The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serimuslim77, 2020-08-05 08:49:44

TEKS DOA AMBANG MERDEKA 2020

TEKS DOA

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه ه

َ َ
َ َ ح ح ح با ح ه ح ح ح َأ ح ج ح ع ح ي ح ح ح . َ َ حه ح ح ح و ح َأ ح ص ح لآحى َ َ َ ح م ح ي ح ح و ح ع ح َ ل ح َلاحا ح س ح لو ح ن ح رحى ح َ ل ح عحم حَ ل ح سلا َ حَ ل ح ة ح ح ح و ح صلا ح وح، ح ح ح تا ح لا ح صلا َ َ ح م ح د ح ح ح لل ح ح ح لا ح ذ ح ي ح ح ح ب ح ن ح ع ح م ح ت ح ه ح ح ح ت ح ت ح م ح ح ح َ لا
َ
َ
َ
ح ..........ءآشت ح حنمحكللماحىتؤتحكللماحكلامحمهللاحلق
Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan

kami untuk berada di dalam Majlis AMBANG KEMERDEKAAN ke-63 peringkat SMKJR 2020 pada hari ini.
Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu atas nikmat kemerdekaan yang Engkau limpahkan
kepada negara kami Malaysia. Kami sedar Ya Allah segala pahit jerih generasi terdahulu meraih
kemerdekaan yang harganya adalah darah, nanah dan airmata perjuangan. Oleh itu Ya Allah, Engkau
cucurilah rahmatMu kepada para pejuang kemerdekaan yang telah pergi meninggalkan kami.
Ya Allah Ya Rahman, kurniakan barisan pemimpin negara kami, semangat juang yang tinggi dalam
mempertahankan kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah terakhir,

Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya.Oleh ituYa Allah,
berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan yang
bermakna.
Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Engkau merdekakan kami dari belenggu syirik, khurafat, tahayyul dan
kekufuran, merdekakan juga jiwa kami dari berhasad dengki, tamak haloba, bakhil dan sifat mazmumah, agar
dapat kami bergerak seiring, berdaya saing memajukan negara tercinta, Ya Allah, Bebaskan dan jauhilah
negara kami dari musibah covid19, moga-moga kami dapat hidup dalam harmoni.

Ya Allah Ya Aziz, Engkau merdekakan pelajar-pelajar SMKJR ini dari sifat lemah, malas belajar, ponteng
kelas, ponteng sekolah, tidak menghormati guru dan segala sifat mazmumah(keji). Seterusnya Ya Allah,
Engkau hiasilah kami dengan sifat mahmudah(terpuji), Semoga dengan sifat tersebut akan lahirlah insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat

Ya Allah, Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk
mencapai kemerdekaan. Semoga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam ini menjadi titik tolak
untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan kami demi membangunkan
negara dalam menghadapi alaf baru. Jadikanlah juga Semangat Patriotisme ini sebagai usaha murni kami
untuk memartabatkan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Bak kata pepatah di mana bumi
dipijak di situlah langit dijunjung.


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran
hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru.

Ya Allah, tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .



ه
هه
ه
ه


ح حايقشحانعـبتـيحنمحلاوحانعمحلاوحانـيفحمهللاح ه لع حَ تحلاوح،حاموصعمحاقرفـتحهدعـبحنمحانـقرفـتوح،حاموحرمحاعجحاَ ذهحانعجحلعجاحمهللا
َ َ َ َ
َ
َ
ََ ََ
َ ََ َ
ً َ ً َ

ً ََ َ
ً َ

ًّ َ َ َ َ َ َ ََ َ
َ
َ
َ
َ َ
هه
ٍ
ه

ح
را نلاحباَ ذعحانقو ًةنسححةرخلاحفِوح ًةنسححايـن دلاحفِحانتاءحانـبر
حهلاءحىَ لعوحدممَحىَ لعحللاحىلصو ِ َ َ َ ه َ َ َ َ ه ه َ ح َ َ َ َ ه َ ه َ َ . ح مورمَحلاوحادور طمحلاو
َ
َ
َ
َ َ
َ
َ
َ َ
َ َ
َ ً َ َ
ً
َ
ه ه
ه
هه


ِّ
حيمَ لاعلاحبرحهللدم لاوح،حملسوحهبحصو

َ
َ َ َ َ َ َ َ
َ


Click to View FlipBook Version