1 Pengenalan
1.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
1. Pelaku-pelaku ekonomi terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara.
Pelaku ekonomi Ciri-ciri
Isi rumah
- unit ekonomi yang terdiri daripada individu atau sekumpulan individu dalam satu keluarga
Firma yang bersama-sama membuat keputusan ekonomi.
- sebagai pemilik faktor menawarkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan – maksimum pendapatan
- sebagai pengguna – membelanjakan pendapatan yang diperoleh ke atas barang dan
perkhidmatan – maksimum kepuasan
- unit ekonomi yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan dan menjualnya kepada pelaku-
pelaku ekonomi yang lain
- sebagai pengeluar dengan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran isi rumah untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan – maksimum keuntungan
Kerajaan - unit ekonomi yang menjalankan dan mengawal aktiviti ekonomi sesebuah negara melalui
penggubalan undang-undang dan peraturan
- berperanan sebagai pengeluar dengan menyediakan pelbagai barang awam kepada firma dan
isi rumah
- berperanan sebagai pengguna dengan menggunakan faktor pengeluaran isi rumah dan
barangan yang dihasilkan oleh firma
- meningkatkan taraf hidup dan kabajikan rakyat
Sektor luar negara - pelaku-pelaku ekonomi (isi rumah, firma dan kerajaan) negara asing yang berinteraksi
dengan pelaku-pelaku ekonomi domestik melalui kegiatan perdagangan antarabangsa
2. Aliran fizikal – aliran yang menunjukkan pergerakan barang dan perkhidmatan serta faktor pengeluaran antara
pelaku-pelaku ekonomi.
3. Aliran wang – aliran pendapatan faktor dan perbelanjaan antara pelaku-pelaku ekonomi.
4. Ekonomi dua sektor – ekonomi tertutup yang terdiri daripada isi rumah dan firma sahaja tanpa campur tangan
kerajaan.
5. Ekonomi tiga sektor – ekonomi tertutup yang terdiri daripada isi rumah, firma dan sektor kerajaan tanpa sektor luar
negara.
6. Ekonomi empat sektor – ekonomi terbuka yang terdiri daripada isi rumah, firma, sektor kerajaan dan sektor luar
negeri.
1
1 Pengenalan
2013 : B21
1. Dengan berbantukan carta aliran wang, huraikan aliran pusingan pendapatan negara dalam ekonomi tiga
sektor. [10]
2019: B21
2. Dengan menggunakan carta aliran pusingan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor, terangkan aliran
wang dalam aliran pusingan pendapatan negara. [10]
Pasaran Faktor
Firma Institusi Kewangan Isi Rumah
Kerajaan
Pasaran Barangan
Sektor isi rumah menerima pendapatan daripada sektor firma melalui pasaran faktor. Pendapatan itu
dibelanjakan sebahagiannya untuk membeli barang dan perkhidmatan melalui pasaran barangan dan sebahagian lagi
digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan, manakala bakinya ditabung dalam institusi kewangan.
Sektor firma pula menerima pembayaran perbelanjaan penggunaan isi rumah, yang akan digunakan untuk
membayar perkhidmatan faktor melalui pasaran faktor dan juga untuk membayar cukai. Firma juga membuat
pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan.
Sektor kerajaan yang menerima cukai daripada sektor isi rumah dan firma akan menyediakan barang dan
perkhidmatan awam untuk isi rumah dan firma.
Institusi kewangan dalam aliran ini berperanan sebagai penerima tabungan daripada isi rumah dan memberi
pinjaman untuk pelaburan kepada firma.
2
1 Pengenalan
1.2 ISU MAKROEKONOMI
Dasar Makroekonomi Dilaksanakan Mencapai Matlamat dasar makroekonomi
Dasar fiskal utk Isu Makroekonomi matlamat Guna tenaga penuh
Dasar kewangan Kestabilan tingkat harga umum
Kawalan langsung mengatasi Pengangguran Membaiki imbangan pembayaran
Dasar sebelah penawaran Inflasi Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Dasar sebelah penawaran
Matlamat Makroekonomi Defisit imbangan pembayaran
Pertumbuhan ekon yg lembap
Mencapai Guna Tenaga Penuh Memperbaiki Imbangan Pembayaran
- Pengangguran berada pada kadar < 4% - Mengukuhkan nilai RM di pasaran pertukaran asing
- Meningkatkan taraf hidup - Meningkatkan rizab mata wang asing
- Mengelakkan pembaziran sumber - Menggalakkan pelaburan asing dan pelaburan
- Meningkatkan pendapatan negara portfolio ke dalam negara
- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi - Menstabilkan harga dalam negeri
Mencapai Kestabilan Tingkat Harga Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Yang Tinggi
- Mengekalkan kestabilan kuasa beli dan taraf hidup - Meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan per
- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan
kapita yang tinggi
meningkatkan AE - Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan
- Menggalakkan tabungan kerana pulangan benar yang
pengangguran
stabil - Mengatasi masalah kemiskinan
- Menggalakkan pelaburan kerana kos pelaburan yang - Meningkatkan pelaburan langsung asing dan
stabil pelaburan domestik.
- Meningkatkan eksport dan mengurangkan import
Isu Makroekonomi Definisi - Sebab isu tersebut perlu ditangani
Inflasi Kenaikan tingkat harga umum secara
berterusan dan tidak terbatas - Kos hidup meningkat kerana jumlah
- perbelanjaan meningkat
- Taraf hidup jatuh
Kuasa beli jatuh kerana nilai wang jatuh
Pertumbuhan ekonomi terjejas.
Pengangguran Jumlah tenaga buruh berusia antara 15 - Berlaku pembaziran sumber – pendapatan
tahun hingga 64 tahun yang aktif mencari - negara berkurang/ tidak mencapai guna tenaga
Pertumbuhan pekerjaan tetapi belum mendapat penuh, kemahiran buruh hilang
ekonomi sebarang pekerjaan Mengurangkan taraf hidup kerana pendapatan
per kapita berkurang
Kemelesetan - Kadar kemiskinan meningkat
ekonomi - Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana
Imbangan keluaran negara berkurang.
pembayaran
Perkembangan kegiatan ekonomi yang Jika berlaku pertumbuhan ekonomi menurun dan
digambarkan oleh kenaikan KDNK benar negatif / kemelesetan ekonomi, maka
tahun semasa berbanding dengan tahun - berlaku kemerosotan ekonomi dan kemelesetan
sebelumnya.
ekonomi
Penurunan KDNK benar bagi dua suku - pelaburan langsung aisng dan domestik
tahun secara terturut-turut.
berkurang
Penyata kewangan yang merekodkan - mengurangan peluang pekerjaan kerana
nilai semua urus niaga dan aliran wang
yang dilakukan antara sesebuah negara pendapatan per kapita menurun
dengan negara lain dalam tempoh satu - taraf hidup dan kebajikan masyarakat merosot
tahun
Jika berlaku imbangan pembayaran defisit, maka
- rizab mata wang asing merosot.
- nilai mata wang negara (RM) merosot
- pelaburan langsung asing dan pelaburan
portfolio berkurang
- kegiatan ekonomi terjejas
3
1 Pengenalan
Langkah mengatasi isu makroekonomi:
a) Dasar Fiskal – langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi
tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi bagi mencapai matlamat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi
b) Dasar Kewangan – langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan wang atau kadar bunga untuk
mempengaruhi perbelanjaan agregat
c) Kawalan langsung – kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan
d) Dasar Sebelah Penawaran – dasar kerajaan melalui pelbagai insentif untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran
dalam ekonomi untuk meningkatkan penawaran agregat bagi mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi.
Isu Makroekonomi Langkah-langkah mengatasi isu makroekonomi
Inflasi
1. Dasar fiskal menguncup ( G, T)
- Kerajaan G, AE Y , AD dan harga
- Kerajaan T, Yd , C dan AE , Y , AD dan harga
- Kerajaan G dan T, AE , Y , AD dan harga
2. Dasar kewangan menguncup ( M)
- Bank pusat akan jumlah penawaran wang, kadar bunga , pelaburan , AE/AD , Y
dan harga .
3. Dasar kawalan langsung
- Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga
pasaran, harga terkawal, inflasi dapat dikawal
4. Dasar sebelah penawaran
- cukai pendapatan syarikat, keuntungan selepas cukai bertambah, pengeluaran ,
penawaran agregat dan harga
Pengangguran 1. Dasar fiskal mengembang ( G , T)
- Kerajaan akan T atau G. Maka, AE dan AD dan Y . Guna tenaga .
2. Dasar kewangan mengembang ( M)
- Bank pusat akan bekalan wang, kadar bunga . AE dan AD dan Y . Guna tenaga
3. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian
- Menambahkan bilangan institusi kemahiran dan menambah bilangan pelajar untuk
keperluan bidang tertentu seperti sains dan teknologi
Pertumbuhan 1. Membangunkan kemudahan infrastruktur
ekonomi - Kerajaan membangun dan mamajukan pelbagai kemudahan infrastruktur
- Contoh, jaringan pengangkuran darat, udara dan laut. Lapangan terbang, pelabuhan
yang memudahkan urusan keluar masuk negara dan perdagangan antarabangsa
- Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan.
2. Meningkatkan taraf pendidikan
- Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi
- Penubuhan pelbagai kolej, universiti dan pusat-pusat kemahiran. Ini untuk melahirkan
tenaga kerja profesional dan buruh mahir yang penting untuk meningkatkan
produktiviti.
3. Menggalakkan pelaburan langsung asing
- Pelaburan langsung asing sangat penting untuk membangunkan sektor-sektor penting
seperti perkilangan, industri minyak dan gas. Ini menyumbang kepada penubuhan
industri dan produk baru dan perkembangan teknologi baru. Contoh galakan seperti
tarif perintis dan elaun pelaburan.
Imbangan 1. Mengurangkan import
pembayaran - Kerajaan mengenakan tarif dan kuota
2. Menggalakkan eksport
- Kerajaan memberi subsidi eksport dan taraf perintis
3. Kawalan pertukaran asing
- Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan import
4
1 Pengenalan
2013: B21
1. Terangkan sebab sesebuah negara ingin mencapai matlamat dasar makroekonomi yang berikut:
(a) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi [3]
(b) Kestabilan tingkat harga umum [3]
(c) Imbangan pembayaran yang memuaskan [4]
(a) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi
Apabila ekonomi berkembang, peluang pekerjaan bertambah dan rakyat berpeluang meningkatkan pendapatan dan
seterusnya boleh mengurangkan kemiskinan.
Pendapatan rakyat yang meningkat secara tidak langsung meningkatkan pendapatan negara. Apabila pendapatan
negara meningkat, pendapatan per kapita juga meningkat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.
(b) Kestabilan tingkat harga umum
Apabila sesebuah negara mencapai kestabilan tingkat harga umum, maka kestabilan kuasa beli serta kos sara hidup
pengguna atau masyarakat pengguna juga tercapai.
Kestabilan harga umum terutamanya harga input boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Ini kerana kos input
yang rendah boleh meningkatkan pelaburan dan seterusnya meningkatkan keuntungan pelabur. Kos input yang rendah
juga membolehkan harga barang eksport rendah dan meningkatkan eksport.
(c) Imbangan pembayaran yang memuaskan
Apabila sesebuah negara mencapai imbangan pembayaran yang memuaskan, maka sesebuah negara mampu
meningkatkan rizab mata wang asing. Apabila rizab mata wang asing banyak, kemampuan membayar hutang adalah
tinggi di samping dapat mengukuhkan nilai mata wang.
2015: B21
2. Huraikan lima alasan sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi. [10]
Meningkatkan taraf hidup
Apabila pendapatan per kapita meningkat, taraf hidup turut meningkat. Dalam hal ini, apabila berlaku
pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara, pendapatan negara tersebut meningkat dan seterusnya pendapatan per kapita
juga meningkat. Oleh itu, taraf hidup penduduk di negara tersebut akan meningkat.
Menggalakkan pelaburan
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara menyebabkan pendapatan dan kuasa beli masyarakat
meningkat. Hali ini akan menarik pelabur sama ada dalam atau luar negara untuk menanmbahkan pelaburan. Para
pelabur lebih yakin bahawa keluaran yang bakal dikeluarkan dapat dipasarkan dengan mudah.
Mengurangkan kemiskinan
Pertumbuhan ekonomi yang berlaku di sesebuah negara menyebabkan kegiatan ekonomi berkembang dengan
pesat. Perkembangan kegiatan ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan dengan lebih banyak. Oleh itu, pendapatan
masyarakat meningkat dan masalah kemiskinan dapat dikurangkan.
Mengurangkan kadar pengangguran
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara, kegiatan ekonomi akan berkembang. Pekembangan
kegiatan ekonomi menambahkan peluang pekerjaan. Ramai penduduk akan mendapatan pekerjaan. Oleh itu, guna tenaga
bertambah dan masalah pengangguran dapat diatasi.
Meningkatkan pendapatan kerajaan
Apabila berlaku pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara, kegiatan ekonomi akan berkembang. Oleh itu,
banyak syarikat atau firma akan mendapat hasil yang tinggi dan untung yang banyak. Maka, kerajaan akan mendapat
hasil daripada cukai untung syarikat. Begitu juga pendapatan individu yang dibayar oleh pengguna.
5
1 Pengenalan
2017U: B21
3. (a) Jelaskan bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi yang negatif memberikan kesan kepada isu makroekonmi
yang berikut:
(i) Pengangguran [3]
(ii) Inflasi [3]
(b) Terangkan bagaimana perubahan cukai keuntungan syarikat boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi. [4]
(a) (i) Cara pertumbuhan ekonomi negatif memberi kesan kepada pengangguran:
Pengangguran bertambah
Pertumbuhan ekonomi negatif menyebabkan pengangguran bertambah, ini disebabkan permintaan agregat
berkurang akibat firma mengurangkan output. Kemelesetan ekonomi menyebabkan firma memberhentikan operasi dan
mewujudkan lebihan penawaran buruh/
(a)(ii) Cara pertumbuhan ekonomi negatif memberi kesan kepada inflasi
Pengurangan inflasi
Pertumbuhan ekonomi negatif menyebabkan permintaan agregat berkurang, kesannya, tingkat harga umum
jatuh. Kos sara hidup semakin menurun dan kuasa beli masyarakat meningkat dan seterusnya taraf hidup masyarakat
meningkat.
(b) Cara perubahan cukai keuntungan syarikat meningkatkan pertumbuhan ekonomi:
Apabila cukai keuntungan syarikat diturunkan, keuntungan syarikat selepas cukai bertambah dan ini menyebabkan
firma mempunyai lebihan dana untuk membuat pelaburan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan permintaan agregat
dan pendapatan negara benar bertambah. Pertambahan pelaburan juga meningkatkan kapasiti pengeluaran firma.
Keadaan ini menyebabkan penawaran agregat bertambaha kerana firma menambahkan output.
2014: B21 (a) Inflasi
4. (b) Pengangguran
(i) Jelaskan mengapa isu makroekonomi (a) dan (b) perlu ditangani. [4]
(ii) Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah (a) dan (b) di atas?[6]
2016U: B21
5. Jelaskan empat alasan masalah pengangguran perlu ditangani. [10]
2017: B21
6. (a) Terangkan maksud kemelesetan ekonomi. [2]
(b) Jelaskan bagaimana dasar fiskal dan dasar kewangan yang dilaksanakan boleh mengatasi masalah
kemelesetan ekonomi. [8]
2018: B21
7. (a) Takrifkan inflasi. [1]
(b) Terangkan tiga sebab inflasi yang tinggi perlu ditangani. [9]
2018U: B21
8. Jelaskan empat alasan isu kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan yang berterusan perlu
ditangani dalam sesebuah ekonomi. [10]
2019U: B21
9. Terangkan pelaksanaan alat dasar seperti yang berkut untuk mengatasi masalah pengangguran:
(a) Nisbah rizab berkanun [5]
(b) Cukai pendapatan persendirian [5]
6
1 Pengenalan
Sebab-sebab inflasi perlu ditangani:
Menurunkan kuasa beli
Kenaikan tingkat harga yang tinggi mengurangkan kemampupan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Jumlah barang yang boleh dimiliki oleh masyarakat berkurang dan menyebabkan taraf hidup merosot. Jumlah
perbelanjaan pengguna bertambah untuk mengekalkan tingkat taraf hidup yang sama menyebabkan kos sara hidup
meningkat.
Memburukkan imbangan pembayaran negara
Tingkat harga eksport secara relatif lebih mahal berbanding dengan harga barang import. Keadaan ini
menyebabkan permintaan terhadap eksport berkurang dan permintaan terhadap import bertambah. Nilai eksport kurang
daripada nilai import menyebakan defisit imbangan pembayaran negara.
Menjejaskan nilai mata wang
Peningkatan permintaan import menyebabkan penawaran mata wang di pasaran pertukaran asing bertambah.
Lebihan penawaran mata wang tersebut dalam sebutan mata wang asing menyebabkan nilai mata wang negara susut nilai.
Cara mengatasi inflasi melalui dasar fiskal menguncup:
Menurunkan perbelanjaan kerajaan
Apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaannya, maka banyak projek pembangunan akan berhenti. Oleh itu,
masyarakat tidak mempunyai sumber pendapatan. Seterusnya, masyarakat akan kurang membuat perbelanjaan dan
menyebabkan harga barangan jatuh dan inflasi dapat diatasi.
Meningkatkan cukai
Apabila kerajaan meningkatkan cukai seperti cukai pendapatan terhadap rakyat, pendapatan boleh guna
masyarakat berkurang. Ini akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan dan permintaan agregat. Oleh itu, harga
barangan jatuh dan inflasi dapat diatasi.
Cara mengatasi inflasi melalui dasar kewangan menguncup:
Menjual sekuriti kerajaan di pasaran terbuka
Semasa inflasi, bank pusat akan menjual sekuriti kerajaan untuk mengawal bekalan wang. Wang dalam tangan
masyarakat akan berkurang. Kesannya, penawaran wang dalam ekonomi menurun, kadar bunga meningkat, pelaburan
akan merosot dan menyebabkan tingkat harga umum menurun. Akhirnya masalah inflasi dapat diatasi.
Menaikkan nisbah rizab berkanun
Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun. Oleh itu, bank perdagangan perlu
menyimpan lebih banyak deposit di bank pusat dan menyebabkan proses penciptaan kredit menurun. Kesannya,
penawaran wang dalam ekonomi menurun, kadar bunga meningkat, pelaburan akan merosot dan menyebabkan tingkat
harga umum menurun. Akhirnya masalah inflasi dapat diatasi.
Menaikkan kadar bank
Peningkatan kadar bank akan meningkatkan kos meminjam bank-bank perdagangan di bank pusat. Oleh itu,
bank perdagangan akan menaikkan kadar bunga ke atas pinjaman yang diberikan kepada firma dan orang ramai. Ini akan
mengurangkan pinjaman dan penawaran wang berkurang. Seterusnya, kadar bunga meningkat, pelaburan akan merosot
dan menyebabkan dan perbelanjaan agregat dan tingkat harga umum menurun. Akhirnya masalah inflasi dapat diatasi.
Kawalan kredit terpilih
Kawalan kredit terpilih dilakukan dengan mengetatkan syarat pemberian kredit ke atas pinjaman seperti
menaikkan bayaran pendahuluan minimum serta memendekkan tempoh bayaran balik. Ini akan mengurangkan orang
ramai meminjam. Seterusnya proses penciptaan kredit akan berkurang dan penawaran wang berkurang. Kesannya kadar
bunga meningkat, pelaburan akan merosot dan menyebabkan dan perbelanjaan agregat dan tingkat harga umum menurun.
Akhirnya masalah inflasi dapat diatasi.
7
1 Pengenalan
Masalah pengangguran perlu ditangani:
Pembaziran sumber
Pengangguran menyebabkan pembaziran sumber. Firma tidak mengoptimumkan pengeluarannya kerana mesin
dan jentera tidak digunakan sepenuhnya. Selain itu, kemahiran buruh juga akan merosot kerana tidak digunakan dan ini
akan meningkat kos firma untuk melatih buruh semula pada masa depan.
Peningkatan kadar kemiskinan
Pengangguran menyebabkan tenaga buruh yang hilang pekerjaan tiada pendapatan dan gagal untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan. Ini seterusnya akan menurunkan taraf hidup masyarakat dan meningkatkan kadar
kemiskinan.
Pertumbuhan ekonomi terjejas
Pengangguran menurunkan produktiviti buruh. Keupayaan pengeluaran dalam ekonomi akan merosot,
pendapatan negara akan berkurang dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Peningkatan kos kepada kerajaan
Pengangguran akan meningkat kos kepada kerajaan kerana kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan,
subsidi dan bayaran pindahan bagi menjamin kebajikan masyarakat.
Cara mengatasi pengangguran melalui dasar fiskal mengembang:
Menaikkan perbelanjaan kerajaan
Apabila perbelanjaan kerajaan naik, perbelanjaan agregat akan meningkat. Stok berkurangan dan firma akan
menambahkan keluaran. Keluaran negara atau pendapatan negara meningkat. Pengangguran berkurang. Maka,
kemelesetan ekonomi dapat diatasi.
Menurunkan kadar cukai
Apabila kadar cukai turun, pendapatan boleh guna akan meningkat. Penggunaan akan meningkat, perbelanjaan
agregat akan meningkat. Stok berkurangan dan firma akan menambahkan keluaran. Keluaran negara atau pendapatan
negara meningkat. Pengangguran akan berkurang. Maka, kemelesetan ekonomi dapat diatasi.
Menaikkan G dan menurunkan T serentak
Apabila G naik, perbelanjaan agregat akan meningkat dan apabila T turun, pendapatan boleh guna akan
meningkat dan perbelanjaan agregat akan meningkat. Stok berkurangan dan firma akan menambahkan keluaran.
Keluaran negara atau pendapatan negara meningkat. Pengangguran akan berkurang. Maka, kemelesetan ekonomi dapat
diatasi.
Cara mengatasi pengangguran melalui dasar kewangan mengembang:
Membeli sekuriti kerajaan di pasaran terbuka
Bank pusat akan membeli sekuriti kerajaan daripada bank perdagangan. Keadaan ini menambahkan lebihan
rizab bank perdagangan dan meningkatkan keupayaan bank tersebut memberi pinjaman kepada firma. Kesannya,
pelaburan firma bertambah dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu.
Menurunkan nisbah rizab berkanun/ turunkan nisbah rizab tunai
Apabila bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun, simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
berkurang. Keadaan ini menyebabkan lebihan rizab di bank perdagangan dan meningkatkan keupayaan bank tersebut
untuk memberi pinjaman. Kesannya, pelaburan firma bertambah dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
baharu.
Menurunkan kadar bunga
Menurunkan kadar dasar semalaman/ turunkan kadar bank
8
1 Pengenalan
1.3 PETUNJUK MAKROEKONOMI
Bil. Petunjuk Makroekonomi Definisi
1. Keluaran Negara Kasar Nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam
(KNK) tempoh setahun oleh faktor pengeluaran milik negara tersebut yang berada di
dalam negara dan di luar negara.
KNK harga semasa ~ KNK yang dihitung berdasarkan KNK harga tetap ~ KNK yang dihitung berdasarkan
harga-harga pasaran pada tahun yang berkenaan. harga-harga tahun asas yang dipilih
KNK potensi ~ KNK yang seharusnya dapat KNK sebenar ~ KNK yang sebenarnya dihasilkan oleh
dikeluarkan jika semua faktor pengeluaran sesebuah sesebuah negara pada sesuatu tahun.
negara digunakan sepenuhnya
2. Kitaran Perniagaan ~ turun naik kegiatan ekonomi melalui fasa kemelesetan, pemulihan, dan pertumbuhan yang
berulang kali.
3. Kadar inflasi ~ peratusan kenaikan tingkat harga umum sesuatu tahun berbanding tahun sebelumnya.
4. Kadar pengangguran ~ peratusan daripada jumlah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah
tertentu tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan
5. Kadar bunga ~ pulangan kepada pemilik modal kerana menangguhkan penggunaan semasa dalam bentuk peratus
Kadar bunga nominal ~ kadar bunga sebenar yang Kadar bunga benar ~ perbezaan antara kadar bunga
dibayar oleh peminjam ke atas sejumlah modal yang nominal dengan kadar inflasi
dipinjamkan
6. Kadar Pertumbuhan Ekonomi ~ peratusan perubahan keluaran negara benar sesuatu tahun berbanding dengan
keluaran negara benar tahun sebelumnya.
7. Pendapatan Per Kapita ~ pendapatan purata bagi setiap orang penduduk.
8. Akaun Dagangan ~ perbezaan antara nilai eksport barang dengan nilai import barang.
9. Akaun Semasa ~ merekod nilai eksport dan import barang nampak, nilai eksport dan import barang tak nampak,
pendapatan dan pindahan semasa bagi sebuah negara dalam tempoh setahun
9
1 Pengenalan
2014U : B21
1. Takrifkan dan huraikan bagaimana perkara berikut dapat menjelaskan pretasi ekonomi sesebuah negara:
(a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar [5]
(b) Imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan [5]
(a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi merupakan tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh sesebuah
negara apabila semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar merupakan tingkat keluaran negara yang sebenarnya dicapai oleh sesebuah
negara dalam tempoh satu tahun.
Jika KNK potensi lebih tinggi daripada KNK sebenar, ini menunjukkan masih terdapat faktor yang tidak digunakan
atau berlaku pengangguran. Hal ini boleh menyebabkan ekonomi sesebuah negara mengalami kemelesetan.
Jika KNK potensi lebih rendah daripada KNK sebenar, ini menunjukkan pencapaian ekonomi melebihi pencapaian
yang sepatutnya dicapai. Hal ini boleh menyebabkan ekonomi negara mengalami perkembangan yang pesat dan
cenderung berlaku inflasi.
Jika KNK potensi sama dengan KNK sebenar, ini menunjukkan ekonomi sesebuah negara berada pada tingkat guna
tenaga penuh.
(b) Imbangan pembayaran kurangan merupakan suatu keadaan yang berlaku apabila aliran wang ke luar negeri melebihi
aliran wang masuk ke dalam negeri.
Imbangan pembayaran lebihan merupakan suatu keadaan yang berlaku apabila aliran wang ke luar negeri kurang
daripada aliran wang masuk ke dalam negeri.
Apabila berlaku imbangan pembayaran kurangan, keadaan ini merugikan negara. Hal ini adalah kerana keadaan
tersebut akan mengurangkan rizab bersih antarabangsa di bank pusat. Keadaan ini mengurangkan keupayaan negara
untuk membiayai import. Hal ini juga menyebabkan nilai wang merosot.
Apabila berlaku imbangan pembayaran lebihan, keadaan ini menguntungkan negara. Hal ini kerana keadaan tersebut
akan meningkatkan rizab bersih antarabangsa di bank pusat. Keadaan ini akan meningkatkan keupayaan negara
untuk membiayai import. Hal ini juga menyebabkan nilai wang meningkat.
10
1 Pengenalan
2016: B21 e Pendapatan Negara Sebenar
2. Pendapatan
Pendapatan Negara Potensi
Negara
Benar (Y)
a g
c
f
bd
0 T1 T2 T3 T4 T5 Tahun
Dengan menggunakan gambar rajah kitaran perniagaan di atas, huraikan keadaan ekonomi yang berikut:
(a) Kemelesetan ekonomi [4]
(b) Pengembangan ekonomi [4]
(c) Kestabilan ekonomi [2]
(a) Kemelesetan ekonomi iaitu pendapatan negara sebenar terus menurun dan berada di bawah pendapatan negara
potensi. Ia ditunjukkan oleh pergerakan dari tahun T2 ke T3 iaitu pergerakan pendapatan negara sebenar dari titik f ke
titik d. kegiatan ekonomi menurun dan kadar pertumbuhan ekonomi menjadi negatif. Kadar pengangguran semakin
tinggi dan inflasi terus menurun.
(b) Pengembangan ekonomi iaitu pendapatan negara sebenar terus meningkat dan berada di atas pendapatan negara
potensi. Ia ditunjukkan oleh pergerakan dari tahun T4 ke T5 iaitu pergerakan pendapatan negara sebenar dari titik g
ke titik e. pendapatan sebenar semkain meningkat dan berada di atas pendapatan negara potesi. Kegiatan ekonomi
semakin meningkat dan kadar pertumbuhan ekonomi meningkat. Inflasi mula meningkat dan pengangguran semakin
kurang.
(c) Kestabilan ekonomi iaitu pendapatan negara sebenar sama dengan pendapatan negara potensi. Ia ditunjukkan oleh
titik f dan titik g iaitu berlaku pada tahun T2 dan T4.
11
1 Pengenalan
Latih Tubi 1.3 (Petunjuk Makroekonomi)
1. Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna (2005=100) di Malaysia bagi tahun 2005-2009.
Tahun Indeks harga pengguna
2005 100.0
2006 103.6
2007 105.7
2008 111.4
2009 112.1
Hitung:
(a) kadar inflasi bagi setiap tahun
(b) purata kadar inflasi antara tahun 2005-2009
2. Hitung kadar inflasi bagi tahun 2011 jika indeks harga pengguna pada tahun 2010 ialah 102.4 dan indeks harga pengguna pada
tahun 2011 ialah 107.2.
3. Jika kadar inflasi pada tahun 2012 ialah 5.5% dan indeks harga pengguna pada tahun 2011 ialah 103.6, hitung indeks harga
pengguna pada tahun 2012.
12
1 Pengenalan
4. Jadual di bawah menunjukkan data statistik jumlah penduduk, taburan penduduk mengikut kumpulan umur, jumlah tenaga buruh,
dan jumlah guna tenaga sebuah negara.
2002 2003
1. Jumlah penduduk (ribu orang) 28 600 29 601
2. Taburan penduduk mengikut kumpulan umur (%)
0 -14 tahun 30 30
15 – 64 tahun 60 60
65 tahun ke atas 10 10
3. Jumlah tenaga buruh (ribu orang) 12 870 12 965
4. Jumlah guna tenaga buruh (ribu orang) 12 490 12 405
Hitung:
(a) Jumlah penduduk dalam lingkungan umur 15-64 tahun bagi tahun 2002 dan 2003.
(b) Jumlah pengangguran pada tahun 2002 dan 2003.
(c) Kadar pengangguran negara itu pada tahun 2002 dan 2003.
5. Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan guna tenaga di sebuah negara.
Tahun Tenaga buruh (‘000 orang) Guna tenaga (‘000 orang)
2009 15 520 14 560
2010 16 780 16 400
2011 17 500 17 220
2012 19 880 19 650
Hitung kadar pengangguran dari tahun 2009 hingga 2012.
6. Pada tahun 2012, jumlah tenaga buruh di sebuah negara ialah 10 587 000 orang, manakala jumlah guna tenaganya ialah 9 822 000
orang.
(a) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2012. Ulaskan jawapan anda.
(b) Adakah negara tersebut mencapai tingkat guna tenaga penuh pada tahun 2012? Mengapa?
13
1 Pengenalan
7. Encik Rahman membuat pinjaman sebanyak RM500 000 daripada sebuah bank. Jumlah bunga yang perlu dibayar oleh Encik
Rahman atas pinjaman tersebut ialah RM40 000 pada tahun pertama.
Hitung
(a) kadar bunga nominal yang dikenakan atas pinjaman Encik Rahman pada tahun pertama
(b) kadar bunga benar sekiranya kadar inflasi pada tahun tersebut ialah 4%
8. Jadual berikut menunjukkan KNK harga semasa dan KNK harga tetap Malaysia bagi tahun 2006-2007.
Tahun KNK harga semasa (RM juta) KNK harga tetap (RM juta)
2006 556 380 454 625
2007 628 106 482 239
(a) Hitung kadar pertumbuhan KNK harga semasa dan KNK harga tetap pada tahun 2007.
(b) Yang mana satukah lebih sesuai digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi? Jelaskan.
9. Jadual berikut menunjukkan KNK nominal dan KNK benar sesebuah negara bagi tahun 2001 hingga tahun 2005.
Tahun KNK nominal (RM juta) KNK benar (RM juta)
2001 50 500 49 500
2002 48 500 48 500
2003 51 500 50 500
2004 52 500 49 500
2005 54 500 51 500
(a) Tahun apakah merupakan tahun asas untuk negara tersebut? Mengapakah tahun itu dianggap sebagai tahun asas?
(b) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut bagi setiap tahun.
(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi purata negara tersebut.
14
1 Pengenalan
10. Maklumat urus niaga perdagangan antara negara Y dengan negara lain adalah seperti berikut:
Eksport barang RM147 203 juta
Import barang RM158 474 juta
(a) Hitung imbangan dagangan negara Y. Mengapakah nilainya negatif?
(b) Apakah kesan nilai imbangan dagangan dalam (a) terhadap kedudukan ekonomi negara Y?
11. Maklumat urus niaga akaun semasa bagi sebuah negara adalah seperti berikut:
Butiran RM juta
Eksport barang 473 202
Eksport perkhidmatan 233 917
Import barang 351 841
Import perkhidmatan 254 972
Imbangan pendapatan –93 111
Pindahan semasa bersih –25 570
(a) Hitung imbangan akaun semasa bagi negara tersebut.
(b) Adakah nilainya positif atau negatif? Apakah kesannya terhadap kedudukan ekonomi negara?
15
1 Pengenalan
Latih Tubi Objektif
2013U: 1
1 Pemboleh ubah yang tidak termasuk dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor ialah
A perbelanjaan penggunaan
B perbelanjaan kerajaan
C pelaburan
D eksport
2015: 1
2 Pemboleh ubah bocoran dalam aliran pusingan pendapatan ialah
A tabungan, cukai pendapatan, dan import
B cukai pendapatan, pelaburan, dan import
C tabungan, pelaburan, dan cukai pendapatan
D pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport
2019: 1
3 Dalam aliran pusingan pendapatan, firma berperanan sebagai
A pengeluar barang awam dan barang swasta
B pembekal input pengeluaran dan pengguna barangan
C penerima pendapatan dalam bentuk sewa dan faedah
D pembekal barangan dan pengguna input pengeluaran
2016: 1
4 Yang manakah bukan peranan isi rumah?
A Pembekal faktor pengeluaran
B Pengguna barang dan perkhidmatan
C Pengeksport barang dan perkhidmatan
D Penerima upah, sewa, faedah, dan untung.
2013: 1
5 Yang manakah bidang kajian makroekonomi
A Kos lepas
B Kadar inflasi
C Mekanisme pasaran
D Perlakuan pengguna
2018U:1
6 Jadual di bawah menunjukkan data indeks harga pengguna bagi sebuah ekonomi dari tahun 2011 hingga tahun 2014
(2010 = 100)
Tahun Indeks harga pengguna
2011 98.5
2012 102.3
2013 105.4
2014 109.7
Yang manakah benar mengenai kadar inflasi bagi ekonomi tersebut dari tahun 2012 hingga tahun 2014?
A Kadar inflasi adalah malar
B Kadar inflasi semakin menurun
C Kadar inflasi semain meningkat
D Kadar inflasi mengalami turun naik
2014U: 1
7 Jadual di bawah menunjukkan data bagi jumlah tenaga buruh dan jumlah penduduk sebuah negara pada suatu tahun
tertentu.
Perkara Bilangan (juta orang)
Jumlah penduduk 17.80
Jumlah tenaga buruh 7.05
Jika kadar pengangguran ialah 6.4%, berapakah jumlah guna tenaga pada tahun tersebut?
A 6.60 juta orang
B 6.92 juta orang
C 7.18 juta orang
D 7.50 juta orang
16
1 Pengenalan
2017: 1
8 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tahun
2013 dan tahun 2014.
Butiran 2013 2013
KDNK benar (RM juta) 180 193.5
IHP 172.5 180
Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2014?
A 2.93%
B 3.02%
C 6.98%
D 7.50%
2014: 1
9 Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan
A nilai wang meningkat
B kadar bunga benar meningkat
C kos hidup masyarakat menurun
D tingkat kebajikan masyarakat menurun
2015U: 1
10 Yang manakah isu makroekonomi yang menjejaskan kestabilan ekonomi?
A Peningkatan subsidi minyak
B Peningkatan kemasukan buruh asing
C Peningkatan harga dalam sektor hartanah
D Peningkatan dalam defisit imbangan pembayaran
2016U: 1
11 Dalam kitaran perniagaan, perbezaan antara keluaran negara sebenar dengan keluaran negara potensi merupakan
A lompang inflasi
B lompang deflasi
C belanjawan defisit
D jurang keluaran negara
2017U: 1
12 Petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan pretasi ekonomi sesebuah negara ialah
A belanjawan kerajaan persekutuan
B jumlah pelaburan langsung asing dalam negara
C barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara
D barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh rakyat tempatan di luar negara
2018: 1
13 Defisit imbangan pembayaran boleh menyebabkan
A penurunan rizab antarabangsa
B peningkatan kos sara hidup penduduk
C ketidakseimbangan agihan pendapatan
D mata wang domestik menjadi semakin mahal
2019U: 1
14 Yang berikut merupakan petunjuk makroekonomi, kecuali
A akaun dagangan
B kadar pengangguran
C perbelanjaan kerajaan
D keluaran negara kasar
2019U: 2
15 Kadar pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar benar meningkat sebanyak 6% dan kadar pertumbuhan penduduk
meningkat sebanyak 4%. Ini menyebabkan
A taraf hidup rakyat meningkat
B tingkat harga umum menurun
C kadar pengangguran meningkat
D pertumbuhan ekonomi menurun
17