The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alynblh03, 2023-03-31 10:06:40

Pembentukan Perkataan Baharu

Pembentukan Perkataan Baharu

Pembentukan Perkataan Baharu KUMPULAN 3


AHLI KUMPULAN NAWWAR NAZIHAH BINTI MOHAMMAD NAZIR NUR ALYAA NABILAH BINTI RUSLE NURAININ SOFIYA BINTI MOHD ZULKIBRI


Bunyi bahasa pinjaman Bunyi asli bahasa Melayu Pembentukan perkataan baharu


BUNYI ASLI BAHASA MELAYU Vokal Konsonan Diftong


Vokal Terdapat enam fonem vokal yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard. Vokal depan iaitu [i] dan [e]. Vokal tengah iaitu [a] dan [ə]. Vokal belakang iaitu [u] dan [o]. Vokal-vokal tersebut terdiri daripada:


Bunyi Vokal Bunyi bahasa yang bersuara kerana ketika membunyikannya pita suara akan digetarkan. Udara keluar daripada peparu melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa ada sebarang gangguan.


Kedudukan Bunyi Vokal


Vokal Jenis Cara Sebut Contoh perkataan a Vokal depan luas Keadaan bibir hampar Depan lidah diturunkan serendah mungkin anak beras nama e taling Vokal depan sempit Keadaan bibir hampar Lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gusi enak elok tembok ə pepet Vokal depan separuh luas Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi əmak ləmau ləmak Vokal


Vokal Jenis Cara Sebut Contoh perkataan i Vokal depan sempit Keadaan bibir hampar Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tapitidak menyentuhnya ikan tiba tali o Vokal belakang separuh sempit Keadaan bibir hampar Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangitlembuttapitidak menyentuhnya orang bohong koko u Vokal belakang sempit Keadaan bibir hampar Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangitlembuttetapitidak menyentuhnya ubat bulat palu Vokal


Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dankonsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalahkonsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. KONSONAN


Dalam bahasa melayu terdapat 11 jenis konsonan iaitu : 1) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). 2) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). 3) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara( k, g ). 4) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) 5) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) 6) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidakbersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). 7) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). 8) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). 9) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n ) 10) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokaldua bibir bersuara (w). 11) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j )


Cara sebutan Bibir Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Letupan P b T d - K g - Letusan - - C j - - Sengau M N (ny) (ng) - Geseran - S - - H Getaran - R - - - Sisian - L - - - Separuh vokal W - Y - - CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN


Diftong Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Terjadi apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. ai au oi Terdapattiga jenis diftong:


Penghasilan Bunyi Diftong Dianggap sebagai satu suku kata. Lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan suatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Lidah berada pada keadaan membunyikan vokal [a]. Secara cepat, geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal [i] pula. Contohnya: Untuk menghasilkan diftong ai:


g ula i s i d a i k eld a i b ala i k e d a i g e r a i t a p a i b u a i c u a i t e m b i k a i p a n t a i la n t a i a i


h a r i m a u w a u p ula u s u r a u k e r b a u p i s a u limau hijau banga u p a u a u r a t s a u d a r a a u


sekoi koboi amboi boikot dodoi konvoi kaloi boroi cakoi oi


Vokal berganding aa ai ua Contoh huruf vokal berganding Terjadi apabila wujud dua huruf vokal yang duduk bersebelahan dalam perkataan namun sebutan bunyi dalam suku kata terpisah. Setiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri.


Contoh kaedah menyebut vokal berganding saat sa-at buaya bu-aya sains sa-ins biola bi-ola


Bunyi bahasa pinjaman Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam Bahasa Melayu telah meminjam kata-kata dari bahasa Sanskrit, Bahasa Parsi, Bahasa Tamil, Bahasa Portugis, Bahasa Belanda, sesetengah loghat Cina dan lebih kini, bahasa Arab (khususnya dalam banyak istilah keagamaan), Bahasa Inggeris (khususnya banyak istilah saintifik dan teknologi). Terdapat19 fonem konsonan asli dan lapan daripadanya merupakan konsonan pinjaman.


Imbuhan Awal Tengah Akhir f fail, fobia, futsal afiat,taufan, kufur alaf, golf,tentatif v van, vendor, vokal universiti - z zarah, zuhud ziarah izin, uzur,rizab lafaz, kuiz sy syabas mesyuarat, nasyid Quraisy, skuasy kh khabar, khianat akhbar, ikhtiar, makhluk fasakh,tarikh gh ghaib, ghairah maghrib, loghat baligh, mubaligh Konsonan Pinjaman


Bunyi bahasa pinjaman Konsonan [th]: salji, sabit, selasa, isnin, misal,tamsil, bahasa, hadis, waris Konsonan [dh]: daif, darab, darurat, fardu, hadir, wuduk Namun begitu, kajian semula telah dilakukan ke atas jumlah konsonan pinjaman telah berkurangan kepada 6 bunyi konsonan sahaja. Terdapat konsonan pinjaman yang telah diasimilasikan ke dalam bunyi-bunyi asli Bahasa Melayu.Konsonan pinjaman dari Bahasa Arab seperti [th] dan [dh] tidak lagi digunakan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Perkataan– perkataan pinjaman dari Bahasa Arab yang mengandungi bunyi-bunyi konsonan ini telah digantikan dengan konsonan asli [s] dan [d]. 1. 2.


Cara Pengeluaran bibir gusi gusi-lelangit keras gusi-lelangit lembut Geseran Tak bersuara f sy kh Geseran Bersuara v z gh Cara Penghasilan Konsonan Pinjaman


Bahasa Sanskrit Bahasa Arab Bahasa Yunani-LatinInggeris Pembentukan kata daripada bahasa asing


Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran Pengimbuhan merupakan salah satu proses pembentukan kata yang produktif dalam bahasa Melayu. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu bentuk yang tidak boleh berdiri secara bersendirian. Bentuk ini akan menjadi bermakna apabila digabungkan dengan kata dasar yang merupakan morfem bebas. Imbuhan dalam bahasa Sanskirt dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. 2.


Imbuhan awalan Maksud Contoh perkataan mahamembawa pengertian paling atau tahap terbesar,tertinggi,teragung Mahamenteri, mahakarya, maha agung tatadigunakan khusus untuk menerbitkan kata nama dan membawa erti satu susunan atau peraturan tatanegara,tatakerja,tatatertib prapengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya prabayar, pramatang, prasyarat, pramerdeka swa- secara individu atau sendiri swadaya, swasta, swafoto tuna ertitiada atau tidak mempunyai (bahasa Indonesia) tunakarya,tunaanggota,tunawisma Imbuhan awalan


Imbuhan awalan Maksud Contoh perkataan eka- pengertian bilangan satu ekamatra dwi- pengertian bilangan dua dwifungsi tri- pengertian bilangan tiga tribulan panca- pengertian bilangan lima pancaindera pasca- membawa maksud seseudah atau selepas pascamerdeka, pascamajlis, pascanikah Imbuhan awalan


Imbuhan Akhiran Maksud Contoh perkataan -nita wanita atau perempuan biduanita -man orang yang mahir dalam sesuatu bidang atau orang yang memiliki sesuatu sifat seniman, budiman -wan orang yang mahir dalam sesuatu bidang, lapang atau orang yang melakukan sesuatu perbuatan atau orang yang sesuatu sifat atau benda. olahragawan, pustakawan, karyawan, bangsawan, jutawan, cendekiawan, dermawan, negarawan -wati wanita yang mahir dalam sesuatu bidang atau lapangan seniwati, peragawati, sukarelawati, olahragawati Imbuhan akhiran


BAHASA ARAB PARSI Pengaruh Arab-Parsiterhadap Bahasa Melayu bermula sejak kedatanagn Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat di kalangan orang Melayu dan memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.


IMBUHAN PINJAMAN DALAM ARAB-PARSI AWALAN AKHIRAN


IMBUHAN AWALAN Imbuhan awalan ialah yang berada di hadapan kata akar. Imbuhan awalan bagi Bahasa Arab-Parsi hanya terdapat satu iaitu (bi). (bi) membawa maksud tidak dan ianya digunakan dalam bentuk adjektif, namun penggunaannya adalah terhad. Contoh : Contoh dalam bidang sains dan teknologi adalah terhad : - bi+lazim > bilazim (tidak lazim ) - bi+ adab > biadab (tidak beradab ) - bi+ normal> binormal (tidak normal )


IMBUHAN AKHIRAN Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang berada dihujung kata akar. Imbuhan akhiran bagi bahasa Arab-Parsi ada enam iaitu : Imbuhan Keterangan Contoh "-wi" Digunakan secara terbatas unutk membentuk kata adjektif sekiranya huruf akhir kata dasaritu ialah vokal. Duniawi "i" Digunakan secara terbatas unutk membentuk kata adjektif sekiranya huruf akhir kata dasaritu ialah konsonan Abadi "-iah" Digunakan membentuk kata adjektif yang mempunyai makna sifat atau ciri yang sama dengan kata dasar. Alamiah "-in" Digunakan membentuk sesuatu kata yang menunjukkan lelaki. Mukminin "-at" Digunakan untuk membentuk suatu kata yang menunjukkan perempuan Mukminat "-ah" Digunakan juga untuk membentuk kata yang menunujukkan perempuan. Ustazah


Bahasa Yunani-LatinInggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam Bahasa Melayu berasal daripada Bahasa Yunani-LatinInggeris. Namun hanya terdapat beberapa bentuk imbuhan awalan yang berfungsi dalam Bahasa Melayu.


Imbuhan Maksud Contoh Perkataan autoMemberi pengertian secara bersendirian. automatik autograf subMemberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. subbidang subkategori supraMemberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentasi. supranasional suprasistem Imbuhan awalan


Imbuhan Contoh Perkataan Imbuhan Contoh Perkataan -isme sosialisme nasionalisme -al klinikal praktikal -ik fonemik saintifik -is ekonomis praktis -si klasifikasi sensasi Imbuhan akhiran Bentuk-bentuk akhiran ini belum terserap sebagai imbuhan dalam pembetukan kata bahasa Melayu dan sebahagian bentuk imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu.


Penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu adalah kurang memuaskan pada masa kini. Contoh yang dapat diberikan : penggunaan bahasa Melayu di papan iklan, iklan cetakan, akhbar dan majalah yang membimbangkan pakar bahasa. Berlakunya percampuran kod atau bahasa yang menganggap ianya satu trend pada masa kini. Sebagai bukti yang dapat dilihat, di akhbar terdapat tajuk berita yang menggunakan dua bahasa dalam satu ayat. Hal ini bertujuan menarik perhatian pembaca tertarik dengan topik tersebut. Media Cetak


Permasalahan yang berlaku bukan sahaja mencemarkan imej bahasa Melayu malah menyebabkan berlakunya kekeliruan penggunaannya kepada setiap individu. Kesalahan disebabkan penggunaan bahasa lain juga berpunca daripada pengaruh bahasa pertama dalam penggunaan bahasa kedua atau sebaliknya. Kesalahan jenis ini sering berlaku dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu kerana pelajar bukan Melayu sering terpengaruh dengan bahasa ibunda mereka.


Dalam aspek morfologi, kesalahan yang sering dipandang remeh adalah seperti kesalahan penggunaan imbuhan. Sebagai contohnya , Kedai Ubatan Borhan. Penulisan yang betul adalah Kedai Ubat Borhan, di mana penggunaan imbuhan "-an" tidak perlu dalam membentuk perkataan tersebut.


Selain itu, terdapat juga isu kesalahan frasa yang berlaku dalam media cetak. Sebagai buktinya, nama tempat tersebut ditulis secara salah iaitu Tat Nasi Ayam. Penulisan yang betul adalah : Kedai Nasi Ayam Tat. Sepatutnya dimasukkan kata nama “kedai”) adalah salah dari segi Hukum D-M kerana meletakkan unsur yang menerangkan iaitu kata nama “Tat” di hadapan sebelum diikuti dengan kata nama “nasi ayam”. Kata “nasi ayam” merupakan unsur yang diterangkan (objek) dan haruslah berada di hadapan frasa dan barulah diikuti dengan katan nama “Tat” yang bertindak menerangkan objek.


Isu ini berlaku adalah disebabkan mereka sekadar mementingkan bahasa yang menarik sahaja untuk menarik minat pembaca daripada mementingkan mutu bahasa yang perlu difokuskan. Selain itu, isu ini juga berlaku adalah disebabkan kurang mantap terhadap penguasaan bahasa melayu yang betul. Tambahan pula, sikap sambil lewa masyarakat dan tidak prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu terhadap penggunaannya juga menyebabkan isu ini berlanjutan.


Jelaslah bahawa media cetak merupakan salah satu medium yang perlu dipandang serius terhadap isu kesalahan kata dari sudut morfologi yang perlu ditangani dengan cepat agar tidak semakin berleluasa. Isu tersebut perlu tangani agar imej dan mutu penggunaan bahasa Melayu kekal terjamin dan dapat dipelihara hingga ke genarsi muda akan datang.


Media Elektronik -Media Sosial MEDIA SOSIAL Whatsapp Aplikasi yang membolehkan kita untuk bertukar maklumat Instagram Rangkaian media sosial yang berkongsi gambar dan video. Facebook Sama seperti Instagram Wechat Aplikasi chatting dan boleh mencari rakan


Whatsapp Kesalahan ejaanKebanyakan perkataan dieja secara ringkas (lihat contoh). Kesalahan penggunaan kata tugas. KESALAHAN


Instagram Penggunaan kata sendi nama KESALAHAN -kami menjadi 'kitaorang' , kalian menjadi 'korang'.


Facebook Bahasa slanga juga dikenali sebagai bahasa remaja atau mahasiswa universiti yang hanya difahami oleh mereka ketika berkomunikasi. KESALAHAN


Wechat Bahasa lucah ini menjadi salah satu bahasa yang menyumbang kepada pencemaran terhadap bahasa Melayu. Penggunaan bahasa lucah jugamerupakan antara yang amat popular digunakan di alam maya. KESALAHAN


Media Elektronik-Radio Keracuan penggunaan bahasa di radio. Kerancuan atau campur aduk penggunaan bahasa kebangsaan oleh penyampai radio tempatan sangat membimbangkan. Komuniksai dan interaksi penyampai radio tidak mencapai satu standard bahasa.


Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot Nilai bahasa Melayu akan jatuh dan sekaligus mengetepikan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, sekiranya bahasa Melayu sebagai bahasa kaku dan tidak berkembang, maka ia akan menjadi kenang-kenangan kepada generasi akan datang.


Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut. Sesuatu bahasa yang hidup perlu mengalami proses transformasi dan evolusi secara berterusan. Kajiankajian ilmiah juga perlu diadakan supaya segala kekurangan yang wujud dalam aspek bahasa dapat diatasi sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, hal ini tidak akan dapat dilaksanakan. Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut kerana tidak lagi digunakan sebagai wadah pengantar ilmu tinggi dan tidak berkembang selaras dengan perkembangan ilmu.


Contoh perbualan radio Penutur A: Eh, apa cita ni? Apasal sampai left group? Kita nak tour ni. Penutur B: Tak de ahhh. Aku tak dapat bilik. Penutur A: Dekat Ipoh ni artis ramai, so kita kena cut budget lah. Daripada perbualan tersebut, penutur tersebut telah mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam perbualan mereka. Contohnya left, group, tour, cut dan budget.


Click to View FlipBook Version