MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI
PKG DURIAN BURUNG BIL.2/2018
Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2018
Tarikh :
Masa : 04 Oktober 2018 ( Khamis )
Tempat :
9.30 pagi – 12.00 Tengahari
Bilik Seminar 1
PKG Bukit Besar
Kuala Terengganu
Hadir
1. Pengetua SMK Padang Midin - Pengerusi
(PN. Hjh. Zah binti Mohamad)
2. PTP PKG Durian Burung - Setiausaha
(Tn. Hj. Mohd Tarmizi bin Che Min)
3. PTP PKG Durian Burung
(Pn. Nurdiyana binti Shafie)
4. Pengetua SMK Sultan Ahmad
(Tn. Hj. Abu Bakar bin Muda)
5. Guru Besar SK Seri Nilam
(En. Md Rahim bin Mamat)
6. Guru Besar SK Bukit Losong
(Tn. Hj. Abd. Razak bin Embong)
7. Guru Besar SK Duyong
(En. Ahmad Saiful Anuar bin Mohamed @ Md Noor)
8. Guru Besar SK Gelugor
(En. Adzmee bin Mohamad Daud)
9. Guru Besar SK Kampung Baharu Serada
(En. Noor bin Omar)
10. Guru Besar SK Losong
(Pn. Norhazlen binti Abdullah)
11. Guru Besar SK Padang Midin
(En. Mustafa bin Mohd Salleh)
12. Guru Besar SK Paloh
(En. Alias bin Said)
13. Guru Besar SK Pulau Rusa
(Pn. Azlia Liza binti Alias)
14. Guru Besar SK Pusat Chabang Tiga
(En. Maslan bin Mohamad)
15. Guru Besar SK Rengas Bekah
(En. Ab. Majid bin Salleh)
16. Guru Besar SK Serada
(Pn. Norizam binti Sulong)
17. Guru Besar SK Tok Dir
(En. Mohd Nasir bin Yusof)
18. Guru Besar SK Undang
(En. Mazlan bin Ismail)
19. Guru Besar SK Wakaf Mempelam
(En. Kamardin bin Kaffi)
20. Pengetua SMA Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
Diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMA Imtiaz Yayasan Terengganu
– Kuala Terengganu
(En. Mazelin bin Ali)
21. Pengetua SMK Chendering
Diwakili oleh Penolong Kanan HEM SMK Chendering
(YM Tengku Muhd. Abdussalam bin Tengku Awang)
22. Pengetua SMK Seri Nilam
Diwakili oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Nilam
(En. Rozali bin Jaafar)
23. Pengetua SMK Sultan Mansor
Diwakili oleh Guru Kanan Mata Pelajaran SMK Sultan Mansor
(Pn. Nil Rosnani binti Nik Soh)
24. Guru Besar SK Atas Tol
Diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Atas Tol
(En. Mazlan bin Salah)
25. Guru Besar SK Kepong
Diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Kepong
(Pn. Anisah Roslina binti Awang)
26. Guru Besar SK Kedai Buloh
Diwakili oleh Penolong Kanan HEM SK Kedai Buloh
(En. Mohd Sukri bin Othman)
27. Guru Besar SK Kubang Ikan
Diwakili oleh Penolong Kanan HEM SK Kubang Ikan
(En. Zaharuddin bin Zulcopli)
28. Guru Besar SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu
Diwakili oleh Penolong Kanan HEM Pendidikan Khas Kuala Terengganu
(En. Zarawi bin Chik)
Tidak Hadir Bersebab:
29. Guru Besar SK Banggol Katong
30. Guru Besar SK Durian Burung
Turut Hadir:
31. Penolong Pengarah BTPN Terengganu
(En. Ahmad Jadid bin Jusoh)
Urus Setia:
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat PKG Durian Burung
(En. Nik Mohd Annuar Bin Nik Nordin)
Pembantu Tadbir PKG Durian Burung
(Pn. Saerahliah binti Ramli)
1.0. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengalu – alukan
kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih di atas komitmen
yang diberikan bagi bersama – sama membincangkan beberapa perkara
berkaitan sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Durian Burung.
Makluman
2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) Bilangan 1
Tahun 2018 pada 14 Februari 2018 disahkan dan diterima tanpa pindaan.
Makluman
3.0. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
TIADA
4.0. PEMBENTANGAN PKG DURIAN BURUNG
4.1 Tn. Hj. Mohd Tarmizi bin Che Min mengalu-alukan kehadiran semua ahli
mesyuarat dan mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan.
4.2 Sesi pembentangan dimulakan dengan mengumumkan Sekolah
Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu yang telah dijadikan Sekolah Hub
yang bertindak sebagai tempat rujukan dan perbincangan bagi guru – guru
untuk meningkatkan hasil Pembelajaran dan Pemudah Caraan (PdPC) Abad
ke 21 . Terdapat dua orang Guru Advokasi Emas di bawah PKG Durian
Burung iaitu En. Rosman Abadi bin Abd. Razak dari SK Rengas Bekah dan
En. Zulkifli bin Deraman dari SK Atas Tol. Sekolah – sekolah boleh
berhubung dengan guru tersebut bagi sesi perkongsian atau perbincangan
tentang bagaimana teknologi dapat membantu komuniti guru menjayakan
PdPC Abad ke 21 di dalam kelas.
4.3 Berikut merupakan kedudukan pencapaian Frog VLE bagi PKG Durian
Burung tahun 2018. PKG Durian Burung menduduki tangga ke 16 daripada
keseluruhan 22 buah PKG di Negeri Terengganu dengan kadar purata
90.76% bagi bulan Januari 2018 hingga Ogos 2018. Seperti yang telah
diumumkan pada mesyuarat JPKA yang lepas, pada tahun 2018,
penggunaan Frog VLE bergantung kepada jalurlebar yang dibekalkan ke
sekolah dan dikira secara bulanan.
4.4 Perkara seterusnya ialah berkenaan penyelenggaraan ICT di sekolah yang
bermula dari Januari 2018 hingga Ogos 2018. Pihak PKG telah menjalankan
penyelenggaraan ke atas PC, Rangkaian dan LCD bagi sekolah – sekolah
yang telah dikenalpasti mempunyai masalah dan telah memaklumkan
kepada PKG Durian Burung melalui STS.
4.5 Digital Compentency Standard (DCS) adalah satu penilaian murid yang
berbentuk permainan penerokaan angkasa yang dinamakan “Tapir Hero”. Ia
adalah untuk mengetahui kebolehan pelajar dalam tiga aspek iaitu aspek
Teknologi, Digital Citizenship dan Kognitif.
4.6 Berikut merupakan sekolah – sekolah yang telah dicalonkan bagi Anugerah
Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2018. Tn. Hj. Mohd Tarmizi
mengucapkan tahniah kepada SMK Seri Nilam kerana mewakili PKG Durian
Burung bagi kategori Pusat Sumber Sekolah dan SK Pendidikan Khas
Kuala Terengganu bagi kategori Pengacara TVPSS.
4.7 Pembentangan diteruskan dengan kadar purata bahan bagi NILAM sehingga
bulan Jun bagi sekolah – sekolah ahli PKG Durian Burung. Purata bahan
setakat Januari hingga Jun di peringkat PKG Durian Burung adalah sebanyak
45 bahan. Diharap pihak sekolah dapat meningkatkan lagi purata bahan
untuk bulan – bulan seterusnya kerana KPI peringkat Negeri Terengganu
telah ditetapkan sebanyak 79 purata bahan yang perlu dicapai bagi tahun
2018. Di antara strategi yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah
seperti pemantauan rekod bacaan secara berkala bagi pengisian buku Nilam
dan strategi-strategi lain yang difikirkan sesuai yang boleh dilakukan di
sekolah contohnya seperti mengadakan gerak gempur bacaan buku dan
bahan bukan buku di kalangan murid.
4.8 Seterusnya mengenai cadangan tarikh pemilihan calon anugerah Nilam 2019
yang bermula pada 1 Oktober 2018 di mana pkg menerima senarai calon
daripada sekolah-sekolah ahli. Seterusnya pihak PKG melakukan saringan
pada 8 hingga 10 Oktober 2018 di peringkat PKG dan 14 Oktober 2018 di
peringkat daerah. Senarai nama pelajar yang berjaya melepasi saringan
dihantar ke peringkat negeri pada 18 Oktober 2018 untuk bertanding di
peringkat kebangsaan.
4.9 Berikut merupakan senarai sekolah yang telah menggerakkan TVPSS
mengikut versi. Terdapat tiga buah sekolah yang telah menggunakan versi
terbaru iaitu versi 4.0 yang terdiri daripada SK Banggol Katong, SMK
Chendering dan SK Pendidikan Khas. Manakala sekolah – sekolah lain masih
menggunakan versi lama iaitu versi 3.0 – 1.0.
5.0 Pembentangan diteruskan dengan program Awani Junior. Setakat ini hanya
terdapat lima buah sekolah sahaja yang terlibat dalam Awani Junior (saluran
501) iaitu SMK Chendering, SMK Padang Midin, SK Pusat Chabang Tiga, SK
Pulau Rusa dan SK Pendidikan Khas Kuala Terenganu. Sekiranya sekolah
berminat untuk menyertai Awani Junior boleh berhubung terus dengan Tn. Hj.
Akram @ Amir bin Abdul Majid (Ketua Unit UPSP) di BTPN Terengganu.
Diharap penglibatan daripada sekolah lebih banyak pada masa akan datang
kerana rancangan ini sangat baik kepada pelajar – pelajar bagi meningkatkan
lagi cara berkomunikasi selain meluaskan pengetahuan dalam bidang
kewartawanan, penyiaran dan cara berkomunikasi dengan baik.
5.1 Berikut merupakan senarai bagi Kampus Astro sekolah. Terdapat 15 buah
sekolah yang berfungsi dan 13 buah sekolah yang masih tidak berfungsi.
Diharap sekolah yang masih tidak berfungsi dapat menghubungi meja
bantuan penyelenggaraan di [email protected] dan cc ke
[email protected] atau berhubung terus dengan cawangan Astro Kuala
Terengganu dan membuat tindakan susulan sehingga masalah selesai.
Proses penyelenggaraan dijangka memakan masa selama dua hingga
empat minggu atau selebihnya bergantung kepada proses komunikasi dan
temu janji antara pihak astro dengan pihak sekolah.
5.2 Sedikit penerangan mengenai EDUWEB TV. Beliau menyatakan EDUWEB
TV adalah sebagai platform pembelajaran. Ia merupakan pendidikan digital
untuk semua. Beliau berharap sekolah dapat menggunakan bahan
sokongan EDUWEB TV sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan
menarik. Dengan ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar.
5.3 Dasar MBMMBI ialah dasar KPM untuk memastikan penggunaan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah serta memastikan murid boleh menguasai Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Oleh itu,
pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka
meneruskan pengajian di peringkat prauniversiti mahupun universiti.
Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin mengajukan
soalan berkenaan bintang SSQS sekolah beliau. Sekolah beliau
mendapat SSQS 4 bintang manakala IQPSS mendapat 5 bintang.
Tindakan :PKG Durian Burung
6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pusat Kegiatan Guru Durian
Burung dan semua ahli mesyuarat di atas kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepanjang mesyuarat. Semoga isu yang dibincangkan dapat
menggerakkan semua aktiviti yang berada di sekolah dengan jayanya.
Berharap agar semua ahli mesyuarat dapat berkongsi idea untuk
mempertingkatkan lagi pengurusan sekolah masing-masing.
Makluman
Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.00 tengahari.
Disediakan Oleh; Disemak Oleh;
…………………………………................. ...............................................
MOHD TARMIZI BIN CHE MIN ZAH BINTI MOHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan, Pengetua SMK Padang Midin
PKG Durian Burung, Kuala Terengganu Pengerusi JKPA
Maklum Balas Minit Mesyuarat JKP
Tarikh : 04 Oktober 2018 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Seminar, PKG Bukit Besar, Kuala Tereng
BIL PERKARA
1 5.1 Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan P
mengajukan soalan berkenaan bintang SSQS sekolah be
beliau mendapat SSQS 4 bintang manakala IQPSS mendap
Disediakan Oleh;
………………………………….................
MOHD TARMIZI BIN CHE MIN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Durian Burung, Kuala Terengganu
PA PKG Durian Burung Bil.02 /2018
gganu
Padang Midin MAKLUMBALAS
eliau. Sekolah Bintang SSQS mengambil kira semua jawapan
pat 5 bintang. yang dijawab oleh pentadbir, gpict, gpm, guru dan
murid manakala bintang IQPSS mengambil kira
jawapan berdasarkan soalan tentang pengurusan
dan penggunaan PSS.