The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nuha Aziz, 2024-05-10 00:48:55

BUKU PROGRAM MAT 2024 SKP

BUKU PROGRAM MAT 2024 SKP

MESYUARAT KALI KE-23 AGUNG PIBG SK PELABUHAN KUANTAN DEWAN KAPTEN AZAH 11 MEI 2024 SABTU DIRASMIKAN OLEH YH DATO’ INDERA HJ MUSTAFFAR KAMAL BIN AB HAMID SIMP., DIMP., AMP., SMP., KMN. PENYELARAS DEWAN NEGERI (DN) BESERAH


Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 SK Pelabuhan, Kuantan Tahun 2024 Disediakan oleh: Zarini binti Che Mahmud Nurhajariah binti Abdul Aziz Siti Ayu Bistari binti Ismail Syarifah Zuriana binti Syed Mohamed (AJK Buku Program)


Maklumat Organisasi Atur Cara Majlis Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Laporan Aktiviti Tahunan 02 01 03 04 06 05 07 08 Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 Senarai Pernyataan Usul Senarai AJK Kerja 1-2 3 4 5-9 10-12 13-14 15-16 17-19


AJK PIBG PK HEM PK KOKURIKULUM Pn. Roslina binti Salleh En. Khairuddin bin Kamaludin GURU BESAR Pn. Narina Jan binti Mustafa Kamal SK PELABUHAN SESI 2023/2024 YANG DIPERTUA PIBG Pn. Nor Fatiha binti Hassan 1 PK PENTADBIRAN En. Mohd Amir bin Harun SETIAUSAHA Pn. Siti Ayu Bistari binti Ismail BENDAHARI Pn. Nor Hazwani binti Md. Yusop Naib YDP PIBG En. Syafiq Nazmi bin Roslan


ajk guru Pn. Zarini binti Che Mahmud Pn. Che Rohana binti Abdullah @Awang En. Mansor bin Omar Pn. Masitah binti Zainon Pn. Noor Haslinda binti Abdullah ajk ibu bapa Pn. Dizana binti Elias En. Abdullah bin Saamah Pn. Syarifah Zuriana binti Syed Mohamed En. Mohd Ridhwan bin Jaafar Pn. Zaiton binti Che Ibrahim Pn. Samsunita binti Che Samsudin 2


02 8.15 pagi PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 01 8.00 pagi Ibu bapa dan guru SKP akan membuat pendaftaran kehadiran di kaunter pendaftaran di Dewan Kapten Azah. Tetamu yang hadir akan mengambil tempat duduk yang disediakan sebelum majlis dimulakan. S A B T U ATUR CARA PROGRAM Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fadzli bin Othman Ucapan Guru Besar SK Pelabuhan, Puan Narina Jan binti Mustafa Kamal Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Pelabuhan, Puan Nor Fatiha binti Hassan Ucapan dan perasmian oleh YH Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Ab Hamid SMP., DIMP., AMP., SMP., KMN. Penyampaian cenderahati perasmi 03 9.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 dimulakan 04 11.00 pagi CABUTAN BERTUAH Ibu bapa dan guru SK Pelabuhan akan menggores kad cabutan bertuah yang diberikan semasa pendaftaran dan menerima hadiah sekiranya berjaya. 3


01 03 04 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22 Menerima dan mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 Menerima Laporan Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 AGENDAPERSIDANGAN UCAPAN PENGERUSI 02 MEMBENTANG DAN MENERIMA PEMBUBARAN AJK PIBG SKP SESI 2023/2024 DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 05 06 UCAPAN PENANGGUHAN MEMBINCANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL PEMILIHAN AJK PIBG SKP BAGI SESI 2024/2025 Seorang Yang Dipertua Seorang Naib Yang Dipertua Seorang Setiausaha Kehormat Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Kehormat Seorang Penolong Bendahari Lima orang AJK daripada guru Tujuh orang AJK daripada Ibu bapa/Penjaga Seorang Pemeriksa Kira-kira 4


1. Ucapan Pengerusi YDP PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK PELABUHAN KALI KE-22 1.1 Puan Nor Fatiha mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan guru-guru pada mesyuarat kali ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. 1.2 Beliau menyatakan penghargaan kepada guru-guru yang merupakan penggerak utama transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi yang gemilang. Beliau menegaskan dalam pendidikan anak-anak, guru-guru memainkan peranan sebagai pelonjak pendidikan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti. Hal ini dapat memantapkan proses pendidikan di samping menjadi platform komunikasi dua hala ibu bapa dan guru bagi mengekang gejala negatif dari terus berlaku. 1.3 Beliau turut berharap ibu bapa turut memainkan peranan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak bermula dari rumah. Beliau berharap ibu bapa akan terus kekal bersama-sama hingga ke akhir majlis ini. SESI 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Kapten Azah, SK Pelabuhan Perasmi: Encik Norkasmadi bin Nordin, Pegawai Sisc+ Sains Sosial, PPD Kuantan Kehadiran : 138 Orang Ahli Mesyuarat 2. Ucapan Tuan Guru Besar 2.1 Encik Wan Aizaidi bin Wan Zakaria mengucapkan syukur kerana dapat berjumpa, berhimpun dan berkumpul dalam mesyuarat kali ini serta dapat meneruskan kelangsungan hidup. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Pelabuhan Kali ke-22. Tahniah juga diucapkan kepada semua ibu bapa atau penjaga murid kerana dapat turut serta dalam perjumpaan ini. Ini menunjukkan ibu bapa yang hadir pada hari ini mempunyai komitmen yang tinggi dan komited untuk mendengar perkembangan dunia pendidikan amnya di Malaysia dan khususnya di SK Pelabuhan ini. 5


3.0 Pengesahan Minit Meysuarat Agung Kali Ke-21 3.1 Setiausaha Kehormat, Puan Siti Ayu Bistari binti Ismail membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21. 3.2 Puan Rusilawati binti Jusoh mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Pelabuhan Kali ke-21 diterima dan disahkan. Cadangan ini diterima sebulat suara oleh semua hadirin. 4. Perkara-Perkara Berbangkit 5.1 Setiausaha Kehormat, Puan Siti Ayu Bistari binti Ismail membentangkan Laporan Aktiviti PIBG SK Pelabuhan bagi tahun 2022/2023 seperti yang dilampirkan kepada ibu bapa. 5.2 Puan Masnira binti Abdullah mencadangkan agar Laporan Aktiviti PIBG SK Pelabuhan bagi sesi 2022/2023 untuk diterima dan disahkan. Cadangan diterima sebulat suara oleh para hadirin. 2.2 Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan Mesyuarat Agung dalam jangka masa yang singkat. 2.3 Tuan Guru Besar mengumumkan bahawa SK Pelabuhan telah terpilih sebagai salah satu sekolah TS25 untuk kohort ke-7. Beliau turut menerangkan 4 elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti iaitu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kepimpinan berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komuniti yang padu. Guru Besar menggesa semua pihak agar bersatu padu dan bekerjasama bagi merealisasikan program ini. 6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 6.1 Bendahari Kehormat, Puan Nor Hazwani binti Md Yusop membentangkan laporan kewangan sumbangan PIBG dan laporan kewangan kutipan lembaran kerja yang dikemaskini pada 31 Mei 2023 untuk diterima dan disahkan. 6 -Tiada5. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2022/2023


BIL USUL / CADANGAN PENJELASAN OLEH JAWAPAN & TINDAKAN SUSULAN Puan Farrah Ana binti Zainuddin mencadangkan untuk memperbaiki infrastruktur dan keceriaan sekolah. Pihak sekolah dan PIBG perlu menganjurkan aktiviti yang boleh menambahkan dana untuk tujuan tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah gotong-rotong, kutipan amal dan mendapatkan tajaan dari pihak tertentu. Guru Besar Sekolah mengalami kerosakan infrastruktur yang kritikal terutamanya pada bahagian siling disebabkan oleh gangguan monyet-monyet liar. Pihak sekolah telah membuat aduan kepada PPD dan pihak PPD telah hadir ke sekolah bagi menilai situasi tersebut. Namun begitu, setakat hari ini, masih tiada maklum balas yang diterima. Aduan turut dibuat kepada JKR. Pihak JKR telah datang ke sekolah untuk menilai kerosakan. Hasil aduan daripada JKR kepada JPN, pihak sekolah telah dihubungi oleh JPN untuk menghantar laporan bergambar mengenai kerosakan tersebut. Pihak sekolah telah menghantar laporan bergambar dan masih menunggu perkembangan seterusnya. Pihak sekolah berbesar hati untuk menerima sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun tenaga untuk menceriakan sekolah. 2. Puan Amy Syakila meminta agar kelas KAFA dijalankan sejurus selepas tamat waktu sekolah. Murid tidak perlu pulang ke rumah terlebih dahulu. Guru Besar Murid KAFA bukan sahaja terdiri daripada murid SK Pelabuhan, tetapi juga terdiri dari murid-murid daripada sekolah lain. Oleh itu, agak mustahil untuk menjalankan kelas KAFA sejurus selepas waktu persekolahan kerana ianya pasti mengambil masa untuk murid-murid dari sekolah lain untuk hadir ke SK Pelabuhan. 7 6.2 Encik Mahmud bin Muhammad mencadangkan agar laporan kewangan sumbangan PIBG dan kutipan lembaran kerja diterima dan disahkan. Cadangan ini turut dipersetujui sebulat suara oleh para hadirin. 7. Pembentangan Usul dan Cadangan


3. Encik Che Wan Muhammad Aiman Bin Che Wan Abu Bakar memohon untuk buku-buku ditinggalkan di sekolah bagi mengurangkan beban beg murid. Guru Besar Perkara ini telah lama dipraktikkan di SK Pelabuhan. Hanya buku teks sahaja yang dibawa pulang oleh murid. 4. Puan Lily Suryani Yusof mencadangkan untuk mewujudkan kelas tambahan Tahun 6 Guru Besar Guru-guru SK Pelabuhan telah menjalankan PdPC secara bersungguh-sungguh sewaktu sesi persekolahan. Tiada keperluan untuk menjalankan kelas tambahan. Jika hanya ada segelintir murid yang ingin menyertai kelas tambahan, ianya adalah tidak berbaloi dengan masa dan tenaga guru. Jika ada keperluan untuk mengadakan kelas tambahan, sudah pasti guru-guru ini sendiri yang akan mengambil inisiatif untuk mengadakannya. 5. Puan Wan Zunaini binti Wan Ngah mencadangkan kutipan sebanyak RM150 untuk Program Kecemerlangan Tahun 6. Puan Roshayati Puan Roshayati menyenaraikan program yang akan dijalankan untuk murid-murid Tahun 6. Para hadirin sebulat suara menerima cadangan ini. 6. Puan Masnira mencadangan untuk mengutip RM2 setiap minggu untuk subjek PSV. Guru subjek PSV menyediakan alatan yang diperlukan untuk semua murid. Ini kerana, terdapat pembaziran jika alatan dibeli secara individu. Guru Besar Guru-guru tidak boleh mengutip wang daripada murid sewenangwenangnya. Jika terdapat penyalahgunaan wang, masalah akan timbul pada kemudian hari. Bukan semua murid berkemampuan untuk membayar RM2 setiap minggu.Cadangan ditolak. 7. Puan Zaiton binti Che Ibrahim mencadangkan sumbangan PIBG RM30 setiap keluarga dan sebanyak RM20 untuk lembaran kerja bagi setiap murid Puan Nor Fatiha (YDP PIBG) Ibu bapa bersetuju dan menyokong sumbangan PIBG untuk satu keluarga dikekalkan RM30 dan lembaran kerja sebanyak RM20 bagi setiap murid dikekalkan. Cadangan disokong sebulat suara. 8


9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Puan Nor Fatiha binti Hassan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru serta semua yang terlibat. 9.2 Puan Nor Fatiha binti Hassan selaku YDP menasihatkan semua ahli PIBG yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Pelabuhan agar membawa sebarang permasalahan yang timbul kepada PIBG sekolah sebelum menyuarakan kepada pihak lain. 9.3 Beliau juga akan berusaha untuk melaksanakan semua usul dan cadangan ibu bapa. Semua cadangan yang diterima akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Disediakan oleh , ........................... ............ (SITI AYU BISTARI BINTI ISMAIL) Setiausaha Kehormat PIBG SK Pelabuhan , 26100 Kuantan ,Pahang. 9 8.0 Hal-hal Lain 8.1 Puan Nor Fatiha mencadangkan agar Encik Syafiq Nazmi bin Roslan dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PIBG bagi menggantikan Encik Goldy @ Gregory Jossy yang telah berpindah ke Sabah. Cadangan dipersetujui sebulat suara oleh para hadirin.


Aktiviti Pibg BIL TARIKH MASA TEMPAT 1. 25/07/2023 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP 2. 14/09/2023 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP 3. 02/11/2023 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP 4. 18/01/2024 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP 5. 25/04/2024 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP 6. 07/05/2024 3.00 PETANG BILIK GERAKAN SKP SESI 2023/2024 10 1.0 MESYUARAT 1.1 Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke-22 pada 10 Jun 2023. 1.2 Mengadakan mesyuarat AJK pada tarikh-tarikh seperti berikut:


2.0 AKTIVITI Membina gajah menyusur dari pagar 2 menuju ke kantin. AJK PIBG serta ibu bapa SKP menyertai program Minggu Pertama Persekolahan 2023/2024. Antara aktiviti yang disertai adalah bacaan Yasin perdana dan aktiviti menceriakan kelas. Ziarah cakna dan sumbangan PIBG kepada murid SKP yang ditimpa musibah. Menyokong Program Jom ke Sekolah dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada unit Hal Ehwal Murid bagi menggalakkan kehadiran anak-anak SKP ke sekolah. AJK ibu bapa turut hadir pada hari pertama persekolahan bagi menyambut kedatangan anak-anak SKP. Menyediakan insentif buat anak-anak SKP yang berjaya ke peringkat negeri atau lebih tinggi dalam beberapa aktiviti kokurikulum. Bersama-sama mengendalikan Hari Sukan SKP pada tahun 2023. Menyokong Perkhemahan Unit Beruniform SKP pada tahun 2023. Sumbangan bagi Kempen Let’s Talk Minda Sihat dan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape. Melancarkan Tabung Pembinaan Pintu Pagar 2 SK Pelabuhan. Penyumbang utama perjalanan Hari Graduasi Prasekolah dan Majlis Apresiasi Tahun 1 hingga Tahun 6. PIBG mencari sumbangan bagi Program Bakul Ramadhan. Pemberian duit raya kepada anak-anak SKP. Sumbangan kewangan, makanan dan tenaga bagi menjayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Pelabuhan bagi tahun 2024. Sumbangan dan sokongan dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Pelabuhan bagi tahun 2024. 11


3.O AKTIVITI Pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sudi memberi kerjasama dan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan buah fikiran dalam membantu PIBG memajukan sekolah ini. Besarlah harapan kami agar hubungan ini dapat dikekal dan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa demi kemajuan dan kebajikan anak- anak kita. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh, (SITI AYU BISTARI BINTI ISMAIL) Setiausaha Kehormat PIBG SK Pelabuhan 12


LAPORAN KEWANGAN SUMBANGAN PIBG 13 Disediakan oleh: (NOR HAZWANI BT MD YUSOP) Bendahari Kehormat PIBG SK PELABUHAN Disemak oleh: (INTAN IDORA BT MOHAMAD) Pemeriksa Kira-Kira PIBG SK PELABUHAN Disahkan oleh: (NOR FATIHA BINTI HASSAN) yang Dipertua PIBG SK PELABUHAN


LAPORAN KEWANGAN LEMBARAN KERJA 14 Disediakan oleh: (NOR HAZWANI BT MD YUSOP) Bendahari Kehormat PIBG SK PELABUHAN Disemak oleh: (INTAN IDORA BT MOHAMAD) Pemeriksa Kira-Kira PIBG SK PELABUHAN Disahkan oleh: (NOR FATIHA BINTI HASSAN) yang Dipertua PIBG SK PELABUHAN


Usul - USUl PEMBENTANGAN 15


Usul - USUl PEMBENTANGAN 16


Pengerusi: Narina Jan binti Mustafa Kamal (Guru Besar SK Pelabuhan) Naib Pengerusi: Mohd Amir bin Harun (GPK Pentadbiran) Roslina binti Salleh (GPK HEM) Khairuddin bin Kamaludin (GPK Kokurikulum) Yang Dipertua PIBG: Nor Fatiha binti Hassan Naib Yang Dipertua PIBG: Syafiq Nazmi bin Roslan Setiausaha Kehormat: Siti Ayu Bistari binti Ismail Bendahari Kehormat: Nor Hazwani binti Md. Yusop AJK Guru: Che Rohana bt Abdullah Noor Haslinda binti Abdullah Mansor bin Omar Zarini binti Che Mahmud Masitah binti Zainon AJK Ibu Bapa: Zaiton binti Che Ibrahim Dizana binti Elias Syarifah Zuriana binti Syed Mohamed Samsunita binti Che Samsudin Abdullah bin Saamah Mohd Ridhwan bin Jaafar Mazlan bin Omar Jawatankuasa Kerja Mohd Amir bin Harun Pengerusi Sementara Siti Ayu Bistari binti Ismail Che Rohana binti Abdullah @ Awang Floor Manager 17


AJK Juruacara Che Rohana binti Abdullah Muhd Satalmizi bin Ismail MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 AJK Sambutan Dif Kehormat Narina Jan binti Mustafa Kamal Mohd Amir bin Harun Roslina binti Salleh Khairuddin bin Kamaludin Nor Fatiha binti Hassan AJK Jemputan Pazrina Azuriah binti Abdullah (K) Noraida binti Uma Muhammad Syahizan bin Che Halen AJK Pencatat Minit Mesyuarat Norhamina binti Arbain ( K ) Salina binti Jusoh Kalaivani a/p Gopi Nathan AJK Pelaporan dan Dokumentasi Marina binti Mamat ( K ) Hafyzy bin Ahmad Dzayarabey Nor Azinah binti Abdul Aziz Syafiq Nazmi bin Roslan AJK PA Sistem dan Peralatan Muhammad Syahizan bin Che Halen (K) Mohd Zamri bin Mohd Hashim AJK Persiapan Backdrop dan Hiasan Pentas Mansor bin Omar(K) Nor Aishah bt Mohd Noh Aizam Sulaina binti Sulaiman Farahiah binti Shamsudin Rosman bin Mat Siti Suhaini binti Said Mohd Ridhwan bin Jaafar AJK Cabutan Bertuah dan Hadiah Shamsiah binti Ngah (K) Nor Zafuan Akhizee binti Zakaria Zuraihan binti Mat Deris Masitah binti Zainon Hasliniaida binti Yazid. Nordarwina Farahanabinti MohamedYaacob Noradila binti Azmi Zaiton binti Che Ibrahim Ailah binti Kassim AJK Bacaan Doa Mohd Fadzli bin Othman AJK Buku Program (Hardcopy & Digital) Zarini binti Che Mahmud (K) Nurhajariah binti Abdul Aziz Siti Ayu Bistari binti Ismail Syarifah Zuriana binti Syed Mohamed AJK Tayangan Slide Intan Idora binti Mohmad Roshayati binti Abdullah 18


AJK Pendaftaran Norhaizura binti Zuber (K) Wan Izyan Izzati binti W Ja’afar Shaikhan @ Syarihan bintu Salleh Nurul Shahani Akma binti Rahim Syarifah Zuriana binti Syed Mohamed AJK Publisiti Nor Hazwani binti Md. Yusop (K) Abdullah bin Saamah Dizana binti Elias AJK QR Code dan Pautan Usul Siti Ayu Bistari binti Ismail Nor Hazwani binti Md Yusop AJK Persiapan Tempat Tuan Mohd Azli bin Tuan Yassin ( K ) Mohd Fadzli bin Othman Arshad bin Selamat Noorhaslinda binti Abdullah Suhailah binti Jaafar Maizura binti Mohmad Abdullah bin Saamah AJK Jamuan (ibu bapa dan guru) Siti Mariam binti Awang Teh ( K ) Nafisah binti Ibrahim Fatmawati binti Wahab Nor Hidayah binti Jusoh Zarina binti Abd Rahman Kamariah binti Mohamad Norlas binti Intah Norhayati binti Samsudin Samsunita binti Che Samsudin AJK Jamuan VIP Haliza bintu Abdul Hamid (K) Asniza binti Hashim Siti Roslina binti M.Nor Siti Norwati binti Awang Hamat 19 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23


P E N G H A R G A A N Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang terdiri daripada organisasi atau orang perseorangan, Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pelabuhan 2023/2024, Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23, warga SK Pelabuhan, ibu bapa / penjaga dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsun dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi sesi 2023/2024. 20


Click to View FlipBook Version