati perasaan orang lain. 4. Tunjang perkembangan fizikal dan estetika • Kanak-kanak diajar bagaimana cara untuk mengasah motor kasar dan motor halus serta mengasah kreativiti mereka. 5. Tunjang sains dan teknologi • Mengajar kanak-kanak mengenal, menyebut, mengira nombor dan megajar tentang pendidikan awal sains mengenal pokok dan haiwan. 6. Tunjang kemanusiaan • Mengajar kanak-kanak tentang sifat kemanusiaan dan semangat cinta @ sayang akan negara.
18 9.2 KANDUNGAN KURIKULUM TAMBAHAN 1. Seni dan Kreativiti - Aktiviti seperti melukis, membuat kraf tangan, bermain alat muzik, atau menari. Ini membantu kanak-kanak mengembangkan kreativiti dan ekspresi diri. 2. Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) - Aktiviti yang melibatkan eksperimen sains, pengenalan kepada teknologi, projek kejuruteraan, atau permainan matematik. Ini membantu kanak-kanak memahami konsep STEM dan mengembangkan pemikiran kritis. 3. Bahasa Asing - Pengajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, atau Arab. Ini membantu kanakkanak memahami budaya lain dan memperluas pengetahuan mereka tentang dunia. 4. Aktiviti Fizikal - Aktiviti seperti sukan, permainan luar, atau yoga untuk kanak-kanak. Ini membantu kanak-kanak membangun kemahiran motor kasar dan halus, serta kebiasaan hidup sihat.
19 9.3 SESI BELAJAR Sesi belajar yang ditetapkan untuk tadika Cahaya Aulad ini ialah kami akan mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 7.30 sehingga pukul 12.30 tengahari di tadika, kanak-kanak biasanya belajar melalui bermain dan aktiviti interaktif. Mereka belajar dasar-dasar seperti membaca, menulis, dan menghitung, serta keterampilan sosial dan emosional. 9.4 JADUAL WAKTU TADIKA CAHAYA AULAD Masa Hari 8.00 - 8.20 8.20- 8.50 8.50- 9.20 9.20- 9.40 9.40- 10.00 10.10- 10.50 10.50- 11.30 11.30- 11.50 11.50-12.00 Ahad PA BM AP (SN) MB R PI/PM MT AP (KTP) PENUTUP Isnin PA FZK BM AP (KTP) E PI/PM AP (KE) AP (MT) PENUTUP Masa Hari 8.00-8.40 8.40- 9.00 9.00- 9.30 9.30- 10.00 10.00- 10.20 10.20- 11.30 11.30- 11.50 11.50-12.00 Selasa PI/PM PA AP (BM) H MB AP (SN) AP (BI) PENUTUP Masa Hari 8.00 - 8.20 8.20- 8.50 8.50- 9.20 9.20- 9.40 9.40- 10.10 10.10- 10.30 10.30- 11.10 11.10- 11.50 11.50-12.00 Rabu PA BI AP (KTP) MB A AP (KE) AP (FZK) AP (KMS) PENUTUP Khamis PA FZK BI AP (KMS) T AP (MT) AP (KE) AP (SN) PENUTUP PENTUJUK: • PA – Perbualan awal • BI – Bahasa inggeris • SN – Sains • MB – Bahasa melayu • PI/PM – Pendidikan islam/ pendidikan morel • MT – Matematik • KE – Kreatif • FZK – Fizikal • KMS – Kemanusiaan • KTP – Keterampilan diri • MB – Main bebas
20 9.5 YURAN UMUR BIL PERKARA 5 TAHUN 6 TAHUN 1 Yuran pendaftaran RM 700.00 RM 700.00 2 Buku-buku latihan dan bacaan RM 200.00 RM 200.00 3 Insuran (setahun) RM 20.00 RM 20.00 4 Kertas peperiksaan (penilaian mingguan) RM 50.00 RM 50.00 5 Pakaian seragam sekolah-1 pasang RM 30.00 RM 30.00 6 Pakaian sukan sekolah-1 pasang RM 20.00 RM 20.00 7 Tag nama pelajar (sulam)-1 pcs RM 5.00 RM 5.00 8 Yuran sukan tahunan RM 20.00 RM 20.00 9 Yuran yang termaksud (iqra/solat & fardhu ain) RM 100.00 RM 100.00 10 Makan dan minum RM 50.00 RM 50.00 11 Lawatan sekolah RM 50.00 RM 50.00 12 Program sekolah RM 50.00 RM 50.00 13 Makanan basah dan kering RM 300.00 RM 300.00 14 Pengangkutan RM 70.00 RM 70.00 Jumlah RM 1,665.00 RM 1,665.00
21 9.6 CUTI Cuti di tadika biasanya disesuaikan dengan jadual cuti sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Biasanya, cuti ini termasuk cuti mingguan, cuti pertengahan tahun, dan cuti akhir tahun. Selain itu, cuti juga diberikan pada hari libur umum dan cuti khas seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan lain-lain. 9.7 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR Tadika Cahaya Aulad menyediakan alat bantu mengajar bagi membantu kanak-kanak memahami konsep dan idea dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa penggunaan alat bantu mengajar di tadika:- 1. Buku Cerita dan Gambar i. Buku cerita dan gambar dapat digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang pelbagai topik seperti warna, bentuk, binatang, dan banyak lagi. Mereka juga dapat membantu dalam perkembangan keterampilan membaca dan menulis. 2. Puzzle dan Permainan Edukasi ii. Puzzle dan permainan edukasi dapat membantu kanak-kanak mengembangkan keterampilan pemecahan masalah dan berfikir kritis. Mereka juga dapat digunakan untuk mengajar tentang konsep matematik dasar seperti pengenalan angka. 3. Alat Muzik iii. Alat muzik seperti drum, piano kecil, dan alat musik lainnya dapat digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang ritma dan melodi. Mereka juga dapat membantu dalam pengembangan koordinasi motorik dan keterampilan pendengaran.
22 10.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Tadika Cahaya Aulad menyediakan pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya ialah ruang belajar yang selesa yang dirancang khusus untuk kanak-kanak seperti meja, kursi, dan peralatan belajar yang sesuai dengan ukuran mereka. Selain itu, kemudahan tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih dalam mendidik dan merawat anak-anak serta menyadiakan juga program belajar yang dirancang untuk membantu perkembangan anak di pelbagai bidang, seperti bahasa, matematik, seni, dan ilmu pengetahuan. Seterusnya, ruang permainan luar yang aman dan menarik untuk kanak-kanak, dengan peralatan bermain seperti ayunan dan jungkat-jungkit, menyediakan permainan edukatif untuk membantu perkembangan kognitif, motor, dan sosialemosional kanak-kanak. Di samping itu, tadika kami juga menyediakan taman permainan, kebun bunga dan sayur agar dapat menarik minat untuk kanak-kanak meneroka sesuatu yang baru serta mengasah motor kasar dan motor halus melalui aktiviti bermain dan berkebun bersama kanak-kanak. Kami juga, menyediakan kemudahan stor untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunapakai dan peralatan berlebihan bagi memudahkan urusan guru sekiranya berlaku kemalangan seperti kerusi patah, guru dapat menggantikan kerusi baru dengan kadar segera dalam stor.
23 11.0 CANDANGAN INVENTERI BIL PERALATAN KUANTITI HARGA PER KUANTITI JUMLAH (RM) 1 Kerusi murid 50 RM 20.00 RM 1,000.00 2 Meja murid 38 RM 50.00 RM 1,900.00 3 Papan putih 6 RM 50.00 RM 300.00 4 Meja cikgu 8 RM 55.00 RM 440.00 5 Kerusi cikgu 8 RM 25.00 RM 200.00 6 Marker papan putih 10 RM 5.00 RM 50.00 7 Pinggan 60 RM 2.00 RM 120.00 8 Cawan 60 RM 2.00 RM 120.00 9 Televisyen 1 RM2,000.00 RM 2,000.00 10 Tikar 5 RM 30.00 RM 150.00 11 Langsir 4 set RM 160.00 RM 640.00 12 Rak buku 5 RM 160.00 RM 800.00 13 Rak kasut 2 RM 170.00 RM 340.00 14 Komputer 3 RM 2,000.00 RM 6,000.00 15 Bantal 3 RM 10.00 RM 30.00 16 Periuk nasi 3 RM 35.00 RM 105.00 17 Pemanas air 2 RM 36.00 RM 72.00 18 Selimut 2 RM 10.00 RM 20.00 19 Perkakas amali 5 RM 100.00 RM 500.00 20 Peralatan sukan 5 RM 100.00 RM 500.00 22 Kipas 5 RM 150.00 RM 750.00
24 12.0 ASPEK PEMAKANAN 12.1 KEPENTINGAN PERATURAN DAN GARIS PANDUAN DALAM PENYEDIAAN MAKANAΝ ΚΑΝΑΚ-KANAK 1) Memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada kanak-kanak tadika.lanya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. 2) Meningkatkan amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang di kalangan kanak-kanak. 3) Menyelaras dan menyelenggara pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dn tidak langsung. 4) Mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin,timbang rasa serta amalan amalan murni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersina alam sekitar.
25 12.2 PERUNTUKKAN DAN BELANJAWAN Antara perkata-perkara yang diambil kira adalah seperti berikut: 1. Peruntukan yang diberikan bagi pemberian makanan seimbang adalah sebanyak RM 1.60 seorang kanak-kanak bagi setiap hari persekolahan. Sehubungan itu, jumlah peruntukan berkenaan hendaklah digunakan oleh guru dan tukang masak bagi pembelian makanan harian utama, di samping pembelian makanan berkhasiat tambahan yang diperlukan lagi pertumbuhan serta perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. 2. Bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku, pihak negeri/ daerah/ bahagian dinasihatkan pengurusan pembelian makanan berkhasiat tambahan seperti susu, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang diperlukan oleh kanak-kanak berdasarkan guru @ tukang masak di tadika. 3. Dalam pengurusan pembelian makanan kanak-kanak, perkara-perkara di bawah ini akan diambil perhatian: - Kadar tidak melebihi RM 1.60 seorang kanak-kanak sehari diperuntukkan untuk mrenyediakan makanan kanak-kanak sebanyak 2kali sehari iaitu semasa sarapan pagi dan minum pagi atau makan tengahari. Pemberian makanan adalah pada pukul 9.00 – 9.30 pagi dan pada pukul 11.00-11.30. - Menu bersesuaian dengan piramid pemakanan seimbang seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. - Mematuhi prosedur dan peraturan kewangan yang sedia ada dalam pengurusan perbelanjaan makanan. - Tuntutan makanan bagi setiap bulan hendaklah dikumpulkan dan dihantar kepada pengarah Jabatan Perpaduan Negeri untuk bayaran pada tiap-tiap akhir bulan.
26 12.3 PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PEMBERIAN MAKANAN Penyediaan dan pengendalian pemberian makanan di tadika sangat penting untuk menjaga kesihatan dan berkhasiat kanak-kanak. Berikut adalah beberapa hal yang perlu diperhatikan: 1. Tukang masak mestilah menyediakan dan memasak makanan dan menhidangkan kepada kanakkanak. 2. Tukang masak mestilah bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak serta, mementingkan kebersihan makanan dan selalu mengawasi segala peraturan kebersihan terutamanya semasa menyediakan dan menghidangkan makanan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan keracungan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit. 3. Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut:- • Menu Seimbang: Makanan yang disajikan harus seimbang dan berkhasiat, termasuk protein, karbohidrat, lemak sihat, vitamin, dan mineral. Ini dapat berupa kombinasi dari daging, ikan, telur, sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian. • Jadual Makanan: Ada baiknya menetapkan jadual makan yang teratur, seperti sarapan, makan tengah hari, dan makanan ringan di antara waktu makan utama. • Kebersihan Makanan: Pastikan makanan disiapkan dan disajikan dengan cara yang higienis. Ini termasuk mencuci tangan sebelum memasak dan makan, serta menjaga kebersihan peralatan masak dan makan. • Menghindari Makanan Alergen: Beberapa kanak-kanak mungkin memiliki alergi makanan. Penting untuk mengetahui dan menghindari makanan yang boleh menyebabkan alergi. • Pendidikan berkhasiat: Mengajarkan kanak-kanak tentang pentingnya makanan sihat dan berkhasiat juga penting dari penyediaan makanan di tadika.
27
28 12.4 CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN AGIHANNYA Semasa hendak menyediakan makanan, pastikan: ❖ Tangan di basuh terlebih dahulu. ❖ Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan. ❖ Peralatan yang digunakan perlu berada dalam keadaan yang bersih. ❖ Sayuran dan buah-buahan hendaklah di basuh sebelum di potong. ❖ Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup. ❖ Bersihkan ruangan memasak selepas di gunakan. ❖ Sisa makanan lebihan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dengan cara yang betul, bersih dan selamat. ❖ Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan yang bersih dan sesuai dengan pemakaian untuk memasak. 12.4.1 Panduan Pemilihan Pemakanan Seimbang ➢ Makanan berkhasiat yang di pilih perlu berasaskan dengan pemilihan makanan pelbagai yang berdasarkan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan: o Bijirin o Sayur-sayuran dan buah-buahan o Daging o Susu atau hasil tenusu (produk berasaskan susu seperti susu, yogurt, keju, krim dan lain-lain.) o Lemak dan gula ➢ Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut: o Metabolisme tenaga o Pertumbuhan otot o Pembentukan darah o Pembentukan tulang o Perkembangan otak
29 12.4.2 Cara menyediakan makanan bagi mengekalkan khasiatnya: • Jangan potong terlalu kecil. • Mesti di potong sejurus sebelum di masak. • Ayam dan daging di potong sederhana besar. • Makanan yang hendak di simpan di peti sejuk hendaklah di asingkan mengikut kesesuaian contohnya, bahan mentah letak di bahagian bahan mentah dan kemudian bahan kering letak di bahagian bahan kering. • Tutup periuk atau kuali semasa memasak. • Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan. 12.4.3 Penjagaan kebersihan dan suasana semasa makan • Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. • Peralatan yang di gunakan hendaklah bersih. • Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi peralatan (pinggan, mangkuk, gelas, sudu dan garfu yang plastik) dan makanan. • Ruang makan hendaklah kemas dan bersih. • Galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan. • Semasa makan, guru hendaklah sentiasa bersama kanak-kanak dengan tujuan untuk memerhati dan membimbing kanak-kanak.
30 JADUAL PEMAKANAN SEMINGGU KANAK-KANAK TADIKA CAHAYA AULAD
31
32 13.0 ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN 13.1 ASPEK KEBERSIHAN Tadika Cahaya Aulad sangat mementing kebersihan secara menyeluruh dari aspek personal, ruangan, peralatan, pengelolaan sampah, pengendalian hama, pembersihan makanan untuk mencegah penyebaran penyakit dan menyediakan persekitaran belajar sentiasa kelihatan kemas dan menarik. Berikut adalah beberapa aspek kebersihan yang perlu diperhatikan: 1. Kebersihan Personal: Anak-anak harus diajarkan tentang pentingnya kebersihan personal, seperti mencuci tangan secara teratur, terutama sebelum makan dan setelah menggunakan tandas. 2. Kebersihan Ruangan: Ruang belajar, ruang bermain, dan tandas harus dibersihkan dan disinfeksi secara teratur. Ini termasuk menyapu dan mengemop lantai, membersihkan meja dan kursi, dan membersihkan tandas. 3. Pengelolaan Sampah: Sampah harus dibuang dengan benar dan tempat sampah harus dibersihkan secara teratur. 4. Kebersihan Makanan: Makanan dan minuman harus disiapkan dan disajikan dengan cara yang higienis.
33 Di samping itu, tadika kami juga menyediakan panduan kebersihan untuk memudahkan staf, guru, kanak-kanak dan ibu bapa untuk membantu memastikan bahawa tadika tetap bersih dan ceria. Berikut adalah beberapa panduan kebersihan di tadika:- • Jadual Kebersihan: Buatlah jadual kebersihan rutin untuk semua area dan peralatan di tadika, termasuk ruang kelas, tandas, dapur, dan area bermain. • Standard Kebersihan: Tentukan standar kebersihan yang harus dipenuhi. Ini dapat menwujud standar untuk kebersihan lantai, meja, kursi, mainan, dan peralatan lainnya. • Pelatihan Staf: Berikan pelatihan kepada staf tentang pentingnya kebersihan dan cara menjaga kebersihan di tadika. • Pendidikan kanak-kanak: Ajarkan kanak-kanak tentang pentingnya kebersihan dan cara menjaga kebersihan, seperti mencuci tangan secara teratur dan menjaga kebersihan. • Pengawasan dan Pemeriksaan: Lakukan pengawasan dan pemeriksaan rutin untuk memastikan bahwa standar kebersihan dipenuhi. • Respon cepat: Jika ada masalah kebersihan, segera tangani masalah tersebut untuk mencegah penyebaran kuman dan penyakit.
34 13.2 ASPEK KESELAMATAN Tadika kami meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan supaya dapat menghindari berlaku kemalagan yang tidak diingini di tadika. Terdapat beberapa aspek keselamatan di tadika:- 1. Keselamatan fizik: Pastikan semua peralatan dan furnitur selamat dan tidak berbahaya bagi kanak-kanak. Misalnya, tidak ada sudut tajam, benda berat yang boleh jatuh, atau benda kecil yang dapat ditelan. 2. Keselamatan bermain: Area bermain harus dirancang dengan teliti, dengan peralatan bermain yang sesuai usia dan lantai yang empuk untuk mencegah kecederaan. 3. Pencegahan kemalangan: Kanak-kanak harus diawasi setiap saat untuk mencegah kecelakaan, seperti jatuh atau tersandung. 4. Kebersihan dan kesihatan: Kebersihan harus dijaga untuk mencegah penyebaran kuman dan penyakit. Ini termasuk mencuci tangan, membersihkan mainan dan peralatan, dan menjaga kebersihan tandas. 5. Pertolongan cemas: Setiap tadika harus memiliki kotak kecemasan dan staf yang terlatih dalam memberikan pertolongan cemas. 6. Keamanan makanan: Makanan dan minuman harus disiapkan dan disajikan dengan cara yang higienis untuk mencegah keracunan makanan. 7. Pencegahan kebakaran: Harus ada alat pemadam kebakaran dan staf harus tahu bagaimana cara menggunaannya. Kanak-kanak juga harus diajarkan tentang keselamatan kebakaran.
35 13.2.1 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Langkah-langkah keselamatan di tadika sangat penting untuk memastikan persekitaran yang selamat dan menyenangkan bagi kanak-kanak untuk belajar dan bermain. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diamalkan: 1. Pengawasan: Kanak-kanak harus selalu diawasi oleh staf yang terlatih. Tidak boleh ada kanak yang tidak diawasi. 2. Keamanan Peralatan: Pastikan semua peralatan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Tidak ada sudut tajam, benda berat yang boleh jatuh, atau benda kecil yang boleh ditelan. 3. Pelatihan Keselamatan: Semua staf harus mendapatkan pelatihan keselamatan dan pertolongan pertama. Mereka harus tahu bagaimana menangani situasi darurat dan bagaimana memberikan pertolongan pertama. 4. Pencegahan Kebakaran: Pastikan ada alat pemadam api yang mudah dan semua staf tahu bagaimana menggunakannya. Latihan evakuasi kebakaran juga harus diadakan secara rutin. 5. Kebersihan: Kebersihan adalah bahagian penting dari keselamatan. Pastikan semua area, termasuk tandas, dapur, dan ruang kelas dan selalu bersih. 6. Keamanan Makanan: Makanan dan minuman harus disiapkan, disimpan, dan disajikan dengan cara yang higienis untuk mencegah keracunan makanan. 7. Pencegahan pembulian: Staf harus proaktif dalam mencegah bullying dan memastikan bahwa semua anak merasa aman dan diterima.
36 14.0 ASPEK KESIHATAN 14.1 Aspek kesihatan terbahagi kepada empat iaitu: 1) Kesihatan Fizikal ➢ Kesihatan fizikal yang baik akan menyumbang ke arah pembentukan gaya hidup yang baik dan sihat kepada sesebuah masyarakat tanpa timbulnya ketegangan dalam bermasyarakat. Contohnya, bersukan, bergotong-royong dan sebagainya. 2) Kebersihan Sosial ➢ Kesihatan sosial yang baik dapat di lihat dari segi hubungan yang baik dalam pergaulan dan perhubungan sama ada dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat. 3) Kesihatan Emosi/Mental ➢ Kesihatan emosi/mental yang baik dapat di lihat apabila seorang individu itu dapat menghadapi situasi tekanan & kerisauan yang berlebihan yang melanda terhadap diri sendiri. Sekiranya seseorang itu mengalami tekanan, kebimbangan dan apa jua bentuk tekanan sekalipun jika individu tersebut mempunyai kesihatan emosi dan mental yang stabil atau sihat akan dapat mengatasi serta menguruskannya dengan berjaya dan berkesan. 4) Kesihatan Rohani ➢ Kesihatan rohani yang baik dapat di perhati dari segi hubungan seorang individu dengan agama. Sekiranya seorang individu yang mempunyai kepercayaan agama dan mengamalkannya dalam kehidupan dengan penuh tanggungjawab maka seorang individu itu sihat dari segi rohaninya.
37 14.2 Penjagaan kesihatan diri kanak-kanak: • Makanan yang mengandungi zat yang di perlukan oleh anggota badan • Mendapatkan udara bersih contohnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang bersih dan baik di samping membunuh kuman dan ruangan bilik darjah yang selesa. • Kanak-kanak hendaklah di galakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturanperaturan yang telah di tetapkan. • Waktu rehat yang mencukupi. Waktu ini termasuk dengan waktu tidur yang mana postur badan mengikut keadaan tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. • Melalui rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak, ia dapat mengelakkan ketegangan terutamanya urat saraf. • Otot juga dapat diredakan dari ketegangan selepas melakukan senaman di waktu pagi. • Tidur dalam keadaan tempat yang rata dengan pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan tubuh badan dari keletihan. • Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang mengakibatkan jangkitan kuman dan jangkitan yang lain-lain lagi. • Penjagaan kulit hendaklah di berikan keutamaan supaya dapat dielakkan dari terkena penyakit kulit sepeti kurap, panau, kudis dan sebagainya. • Elakkan menggosok mata dengan menggunakan jari, tangan atau bahan yang kotor seperti tisu yang telah di gunakan. • Makanan yang mengandungi zat yang di perlukan oleh tubuh badan.
38 14.3 Faktor-faktor penting dalam penjagaan kesihatan diri: ➢ Agama ➢ Keturunan (baka) ➢ Budaya 14.4 Jenis-jenis penyakit kanak-kanak: 1) Sakit Perut o Berpunca dari keracunan makanan. Kanak-kanak keracunan makanan berpunca daripada makanan yang basi, makan yang terdedah dan sebagainya. ❖ Cara mengatasi: a) Galakkan kanak-kanak makan masakan yang telah di masak oleh ibu (masakan di rumah). b) Makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, bijirin, sup, nasi air, jus buahbuahan yang segar dan banyak lagi. c) Banyakkan minum air kosong. d) Berikan makanan yang lembut (senang di hadam) seperti buah tin, epal, kekacang dan lain-lain lagi. e) Menutup makanan.
39 2) Sakit Tekak o Berpunca daripada jangkitan virus iaitu seperti tosil di sebabkan jangkitan bakteria. ❖ Cara Rawatan radang tosil: a) Rehat secukupnya. b) Banyakkan minum air kosong. c) Makan makanan yang sejuk, dan lembut. d) Elakkan makanan yang keras, berempah, pedas dan panas. e) Berkumur dengan air garam. f) Ubat demam dan penahan sakit. g) Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. 3) Alahan kepada makanan: o Berpunca daripada tindak balas kimia atau makanan. o Sistem pencernaan: perut memulas dan rasa loya. o Kulit: gatal-gatal dan kerengsaan kulit. o Angiodema: bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain. o Sistem pernafasan: lelah atau mengah dan sukar bernafas. ❖ Cara mengatasi: a) Elakkan makanan yang mencetuskan Alahan. b) Berhati-hati dalam memilih makanan.
40 4) Penyakit Mata o Berpunca daripada luka pada bola mata atau kelopak mata. o Jangkitan virus. ❖ Cara mengatasi: a) Persekitaran yang bersih b) Mencuci tangan secara teratur, terutama saat tangan kotor, setelah bersin, sehabis membuang sampah, dan sebelum menyentuh mata. c) Menjauhi kebiasaan mengucek-ngucek mata. d) Menghindari berbagi penggunaan handuk, sapu tangan, atau alat make up dengan orang lain. 5) Batuk dan Selsema o Berpunca daripada virus. ❖ Cara mengatasi: a) Makan madu asli. Madu adalah salah satu cara semula jadi yang popular untuk merawat batuk. b) Minum air teh herba. Teh herba adalah minuman yang baik untuk melegakan batuk. c) Banyakkan minum air kosong. d) Istirahat yang cukup. 6) Penyakit Kurap dan Panau o Berpunca daripada jangkitan sejenis kulat (fungi). o Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan langsung. ❖ Cara mengatasi: a) Penggunaan ubat antikulat. b) Elakkan berkongsi tuala, bantal. c) Elakkan memakai pakaian yang lembap.
41 7) Penyakit Asma o Berpunca daripada habuk, debu, debunga tumbuhan, bulu binatang dan lain-lain. o Perengsa seperti asap rokok, bahan kimia atau sebarang bentuk pencemaran udara. o Jangkitan virus saluran nafas seperti selesema o Sulfit yang terdapat dalam makanan dan minuman tertentu. o Ubatan tertentu seperti aspirin. o Aktiviti fizikal termasuk senaman. ▪ Faktor-faktor asma: o Genetik. o Sejarah keluarga. o Jangkitan virus saluran pernafasan. o Alahan terhadap unsur tertentu. o Merokok. o Obesiti. o Pencemaran udara. o Pendedahan di tempat yang kurang aliran udara. ❖ Cara mengatasi: a) Ikuti pelan rawatan dan mengambil ubat seperti yang ditetapkan. b) Jalani pemeriksaan rutin sekurang-kurangnya sekali setahun, supaya dapat mengetahui bagaimana keadaan kesihatan. c) Periksa dengan doktor untuk mengetahui sama ada pernah menggunakan alat pernafasan dengan cara yang betul. d) Cuba untuk fahami dan ketahui faktor yang mungkin mencetus serangan asma (debu, bulu kucing, alahan makanan) dan pastikan sentiasa menjauhi faktor-faktor tersebut.
42 15.0 PENGURUSAN KELOLAAN STAF 15.1 Bilangan Staf ➢ Di tadika Cahaya Al-Qarni kami mempunyai 6 orang staf iaitu dua orang guru, seorang tukang masak, seorang tukang kebun, seorang tukang kebersihan dan seorang pengawal keselamatan. 15.2 Carta Organisasi Staf PENGURUS TADIKA GURU 1 TUKANG KEBERSIHAN TUKANG KEBUN GURU PEMBANTU PENGURUSAN GURU PENGAWAL KESELAMATAN
43 15.3 Kelulusan Pendidikan Staf ➢ Semua staf di tadika kami iaitu tadika Cahaya Al-Qarni mempunyai kelulusan dalam bidang masing-masing. Pengurus tadika itu sendiri mempunyai Ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Psikologi Kanak-Kanak. Selain itu, dua orang guru di tadika kami juga adalah lepasan daripada UPSI dan mempunyai Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) manakala tukang masuk juga telah di berikan kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) dan telah di suntik vaksin pelalian anti-tifoid. Suntikan ini di ambil setiap tiga tahun sekali. Di samping itu, tukang bersih sudah di latih untuk menjaga dan membersih kediaman tadika. Tambahan lagi, pengawal keselamatan juga telah diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA Malaysia) untuk melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal. Seterusnya tukang kebun telah diberikan tugasan untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. 15.4 Program Pembangunan Profesional Staf ➢ Tadika kami juga akan menghantar guru-guru pada setiap bulan untuk mengikuti kursus pengurusan yang telah di tetapkan dalam bidang masing-masing yang diselia oleh Jabatan Pendidikan Negara (JPN). Selain itu, kami juga akan sentiasa mengikuti latihan dan amali yang dianjurkan untuk menaikkan lagi prestasi tadika kami.
44 16.0 PENGURUSAN KEWANGAN 16.1 PEMASARAN ➢ Sasaran pasaran. Kami mensasarkan tadika Cahaya Aulad ini kepada semua ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang berumur dalam likungan 4 hingga 6 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dan perumahan di sekitar Kawasan Taman Jaya. ➢ Saiz pasaran. Sebelum kamu ingin menubuhkan tadika ini, kami telah pun membuat sedikit soal selidik tentang ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan ini Sebagai hasilnya, kami mendapati bahawa hampir 60 peratus daripada penduduk di kawasan ini sememangnya mempunyai ekonomi yang kukuh atau kelas pertama, manakala 30 peratus lagi penduduk yang mempunyai ekonomi yang stabil atau kelas kedua dan hampir 10 peratus penduduk yang mempunyai ekonomi kelas tiga separuh daripada perbelanjaan, kami akan gunakan untuk pemasaran tadika kami bagi menarik minat ibu bapa yang mempunyai anak-anak untuk menghantar mereka ke tadika ini. ➢ Strategi pemasaran. Tadika kami ini merupakan tadika yang baru sahaja ditubuhkan. Oleh itu, beberapa strategi perlulah dirancang bagi memastikan tadika ini boleh berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara strategi pemasaran yang kami gunakan adalah: • BANNER Salah satu kaedah pemasaran yang akan kami gunakan ialah dengan menggunakan kain rentang atau banner. Pada kain rentang ini, kami akan mempromosi tadika Cahaya Aulad di mana kami akan menggunakan perkhidmatan pembelajaran dengan menggunakan LCD dan menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kedua ibu bapa serta terapi untuk kanak- kanak Selain itu,kami akan menyatakan juga tarikh pembukaan, pendaftaran, alamat,objektif dan matlamat tadika kami pada banner tersebut dan akan digantungkan pada 2 tempat iaitu di ruang pemasaran kawasan perumahan yang telah disediakan di hadapan tadika kami sendiri.
45 16.2 YURAN BULANAN Yuran bulanan bagi tadika kami telahpun kami tetapkan iaitu sebanyak RM 750.00 ringgit sebulan ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan ianya sudah termasuk termasuk kos makan dan minum, ubat-ubatan, peralatan pembelajaran, duit tabungan untuk kanak-kanak dan banyak lagi. 16.3 SEWA BULANAN Kami telah berbincang dengan pemaju dan pemilik perumahan ini dan mereka telah menetapkan sewa bulanan untuk tadika ini sebanyak RM 800.00 sebulan setelah dirunding harga dengan baik. 16.4 UTILITI (BIL AIR, BIL ELEKTERIK DAN BIL TELEFON) Untuk utiliti dalam jangka masa sebulan kami hanya menghabiskan sebanyak RM 1,200.00 ringgit termasuk dengan bil air sebanyak RM 300.00, bil elektrik RM 500.00 termasuk kos penghawa dingin, periuk pembakar roti,cerek air peti ais dan televisyen, dan RM 200,00 untuk bil telefon. 16.5. AKTIVITI TAHUNAN Untuk aktiviti tahunan kami hanya menetapkan kos sebanyak RM 50.00 sahaja pada setiap tahun untuk program aktiviti yang penting seperti: ▪ Sambutan hari guru. ▪ Smbutan maulidur rasul. ▪ Sambutan hari raya. ▪ Hari sukan tadika. ▪ Lawatan dan pemerhatian untuk kanak-kanak tadika. 16.6 GAJI GURU/PEMBANTU GURU Kami telah bersetuju untuk menetapkan gaji untuk seorang guru ialah RM 1,500 sebulan dan ia sudah termasuk dengan potongan kwsp dan perkeso. Untuk staff sokongon pula, kami telah menetapkan sebanyak RM 750.00 sebulan termasuk dengan perkeso dan kwsp. Kami juga akan memeberikan bonus kepada setiap pekerja/staf berdasarkan kepada prestasi & komitmen yang ditunjukkan oleh mereka.
46 17.0 PENUTUP Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah SWT kerana telah memberikan kemudahan & idea untuk menyiapkan kertas kerja perancangan & perkembangan penubuhan tadika ini. Terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Puan Maizatul Akhmar Binti Mat Yussof yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan dalam menyiapkan tugasan kertas kerja ini. Setelah bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini akhirnya, saya dapat menyiapkan kertas kerja ini dengan jayanya. Dengan membuat kertas kerja ini saya dapat melihat dan menambah pengetahuan mengenai prosedur dan cara-cara untuk menubuhkan tadika, di mana ia memerlukan perancangan yang teliti dan cukup rapi. Pada penglihatan saya, penubuhan tadika ini sangat penting untuk di ketahui oleh semua guru-guru yang ingin menubuhkan tadika di mana ia perlu dipatuhi dengan teliti dan perlu di rancang secara sistematik dan berkesan. Dengan adanya subjek Perancangan & Perkembangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak, ia akan memudahkan lagi kerja seorang guru untuk merancang serta menubuhkan tadika atau taska dengan lebih sistematik dan jayanya.
47 18.0 BAJU SERAGAM DAN BAJU SUKAN
48
49 18. 1 BAJU SUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN
50 BORANG PENUBUHAN TADIKA