Disediakan oleh:
Majlis Perbandaran Muar
Karung Berkunci No. 516,
84009 Muar, Johor Darul Ta’zim
ASAL USUL GASING
Istilah ‘gasing’ itu berasal daripada suku kata ‘ka’ dan ‘sing’. ’Ka’ iaitu
singkatan kayu dan ‘sing’ daripada perkataan pusing kerana gasing
sifatnya berpusing.
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional Melayu sejak dahulu
lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan
tempoh masa gasing mampu berputar-putar pada paksinya-sambil
mengimbang pada satu titik.
Gasing pangkah merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan
sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi (abad ke-15 masihi).
Pada zaman dahulu, permainan gasing pangkah melibatkan pengaruh
pawang dan bomoh untuk memastikan gasing yang berpusing itu
mampu bertahan di samping "kepercayaan" melemahkan semangat
lawan dan mengalihkan penumpuan.
JENIS-JENIS GASING Gasing Jantung
Gasing Kanak-kanak Johor
Berikut adalah jenis-jenis gasing: Gasing Leper Kelantan
Gasing Loceng
Gasing Pahang Gasing Merlimau
Gasing Pari Gasing Paku
Gasing Paying
Gasing Puyuh
Gasing Loceng
Gasing Berembang
Gasing Botol
Gasing Bugis
Gasing Bunut
Gasing Cina
Gasing Denak
Pelbagai jenis rangka dan bentuk gasing
BAHAGIAN-BAHAGIAN TUBUH GASING
Paksi
Berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga
berfungsi sebagai sangga tuas.
Patak
Di antara tubuh dengan paksi gasing.
Labu
Antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing.
Kepala
Atas tubuh gasing yang bulat dan kecil.
Leher
Lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali gasing.
Bahu
Atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali.
Pemotek
Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastik yang
dilekapkan pada kepala gasing uri.
Turap
Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala supaya tidak
retak, tanggal dan mengelakkan dari pecah.
Bahagian-bahagian gasing pangkah
PEMBUATAN GASING
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk,
merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik
tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau,
koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang
mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa
sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan
bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan
besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan
dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi
gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih.
Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau
dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis.
Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Salah satu proses pembuatan gasing
RUJUKAN/ SUMBER MAKLUMAT:
1) http://kiliknote.blogspot.com/2014/12/gasing.html?
m=1
2) IKSEP. Gasing pangkah permainan tradisional
masyarakat Melaka. Mingguan Melaka: 29 Okt - 4
Nov 2000. Issue 18
3) Shahar, H. M. (2019, Januari 6). Gasing tradisional
‘berpusing’ sepanjang zaman. Berita Harian. ms. 20.
- TAMAT -