The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Menulis Karangan Bahagian B Menengah Rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazrinajuhailin, 2024-06-25 09:49:23

Panduan Menulis Karangan Bahagian B Menengah Rendah

Panduan Menulis Karangan Bahagian B Menengah Rendah

Panduan Menulis Karangan Bahagian B (30 Markah)


Tulis karangan bagi soalan di bawah ini. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Huraikan pendapat anda tentang usahausaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Perenggan Pendahuluan (4 minit) 2 – 3 ayat Latar Belakang Tema / Tema Soalan Dalam meniti arus kemodenan ini, perpaduan kaum amat penting dalam memajukan sesebuah negara. Isu Tema Sejak akhir-akhir ini, isu perpaduan kurang menjadi polemik di media massa mahupun media cetak. Ayat Persoalan Persoalannya, apakah usahausaha untuk memupuk perpaduan kaum?


Ayat Jawapan (Apa) Sebagai cetusan minda yang pertama, Setiap rakyat diwajibkan mematuhi undang-undang bagi memupuk perpaduan kaum. Ayat Huraian (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana melalui undang-undang yang dipatuhi oleh rakyat Malaysia, keamanan negara dapat dikecapi. Ayat Contoh (Bagaimana) Sebagai contohnya, rakyat Malaysia haruslah mematuhi Perlembagaan Malaysia. Ayat Penegas Jelaslah bahawa, undangundang yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi agar perpaduan kaum dapat dipupuk. Perenggan Isi Pertama 4 – 5 ayat (5 minit)


Ayat jawapan (Apa) Dari perspektif lain pula, aktiviti bersukan juga dapat memupuk perpaduan kaum. Ayat Huraian (Mengapa) Hal ini dikatakan begitu kerana, melalui aktiviti bersukan rakyat Malaysia boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain. Ayat Contoh (Bagaimana) Misalnya, rakyat Malaysia boleh menjalinkan hubungan yang baik melalui penganjuran sukan daripada pelbagai peringkat. Ayat Penegas Seyogia, aktiviti sukan yang diadakan mampu memupuk perpaduan antara kaum. Perenggan Isi Kedua 4 -5 ayat (5 minit)


Ayat Jawapan (Apa) Bulan semakin terang, bayang semakin jelas bahawa peranan media massa juga penting untuk memupuk perpaduan kaum. Ayat Huraian (Mengapa) Perkara ini disebabkan melalui media massa, program mengenai perpaduan kaum mudah disebarluaskan. Ayat Contoh (Bagaimana) Tamsilnya, pemaparan rancangan seperti ‘Geng Bas Sekolah’ sangat baik untuk dilihat oleh semua kaum. Ayat Penegas Terbuktilah bahawa, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui media massa. Perenggan Isi Ketiga 4 – 5 ayat (5 minit)


Perenggan Penutup 2 – 3 ayat (4 minit) Ayat Kesimpulan Sudah terang lagi bersuluh, terdapat tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum. Ayat Cadangan Semua pihak haruslah bersatu padu dalam merealisasikan perpaduan kaum. Ayat Harapan Kerajaan berharap agar usaha daripada pelbagai pihak dapat mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.


221 Patah Perkataan


Click to View FlipBook Version