The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imannr958, 2021-09-10 04:26:02

BUKU SKRAP SEJARAH MERDEKA

BUKU SKRAP SEJARAH MERDEKA

Disediakan oleh :
Nurul Ain bt Mohamad Rodzi
5 Rajin

PENDAHULUAN

Tujuan buku skrap ini dihasilkan untuk pertandingan buku skrap
e- book yang bertemakan KEMERDEKAAN MALAYSIA yang
dianjurkan oleh Panitia Sejarah SK Seremban 2A bersempena
Bulan Kemerdekaan ke - 64.

Tujuan buku skrap ini juga adalah untuk melahirkan jati diri yang
tinggi serta membentuk keperibadian bangsa yang terpuji dan
berilmu.
Melalui pengkajian ini kita dapat mengetahui tentang kepahitan
dan kesusahan perjalanan yang dialami oleh pejuang
kemerdekaan untuk mendapatkan sebuah Kemerdekaan.

Pengetahuan tentang kepentingan sesuatu peristiwa, sebab dan
kesudahannya untuk mendapatkan nilai sebuah KEMERDEKAAN
buat negara kita amat bermakna buat diri saya dan kepada
pembaca di sana amnya.

Bil Isi Kandungan

1. Muka Depan
2. Pendahuluan
3. PengenalanSejarah

Kemerdekaan
4. Pejuang Kemerdekaan
5. Ke arah Menuntut Kemerdekaan
6. Rundingan Kemerdekaan
7. Detik Kemerdekaan
8. Pemasyhuran Kemerdekaan
9. Foto Perdana Menteri Malaysia
10. Sekian.Terima Kasih

Pengenalan Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Kemerdekaan negara perlu dipelajari bagi
memberikan permahaman dan pengetahuan berkenaan
dengan usaha pemimpin bersama-sama dengan rakyat
untuk mencapai sebuah kemerdekaan.

Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui mereka untuk
membentuk dan menubuhkan sebuah negara MERDEKA
yang telah mendapat pengisytiharannya pada tarikh
keramat iaitu pada 31 Ogos 1957.

PEJUANG KEMERDEKAAN

Di antara pemimpin dan pejuang yang telah berjuang dan
berusaha keras untuk mendapatkan sebuah Kemerdekaan adalah
seperti berikut :-

No. Nama
1 DATO’ ONN BIN JA’AFAR
2 DR. BURHANUDDIN AL-HELMI
3 AHMAD BOESTAMAM
4 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
5 ISHAK HAJI MUHAMMAD
6 ABU BAKAR AL-BAQIR
7 TUN TAN CHENG LOCK
8 TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN
9 DATO’ ABDUL WAHAB BIN TOH MUDA ABDUL AZIZ
10 TUN H.S LEE
11 TUN V.T. SAMBANTHAN
12 TUN DR. ISMAIL BIN DATO’ ABDUL RAHMAN



KE ARAH MENUNTUT KEMERDEKAAN

PENDUDUKAN JEPUN
(1942 - 1945)

Pendudukan Jepun menyebabkan banyak kesengsaraan.
Pemimpin tempatan bangkit menggerakkan perjuangan untuk

mendapatkan kemerdekaan.

MALAYAN UNION
(1946 - 1948)

British memperkenalkan Malayan Union yang merupakan bentuk
penjajahan baharu.

British menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu
Orang melayu dipinpin oleh Dato’ Onn bin Jaafar bangkit

menetang Malayan Union.
Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun

1948.

ANCAMAN KOMUNIS
(1948)

Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan kezaliman seperti membunuh,
memusnahkan lombong bijih timah dan ladang getah.

Keganasan komunis mengakibatkan darurat diisytiharkan
seluruh negara pada 1948.

Rundingan Baling telah diadakan pada 1955 tetapi GAGAL.
Pada tahun 1960, darurat telah ditamatkan.

KEMUNCULAN PARTI-PARTI POLITIK
(1945 - 1951)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
United Malays National Organisation (UMNO) pada tahun 1946.

Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1946.
Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada tahun 1951.

PILIHAN RAYA MAJLIS PERUNDINGAN PERSEKUTUAN
(1955)

Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC untuk pilihan
raya.

Setiap parti politik diwakili oleh setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Tunku Abdul rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Parti Perikatan telah berunding dengan British untuk mendapatkan
kemerdekaan

RUNDINGAN LONDON
(1656)

Wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London.
Tujuan mereka ke sana untuk berunding dengan British untuk dapatkan

Kemerdekaan.

KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(1957)

Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Kerjasama dan persefahaman antara pemimpin masyarakat menjadi faktor
utama kepada wujudnya kumpulan untuk rundingan kemerdekaan. Ahli
Rombongan ini terdiri daripada empat orang wakil Raja Melayu dan empat
Parti Perikatan telah berangkat ke London pada 1956 dan pihak British
diwakili oleh Lord Lennox-Boyd bertujuan mendapatkan kemerdekaan. Hasil
rundingan ini termeterailah Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu yang juga dikenali sebagai Perjanjian London.

WAKIL RAJA -RAJA MELAYU

DATO’ ABDUL WAHAB TOH MUDA ABDUL AZIOZ
(Dato’ PANGLIMA BUKIT GANTANG)
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID
DATO’ MOHAMAD SETH MOHAMMAD SAID
DATO’ NIK AHMAD KAMIL HAJI MAHMOOD



WAKIL PARTI PERIKATAN

TUNKU ABDUL RAHMAN
DATO’ ABDUL RAZAK HUSSEIN
DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN
KOLONEL H.S. LEE

Foto : Perwakilan untuk Persidangan Malaya di London.

PENGUMUMAN KEMERDEKAAN

16 Feb 1956 - Rombongan Kemerdekaan pulang ke Tanah Melayu

setelah mendapat kejayaan di atas rundingan untuk kemerdekaan.

20 Feb 1956 - Rombongan kemerdekaan tiba di Lapangan Terbang Batu

Berendam, Melaka menaiki pesawat Malayan Airways dan disambut
meriah oleh orang ramai.

30 Ogos 1957 - Pada pukul 6.30 petang, Bendera Union Jack

diturunkan di Padang Bandar Hilir, Melaka. Acara turut disertai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British di Melaka, H.G. Hammett bersama ribuan
rakyat melambangkan BERAKHIRNYA PENJAJAHAN BRITISH di
Tanah Melayu.

31 Ogos 1957 - Tunku Abdul Rahman mengumumkan bahawa

Persekutuan Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAAN.

DETIK KEMERDEKAAN

Pada 31 Ogos 1957 merupakan tarikh KERAMAT dan penting kepada semua
rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan tarikh kita meraikan
KEMERDEKAAN dan berakhirnya zaman penjajahan ke atas negara ini.

30 Ogos 1957 - Pada jam 12.00 tengah malam diturunkan bendera UNION
JACK sebagai simbolik tanda berakhirnya zaman penjajahan di Tanah
Melayu.

Pada 12.01 tengah malam, Bendera PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
dinaikkan di Kuala Lumpur membuktikan Tanah Melayu sebagai sebuah
negara yang Merdeka.

Bendera Union Jack diturunkan pada pukul 6.30 petang di Padang
Bonda Hilir, Melaka - 30 Ogos 1957.



PEMASYHURAN KEMERDEKAAN

Pada 31 Ogos 1957 Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di
hadapan raja-raja Melayu dan rakyat serta perwakilan dari 30 buah negara
Komanwel.

Tunku Abdul Rahman telah melaungkan “MERDEKA” sebanyak 7 kali dan
disambut dengan gemuruh oleh rakyat yang hadir. Serentak dengan itu,
bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diiringi lagu Kebangsaan
NEGARAKU.

Pengisytiharan ini memberikan lembaran baru kepada negara sebagai negara
yang bebas dan merdeka.

Setiap rakyat perlu menghayati dan mempertahankan kedaulatan negara.
Semangat cintakan negara perlu wujud dan disemai dalam diri kita sejak kecil
lagi untuk melahirkan rakyat yang berjiwa PATRIOTIK dan menyayangi
negara kita. Sikap saling menghormati dan persefahaman di antara kaum
perlu menjadi teras untuk mengekalkan kemerdekaan dan kehormonian
negara kita tercinta.

Foto : Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman pada 31.8.1957.



SEKIAN.
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version