The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Tahunan Amanah Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musidevices, 2023-10-20 08:01:59

Mesyuarat Tahunan Cawangan Amanah Bandar Baru Salak Tinggi 2023

Mesyuarat Tahunan Amanah Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi 2023

Rujukan kami : MTBBST/2023 Rujukan tuan : Tarikh : 29hb September 2023 Kepada, PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, JAWATANKUASA PIMPINAN AMANAH CAWANGAN BBST YB/Dato’/Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT TAHUNAN AMANAH CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI TAHUN 2023 Merujuk perkara di atas. 2. Mesyuarat Tahunan AMANAH Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi, Kawasan Sepang akan diadakan selaras dengan Fasal 13, perlembagaan Parti Amanah Negara. 3. Butir-butir berkaitan Mesyuarat Tahunan adalah seperti dibawah : Tarikh : 20 Oktober 2023 Hari : Jumaat Masa : 8.30malam Tempat : Tingkat satu, Pejabat Amanah Kawasan Sepang, Salak Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang. 4. Agenda mesyuarat adalah seperti dibawah : a. Ucapan Aluan Ketua Kawasan Sepang. b. Pengerusi Tetap atau Ketua Cawangan atau JK kekananan. c. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Tahunan tahun lepas. d. Membentang dan menerima Laporan Tahunan semasa.


e. Membentang dan menerima Laporan Kewangan semasa. f. Perlantikan atau pemilihan Ahli jawatankuasa cawangan untuk tahun 2023. g. Pemilihan perwakilan untuk ke Mesyuarat Kawasan h. Membincang usul dan resolusi. i. Ucapan penutup. 5. Segala kerjasama dari pihak YB/Dato’/Tuan/Puan di dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira. Tentatif program di lampiran 1. Sekian. Wasalam. Yang Benar : ______________________________ MUHAMMAD MUSLIM BIN JAMALUDIN Setiausaha, Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi


Lampiran 1 Tentatif mesyuarat: 8.30pm – 9.00pm Kehadiran AJK dan Solat Isya berjemaah. 9.00pm – 10.30pm Mesyuarat Tahunan berlangsung seperti perkara 4 agenda. 10.30pm – 11.00pm Jamuan ringkas.


PARTI AMANAH NEGARA CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI PPM/SEL 009/78 – 00899 NO 44, JALAN SP 4/1, TAMAN SALAK PERDANA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR DARU EHSAN MESYUARAT TAHUNAN TAHUN 2023 Pejabat Amanah Kawasan Sepang, Salak Perdana Business Park Bandar Baru Salak Tinggi.


AMANAH CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 MINIT MESYUARAT TAHUNAN PARTI AMANAH NEGARA, CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI PADA TAHUN 2022 Tarikh : 22hb April 2022 Hari / Masa : Jumaat, 8.00malam Tempat : Pejabat Amanah Kawasan Sepang, Selangor Senarai kehadiran : BIL NAMA IC NO PHONE 1 Muhammad Muslim Bin Jamaludin 870910035659 0123018864 2 Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid 681119085117 0192668499 3 Habibah Nawawi 70060325344 0192828499 4 Hj Zubair Bin Shafie 641118095085 0193306328 5 Azizah Binti Abu Samah 631120016180 0122305630 6 Mohd Fauzi Bin Abdul Hamid 701015085919 0123285005 7 Abd Rahim Bin Hussain 531216075363 0193724386 8 Mohd Saiful Iman Bin Nor Mohd Zulkarnain 940702025529 0132529053 9 Saiful Ikhsan Bin Nor Mohd Zulkarnain 971205025327 - Kehadiran korum adalah 1/3 daripada ahli Mesyuarat Tahunan Cawangan. a) Agenda Mesyuarat Tahunan 2022 : 1. Ucapan Aluan Ketua Cawangan. 2. Ucapan Perasmian daripada Ketua Amanah Kawasan Sepang. 3. Pembentangan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti tahun lepas dari Setiausaha. 4. Pembentangan Laporan Kewangan dari Bendahari. 5. Lantikan Perwakilan untuk Mesyurat Kawasan Sepang. 6. Usul dan lain-lain perkara. 7. Ucapan Penangguhan Ketua Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Hj Zubair Bin Shafie 1. Ucapan Aluan Ketua Cawangan Amanah Bandar Baru Salak Tinggi Ucapan pembukaan dari Ketua Cawangan dengan memulakan kalimah bismillah. Kita perlu bersama-sama saling bantu membantu, dimana kita mempunyai banyak cawangan Amanah di Kawasan Sepang. Kita boleh saling bantu membantu diantara kita. Kita di cawangan perlu juga menyantuni cawangan-cawangan amanah lain yang ada di sekitar Sepang. Contoh masa pasca banjir dimana kita dari pelbagai cawangan


AMANAH CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 saling bantu membantu, itu nampak sangat hormani dan dimana kita juga sama membantu penduduk tempatan yang berada disekitar cawangan tersebut. Jadi kita kena kekal momentum ini selama-lamanya. Kita juga perlu menekankan perkara-perkara yang penting tidak lama lagi. Kemungkinan besar kerajaan PN BN PAS sekarang akan membubarkana kerajaan untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15. PRU ini dianggarkan akan berlangsung pada hujung tahun 2022 atau awal tahun 2023. Jadi AJK cawangan ini perlu mulakan program-program untuk menyatuni penduduk setempat. Kita perlu ketengahkan perkara-perkara yang memberi kesan impak kepada Cawangan Amanah BBST. Kita juga boleh ketengahkan isu-isu semasa seperti isu Rasuah, apa yang boleh amanah @ PH tawarkan pada masyarakat umum, kesatuan diantara Parti kompenan PH perlu diperkukuhkan kembali, ketengahkan tawaran peluang pekerjaan pada anak-anak muda yang kita sedia maklum sudah termasuk dalam agenda saudara Rafizi Ramli. Jadi saya sarankan anak-anak muda boleh ikut serta INVOKE @ Ayuh Malaysia slogan yang sangat sentimental dalam perjuangan yang nampak jelas. Disini juga boleh ketengahkan berkenaan pinjaman PTPTN terutamanya yang agak membebankan rakyat semasa kini dengan tawaran kerja yang hamper tidak ada. Kita jangan jadi seperti zaman pemerintah PH yang agak bercelaru disebabkan adanya pengkhianat-pengkhianat seperti Azmin Ali dan kuncu-kuncunya, yang memberi nafas pada UMNO BN untuk berkuasa kembali. Jadi kita AJK akar umbi perlu ada pendirian yang kuat dan jangan terikut rentak-rentak musuh kita. Ketua cawangan bandar baru salak tinggi menutup kalam dengan lafaz bismillah, waallahualam. 2. Ucapan Aluan dari Ketua Kawasan Amanah Sepang Membuka bicara dengan lantunan Bismillah dan puji-pujian kepada Allah dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semoga Mesyuarat Tahunan dengan kehadiran Tuan/Puan di terima sebagai amalan para solehin. Pada malam ini juga kita dihadiri oleh Cawangan-cawangan dari Kundang dan Ampang Tenang. Terima kasih pada AJK dan semua Ahli yang tungkus lumus untuk menjaya mesyuarat tahunan pada malam ini. Kita sebagai Ahli Amanah yang membawa slogan Islam Rahmatan Lill ‘allamin kepada semua masyarakat berbilang kaum. Kita jangan jadi satu Parti yang mana Ahlinya berfikiran sempit dan jumut dalam pembawaan konsep Islam yang sebenar. Kita juga perlu diketengahkan Islam yang sebenar dalam masyarakat setempat. Kerana ada parti tertentu yang bawa Islam dengan cara tidak bermoral dan tidak jelas hala tuju. Kita tidak perlu lagi meletakkan halangan atau penghadang diantara kaum-kaum lain. Kita juga perlu bersedia dari sekarang seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Cawangan sebentar tadi. Dimana PRU 15 kita perlu bersedia dari grass root atau ahli bawahan untuk membawa misi dan visi amanah dalam menyantuni Rakyat


AMANAH CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 terutamanya. Kita boleh lihat saja diperingkat kerajaan tidak ambil peduli mengenai masalah rakyat, barang-barang mentah dan kering semuanya sudah naik harga, harga barang binaan dan lain-lain lagi. Mereka tidak pernah fikir yang rakyat dibawah kesusahan nak makan perlu kais pagi makan pagi kasi petang makan petang, Apa sudah jadi?. Mereka diatas terus bercakaran sesama mereka. Akhirnya tetap akan salah DAP sebagai punca segalanya. Itu sahaja permainan mereka dari dulu kini dan selamanya termasuk dengan parti islam tersebut. Jadi saya berpesan pada semua Ahli perlu perkukuhkan kekuatan dan memberi kesedaran pada masyarakat berkenaan kes Rasuah, Azam Baki, dan lain-lain yang terpalit. Dari sekarang kita mulakan dengan menyantuni pemuda-pemuda setempat untuk ikut serta program-program yang dijalankan atau dianjurkan oleh Amanah dan badan berkanun yang lain. Mengikut jumlah kajian dan dapatan di Sepang dimana jumlah pengundi muda hampir mencecah 50000 orang, mereka ini semua perlu kita santuni. Kita juga perlu ajak mereka ikut serta dalam membantu kita sebagai Sukarelawan dan sebagainya. Berdasar platform yang telah dibina pada PRU14 iaitu INVOKE telah memberi kesan yang sangat besar diatas kemenangan PH pada tahun 2018. Dimana target saudara Rafizi Ramli adalah mereka yang pengundi atas pagar. Kita boleh lihat dimana kekalahan demi kekalahan PH di beberapa Negeri seperti Melaka, Sarawak dan Johor adalah lemahnya kita dalam menyantuni dan mendepati masyarakat diluar sana. Kita juga perlu perbanyakkan program-program dasar di setiap lokaliti kita. Alhamdulillah. Ketua Amanah Kawasan Sepang memberi nasihat pada semua Ahli Jawantankuasa kita sudah berada pada akhir bulan Ramadhan dimana bulan ini adalah bulan latihan untuk semua umat islam seperti muhasabah diri, perbanyakkan ibadah sunat, membaca al quran dan lain-lain amalan yang boleh meningkatkan tahap kerohanian dan keimanan kita. Semoga kita Berjaya dapat malam lailatul qodar. Ketua Kawasan Sepang penutup kalam kata dengan lafaz bismillah. Waallahualam. 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Tahunan tahun lepas Pengerusi Majlis mempersilakan Setiausaha untuk membentang Minit Mesyuarat Tahunan 2022 - Ucapan Aluan Ketua Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi - Ucapan Aluan Ketua Kawasan Amanah Sepang - Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Tahunan tahun lepas - Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan semasa. - Membentang dan menerima Laporan Kewangan semasa. - Ucapan Penutup Dibentangkan : Muhammad Muslim Bin Jamaludin Disahkan : Dr Mohd Fauzi bin Abdul Hamid Disokong : Haji Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid


AMANAH CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan semasa. Setiausaha telah membentangkan laporan akitiviti yang dijalankan oleh Parti Amanah Negara cawangan Bandar Baru Salak Tinggi sepanjang bermula Julai 2022 hingga April 2023. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti di lampiran Laporan Aktiviti. Dibentangkan : Muhammad Muslim Bin Jamaludin Disahkan : Haji Nor Mohd Zulkarnain Abdul Yazid Disokong : Hajjah Habibah Nawawi 5. Membentang dan menerima Laporan Kewangan Semasa. Bendahari Parti Amanah Negara cawangan Bandar Baru Salak Tinggi telah membentangkan Laporan Kewangan untuk Julai 2021 hingga April 2022. Laporan Kewangan adalah seperti di lampiran Laporan Kewangan Dibentangkan : Puan Azizah Abu Samah Disahkan : Haji Abdul Rahim Bin Hussain Disokong : Dr Mohd Fauzi bin Abdul Hamid 6. Membentang Usul. Tiada pembentangkan Usul dari Ahli Jawatankuasa. 7. Ucapan Penutup Ketua Cawangan memberi penghargaan kepada semua AJK yang hadir dan menjayakan mesyuarat tahunan ini. Ketua juga menegaskan kita perlu ikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh ROS seperti mengadakan mesyuarat tahunan setiap tahun sekali. Harapan ketua ingin melihat pada masa akan datang majlis atau mesyuarat dapat dijalankan dengan harmoni. Dimana kita dapat beramah mesra dengan ahli-ahli dari cawangan lain juga. Kita perlu bersyukur pada tahun ini kita dapat adakan mesyuarat pada bulan Ramadhan, dimana kita dapat sama-sama berbuka puasa bersama, solat berjemaah dan terawih ini sangat-sangat indah. Sebelum menutup ketua menegaskan pada Ahli untuk terus sebar dan sabar ketengahkan prinsip dan perjuangan kita iaitu menolak mereka yang melompat parti dan rasuah. Ketua dengan ini menutup dan menangguhkan mesyuarat tahun 2022 dengan tasbih kifarah dan surah Al ‘Asr.


Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 20hb OKTOBER 2023, JUMAAT LAMPIRAN LAPORAN AKTIVITI PARTI AMANAH NEGARA CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG SEPANJANG TAHUN MEI 2022 – OKTOBER 2023 No Tarikh Aktiviti 1 19 Mac 2023 Program Mini Karnival Rahmah Sepang di Tapak Pasar Malam Taman Seroja - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta membantu menjayakan di lapangan. 2 1 April 2023 Jelajah Jualan Ehsan Rakyat di Taman Dahlia BBST. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta membantu menjayakan di lapangan. 3 28 Mei 2023 Jelajah Jualan Ehsan Rakyat di Pondok KRT Taman Seroja BBST. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta membantu menjayakan di lapangan. 4 10 – 11 Jun 2023 Kursus Urutan Reflexiologi Dijalankan di Dewan Dahlia Taman Dahlia BBST, dirasmikan oleh wakil Pegawai rasmi Parlimen Sepang. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta menjayakan di lapangan. 5 2 Julai 2023 Program Ibadah Qurban Sepang Madani Dirasmikan oleh YB Aiman Athirah diadakan di Taman Seroja. - Keterlibatan semua AJK Cawangan Amanah Bandar Baru Salak Tinggi. 6 23 Julai 2023 Berkunjung dan menziarahi ke perkampungan dan tempat persemadian Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub di Pulai, Johor. 7 29 Julai – 20 Ogos 2023 Persediaan PRN 15 untuk 4 buah negeri. Semua Jentera PH untuk mula gerak kerja. Gerak kerja


Reg : PPM/SEL 009/78 – 00899 20hb OKTOBER 2023, JUMAAT 1. Walkabout bersama calon 2. Mencula dan menyebarkan flyers 3. Penambahan jentera tiktok untuk serang balas info dari PN Kelan Medsos Madani Malaysia 4. Konvoi berkenderaan di sekitar DUN Sg Pelek 5. Santuni penduduk setempat 6. Menyiapkan bilik gerakan di lapangan 7. Memasak bendera, banner, billboard - Keterlibatan semua AJK Cawangan Amanah Bandar Baru Salak Tinggi disetiap 8 1 September 2023 Sambutan Kemerdekaan peringkat taman Seroja dan dahlia court. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta menjayakan di lapangan. 9 5 – 7 September 2023 Bantuan Jentera Calon Amanah di PRK Pulai. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta membantu menjayakan di lapangan. 10 16 September 2023 Sambut Hari Malaysia di Taman Seroja, Taman Dahlia dihadiri YB Lwi Kian Keong. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta menjayakan di lapangan. 11 16 September 2023 Makan 100ribu satay percuma di Bagan Lalang sempena sambutan Hari Malaysia. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta menjayakan di lapangan. 12 28 September 2023 Sambutan Maulidul Rasul 12 Rabiulawal 1445hH bersamaan 28 September 2023 - Perkarangan Bandar Baru Salak Tinggi Walk. - Sukarelawan dari Amanah Cawangan BBST ikut serta membantu menjayakan di lapangan.


PENYATA KEWANGAN PARTI AMANAH NEGARA CAWANGAN BANDAR BARU SALAK TINGGI KAWASAN SEPANG KETERANGAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI 1HB JANUARI 2022 HINGGA 31 HB DISEMBER 2022 PENDAPATAN/PENERIMAAN RM PERBELANJAAN/PEMBAYARAN RM Baki pada 1.1.2022 20.00 Sewa pejabat 0.00Yuran ahli 0.00 Gaji 0.00Sumbangan 220.40 Alat tulis, cetak dan lain-lain 20.40Aktiviti 0.00 Mesyurat tahunan 200.00Jumlah Perbelanjaan: 220.40Baki pada akhir tahun: Wang Tunai di bank 0.00Wang Tunai di tangan 20.00JUMLAH: 240.40 JUMLAH: 240.40Di sediakan oleh: _______________________________________________ NAMA : HJH AZIZAH BT ABU SAMAH JAWATAN : Bendahari Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi


Click to View FlipBook Version