The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamiha78, 2020-01-19 12:14:50

Deskripsi Tugas AJK

Deskripsi Tugas AJK

DISKRIPSI TUGAS AHLI JAWATANKUASA
KERJA PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK ALMA

2020

DISKRIPSI TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA PSS

JAWATANKUASA KERJA
STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi : Guru GPM
Setiausaha : Guru AJK yang dilantik oleh GPM
AJK : Ketua Unit Perpustakaan/Bacaan

Ketua Unit Pengawas
Ketua Unit Nilam
Ketua Unit Peralatan/Bilik Tayang
Ketua Unit ICT/Multimedia
Ketua Unit Bahan BBM
Ketua Unit Keceriaan & Promosi
Ketua Unit Automasi
Ketua Unit Aktiviti

PENGERUSI

Penyelaras Pusat Sumber adalah pengerusi dalam Jawatankuasa
Kerja Pusat Sumber Sekolah. Dilantik berdasarkan jawatan Penyelaras
Pusat Sumber Sekolah dan secara automatik dari Ketua Unit Bacaan /
Perpustakaan.

DISKRIPSI PENGERUSI

1. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS.

2. Menyelaras semua aktiviti yang dirancang oleh AJK Induk dan Unit
Aktiviti PSS.

3. Menyediakan perancangan Jangka Panjang dan Jangka Pendek
aktiviti PSS.

4. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru dan pelajar.

5. Mengawasi, menyelia perjalanan perkembangan penggunaan PSS.

6. Menyediakan Fail Kuasa bersama-sama ahli Jawatankuasa Kerja.

7. Fail Kuasa dikemaskinikan 3 tahun sekali berpandukan prosedur
penyediaan Fail Kuasa. Perubahan kandungan Fail Kuasa boleh
dilakukan sebelum tahun kemaskini jika ada keperluan.

8. Mengurus fail-fail PSS dengan teratur dan sempurna mengikut Sistem
Pengurusan Fail.

9. Melantik Pengawas PSS setelah dipersetujui dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kerja dan memaklumkan kepada waris.

10. Menyimpan rekod stok dengan teratur, menentukannya berada dalam
keadaan baik untuk semakan hujung tahun.

11. Menyediakan stok sumber dan lokasi untuk mengetahui keadaan
sebenar bahan dan peralatan yang ada di PSS.

12. Merancang dan menyelaras Program Galakan Membaca peringkat
sekolah.

13. Memastikan koleksi bahan mencukupi.

14. Mengumpul laporan aktiviti, kewangan dan penggunaan unit-unit.

SETIAUSAHA

Penolong Penyelaras PSS adalah Setiausaha Jawatankuasa Kerja PSS.
Dilantik berdasarkan jawatan yang dipegang.

DISKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA

1. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Kerja PSS.

2. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

3. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja sekiranya
Penyelaras tiada.

4. Boleh melantik sesiapa sahaja dari Jawatankuasa Kerja mencatat minit
sekiranya mempengerusikan mesyuarat.

5. Membantu penyelaras dalam tugas-tugas penyelaras.

6. Membantu menyelaraskan semua aktiviti yang dirancang oleh AJK
Induk dan Unit Aktiviti.

7. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru dan pelajar.

8. Membantu mengawasi, menyelia perjalanan perkembangan
penggunaan dan kemajuan PSS.

9. Membantu mendapatkan kerjasama guru-guru untuk memilih dan
membeli bahan bacaan dan BBM yang sesuai kepada guru dan pelajar
bagi meningkatkan pencapaian akademik.

10. Membantu Penyelaras PSS merancang pelaksanaan projek
peningkatan penggunaan PSS.

11. Membantu mengumpul dan menyediakan laporan aktiviti, kewangan
dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.

12. Membantu menyediakan Fail Kuasa dan selalu dikemaskinikan dengan
persetujuan Penyelaras PSS.

13. Membantu melantik Pengawas PSS dan memaklumkan kepada waris.

14. Membantu menyimpan stok dengan teratur, menentukannya berada
dalam keadaan baik untuk semakan hujung tahun.

15. Membantu mengurus stok sumber dan lokasi untuk mengetahui
keadaan sebenar bahan dan peralatan yang ada di PSS.

16. Membantu merancang dan menyelaras Program Galakan Membaca
Sekolah.

17. Membantu menyediakan perancangan untuk guru-guru membuat
penilaian, pemilihan dan penyeliaan dan penggunaan sumber
pendidikan dan peralatan.

18. Membantu memastikan koleksi bahan mencukupi.

UNIT BACAAN

DISKRIPSI TUGAS

A. PENGURUSAN

1. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.

2. Memastikan koleksi bahan bacaan.

3. Merekodkan bahan bacaan ke dalam buku Stok Daftar Perolehan /
Pengautomasian berdasarkan slip kerja.

4. Merancang dan menyediakan aktiviti kempen membaca.

5. Merancang dan menjalankan perkembangan staf bagi mendedahkan
fungsi Perpustakaan.

6. Bertanggungjawab dalam menyelaraskan penggunaan Perpustakaan
berpandukan Menu Difusi / KEMUDI.

7. Menganalisa penggunaan Perpustakaan untuk mengetahui tahap
penggunaan dalam bentuk data dan graf.

8. Menganalisakan penggunaan bahan bacaan dalam bentuk data dan graf.

9. Mencadangkan anggaran belanjawan tahunan bagi menyelenggarakan
Unit Perpustakaan.

10. Mencatat barang-barang yang bernilai di bawah RM 50 ke dalam Stok
Bekalan Pejabat

( Luak dan Tidak Luak ).

11. Mencatat penerimaan majalah dan suratkhabar ke dalam Daftar Majalah
dan Suratkhabar.

B. PENYELENGGARAAN

1. Memastikan bahan bacaan dalam keadaan baik dan sedia digunakan.

2. Melaporkan kerosakan, kehilangan bahan bacaan pada Ketua Unit.

3. Membaikpulih bahan bacaan yang sedia ada dan direkodkan ke dalam
Buku Rekod Selenggaraan.

4. Memproses bahan bacaan mengikut sistem sedia ada.

5. Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pulangan bahan bacaan untuk
guru-guru dan murid-murid.

6. Menyediakan panduan penggunaan bilik Perpustakaan.

7. Menyediakan peraturan penggunaan bilik Perpustakaan.

8. Menyediakan jadual menggunakan bilik Perpustakaan.

9. Menyediakan perkhidmatan tempahan bilik untuk pengajaran dan
pembelajaran.

10. Menyediakan rekod penggunaan bilik Perpustakaan.

11. Mengautomasikan bahan-bahan bacaan.

12. Mengedarkan senarai bahan bacaan baru kepada pengguna-pengguna
perpustakaan.

13. Melabelkan sudut-sudut dalam Perpustakaan dengan kerjasama Unit
Keceriaan.

14. Menjaga kebersihan bilik bersama-sama pengawas Perpustakaan serta
Unit Keceriaan.

15. Menyediakan jadual tugas pengawas Perpustakaan

DISKRIPSI TUGAS
UNIT BBM

A. PENGURUSAN

1. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.

2. Menyelaraskan dan memastikan BBM dimasukkan ke dalam Stok Daftar
Media/Pengautomasian Bahan.

3. Memproses BBM mengikut sistem pengelasan Dewey dengan bantuan
ketua-ketua panitia.

4. Merancang dan menyediakan aktiviti untuk mempertingkatkan
penggunaan BBM.

5. Merancang perkembangan staf bagi meningkatkan kesedaran pengguna.

6. Bertanggungjawab dalam menyelaraskan penggunaan BBM; pinjaman
dan pulangan bahan.

7. Menganalisa penggunaan bahan BBM untuk mengetahui tahap
penggunaan dalam bentuk data dan graf.

8. Mengambil tindak ikut mempertingkatkan penggunaan bahan BBM
sekiranya perlu.

9. Merancang memperbanyakkan koleksi BBM terutama sekali hasil guru-
guru.

10. Mengadakan pameran BBM di akhir tahun.

11. Mencadangkan anggaran belanjawan tahunan bagi menyelenggarakan
BBM.

12. Mengautomasikan BBM

13. Mengedarkan senarai BBM baru kepada pengguna-pengguna PSS.

14. Melabelkan sudut-sudut dalam bilik BBM dengan bantuan Unit Keceriaan.

B. PENYELENGGARAAN

1. Memastikan BBM sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
2. Mengadakan proses pilih buang bahan sebulan kali dan rekodkan ke

dalam buku rekod Pilih Buang dengan bantuan ketua-ketua panitia.
3. Memastikan letak atur BBM sesuai dan mudah diambil.
4. Membaikpulih BBM yang sedia ada dan direkodkan ke dalam Buku

Selenggaraan.
5. Penggunaan Kod Warna untuk setiap Mata Pelajaran lebih efisyen.
6. Menyediakan panduan penggunaan BBM.
7. Menyediakan peraturan penggunaan BBM.
8. Mengautomasikan semua BBM.
9. Memproses BBM mengikut sistem yang telah ditentukan.
10. Menyediakan panduan penggunaan bilik BBM.
11. Menyediakan peraturan penggunaan bilik BBM.
12. Mengedarkan senarai BBM baru kepada pengguna-pengguna.
13. Melabelkan sudut-sudut dalam bilik BBM dengan kerjasama Unit

Keceriaan.
14. Menjaga kebersihan bilik bersama-sama pengawas PSS serta Unit

Keceriaan.
15. Menyediakan jadual tugas pengawas PSS.
16. Mengurus stok dan inventori.

DISKRIPSI TUGAS
UNIT PUSAT AKSES/ MULTIMEDIA

1. Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat
Akses Sekolah.

2. Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
3. Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan.
4. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah

perlu disediakan.
5. Memastikan switch hub dan router 1BestariNet sentiasa dalam

keadaan baik agar capaian Internet tidak terganggu.
6. Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
7. Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah.
8. Menyediakan laporan penggunaan secara berkala.
9. Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada

Setiausaha untuk tindakan selanjutnya

A. PENGURUSAN

1. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.

2. Memastikan koleksi CD ROM dan Disket P&P mencukupi dan memenuhi
kehendak.

3. Bekerjasama dengan Unit Audio Visual dalam pengurusan koleksi CD
ROM dan Disket P&P.

4. Mengurus dan membantu pengautomasian Pusat Sumber Bestari dengan
kerjasama dengan semua unit dalam PSS.

5. Memastikan kebersihan Pusat Akses.

6. Menceriakan Pusat Akses.

7. Menyediakan jadual penggunaan Pusat Akses untuk pelajar dan guru.

8. Menyediakan rekod tempahan untuk Pusat Akses dengan kerjasama Unit
Perpustakaan.

9. Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses l.

10. Menyediakan peraturan penggunaan komputer multimedia.

11. Menyediakan panduan penggunaan komputer multimedia.

12. Menyediakan peraturan dan panduan penggunaan CD ROM..

13. Mengadakan aktiviti galakan mengguna Pusat Akses dalam pengajaran
dan pembelajaran.

14. Menyediakan rekod penggunaan untuk Pusat Akses.

15. Menyediakan graf penggunaan untuk mengetahui tahap penggunaan
sepanjang tahun.

16. Merancang anggaran belanjawan tahunan untuk penyelenggaraan.

B. PENYELENGGARAAN

1. Memastikan perkakasan dan perisian berfungsi dengan baik ( semak
secara mingguan atau bulanan ).

2. Menyemak virus secara mingguan atau mengikut keperluan dan
direkodkan.

3. Melaporkan kerosakan kepada pihak berkenaan dan direkodkan dalam
Rekod Selenggaraan.

4. Mengurus stok dan inventori.

5. Memastikan komputer-komputer PSS dalam keadaan bersih dan sedia
digunakan.

6. Melabelkan komponen-komponen Komputer dengan tanda hakmilik PSS
dan nombor perolehan.

C. PENGURUSAN BAHAN P&P

1. Merancang bahan P&P bersama panitia mata pelajaran dengan
menggunakan kemudahan Internet dan CD ROM.

2. Mengedarkan senarai tajuk dan sinopsis bahan kepada pengguna-
pengguna.

3. Memberi latihan penggunaan komputer dan perisian kepada pelajar dan
guru.

4. Merancang dan mengendalikan perkembangan staf.

DISKRIPSI TUGAS

UNIT PROMOSI DAN KECERIAAN

A. PENGURUSAN

1. Menyelaras dan memastikan setiap unit PSS berada di dalam keadaan
ceria dan menarik.

2. Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.

3. Merancang dan menyediakan aktiviti Unit Promosi & Keceriaan sepanjang
tahun untuk disalurkan ke Unit Aktiviti PSS.

4. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan Unit Promosi & Keceriaan.

5. Menyediakan jadual tugas dan tanggungjawab tugasan keceriaan.

6. Menyediakan bahan promosi Pusat Sumber kepada warga sekolah seperti
flyers, brosur, poster dan sebagainya.

7. Menyediakan kertas kerja merancang keceriaan PSS dan pelan susun
atur perabot.

8. Menyediakan laporan aktiviti yang telah dan belum dijalankan dengan
kerjasama dengan unit Aktiviti.

9. Berusaha untuk mendapatkan bahan ceria daripada agensi luar ( seperti
poster, bahan dekor, lukisan, gambar dan lain-lain. )

10. Merakamkan gambar-gambar; sebelum dan selepas sesuatu diceriakan
untuk menilai tahap keceriaan.

11. Memastikan suasana PSS dari segi cahaya dan bahan adalah sesuai
digunakan

B. PENYELENGGARAAN

I. ASPEK FIZIKAL

1. Menyusun dan mengubahsuai perabot PSS.
2. Membaikpulih alatan dan perabot.
3. Menyusun bahan-bahan PSS di rak dengan kemas.
4. Melukis mural yang berkaitan.
5. Mengecat perabot atau dinding yang didapati telah lusuh.

II. ASPEK KEBERSIHAN

1. Menyapu lantai dan membuang sampah.
2. Mengelap rak, bahan, tingkap, perabot, kipas, lampu dan lain-lain.
3. Mencuci langsir dan alas meja.

III. ASPEK HIASAN

1. Memasang langsir, alas meja dan sebagainya.
2. Meletakkan pokok bunga dan hiasan di tempat yang ditetapkan.
3. Melekatkan bahan hiasan di tempat tertentu.
4. Melipat kertas dan membuat bahan hiasan.
5. Membingkaikan poster-poster.

IV. ASPEK PROMOSI DAN SIARAN

1. Membuat label sudut-sudut PSS.
2. Menyediakan, melekatkan dan menukar ganti kata-kata hikmat.
3. Menyediakan, melekat dan menukar ganti poster-poster yang

sesuai untuk PSS sempena peristiwa tertentu.
4. Menyediakan, menggantung dan menukar ganti cogankata di PSS.
5. Menyusun perabot dan menghiasi papan pameran di PSS atau

papan pameran agensi luar yang membawa bahan pameran atau
bahan pameran yang dipinjamkan kepada PSS. ( Contoh; pameran
setem, duit syiling, kraftangan dan sebagainya.)

DISKRIPSI TUGAS

UNIT AKTIVITI

A. PENGURUSAN

1. Unit ini diletakkan di bawah kawalan Unit Perpustakaan

2. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat bersama AJK Induk PSS dalam
menguruskan pelaksanaan perancangan aktiviti sepanjang tahun.

3. Mengedarkan format kertas kerja aktiviti untuk setiap aktiviti yang
dirancang oleh penganjur-penganjur.

4. Mengumpul aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

5. Mempamerkan jadual aktiviti PSS yang dirancang.

6. Mengedarkan format Laporan aktiviti untuk setiap aktiviti yang telah
dijalankan.

7. Mengumpul semula laporan aktiviti yang telah dijalankan dan direkodkan
penerimaan.

8. Menyelaraskan aktiviti yang dirancang oleh penganjur-penganjur.

9. Setiap aktiviti yang dirancang boleh diubah di atas sebab-sebab yang
munasabah tetapi perlu melalui Guru Besar, Penolong Kanan 1 dan
Penyelaras PSS.

10. Mengkategorikan aktiviti mengikut pecahan penganjur aktiviti;

Contoh : a. Anjuran PSS
b. Anjuran Panitia.
c. Anjuran Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Permainan
d. Unit PKKK, Unit PK Hem dan Unit Penyelia Petang

B. PENYELENGGARAAN

1. Memberi perkhidmatan seperti :
 Memberi galakan dan kemudahan tempat.
 Menggalakkan penggunaan PSS.
 Memberi khidmat nasihat
 Memberi perkhidmatan penyediaan bahan-bahan

2. Mengumpul anggaran belajawan bagi aktiviti PSS sepanjang tahun
penilaian.

3. Mempromosikan aktiviti kepada pelajar dan guru dengan kerjasama Unit
Keceriaan.

4. Menampal poster di tempat-tempat strategik untuk menarik minat.

5. Menyediakan hadiah jika mampu.

6. Pemenang dihebahkan dalam perhimpunan.

7. Mempamerkan hasil kerja murid yang berjaya bagi tujuan memotivasikan
murid-murid lain.

8. Dengan bantuan panitia dan Unit Aktiviti pameran bertopik dijalankan.

9. Setiap pameran bertopik perlu ada aktiviti mencabar. Contoh ; soalan-
soalan menguji IQ diletakkan bersama-sama bahan pameran.

10. Mengadakan ceramah-ceramah yang berbentuk Ilmuwan dan lawatan.

11. Mengumpul perancangan perkembangan staf dari unit-unit PSS dan
pentadbiran sekolah.

DESKRIPSI TUGAS

UNIT NILAM

1. Merancang dan melaksanakan program galakan membaca
peringkat sekolah dengan kerjasama guru - guru lain dan
memastikan program berjalan lancar.

2. Memeriksa buku NILAM dan membuat pemilihan pelajar untuk
wakil sekolah ke pertandingan NILAM peringkat daerah dan
seterusnya

3. Menghadiri kursus dan mesyuarat NILAM dari semasa ke semasa.
4. Menyediakan laporan NILAM dua kali setahun untuk diserahkan

kepada PKG melalui Penyelaras Pusat Sumber dengan kelulusan
Guru Besar.
5. Menyertai aktiviti NILAM di peringkat daerah, negeri atau
kementerian.
6. Merekod data di dalam sistem IQ Nilam.
7. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.
8. Membantu Penyelaras dalam tugas-tugas lain sekiranya diperlukan.

DESKRIPSI TUGAS

UNIT BILIK TAYANG/PERALATAN

Melantik pengawas bertugas dan membantu guru dalam
mengemaskinisusunatur kerusi, bilik dan bahan.

Membentuk AJK dikalangan pelajar

Menjalankan 2 kali mesyuarat jawatan kuasa kerja bilik tayangan
danmenyediakan minit mesyuarat.

Memastikan OHP/ Visualizer / Komputer dan LCD dan semua
peralatanelektrik sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh digunakan.

Memastikan sistem pinjaman alat dan bahan-bahan media dibuat
secarasistematik dan berkesan.

Memastikan pergerakan alat atau bahan direkodkan melalui PenyelarasPSS

Meningkatkan keceriaan & kebersihan Bilik Tayangan.

Menyimpan, menyusun atur secara sistematik dan melabelkan semua jenis
bahan media milik PSS.

Mempamer dan mengedarkan bahan sokongan perkhidmatan TV
/RadioPendidikan

Membantu menjalankan semua program / aktiviti / projek PSS.

Mendokumentasikan semua maklumat.

DESKRIPSI TUGAS

UNIT PENGAWAS

1. Memilih dan menguruskan perlantikan pengawas pusat sumber.
2. Melantik AJK dalam kalangan pengawas untuk menguruskan pusat

sumber.
3. Menjalankan 2 kali mesyuarat jawatan kuasa kerja pengawas dan

menyediakan minit mesyuarat.
4. Menyediakan dan memaparkan bahan bermaklumat. Contohnya carta

organisasi, mutiara kata dan lain-lain.
5. Mengenalpasti pelajar yang lewat memulangkan buku dan jumlah

denda.
6. Membuat jadual dan memastikan pengawas pusat sumber

menjalankan semua tugas yang ditetapkan.
7. Merancang kursus dalaman bagi pengawas pusat sumber.
8. Merancang aktiviti bersama Penyelaras Pusat Sumber untuk

peningkatan pengawas pusat sumber.


Click to View FlipBook Version