Topik : Makanan Sihat Minda Cerdas
Nama Guru : Siti Iffah Izzati binti Hamin
Tahun : 5 Arif
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 10 pagi - 11 pagi
Kemahiran : Mendengar dan bertutur
Standard Kandungan : 1.2 - Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran : 1.2.2 - Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal
pasti dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
Bukti Pentaksiran: Murid menghantar rakaman audio, jawapan latihan kuiz kemudian memuat naik di
tapak padlet yang telah disediakan oleh guru.
Analisis Pelajar
Bilangan murid: 30 orang
Umur: 11 tahun
Tahap: Kesemua murid mempunyai tahap kecerdasan yang sama iaitu pada tahap sederhana.
Latar Sosioekonomi: Kebanyakan murid berasal dari penduduk luar bandar yang rata-ratanya
pekerjaan ibu bapa mereka hanya penoreh getah, tukang sapu sampah dan tukang rumah. Terdapat
segelintir sahaja ibu bapa murid yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
Kompentasi Khusus: Murid telahpun didedahkan kepada makanan-makanan yang sihat sama ada di
rumah mahupun di sekolah. Namun, mereka tidak mengambil berat akan perkara tersebut dan lebih
memilih makanan yang sudah diproses ataupun fast food.
Gaya Pembelajaran:Visual, auditori
Nyatakan Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat tersirat dengan betul.
2. Membezakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 maklumat tersurat dan tersirat dengan
betul.
Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan
SET INDUKSI
Media : Visual
Kaedah : Penerangan dan soal jawab
Bahan : Kad maya, komputer riba, LCD projector
Bukti pentaksiran: Murid menghantar rakaman audio di tapak padlet yang telah disediakan.
Rasional pemilihan : Penggunaan kad maya merupakan salah satu strategi pembelajaran untuk
menjadikan suasana PdP lebih menarik dan murid tertarik untuk melihat dan memerhatikan kad maya
tersebut. Tambahan pula, pemilihan warna yang pelbagai pada kad tersebut akan menjadikan murid
lebih tertarik untuk menjalani proses PdP. Murid-murid lebih berminat terhadap sesuatu yang
berwarna-warni.
LANGKAH 1
Media : Video
Kaedah : Penerangan & bermain sambil belajar
Bahan : LCD projector, pembesar suara.
Bukti pentaksiran: Murid menghantar screenshot jawapan latihan pada ruangan padlet.
Rasional pemilihan : Tayangan video pada awal sesi pembelajaran akan menarik minat murid-murid
untuk memulakan proses pembelajaran. Selain itu, tayangan video mampu memberi pendedahan awal
kepada murid tentang topik yang akan dipelajari. Video juga mampu merangsang deria murid untuk
menjadi lebih fokus di dalam bilik darjah, sejurus dapat menjawab soalan-soalan yang guru berikan.
LANGKAH 2
Media : Teks audio
Kaedah : Perbincangan
Bahan : Komputer riba, LCD projector, pembesar suara, teks ulasan.
Bukti pentaksiran: Murid menghantar rakaman suara atau bukti jawapan mereka di ruangan padlet.
Rasional pemilihan : Audio merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang menarik. Pemilihan
audio seperti suara kartun akan menyeronokkan suasana kelas dan juga murid akan tertarik untuk
mendengar audio dengan lebih fokus. Penggunaan teks pula dapat merangsang deria murid untuk
melihat dan membaca teks tersebut dengan teliti.
LANGKAH 3
Media : Visual
Kaedah : Perbincangan dan soal jawab
Bahan : Poster, Komputer riba, LCD projector,
Bukti pentaksiran: Murid menjawab soalan dengan cara menghantar jawapan latihan kuiz di ruangan
padlet yang telah disediakan.
Rasional pemilihan :. Penggunaan poster adalah bertujuan untuk menarik minat murid-murid
memahami maklumat-maklumat yang terdapat pada poster. Di samping itu, poster yang mempunyai
pelbagai warna dan bentuk menjadikan murid seronok dan bersemangat untuk membaca.
Penambahan maklumat daripada poster membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh
guru.
PENUTUP
Media : Video animasi 2D
Kaedah : Penyoalan
Bahan : Komputer riba, LCD projector, laman web Wheel of Names (roda impian)
Bukti pentaksiran: Murid menghantar rakaman suara pada ruangan padlet.
Rasional pemilihan : Kaedah ini merupakan salah satu bentuk pentaksiran yang dilakukan untuk
melihat kefahaman murid tentang topik maklumat tersirat dan tersurat. Murid-murid dapat
membezakan maklumat tersurat dan tersirat melalui kaedah ini. Tambahan pula, roda impian
mempunyai warna yang pelbagai untuk merangsang minda mereka dan juga akan memberi semangat
kepada murid untuk melakukan tugasan.
Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah
SET INDUKSI
Bahan Kad maya: Beberapa kad maya mengenai makanan sihat akan dipertontonkan kepada murid.
Murid akan didedahkan dengan contoh-contoh makanan yang sihat dan mereka perlu menyebut nama
makanan pada kad maya.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menggunakan gambar yang berwarna-warni untuk
merangsang minda murid supaya tidak mudah bosan dalam kelas.
Persediaan persekitaran :.Guru memastikan murid dapat bertutur dengan lancar tanpa sebarang
gangguan persekitaran.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah
berpusatkan murid dan bahan. Guru akan meminta murid menyebut nama makanan pada kad maya
tersebut.
LANGKAH 1
Bahan video: Tayangan video mengenai maklumat tersurat dan maklumat tersirat yang dipaparkan
akan memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang kedua-dua maklumat tersebut. Murid perlu
memberi perhatian yang secukupnya terhadap video tersebut. Tambahan pula, murid-murid memang
gemar menonton video lebih-lebih lagi jika video tersebut menarik perhatian mereka.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menggunakan animasi-animasi yang menarik dalam video
untuk menarik minat murid.
Persediaan persekitaran : Guru memastikan tayangan video akan berjalan dengan baik tanpa
tersekat-sekat. Suara video mestilah kuat dan dapat didengari oleh murid.
Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran berasaskan sumber diaplikasikan iaitu guru
menggunakan video sebagai sumber pembelajaran supaya pengetahuan murid dapat bertambah.
Komunikasi dua hala juga diselitkan apabila guru dan murid saling bertanya soalan iaitu guru bertanya
kepada murid untuk menguji kefahaman mereka dan murid pula akan bertanya kepada guru tentang
perkara yang mereka keliru berkenaan dengan topik yang dipelajari
LANGKAH 2
Murid mendengar teks audio.
Bahan teks audio: Teks yang disediakan oleh guru berkenaan dengan topik yang dipelajari. Teks
tersebut tidak terlalu panjang dan sesuai dengan tahap kecerdasan murid-murid Tahun 5. Tambahan
pula, penggunaan ayat dalam teks tersebut ringkas dan mudah difahami. Murid boleh membaca
sendiri teks tersebut atau hanya mendengar audio pada teks untuk memahami keseluruhan teks itu.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menyediakan teks yang pendek dan mudah difahami oleh
murid-murid.
Persediaan persekitaran : Murid diberikan masa untuk membaca dan memahami teks.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid perlu
membaca teks yang disediakan dengan fokus dan menjawab tugasan aktiviti secara berkumpulan.
LANGKAH 3
Murid melihat dan membaca poster.
Bahan: Poster yang ditunjukkan mengandungi gambar makanan yang berkhasiat dan juga beberapa
bentuk ayat. Murid perlu membaca dan memahami gambar dan ayat pada poster untuk memudahkan
mereka menjawab soalan tugasan. Tambahan pula, poster yang berwarna-warni akan meningkatkan
semangat murid-murid untuk memahami kandungan poster tersebut.
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru menggunakan gambar yang menarik dan juga warna yang
bersesuaian pada poster.
Persediaan persekitaran : Guru memastikan keadaan murid selesa dan berada dalam kumpulan
masing-masing.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berasaskan bahan dan murid. Murid perlu
membaca dan memahami poster dan menjawab soalan yang guru berikan secara berkumpulan.
PENUTUP
Bahan: Roda impian yang digunakan mengandungi beberapa ayat yang terdiri daripada ayat tersurat
dan ayat tersirat berdasarkan topik makanan sihat minda cerdas. Penggunaan roda impian ini adalah
untuk meningkatkan lagi semangat murid untuk belajar dan mereka tidak akan berasa bosan
sepanjang PdP berlangsung. Murid hanya perlu meneka ayat yang mereka dapat setelah memutar
roda impian.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menyediakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami
oleh murid.
Persediaan persekitaran : Murid mempunyai persekitaran yang selesa untuk menjawab soalan
berkenaan ayat yang mereka dapat.
Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid menjawab
soalan berdasarkan ayat pada roda impian.
Penglibatan Pelajar
SET INDUKSI (5 Minit)
- Murid melihat kad maya yang mempunyai gambar makanan sihat.
a) Nasi
b) Epal
c) Ikan
d) Susu
e) Minyak
f) Salad
g) Air kosong
- 7 orang murid menyebut nama makanan yang terpapar pada kad tersebut.
LANGKAH 1
- Murid menonton video mengenai maklumat tersurat dan tersirat yang dipaparkan pada LCD.
- Murid fokus dan memahami maklumat yang disampaikan dalam video tersebut.
- Setiap murid melakukan aktiviti iaitu dengan menjawab soalan di educandy.
LANGKAH 2
- Pada langkah ini, murid memahami teks audio.
- Murid berpecah kepada 6 kumpulan.
- Setiap kumpulan menerima satu teks audio.
- Murid membaca atau mendengar teks audio tersebut.
- Wakil kumpulan membentangkan maklumat tersurat dan maklumat tersirat yang terdapat pada
teks tersebut.
LANGKAH 3
- Murid masih berada dalam kumpulan masing-masing.
- Murid melihat satu gambar visual iaitu poster.
- Murid memahami ayat yang terdapat pada poster.
- Dua orang murid membentangkan kefahaman mereka mengenai poster yang dibaca.
- Murid menjawab soalan di quizizz mengikut kumpulan.
PENUTUP
- Murid bermain satu video animasi iaitu roda impian.
- Setiap murid memutar roda impian.
- Murid meneka ayat yang mereka peroleh sama ada tersurat atau tersirat.
Menilai dan Menyemak Semula
PENCAPAIAN MURID:
- Murid berjaya menyebut nama makanan pada kad maya dengan tepat.
- Murid memahami perbezaan maklumat tersurat dan tersirat melalui tayangan video.
- Murid memahami teks audio yang guru sediakan.
- Murid berjaya mengeluarkan maklumat tersurat dan tersirat daripada poster.
- Murid dapat membezakan 3 ayat tersirat yang terdapat pada roda impian dengan betul.
PENILAIAN GURU:
- Guru dapat mencapai objektif pembelajaran melalui media pengajaran, aktiviti dan pentaksiran
yang dibuat.
IMPAK/KEBERKESANAN:
- Tayangan video memberi pendedahan awal kepada murid tentang maklumat tersurat dan
tersirat.
- Penggunaan media yang berbentuk visual dan audio dapat merangsang minat murid untuk
lebih bersemangat ketika belajar sejurus dapat mengelakkan murid berasa bosan.
- Aktiviti bermain sambil belajar dapat meningkatkan semangat murid dan juga membantu
mereka menimba ilmu dengan cara berseronok.
- Pentaksiran menggunakan roda impian membantu murid untuk membezakan maklumat
tersurat dan tersirat dengan lebih terperinci kerana kesemua ayat pada roda impian disusun
secara berterabur.