Disediakan oleh:
Majlis Perbandaran Muar
Karung Berkunci No. 516,
84009 Muar, Johor Darul Ta’zim
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
1. GELANGGANG DAN PERALANTAN
Gelanggang dan peralatan Permainan Gasing Beregu hendaklah
mengikut peraturan permainan Gasing Pangkah Banyak Uri.
2. KATEGORI PEMAIN
2.1 Dewasa – atas 18 tahun
2.2 Remaja – 13 – 18 tahun
2.3 Kanak-kanak – bawah 13 tahun
3. BILANGAN PEMAIN
Dibentuk satu pasukan/ Regu Pemangkah dan satu regu/
Pasukan Pemusing
3.1 Satu pasukan mengandungi 8 orang pemain dan dua orang
pemain simpanan bagi membentuk 2 regu tetap.
3.2 Satu regu mengandungi 4 orang pemain dan seorang
pemain simpanan.
3.3 Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain hanya dalam regunya
sahaja.
3.4 Pemain simpanan boleh bermain bagi menggantikan rakan-
rakan seregunya pada bila-bila masa setelah mendapat
kebenaran pengadil.
3.5 Pemain yang telah keluar boleh masuk semula
menggantikan rakan seregunya.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
4. MASA BERMAIN
4.1 Satu tempoh perlawanan selama 30 minit.
5. CARA BERMAIN
5.1 Pemusing diberi masa 10 saat untuk memusing keempat-
empat biji gasing dalam bulatan dan pemangkah diberi
masa 12 saat untuk memangkah gasing-gasing itu.
5.2 Setelah dipangkah keempat-empat gasing Uri Sah
hendaklah dimasukkan ke dalam petak Bela Uri, dalam
tempoh satu minit. Jika tempoh satu minit belum tamat,
regu yang mempunyai lebih Uri Sah di dalam Petak Bela Uri
diisytiharkan menang.
5.3 Sekiranya terdapat sama banyak Uri Sah bagi kedua-dua
regu dalam Petak Bela Uri, Belegai Uri diteruskan sehingga
tempoh dua minit selepas wisel memangkah dibunyikan.
Regu yang mempunyai uri yang lebih dikira menang. Sama
banyak Uri Sah bagi kedua-dua regu dikira seri.
5.4 Sekiranya Uri Sah dialih salah Petak Bela Uri (regu pemusing
mengalih Uri Sahnya ke Petak Bela Uri regu pemangkah atau
sebaliknya) uri tu dikira batal.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
6. PENGIRAAN MATA
6.1 Pemangkah diberi 3 mata jika menang uri, 2mata jika
pemusing ‘batal’ dan dalam kedua-dua hal pemangkah
memangkah lagi.
6.2 Mata tidak diberi jika gasing pemangkah dan gasing
pemusing seri uri.
7. KEMENANGAN
7.1 Regu
Regu yang mendapat jumlah mata yang lebih dikira
‘menang’ dalam permainan itu.
7.2 Pasukan
Dalam satu-satu perlawanan, pasukan dikira menang jika:
(a) Menang kedua-dua regu,
(b) Menang satu regu dan seri satu regu.
8. SERI
8.1 Jika berlaku ‘seri pasukan’ dalam perlawanan, maka
kemenangan diberikan kepaa pasukan yang mendapat
jumlah mata terbanyak.
8.2 Jika masih seri lagi, seorang pemain dari kedua-dua pasukan
akan memusing gasing di dalam petak uri dalam masa 4 saat
untuk berlegai uri. Hanya pemain tersebut dibenarkan
untuk membela uri gasing itu. Gasing pasukan yang akhir
sekali mati dikira menang.
8.3 Tempoh masa membela uri ialah 1 minit selepas wisel
dibunyikan.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
9. UNDIAN
9.1 Undian dijalankan sebelum permainan bermula untuk
menentukan pemusing atau pemangkah.
9.2 Pasukan yang mula memangkah dalam permainan Regu
Pertama akan memusing untuk memulakan permainan
Regu Kedua.
10. MEMUSING
10.1 Memusing gasing setelah pengadil membunyikan wisel.
10.2 Memusing gasing dari luar bulatan dan lorong pemangkah.
11. MEMANGKAH
11.1 Pemangkah dikehendaki memangkah dari dalam lorong
pemangkah.
11.2 Boleh memangkah mana-mana gasing dalam bulatan yang
belum dipangkah.
11.3 Pemangkah tidak boleh memangkah menghala ke lorong
pemangkah.
11.4 Pemangkah memangkah serentak kena tanah dan gasing
dikira kena.
11.5 Pemangkah memangkah kena serentak pada gasing yang
sudah dipangkah dan belum dipangkah.
11.6 Pemangkah memangkah kena tanah serta-merta kena
gasing dikira kena.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
12. BELA URI
12.1 Uri gasing hendaklah dibawa ke Petak Bela Uri.
12.2 Membela uri dibenarkan selepas keempat-empat gasing
dipangkah dengan hanya menggunakan tali gasing.
12.3 Setelah satu (1) minit membela uri berakhir, pemain-
pemain dikehendaki keluar dari gelanggang permainan.
13. URI SAH
Uri sah ialah jika:
13.1 Gasing pemusing berada dalam bulatan sebelum
dipangkah.
13.2 Gasing pemusing berada di dalam gelanggang permainan
setelah dipangkah .
13.3 Gasing pemangkah berada di dalam gelanggang
permainan setelah memangkah.
13.4 Gasing ‘Uri Sah’ bergerak dan dengan tidak sengaja kena
pada anggota pemain pasukan lawan.
14. URI BATAL
Uri Batal atau Tidak Sah ialah jika:
14.1 Gasing pemusing berada di luar bulatan sebelum
dipangkah.
14.2 Gasing pemusing atau gasing pemangkah keluar dari
gelanggang permainan.
14.3 Uri yang dibela sebelum keempat-empat gasing
dipangkah.
14.4 Uri gasing yang kena pada anggota pemain pasukan
sendiri.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
14.5 Uri gasing yang tidak dialih setelah diarahkan oleh
pengadil.
14.6 Uri sah dari Petak Bela Uri terkeluar selepas tempoh satu
minit.
15. GANGGUAN
15.1 Jika pengadil tersentuh, terlanggar atau terpijak gasing,
maka permainan dijalankan terus.
15.2 Apabila berlaku gangguan luar jangka samada binatang,
manusia atau lain-lain objek maka tindakan bagi situasi itu
adalah seperti berikut:
15.2.1 Dalam jangka masa memusing maka pusing
semula.
15.2.2 Dalam jangka masa memangkah maka pangkah
semula.
16. TAMAT PERMAINAN
16.1 Pengadil akan membunyikan wisel untuk menamatkan
permainan.
16.2 Mata tidak diberi kepada pemangkah sekiranya masa telah
tamat.
17. PENGGUNAAN TALI DAN GASING
Pemain hendaklah menggunakan gasing dan tali gasing
yang telah disahkan, termasuk gasing berlegai.
PERATURAN PERMAINAN GASING PANGKAH BEREGU/ BERPASUKAN
18. PAKAIAN
18.1 Pakaian bagi pasukan hendaklah seragam, kemas dan
sesuai untuk sukan gasing.
18.2 Jersi dengan nombor bersiri di bahagian belakang
berukuran 10 cm x 8 cm.
18.3 Seluar panjang
18.4 Kasut sukan yang sesuai.
19. ALAT MEMBAIKI GASING
19.1 Boleh menggunakan alat-alat untuk membaiki gasing
seperti tukul besi, kikir, patar dan lain-lain.
RUJUKAN:
Peraturan Permainan Gasing Pangkah Malaysia. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. (ms 10 – 12)
- TAMAT -