The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan Akademik (BM3-0620 Shamielaa A_P Darson)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamielaatisha1105, 2022-05-18 01:09:24

Penulisan Akademik (BM3-0620 Shamielaa A_P Darson)

Penulisan Akademik (BM3-0620 Shamielaa A_P Darson)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:

ANGKA GILIRAN SHAMIELAA A/P DARSON
NO KAD PENGENALAN
KUMPULAN 2020192340209
KOD DAN NAMA KURSUS 000611-08-0944
KUMPULAN F11
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH AKADEMIK
PUAN NOR RUL AZLIFAH BT
ZULKAFALI

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

Penghargaan
Jutaan syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat saya

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya
mengucapkan kepada Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Puan
Nor Rul Azlifah Bt Zulkafali yang telah membantu dan memberi tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan yang diberi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
dorongan dan sokongan dari segi moral dan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan sekelas saya yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus dijalankan.

Isi Kandungan 1
1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya 3
2.2 Aspek Emosi dan Sosial 4
2.3 Aspek Sosiolinguistik 5
Kesimpulan
Rujukan

1.0 Pengenalan

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang
mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan
masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Peranan guru dalam
mewujudkan suasana pembelajaran mesra budaya amat penting dalam kalangan murid.
Pengalaman pembelajaran mesra budaya dapat mengembangkan nilai sivik yang menjadi
faktor utama bagi kehidupan seseorang individu terutamanya dalam diri pelajar yang
merupakan tunjang serta harapan negara dan bangsa. Dengan mengamalkan nilai sivik,
seperti tanggungjawab, hormat-menghormati, toleransi, semangat patriotik dan kasih sayang
terhadap alam sekitar, murid akan mengembangkan diri mereka dari segi pelbagai aspek.
Bagi mencapai matlamat ini, guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid dalam dan di luar darjah.

2.0 Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya

2.1 Aspek fizikal

Pengurusan bilik darjah mesra budaya dari segi aspek fizikal merupakan ruang fizikal
dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Ruang fizikal yang sesuai
dapat membantu guru dan murid yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Aspek fizikal merangkumi pelan lantai, kebersihan bilik darjah, pencahayaan dan
pengudaraan, susunan kerusi dan meja murid, susunan perabot dan peralatan, hiasan
dalam bilik darjah serta sudut dan ruang bacaan. Guru harus menyediakan pelan lantai
dengan mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur perabot serta peralatan lain yang
perlu disesuaikan dengan tahap kelas sama ada Tahap Satu atau Tahap Dua sertakan
dengan gaya pengajaran.

Selain itu, aspek fizikal yang merangkumi kebersihan, pencahayaan dan
pengudaraan yang merupakan faktor yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Ruang
dan persekitaran yang bersih dapat memberikan suasana yang selesa dan kondusif bagi
murid serta guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru juga
harus memastikan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai bagi menyediakan
suasana selesa kepada murid. Murid seharusnya mendapat bekalan udara yang bersih dan
segar. Guru harus memastikan tingkap-tingkap di bilik darjah yang tidak mempunya
penghawa dingin hendaklah dibuka bagi memastikan udara dari luar dapat memasuki bilik
darjah.

1

Penyusunan kerusi dan meja murid juga merupakan aspek fizikal yang sangat
penting dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Susunan kerusi dan meja
haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan murid
duduk dalam kumpulan. Pada masa yang sama, aspek yang lebih penting dalam
menguruskan bilik darjah mesra budaya, guru mestilah menyusun murid dalam satu
kumpulan yang mempunyai kaum dan agama yang berbeza. Aktiviti pembelajaran secara
koperatif harus diimplikasikan bertepatan dengan pembelajaran abad ke-21.

Akhirnya bagi hiasan bilik darjah serta sudut bacaan, guru boleh memberi
tanggungjawab menghias kelas mengikut minat serta kreativiti murid. Guru harus praktikkan
pengurusan sudut bacaan yang merangkumi maklumat tentang perayaan atau adat istiadat
setiap kaum, jadual bertugas, menampal nota ringkas yang dapat membantu menghafal
atau tentang isi pelajaran serta tarikh lahir rakan. Murid juga boleh diberi tanggungjawab
untuk menghias kelas dengan mengecat bilik darjah , menggantung langsir yang sesuai
dengan suasana bilik darjah serta menghias meja guru.

2.2 Aspek Emosi dan Sosial

Aspek emosi tertumpu kepada perasaan dan gerak hati yang dialami oleh murid
yang responnya diketahui melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan
terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Aspek sosial dalam terma murid berkait dengan
perkembangan sosial iaitu proses murid mempelajari cara berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Manakala
perkembangan sosial murid berkait rapat dengan perkembangan emosinya. Seorang murid
yang mempunyai perkembangan sosial yang positif dapat mempertimbangkan emosinya
serta dapat mengurus dan mengawal emosi yang negatif. Bilangan murid dalam kelas
dipelbagaikan dengan kaum dan agama yang berbeza. Oleh itu, guru harus dan murid
sendiri harus memperkembangkan aspek emosi dan sosial dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mesra budaya.

Bagi memperkembangkan sosioemosi, guru harus memainkan peranan sebagai
model utama yang sentiasa diperhatikan oleh murid. Murid mengembangkan aspek sosial
serta emosi melalui pemerhatian dan peniruan. Bagi membina persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya, guru haruslah menjadi model dengan perlakuan yang baik, penyayang
terhadap murid, dapat mengurus emosi dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial
yang tinggi dengan murid serta guru-guru lain. Guru harus mengamalkan amalan
hormat-menghormati kaum dan budaya lain, memahami dan mengetahui adat resam kaum
dan budaya lain. Selain guru sebagai model utama, guru juga harus mewujudkan

2

persekitaran dan pengalaman bagi murid untuk memperkembangkan aspek sosial dan
emosi mereka. Guru hendaklah merancang satu bentuk pengalaman yang berkesan
kepada muridnya melalui pembinaan persekitaran bilik darjah yang sempurna.

Pengalaman bekerja dalam kumpulan dapat memberikan pengalaman kepada murid
bagi memahami pendapat dan pemahaman orang lain dan pada masa yang sama murid
akan bertingkah laku agar disenangi dan diterima oleh ahli kumpulannya. Guru harus
menyusun serta mengagihkan murid dalam kumpulan yang mempunyai taburan pelbagai
kaum dan bangsa. Selain itu, guru harus wajib merancang atau mewujudkan pengalaman
berkomunikasi dengan cemerlang dalam kalangan rakan sebaya dan juga pihak yang lebih
dewasa. Pengalaman awal yang dilalui dalam memastikan murid mampu membezakan
bentuk komunikasi yang disenangi oleh rakan lain terhadap dirinya merupakan penyediaan
persekitaran yang mendedahkan pengalaman murid dalam berkomunikasi dengan
rakan-rakan.

2.3 Aspek Sosiolinguistik
Aspek sosiolinguistik berkait rapat dengan pengurusan sumber bahan pengajaran
dan pembelajaran mesra budaya. Linguistik membawa makna kepada bahasa atau disiplin
bahasa dan sosial membawa makna kepada cara kehidupan seseorang. Pemilihan sumber
oleh guru untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting bagi
memastikan murid pelbagai kaum dan etnik dapat menimba ilmu dalam suasana yang
menyeronokkan dan menarik. (Noriati A Rashid et al 2014). Guru harus mempelbagaikan
sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan aspek-aspek dan ciri-ciri
pelbagai etnik dan kaum. Dengan ini, murid juga akan diajar untuk menghormati setiap etnik
dan budayanya serta murid akan mendapat peluang untuk bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan pelbagai etnik dan kaum. Guru harus peka dalam memilih sumber pengajaran
dan pembelajaran , sebagai contoh guru boleh memilih gambar-gambar adat, pakaian atau
makanan setiap kaum bagi mewujudkan persefahaman dalam kalangan murid yang
pelbagai etnik.

3

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, langkah-langkah di atas merupakan cara terbaik bagi

mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Bilik darjah mesra budaya yang
berteraskan abad ke-21 amat penting bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 - 2025 ) agar setiap murid menghayati dan menerima perbezaan sesama
kaum serta mengadaptasi perbezaan serta amalan dan budaya baharu.

4

Rujukan
Anita Hj Abu Hasan, N. M. (2015). Budaya & Pembelajaran. Pelangi Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Cheung,A.M.(2004).letter.academia:
https://www.academia.edu/journals/1/about?from_navbar=true&trigger=nav.
Miskon, S. I. (1969). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, B. P. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar.
Zarith.(2006).Langkah-Pengurusan-Bilik-Darjah-Mesra-Budaya.scribd:
https://www.scribd.com/document/378657032/Langkah-Pengurusan-Bilik-Darj
ah-Mesra-Budaya.

5


Click to View FlipBook Version