The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maslina.izzahrich, 2022-03-19 12:46:40

WORK BOOK

WORK BOOK

'MUJAHADAH

DAKWAH'

KATA PENGANTAR

' S .
' A .

Alhamdullillah,
Allahumma Allahu Ya Syakur, Ya Aalim,

Ya Hakim Ya Roshid,
atas kurniaan ilmu dan pengalaman selama 20 tahun

dalam industri, kini dengan Izin ALLAH, buku ini
diterbitkan bagi membantu perjalanan seseorang
dalam proses mengenal ALLAH di bidang perniagaan

kewangan melalui Takaful.



Allahumma Allahu Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baaits
Allah yang menjaga dan memelihara kita dalam apa jua

keadaan, yang membangkitkan semangat ingin
berjuang dan bersama-sama dalam membantu rumah

dan ummah sebagai Rahmatan Lil Alamiin.



Allahumma Allahu Ya Ghani Ya Mughni
Ya Fattah Ya Razzaq

Sesungguhnya, Allah yang maha kaya dan memberi
kekayaan dan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan

yang disangka dan tidak disangka-sangka.



Allahumma Allahu Ya Wahhab Ya Barr Ya Naffi'
Allah yang maha Memberi dan menjadikan kita

seorang yang memberi manfaat melalui sistem Tabaruk
/ Sedekah / Infaq / Wakaf dan Hibah dalam bidang
Takaful sebagai jalan dakwah

MENGGAPAI

IMPIAN

MUJAHADAH DAKWAH KEARAH RAHMATAN LIL ALAMIN

NAMA :

HAK CIPTA TERPELIHARA

VISI

PEMANCU KEARAH
MEMBANGUN PERADABAN
JIWA USAHAWAN PROFESIONAL

MISI

MEMPERKASA JIWA
DALAM MUJAHADAH DAKWAH.
MELETAKKAN KEBERGANTUNGAN
HANYA PADA ALLAH DAN KOMITED
DALAM MEMBERI PERKHIDMATAN
YANG BERKUALITI. MENYEDIAKAN

PLATFORM PEMBANGUNAN
EKONOMI SERANTAU

OBJEKTIF

MELAHIRKAN JIWA-JIWA
KESEDARAN UNTUK MENUJU ALLAH

MENCAPAI MATLAMAT JANNATUL
FIRDAUSI

Langkah Awal Pembinaan Diri

BORANG KAJI SELIDIK

En/Pn, saya baru sahaja bersama Takaful Ikhlas,
Saya nak buat sedikit kaji selidik boleh.

Harap En/Pn dapat membantu saya sebentar

1. Saya nak menceburi bidang biz takaful, apa pandangan en/pn/awak
terhadap bisnes ini?

2. Adakah en/pn/awak memiliki sebarang polisi takaful?

3. Jika en/pn/awak nak menambah polisi takaful, adakah en/pn/awak akan
mengambilnya dengan jumlah lebih banyak atau lebih kurang?

4. Adakah en/pn/awak akan ambil daripada syarikat yang sama dengan
yang sedia ada?

5. Baik, terima kasih banyak atas kerjasama. Soalan terakhir saya, sekiranya
saya membuat keputusan untuk menceburi bidang ini, bolehkah saya
datang bertemu en/pn/awak kemudian?

Allahuma ALLAHU YA BARII'
Allah yang Maha Mengatur hidup manusia,
sesungguhnya semuanya telah tertulis tentang jatuh
dan bangun seseorang itu semua dengan izinNya,
Kita Merancang, Allah juga merancang dan

menentukannya.

KENAPA ANDA PERLU MELIBATKAN DIRI
DALAM PROGRAM MUJAHADAH DAKWAH INI

SELAMA 100 HARI

PROGRAM 100 HARI Adalah untuk mereka yang
bersungguh-sungguh ingin mengubah kehidupan
sepertimana yang disebut dalam ayat yang bermaksud




Artinya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang

ada pada diri mereka sendiri.” (QS Ar-Ra’d: 11)




“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan
mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya

Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya
Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaaq : 2 & 3)




Semoga dengan kesungguhan ini dapatlah kita menjadi
seorang muslim yang dapat menunaikan tanggungjawab
dalam menyempurnakan RUKUN ISLAM yang ketiga iaitu

menjadi pengeluar zakat pendapatan 2.5% daripada
pendapatan 40% komisen iaitu (RM………………..) setiap

bulan kerana Allah Taala. Disamping menyediakan
bekalan amal jariah dalam memberi infaq kejalan-jalan

fisabillillah.



“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah
melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha

luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:261)

DOA SEBELUM BERMUHAJADAH

Bismillahirahmanirahim

Allahumma Allahu Ya Rahman Ya Rahim
Ya Jamii'' Ya Wahhab Ya Razzaq,

dengan kurniaan dan kasih sayangmu Allah kami dihimpun dan
disatukan sebagai satu pasukan dalam ALIFF CONSULTANCY
bagi menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi
ini dengan memberi kebahagiaan dengan mengurangkan beban

hidup melalui rezeki bersama Takaful IKHLAS.

Allahuma Allahu Ya Salam, Ya Syakur,
Ya Ghaniy Ya Mughni Ya Fattah Ya Barr
Allah yang mengurniakan kesejahteraan dan kami bersyukur
dengan pemberian kekayaan oleh Allah Pemilik Kekayaan atas
pilihan ini untuk menjadi khalifah yang memberi manfaat dan sistem
muamalat dengan memberi sumbangan melalui sistem Takaful.

Allahumma Allahu Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid
Ya Malik, Ya Musowir

Ya Allah, jadikan kami orang yang berilmu dan memahami ilmu
kewangan dan datangkan kami daya kreativiti kepada kerana

dalam seni menyampaikan ilmu agar dengan memiliki ilmu,
dapat kami membuat presentation untuk pelanggan saya
dipermudahkan.

Allahumma Allahu Ya Fattah, Ya Allah Latiff, Ya Nafii''
Ya Allah bukakan hati dan lembutkan hati mereka dalam
membuat keputusan memiliki pelan yang kami bentangkan
dan kami serahkan yang terbaik kepadamu Ya Baarii' Allah yang

maha mengatur.

Allah akan menggantikan harta yang disedeqahkan,
memberkahinya dan menambahkan karunia-Nya.
(QS. 34:39)

Tips Selesai Belenggu Hutang

Langkah-langkah :

1.Buat Senarai Hutang dan Jumlahkan semuanya
2.Mohon Keampunan kepada Allah
3.Renungkan Hutang itu sehingga diizinkan oleh

Allah untuk dizahirkan pada kita samada dalam
keadaan murka kerana kita mengejar kemewahan
atau keselesaan yang berlebihan.
4.Buat solat sunat Taubat, di sujud terakhir lama
sikit Dan Bicara pada Allah dalam Hati Memohon
Pertolongan Allah untuk Mengurus Hutang dan
Serahkan 1000% kepada Allah Ya Baari’ yang
Mengaturkan Mengikut Cara-Nya dalam
Penyelesaian Hutang.

Lepas Solat, ZIKIR YA BAARI’ 1000x dan

Lafazkan Doa Bicara Hati ini :

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami’,

Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha

Mendengar, Pada-Mu kami Merintih Merayu,

Sudilah kiranya Mendengar Rintihanku.

Sesungguhnya Hutang ini Hukuman-Mu kepada diri

ini yang Banyak Mengutamakan Dunia serta

Mengejar Keuntungan

dan Kemewahan.

Maafkan dan Ampunkanku
Ya Affuw, Ya Ghaffar Ya Tawaab
Ya Quddus Ya Jalil.
Sungguh Engkau Tidak Menzalimiku, daku yang
Menzalimi diriku sendiri. Ya Allah Terimalah
Taubatku atas Kesilapan dan Kelalaian Dunia
dihatiku selama ini.

Tips Selesai Belenggu Hutang

Allahumma Ya Fattah Ya Razzak Ya Mughni,
Engkaulah Pemilik Rezeki 7 Lapis langit 7 Lapis Bumi.
Bukakanlah Pintu Rezeki buat Kami dan Jalan Keluar

dari Masalah Hutang ini agar Hutang-hutang ini
Selesai. Hanya Engkaulah Ya Baari yang Mengatur dan

Menyusun segala Urusan Dunia kami.

Ya Allah Ya Basiir yang Maha Melihat,
inilah Hutang-hutang Kami dengan Manusia dan Bank,

Bimbing Kami Ya Haadi dalam Melangsaikannya
Mengikut Cara-Mu. Pada-Mu kami Berserah dan

Bergantung Harap

Ya Wakil Ya Baari’ Ya Somad.
Allahumma Ya Salam Ya Mukmin,
Kurniakan Rasa Aman dan Tenteram di Hati
kami serta Sahabat yang Runsing dgn Hutang.

Langsaikan Hutang Mereka juga
Ya Fattah Ya Baari’, sungguh Engkaulah Dzat Yang

Membuka segala Jalan Penyelesaian.

Ya Allah ya Mani’ (Maha Mencegah)
Ya Hafiz Ya Muhaimin (Maha Melindungi),
Cegah dan Lindungilah kami dari Bisikan Nafsu agar
TIDAK Lagi Terjebak dengan HUTANG. PadaMu kami
Memohon Pertolongan dan Bergantung Harap

Ya Wahab Ya Karim Ya Somad.
Makbulkan Doa kami Ya Mujib yang Maha

Memakbulkan Doa.

Ameen ya Rabbal’alamin.

YAKINLAH ALLAH PASTI
MENGURUS DAN MEMBANTU

Hadiri latihan, buat persiapan dan mula fokus.
Dapatkan restu dan redha keluarga (berunding
dengan ibubapa, suami/isteri, anak-anak, dan lain-
lain)
Elakkan gangguan (TV, akhbar, hobi, sukan dan lain-
lain hiburan, kosongkan jadual daripada aktiviti-
aktiviti yang tidak penting, delegasi tanggungjawab,
dan lain-lain)
Membina senarai prospek yang baru - memory jogger
(300++ kenalan)
Menyusun strategi dan mendapatkan seberapa
banyak kenalan sedia ada dan yang baru dalam
kumpulan anda untuk menyertai program ini
Mengasah kemahiran
o Teknik 7 STEPS SALES CYCLE
o Role Play / Joint field work (JFW)

PELANCARAN PROJEK 100HARI:




MENDAFTARKAN 30 peserta dalam 100 hari

Rangka kerja bulanan bagi tempoh 3 bulan:

7 STEPS SALES CYCLE

1) PROSPECTING - mengenal pasti siapakah yang berpotensi
menjadi pelanggan anda. Buat seberapa banyak hubungan
(engagement)
a. 100% usaha
b. Ejen takaful sepenuh masa (6 jam/hari)
c. Ejen takaful secara sambilan (4 jam/hari)

AKTIVITI SEPENUH MASA SAMBILAN
JAM BEKERJA 6 JAM 4 JAM
1 HARI 1 HARI
CUTI
MENGGALI PROSPEK 15 SEHARI 8 SEHARI
15 : 3 : 1 8:2:1
RATIO

Hubungan / Engagement
Berhubung dengan 15 orang prospek setiap hari menerusi
panggilan telefon, mesej, Facebook dan Whatsapp. Hubungi
rakan lama dan saudara- mara untuk membina hubungan baik
dengan mereka. “Jangan cerita bisnes”. Hanya berhubung.
Ketahui keadaan mereka. Dapatkan perbualan yang berterusan.
Banyak mendengar, kurang bercakap. Tujuannya hanya untuk
berhubung. Daripada 15 orang, 3 daripadanya boleh anda bawa
kepada perbualan yang lebih serius dan menjadi pre-approach.

2) PRE-APPROACH - proses persediaan anda untuk bertemu
bakal client anda. Pre-approach 3 orang kepada perbualan
yang lebih serius

A. Kenali dan ketahui keperluan mereka.
B. Tanya bagaimana keluarga mereka? Sihat? Pekerjaan? Hobi?
C. Kemudian sampaikan pesanan anda.
D. Berkongsi secara bersahaja bahawa anda berjaya didalam

bidang ini dan takaful telah memberikan anda peluang untuk
membina kerjaya yang baik tidak perlu cakap terlalu banyak.
E. Banyak mendengar dan kurangkan bercakap.
F. Tunggu mereka bertanya soalan, akhirnya ajak untuk
bertemu.
G. Ajak untuk bertemu dalam minggu itu.
H. Tujuannya bukan untuk menjual, namun adalah untuk
berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain secara cepat

7 STEPS SALES CYCLE

DARIPADA TIGA (3) YANG DIHUBUNGI UNTUK BERJUMPA
MINGGU INI, SATU (1) PASTI AKAN BERSETUJU.

3) APPROACH - proses anda memulakan langkah, menelefon atau
menegur. Sediakan borang kaji selidik. Cari cara untuk puji prospek
anda dan meminta untuk mengisi borang tersebut.

Waktu untuk buat beberapa Follow-up



Follow up 3 nama rujukan dan follow up prospek kali
kedua dan kali yang ketiga menjawab soalan-soalan
prospek untuk memberikan mereka lebih keyakinan.
Hari ini lebih menilai semula prospek yang kita dah buat
pre-approach dan prospecting sebelum ini diatas.

4) FACT FINDING - keadaan anda bertanya apakah situasi bakal
pelanggan. Ini adalah langkah yang paling penting, lagi banyak
data kita dapat lagi senang kita menilai prospek dan membantu
kita memilih plan untuk mereka. Selain itu, pertanyaan yang
lebih mendalam, perihal keluarga, anak ke berapa, asal mana
belajar dimana dan sebagainya.

Membuat beberapa presentation / follow up / enrol
prospek



Latihan dan sokongan akan diberikan dengan semangat
100% mahu belajar untuk mengambil bahagian. Jadual

aktiviti dan senarai semak akan disediakan untuk
membantu memastikan semua orang mencapai matlamat.

Jika LEADER anda membuat pembentangan, dengar
pembentangan Itu dan jangan mengganggu. Jadikan
situasi itu selesa. Kemudian tanya mereka seandainya
bonus boleh mengubah hidup mereka dan membantu

mencapai impian mereka.

7 STEPS SALES CYCLE

5) PRESENTATION dari ‘fact finding’, anda menawarkan apa yang
sesuai untuk bakal pelanggan. Setiap presentation kebanyakkannya
menghadapi bantahan, perkara ini akan dibincangkan di dalam buku
ini juga

6) CLOSING pelanggan bersetuju dengan apa yang anda tawarkan.
Close mereka dengan menunjukkan testimoni. Jangkakan bahawa
mereka akan segera mendaftar. lsikan borang, daftarkan mereka dan
minta caruman pertama. Beri mereka pilihan dua tarikh untuk
mendaftar

7) SERVICING memberi apa yang telah dipersetujui, dan menambah
nilai pelanggan anda. Perkhidmatan selepas jualan juga adalah
langkah yang terpenting dalam cycle ini

ANTARA PERKHIDMATAN YANG SELALU
DIURUSKAN OLEH AGEN ADALAH

MENJAGA PEMBAYARAN POLISI, /
MENYELESAIKAN DOKUMEN TUNTUTAN,
SELALU BERTANYA KHABAR,
ZIARAH CLIENT JIKA BERDEKATAN
BUAT MEREKA SEPERTI KELUARGA
UCAPAN TARIKH LAHIR / ANNIVERSARY
PERAYAAN DAN SEBAGAINYA YANG BERKAITAN

TINDAKAN DI ATAS ADALAH UNTUK MENJAGA
HUBUNGAN ANTARA KITA DAN CLIENT.

THE ULTIMATE
MEMORY JOGGER

Apabila orang melihat kepada Network Marketing,
salah satu soalan terbesar mereka adalah

“Adakah saya kenal ramai orang?" Mereka percaya, sekiranya
mereka kenal ramai orang, mereka boleh berjaya dan jika mereka

tidak kenal ramai orang, mereka tidak akan berjaya.
Ayat ini kelihatan logik tetapi tidak benar.

01 LANGKAH PERTAMA
– Buat senarai nama dan jadikannya komprehensif.

02 LANGKAH KEDUA
- Kenalan tahap kedua.

03 LANGKAH KETIGA
– Sentiasa memperluaskan senarai anda.

04 LANGKAH KEEMPAT
– Bersilaturahim dengan tujuan.

Terdapat 3 golongan orang dalam
Network Marketing :-

Poser, Amature dan Professional.

1) "Poser" - Ia adalah orang yang bajet bagus dan
sangka dia sudah tahu segalanya.

Waktu projek 100, "poser" ini tidak mahu menuliskan
prospect list sebanyak 100 nama. Dia hanya
memikirkan sebanyak 3 hingga 5 orang sahaja di
dalam mindanya yang dia ingin prospek. "Poser" ini
membiarkan respon 3-5 orang ini sahaja untuk
menentukan masa depannya.

Jika "poser" ini berhasil untuk enrol salah seorang
dari mereka, dia fikir yang dia boleh berjaya.
Selepas itu, dia akan sambung memikirkan 3-5 nama
di mindanya lagi untuk diprospek dan berharap untuk
upgrade dirinya dari "poser" ke ”amature” puIa.

Tahukah anda bahawa 80% daripada orang yang
menyertai Network Marketing bermula sebagai
"poser"? Memang benar, 8 daripada 10 ahli tidak
membuat prospek list dan hanya membuat senarai
nama di minda. Tugas anda adalah untuk mendidik
seberapa ramai ahli supaya tidak berbuat
sedemikian. Fahamkan mereka betapa besarnya
peluang ini jika mereka melakukannya dengan serius.

Sesetengah orang meninggalkan bidang Network
Marketing kerana mempunyai pemikiran ingin "cuba-
cuba nasib" seperti berjudi. Mereka bukan gagal
kerana Network Marketing tetapi kerana cara mereka
berfikir. Orang-orang ini dikenali sebagai "poser".
Mereka bertindak dan bergantung kepada nasib.
Bukan usaha.

2) “Amature" - Dia tidak memikirkan senarai nama di
minda mereka tetapi mereka menulis senarai nama ini,
iaitu suatu langkah yang tepat.

Katakanlah, mereka membuat senarai prospek
sebanyak 100 nama. Mereka berasa ghairah. Namun,
malangnya, mereka tidak mempunyai kemahiran
tetapi langsung memulakan prospecting. lni membuat
senarai nama mereka makin berkurangan. Apabila ini
terjadi, kebimbangan mereka bertambah. Ketakutan
terbesar mereka adalah apabila kekurangan orang
untuk bercerita. Saya faham kerana itu juga adalah
kebimbangan saya yang terbesar ketika itu.

Waktu saya berumur 20-an, prospek list saya
bukanlah sesuatu yang saya banggakan. Saya cuba
untuk menggunakan kenalan ibu bapa saya pada
awalnya. Namun, dalam jangka waktu yang ringkas,
saya kehabisan senarai nama-nama itu. Tidak lama
kemudian, semua kenalan saya tahu apa yang saya
sedang lakukan dan mereka sudahpun berkata ya
atau tidak. Itu sangat menakutkan. Saya berasa jika
saya tidak berjaya mendapatkan beberapa orang
yang hebat dalam senarai itu, saya akan gagal dalam
perniagaan ini.

Tidak pernah terjadi kepada saya bahawa mendekati
orang yang berkualiti sebagai prospek adalah satu
kemahiran. Sehingga sekarang dalam kerjaya baru
saya, saya selalu melihat senarai sebagai tiket untuk
kaya. Jika anda mempunyai senarai yang baik, anda
akan berjaya dan jika anda mempunyai satu yang
buruk, sama ada anda akan bernasib baik atau anda
akan gagal.

Namun, apabila saya mengambil masa untuk membina
kemahiran untuk menjadi professional, saya mula
mengkaji orang-orang yang telah membina organisasi
yang besar dan berjaya.

Saya mendapati bahawa cara mereka mengundang
orang merupakan salah satu kemahiran golongan
professional ini. Mendapatkan orang yang baru
merupakan sebahagian daripada TUGAS mereka.
Mereka tidak berminat kepada nasib. Mereka tidak
bimbang kehilangan orang. Mereka memastikan itu
tidak pernah akan berlaku.

3) "Professional" - Ia bermula dengan menulis
prospect list dengan memutuskan untuk sentiasa
menambah nama dalam prospect list mereka.

Mereka mencipta apa yang dinamakan sebagai
"The Active Candidate List'

dan saya akan menunjukkan kepada anda
bagaimana untuk melakukannya.

THE ULTIMATE MEMORY JOGGER

01) LANGKAH PERTAMA - Buat senarai nama dan
jadikannya komprehensif.

Setiap orang yang anda boleh fikirkan. SETIAP
orang. Tidak kira sama ada anda fikir mereka
prospek ataupun tidak. Database anda adalah
salah satu asset terpenting anda. Semua orang
harus masuk dalam senarai ini.
Jika mereka negatif, masukkan mereka dalam
senarai anda. Jika anda benci mereka, masukkan
mereka dalam senarai anda, Jika mereka adalah
rakan karib anda, masukkan mereka dalam senarai
anda. Jika mereka berkata,"Saya tidak akan
terlibat dengan Network Marketing' masukkan
mereka dalam senarai anda.
Jika mereka sudah berusia 98 tahun, masukkan
mereka dalam senarai anda. Jika mereka berusia
18 tahun, masukkan mereka dalam senarai anda.
Sangat penting untuk anda lakukan ini, kerana,
bila anda mengeluarkan isi kandungan dari fikiran
ke atas kertas, ia akan memberi lebih banyak
ruang untuk menulis senarai nama yang baru.
Contohnya, bila anda menulis nama anak saudara
anda, anda mula memikirkan orang-orang yang dia
kenali juga.
Kesemua ikatan ini akan menjadi jelas kepada
anda apabila anda membuat senarai yang lebih
komprehensif. Fikirkan tentang segala-galanya.
Setiap organisasi yang pernah anda terlibat,
setiap kumpulan yang anda pernah menjadi
sebahagian daripadanya, setiap perkara yang
pernah anda lakukan.
Jika anda melakukan ini dengan betul, akhirnya
akan menjadi beratus-ratus dan mungkin beribu-
ribu orang.

THE ULTIMATE MEMORY JOGGER

02) LANGKAH KEDUA - Kenalan tahap kedua.

Melihat kepada senarai anda dan fikirkan tentang
orang-orang yang mereka kenali. Kemungkinan, anda
juga akan mengenali mereka. Flkirkan tentang ahli
keluarga anda. Siapakah yang mereka kenali?
Tambahkan mereka dalam senarai anda.

Fikirkan tentang rakan-rakan anda. Siapakah yang
mereka kenali? Tambahkan mereka dalam senarai anda.
Fikirkan tentang semua hubungan yang ada dalam hidup
anda. Siapakah yang mereka kenali? Tambahkan mereka
dalam senarai anda.

Jangan risau tentang apakah yang akan anda lakukan
dengan senarai ini. Kita akan bentangkan sebentar
nanti. Sekarang anda hanya perlu membina senarai ini.

03) LANGKAH KETIGA - Sentiasa memperluaskan senarai
prospek anda.

lnilah sebabnya golongan "Professional"
menyebutnya sebagai 'Active Candidate List' la
tidak pernah berhenti meningkat. Golongan
profesional mempunyai matlamat untuk menambah
sekurang-kurangnya 2 orang ke dalam senarai
mereka setiap hari. Mereka mungkin bukan prospek,
tetapi mereka telah ada di dalam senarai dan anda
perlu mencari cara yang kreatif untuk terus
berhubung.

THE ULTIMATE MEMORY JOGGER

Anda perlu membina tahap kesedaran yang lebih
tinggi. Anda perlu memberikan perhatian kepada
dunia. Anda akan diperkenalkan dengan orang-
orang baru sepanjang masa, tetapi golongan "Poser"
dan “Amature" tidak menyedari hal ini. Mereka
hanya melalui hari mereka dengan berkata, "Mana
Orang? Saya tidak nampak sesiapa pun”

Susahkah untuk anda meningkatkan kesedaran ini
dan menambahkan dua orang baru sehari dalam
senarai anda? Fikirkan tentang hal itu, jika anda
melakukannya enam hari seminggu, terdapat 624
orang baru dalam setahun.

Lakukan sedemikian selama 5 tahun dan ia akan
menjadi seramai 3,120 orang. Di sini, anda dapat
lihat, mengapa golongan "Professional" tidak pernah
bimbang yang mereka akan ketandusan orang untuk
diprospek.

Cuba anda fahami, saya tidak mengatakan anda
perlu menyerbu prospek-prospek anda serta-merta
sebaik sahaja anda mengenali mereka. Sesetengah
orang dalam Network Marketing melakukan
kesilapan itu dan ia adalah suatu kesilapan. Anda
hanya perlu tambahkan nama mereka ke dalam
senarai anda, berkawan, membina silaturahim
terlebih dahulu, dan bila tiba masa yang sesuai,
barulah anda boleh mula memprospek mereka.

THE ULTIMATE MEMORY JOGGER

4) LANGKAH KEEMPAT – Bersilaturahim dengan tujuan.

Golongan "Professional" sentiasa membina silaturahim
dengan orang-orang yang di sekelilingnya.

Sukar untuk bertemu kawan-kawan baru jika anda
menyendiri di rumah dan jauh dari masyarakat. Keluarlah.
Berseronoklah. Sertai gym, kelab sukarelawan, kelab
masyarakat dan berkecimpung dalam hobi yang terdapat
ramai orang. Cari tempat dan organisasi yang membolehkan
anda berjumpa dengan orang-orang baru.

Bukan sahaja anda dapat keseronokan, bahkan anda juga
akan bertemu dengan orang-orang baru yang sangat sesuai
untuk bisnes anda. lngatlah! Anda memegang kunci yang
dapat mengubah kehidupan ribuan manusia.

SKRIP PANGGILAN PROSPEK
FB Ads
+ MCO

Hello, Assalamualaikum Waalaikumsalam.

EJEN PROSPEK

En/Pn/Cik..,saya...., dari Syarikat konsultan
kewangan Takaful Ikhlas.

EJEN

Tujuan saya menghubungi En/Pn/Cik .. hari ini adalah
untuk berkongsi dengan lebih teliti berkenaan dengan
promosi yang kami adakan sekarang.

Ramai yang sudah menyertai dan mendapat manfaat daripada
program ini. Jadi En/Pn/Cik, saya perlukan 17 minit masa
En/Pn/Cik.. untuk saya berkongsi idea ini. Bila masa yang
paling sesuai untuk kita adakan appoinment online, esok atau
lusa?

[Prospek akan pilih hari yang sesuai]

PROSPEK

Baik, jika begitu, waktu bila yang sesuai, pagi atau
petang [beri pilihan sekali lagi kepada prospek] akan
E J E N pilih masa yang sesuai]

Jika terdapat perubahan, En/Pn/Cik.. boleh
hubungi saya di nombor ini... Insya ALLAH kita akan
jumpa pada hari..jam..masa..

Akhir sekali, boleh saya menghubungi
En/Pn/Cik.. kembali nanti?

Terima kasih En/Pn/Cik…, Insya-Allah kita
berjumpa nanti!

HOT-MARKET / NATURAL MARKET
Family, Relative & Associate (FRA)

Hello, Assalamualaikum En/Pn/Cik …

EJEN

Waalaikumsalam.

PROSPEK

(Sembang-sembang) En/Pn/Cik .., saya sekarang
bersama iiconsultancy Sdn Bhd, sebuah firma
E J E N konsultan kewangan. Pernah dengar iiConsultancy?
(Tunggu respon sebentar)

Tujuan saya menghubungi En/Pn/Cik .. hari ini
adalah untuk berkongsi satu idea yang menarik yang
sudah dikongsi dengan ramai orang, tentang plan
PERANCANGAN KEWANGAN dan PERLINDUNGAN
PENDAPATAN.

(Ramai yang sudah menyertai dan mendapat
manfaat daripada program ini. Jadi En/Pn/Cik..,
saya perlukan 17 minit masa En/Pn/Cik untuk saya
berkongsi idea ini.

Bila masa yang paling sesuai untuk kita adakan
appoinment online, esok atau lusa?…

WARM-MARKET -1

REFFERAL / FRA of FRA

Assalamualaikum
En/Pn/Cik …

EJEN

Waalaikumsalam.

EJEN PROSPEK

En/Pn/Cik .. tak kenal saya, tapi En/Pn/Cik.. tentu kenal
<NAMA RUJUKAN>.

En/Pn/Cik…, saya.. dari Aliff Consultancy Sdn Bhd,
sebuah firma konsultan kewangan. Pernah dengar
iiConsultancy? (Tunggu respon sebentar)

Tujuan saya menghubungi En/Pn/Cik.. hari ini adalah
untuk berkongsi satu idea yang menarik yang sudah
dikongsi ramai orang, tentang plan PERANCANGAN
KEWANGAN, PLAN PELABURAN dan PERLINDUNGAN
PENDAPATAN.

Ramai yang sudah menyertai dan mendapat manfaat
daripada program ini. Jadi En/Pn/Cik.., saya perlukan 17
minit masa En/Pn/Cik untuk saya berkongsi idea ini. Bila
masa yang paling sesuai untuk kita adakan appoinment
online, esok atau lusa?

WARM-MARKET -2

DIRECT APROACH - STRANGER

Assalamualaikum / Selamat pagi.. Ni
E J E N En/Pn/Cik …ke?

En/Pn/Cik ….., saya…..dari
TAKAFUL IKHLAS, apa khabar?

Boleh bercakap sebentar ?

SKRIP PANGGILAN

PROSPEK YANG DAH BUAT PRESENTATION
UNTUK MINTA 30 NAMA REFERRAL

Selepas selesai presentation

Macam mana dengan penerangan saya? Ok?
Adakah En/Pn/Cik suka jika saya kekal dalam industri
E J E N ini di samping memberi perkhidmatan yang terbaik
untuk En/Pn/Cik?

Jadi, untuk saya kekal dalam industri ini, saya perlukan
ramai lagi orang untuk saya bantu seperti En/Pn/Cik.

Oleh itu, saya perlukan bantuan En/Pn/Cik untuk
meneruskan perjalanan kerjaya saya dalam industri.

Boleh saya dapatkan 30 nama dan no tel adik beradik,
kawan-kawan tempat kerja yang sama-sama minum kopi
untuk saya kongsikan manfaat yang sama seperti yang
saya kongsikan dengan En/Pn/Cik.

En/Pn/Cik, saya akan beritahu nama En/Pn/Cik semasa
saya buat panggilan ini supaya mereka tahu mereka
berurusan dengan orang yang dikenali.

# 1 BOLEH / DIRECT APPROACH

Terima kasih En/Pn/Cik... Personally
En/Pn/Cik … tak kenal saya.

EJEN

Tujuan saya call En/Pn/Cik … hari ini ada 2 sebab.
Pertama saya nak perkenalkan diri saya pada
En/Pn/Cik… dan yang kedua saya nak share plan
yang ada di TAKAFUL IKHLAS.

Boleh saya set appointment dengan En/Pn/Cik …?.
Lepas tu En/Pn/Cik … boleh decide sama ada berminat
atau tidak. Tiada paksaan. Kalau tidak berminat pun tidak
mengapa, sekurang-kurangnya kita boleh jadi kawan.

Boleh saya jumpa En/Pn/Cik … hari…dan masa… ?

#2 BOLEH / REFERRAL

Terima kasih En/Pn/Cik.. Personally En/Pn/Cik.. tak
E J E N kenal saya. Nama En/Pn/Cik di introduce oleh

kawan Encik (...........@client yang refer). Tujuan
saya call En/Pn/Cik … hari ini ada dua sebab. Yang
pertama saya nak perkenalkan diri saya… dan kedua
saya nak share plan yang ada di TAKAFUL IKHLAS.

Boleh saya set appointment dengan En/Pn/Cik ….
Lepas itu En/Pn/Cik … boleh decide sama ada
berminat atau tidak, tiada paksaan. kalau tak
berminat pun tidak mengapa, sekurang-kurangnya
kita boleh jadi kawan.
Boleh saya jumpa En/Pn/Cik … hari..dan masa…?

Saya percaya En/Pn/Cik … dah banyak dengar
plan ini tetapi seperti yang saya katakan tadi tujuan
saya call hanya untuk share idea ini, ambil atau
tidak, tidak menjadi masalah.

Terima kasih En/Pn/Cik ….

1. “Boleh terangkan En/Pn/Cik …, idea yang ingin saya
kepada saya” kongsikan ini amat penting. Saya
akan pastikan penerangan saya
kepada.. benar-benar jelas dan

terang. Untuk itu, saya perlu
berjumpa .. secara video call, barulah
saya dapat terangkan idea ini. Boleh

kita aturkan temujanji pada …….
Jam…..?

2. “Boleh emelkan Begini En/Pn/Cik…, perkara yang ingin
saya” saya kongsikan kepada En/Pn/Cik..,
berbeza-beza mengikut keperluan

masing-masing. Jadi, saya perlu aturkan
temujanji online dengan En/Pn/Cik..

secara personal untuk menerangkannya.
Boleh saya jumpa pada ……jam ……..?

3. “Tidak, saya En/Pn/Cik…, mungkin masa yang
tidak mahu” saya cadangkan tidak sesuai, jadi
boleh kita jumpa pada ……. atau

……..?

4. “Saya sudah Oh, begitu rupanya, Tahniah,
ada kawan yang tentu beliau sudah menjalankan
menjadi ejen”
tugas yang sewajarnya untuk
En/Pn/Cik... Namun, saya tidak

bercadang untuk melakukan
perkara yang sama beliau telah
lakukan. Boleh kita jumpa pada

……. atau ……..?

5. “Saya tidak Betul, En/Pn/Cik..adalah orang yang
mampu” paling layak untuk menilai kemampuan

diri En/Cik.Tapi apa yang saya ingin
kongsikan adalah sesuatu idea yang
belum pernah En/Cik dengar sebelum ini.
Sekurang-kurangnya ia sudah dalam
pengetahuan En/Cik nanti apabila En/Cik
bersedia nanti. Boleh saya jumpa pada ….

atau ……..?

6. “Awak hanya Adakah kerana En/Cik tidak minat
membuang masa” dengan idea tentang takaful?

7. “Saya tidak En.., saya tidak fikir En/Cik untuk
berminat” berminat sesuatu idea yang En/Cik belum

lihat dan dengar lagi. Sebab itulah saya
ingin menemui En/Cik agar saya dapat
memberi gambaran tentang idea yang
berharga ini seterusnya En/Cik membuat
keputusan yang bijak. Boleh saya jumpa

pada ……. atau ……..?

8. “Saya sibuk” Sebab itulah saya hubungi En/Cik terlebih
dahulu sebelum kita berjumpa kerana saya

ingin menemui En/Cik pada masa yang
paling sesuai.Boleh saya jumpa pada …….
atau ……..? Begini En/Cik… saya memahami
situasi En/Cik yang_____.Bagaimanapun,
saya kira En/Cik akan kehilangan sesuatu

yang berharga sekiranya En/Cik tidak
mempertimbangkan idea ini. Lagipun, ia
hanya memakan masa 17 minit sahaja. Boleh

saya jumpa pada ……. atau ……..?

SKRIP WHATSAPP

MEM

PROSPEK

1. HARI PERTAMA - DOA

Minta doa dari seseorang melalui contact nombor dalam telefon kita.

“Assalamualaikum sahabat syurga yang saya kasihi……

Saya nak maklumkan bahawa saya sedang menjalankan projek hibah
wakaf bersama Takaful Ikhlas yang sedang viral ni…

Cikgu saya bagitau, ‘nak berjaya kena ramai orang yang mendoakan kita’..
anda semua boleh tolong doakan saya ya…”

2. HARI KEEMPAT - POSTER KATA HIKMAH DAN PRODUK INTRO

Hantar kata-kata amalan sebelum subuh, sedekah subuh, al-Kahfi, zikir,
motivasi dan lain2. – poster kata hikmah

Tak boleh tulis no hp. Hanya tulis “nak tahu tanya saya” – produk intro

3. HARI KEENAM - POSTER PROMOSI DAN GIFT TERHAD

Hantar poster dan sertakan ayat di bawah:

“Dengan sukacita saya ingin membantu sahabat yang benar-benar
hendak melangsaikan hutang. Siapa yang nak saya bantu SILA HADIR KE
FORUM KAMI DALAM GOOGLE MEET DI BAWAH, kemudian PM saya
setelah selesai.

SAYA NAK BANTU 5 ORG SHJ‼️‼️
SAYA NAK YANG BETUL-BETUL SERIUS NAK LANGSAIKAN
HUTANGNYA....

SCREENSHOT FORUM DI ATAS KEPADA SAYA SEBAGAI BUKTI ANDA
HADIR FORUM TERSEBUT...

INGAT‼️‼️‼️‼️‼️
SAYA NAK BANTU 5 ORG SHJ‼️‼️‼️

4. SEND GOOGLE FORMS

Buat google form yang sesuai dengan situasi pada masa itu.

PRESENTATION SCRIPT

1. THREE Lines Presentation

Dalam situasi En/Pn/Cik perlukan RM300,000 untuk menampung
kos rawatan kemalangan ataupun kos rawatan penyakit kritikal. Saya
nak bertanya En/Pn/Cik..... berapa lama jangka masa dan berapa
jumlah simpanan bulanan yang perlu diasingkan untuk ada simpanan
sebanyak RM 300,000?
Setelah saya mengira.
En/Pn/Cik perlu menyimpan RM250 sebulan di dalam simpanan
biasa di bank selama 100 tahun untuk En/Pn/Cik ada amaun
terkumpul sebanyak RM300,000.
Namun En/Pn/Cik, dengan hanya mengalihkan simpanan RM250
sebulan ke dalam akaun bersama di TAKAFUL IKHLAS, En/Pn/Cik
akan berjaya capai hasrat berkenaan.
En/Pn/Cik akan dilindungi dalam tempoh 24 jam akibat
kemalangan, 30 hari akibat kemasukan hospital kerana demam/sakit
ringan serta semulajadi, 90 hari kerana diagnos penyakit kritikal dan
120 hari penggunaan kad perubatan akibat sakit-sakit yang kritikal.

Selain dari itu, En/Pn/Cik dijamin untuk menerima pampasan 36 penyakit
kritikal sebanyak RM150,000 polisi akan menjadi percuma pembayarannya
akibat penyakit kritikal dan lumpuh kekal, kad perubatan yang bernilai
RM170,000 tahunan, tiada limit seumur polisi, pampasan kematian
RM300,000, pampasan lumpuh kekal RM300,000, semuanya ini dibiayai
oleh TAKAFUL IKHLAS.

Jika En/Pn/Cik lihat manfaat yang saya bentangkan ini, adakah berbaloi
dengan En/Pn/Cik alihkan RM250 ke dalam tabung tabarru di TAKAFUL
IKHLAS?

2. SEVEN Benefits Presentation

Ini adalah 7 manfaat utama yang kami ada di Takaful Ikhlas. En/Pn/Cik
boleh pilih manfaat ini dan kami akan ‘customize’ mengikut keperluan dan
kemampuan En/Pn/Cik.
1. Manfaat Kematian @ Death Benefit. Katakanlah

semalam saya meninggal, waris saya akan
dapat HIBAH 100k + Nilai Tunai.
2. Manfaat Hilang Upaya Kekal @ TPD (Total
Permanent Disability). Ada dua kemungkinan
boleh berlaku TPD

Accident
Stroke (penyakit) Apabila keadaan ini berlaku, Takaful Ikhlas akan
bayar 100k CASH untuk tujuan kelangsungan hidup.
3. Manfaat Penyakit Kritikal @ Critical Illness.
Jika semalam, saya disahkan kena salah satu
daripada 36 penyakit kritikal, contohnya
Cancer, Leukemia, heart attack, brain tumor,
kidney failure..., saya akan dapat 100k CASH.
Duit ni saya boleh guna untuk tampung kos
perubatan dan rawatan.
4. Accident (CPAB) @ Comprehensive Personal
Accident Benefit) Jika berlaku;
Kematian - akibat Accident, Waris saya akan dapat 50k + 100k + Nilai
Tunai
Hilang Upaya Kekal (TPD) - akibat Accident, Saya akan dapat 50k
+100k
MC - akibat Accident, contoh patah kaki, patah tangan, tak boleh
bekerja minima 7 hari berturut- turut, saya boleh claim RM300
seminggu, max 52 minggu.

5. Elaun Wad @ Hospital Income Benefit.
Katakanlah semalam saya masuk hospital lebih
dari 6 jam saya boleh claim RM100 sehari
maksima 365 hari.
6. Kad Perubatan @ Medical card. Ada 2 perkara
yang perlu kita tahu
1. Limit Bilik @ R&B
2. Limit Kad ; Tahunan & Lifetime
Contoh Bilik; RM150 Limit Tahunan; RM170k
Lifetime; Unlimited.

7. Pengecualian Bayaran @ Waiver jika disahkan salah satu dari 36
penyakit kritikal. Polisi akan jadi percuma.
Senario :
Mr. X disahkan kanser,

Takaful Ikhlas akan bayar RM100k CASH.
Mr. X boleh pilih mana-mana panel seluruh malaysia untuk
mendapatkan rawatan.
Kos rawatan Mr. X ditanggung oleh Medikal Kad.
Mr. X boleh claim Elaun Wad RM100/sehari, mengikut bilangan hari
warded.
Bayaran polisi takaful Mr. X jadi percuma.
Tambahan jika Mr. X terlibat kemalangan Mr. X dapat MC selama 2
bulan,
Mr. X boleh claim RM300/seminggu sehingga tamat tempoh MC.

En/Pn/Cik, ini ada 7 manfaat yang Takaful Ikhlas nak offer, yang mana
satu tak penting, tak perlu atau En/Pn/Cik tak nak? Semua penting dan
perlu? RM3000 setahun adakah ok untuk En/Pn/Cik mulakan akaun ini?

7 MANFAAT YANG PERLU ANDA MILIKI

1. BYE-BYE

Selesaikan hutang, khairat serta
perbelanjaan harian keluarga

RM 200,000.00

2. DISAHKAN SALAH
SATU DARI 36 PENYAKIT

KRITIKAL

Kanser, Leukimia, Serangan Jantung,
Kanser Otak, Kerosakan kedua
buah pinggang

RM 100,000.00

3. TPD/HILANG
UPAYA KEKAL

Hilang upaya kekal akibat sakit
(stroke) @ kemalangan
RM 200,000.00

4. MENINGGAL @ Terlibat dengan kemalangan,
TPD AKIBAT dan ada kemungkinan saya

KEMALANGAN meninggal @ TPD

RM 200K + 50K = RM250K

5. MANFAAT TUNAI Tangan @ kaki saya patah akibat
MINGGUAN JIKA MC kemalangan, dan tidak boleh
6. MANFAAT TUNAI
berkerja min 7 hari berturut-turut
ELAUN HOSPITAL RM 300 / Minggu
7. MANFAAT HIBAH
Warded di Hospital lebih dari 6 jam,
WAKAF saya dah boleh tuntut RM200sehari

dan max 365 hari

RM 100 / Hari

Sumbangan terakhir kita untuk
bekalan akhirat sebagai jariah yang

berkekalan

RM 200K @ 250K

3. THE I.M.P.A.C.T

I Isolate
(Mengasingkan)

M My Expertise
(Kepakaran Saya)

P Prioritise
(Keutamaan)

A Agree on Needs
(setuju atas keperluan)

C Commitment
(komitmen)
T Trial to closed
(percubaan untuk ditutup)

3. THE I.M.P.A.C.T

1.Isolate (mengasingkan), My Expertise (kepakaran saya), Prioritise
(keutamaan) Agree on Needs (setuju atas keperluan), Commitment
(komitmen), Trial to closed (percubaan untuk closed)

2. “Saya tidak sama dengan agent lain” saya bukan nak jual apa-apa,
saya di sini sekadar untuk memahami keperluan kewangan dan
MEMBANTU En/Pn/Cik merancang dengan sewajarnya agar En/Pn/Cik
dan keluarga berada dalam perlindungan kewangan yang sangat baik
dan tersusun.

3. Kepakaran saya membantu En/Pn/Cik merancang perlindungan
pendapatan, perlindungan untuk hutang, membuat akaun KWSP kedua,
menyediakan tunai segera iaitu HIBAH, merancang kewangan masa
depan anak-anak, menyediakan kewangan untuk perubatan. Ini contoh
claim pelanggan saya.

4. Di antara 8 gambar di bawah ini, boleh En/Pn/Cik tolong saya
pilihkan mengikut keutamaan En/Pn/Cik. 1 yang paling penting
sehingga 8 yang paling kurang penting.

APAKAH KEUTAMAAN
KEWANGAN ANDA?

SMART SAVING PLAN CHILD EDUCATION

MEDICAL FUND INCOME PROTECTION

DEBTS PROTECTION RETIREMENT PLAN

HIBAH PLANNING CHARITY PLAN

kitaran jualan

- Apa yang membuatkan orang ramai membeli?
` psikologi dalam pembelian `
BELI

pertimbangkan pilihan

cari jalan penyelesaiaan

mengenalpasti masalah / keperluan
MEMBELI

INSURANS DIJUAL BUKAN DIBELI
- Tiada siapa yang bangun dan memutuskan untuk dibeli.
- Sekiranya mereka memerlukan; sudah tidak layak.

5.
Pertanyaan Mengenai Komitmen

(mendapatkan tawaran)

4. 1.
Pembentangan Penyelesaian Mencari Bakal Pelanggan

(mendapatkan pembelian untuk (mendapatkan prospek yang betul)
penyelesaian anda)

3. 2.
Pencarian Fakta Menghampiri

(mengenali klien) (mendapatkan temu janji)

Melakukan ppeerrkkaarraa yang betul dengan cara yang betul dengan
oorraanngg yyaanngg bbeettuull..

KEPENTINGAN RANGKAIAN (PROJEK 100)

- merujuk kepada mengekalan hubungan dengan kenalannya.

RANGKAIAN DAN KUMPULAN

- Perniagaan - Pasaran Semula jadi
- Pembelajaran - Pasaran Hangat
- Idea - Pasaran Dingin (majlis tinjauan kempen)
- Keluarga / Peribadi - Pusat Yang Berpengaruh

Pemimpin organisasi

Pemimpin komuniti

Pengaruh media sosial

PASARAN HANGAT

- Yang tertutup kepada kita

-kenalan rapat dan penting

- Usaha sekurang-kurangnya untk menyakinkan / memperoleh

-sekurang-kurangnya usaha untuk menyakinkan

- Malah boleh jatuh sendiri

-boleh mendaftar secara sukarela
- harus diutamakan

Siapa yang boleh menjadi milik kita?

SOSIAL MEDIA - orang yang sangat menyayangi awak
KOMUNITI - orang yang menjadi contoh
KENALAN - orang yang memberi sokongan kepada perkara yang dilakukan
- orang yang setia dengan awak
- orang yang mempercayai anda

PASARAN HANGAT

KAWAN-KAWAN KENALAN KELUARGA / MEREKA YANG
SAUDARA-MARA PALING ANDA KENALI

mereka yang paling anda kenali

MEMIMPIN : TEMUJANJI : KES (sekurang-kurangnya)

20 : 10 : 1

PASARAN HANGAT

-perkenalan
- objektif
- menyediakan pilihan

Sasaran minggu pertama anda ialah pasaran semulajadi anda.
- PROSPEK GANTUNG UNDANG-UNDANG

SALURAN MENDEKATI

KENAPA TELEFON ?

> Jimat masa dan membantu merancang
> Memberi keyakinan
> Membina perhubungan
> Profesional dan budiman

MENDEKATI MELALUI TELEFON

> Berkenalan
> Memulakan objektif
> Menyediakan pilihan

OBJEKTIF

> Untuk menetapkan temujanji atau untuk menetapkan mesyuarat maya
> Mengesahkan kesediaan propek (kualiti prospek melalui respon dan kata-
katanya)

MENERIMA IDEA :

> Mewujudkan keadaan mendesak

* Saya adalah perancang kehidupan untuk Takaful Ikhlas, Saya ingin memberikan
perkhidmatan saya untuk anda, Saya memerlukan seusia anda untuk menambah pendapatan
sehingga mencecah RM1 Juta. (contoh dari peserta)

1. Baru menyertai TAKAFUL IKHLAS sebagai perancang kehidupan
2. Kecergasan TAKAFUL IKHLAS

- adalah tentang gaya hidup
- awak jaga kesihatan awak tapi AIA bagi hadiah

3. Mereka situasi memerlukan pencetus khusus

contoh: Pandemik, Covid-19 (mereka masalah)

4. Perkhidmatan semakan secara percuma

: tiada kewajipan (nak taknak terpulang kepada encik)

Tapi..... laut tidak semestinya tenang..... awak akan hadapi sesuatu di luar jangkaan.

KEBIASAAN
> Kenapa jadi agen insurans
> Saya tidak mempunyai wang

BARU MENYERTAI TAKAFUL IKHLAS SEBAGAI PERANCANG KEHIDUPAN

Saya ingin berkongsi berita menarik dengan anda. Saya baru menyertai TAKAFUL
IKHLAS. Saya seorang perancang kehidupan sekarang atau biasa dipanggil
ejen.

Setakat ini ia memberi ganjaran kepada saya kerana saya merancang kerja
saya, belajar, menggembangkan diri dan bertemu orang.

Untuk memulakan perniagaan saya, saya telah berjumpa dengan ahli keluarga
dan kawan rapat dan berkongsi tentang pengurusan kewangan dan risiko.

MENANGANI BANTAHAN DENGAN EMPATI

> Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri
> Membina kepercayaan diri
> Memahami kelemahan prospek dan prospek kami dengan mengaitkan dengan
................

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENUNJUKKAN EMPATI - 3F

FEEL > Saya tahu perasaan awak

(Perasaaan)

FELT(Merasakan) > Orang lain juga pernah merasakan perkara yang sama

FOUND(Menemui) > Tetapi bersama-sama kita telah menemui penyelesaian

1. 1-5 second - Berapa saat diambil untuk kesan pertama (First Impression)
yang terbentuk -7 Saat

2. Apakah yang ada dalam fikiran orang tentang anda apabila mereka mula-
mula bertemu dengan anda? -Status sosial

3. Orang membuat andaian tetang orang lain berdasarkan pilihan mereka
(kasut yang kita pakai) -penampilan

4. Orang yang formaliti membuat hubungan mata dianggap sebagai lebih
kecerdikan

5. Penceramah yang cekap penceramah dinilai dengan lebih cekap

- PENAMPILAN YANG BERJAYA -

HIBAH BERGANDA

Umur Class Kerja Caruman Y-5 Y-10
25
26 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
27 Class-3 85 1k-2k 5k-6k
28
29 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
Class-3 85 1k-2k 5k-6k
30
Class-2 83 1k-2k 5k-6k
31 Class-3 85 1k-2k 5k-6k
32
33 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
34 Class-3 84 1k-2k 5k-6k
35
36 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
37 Class-3 84 1k-2k 5k-6k
38
39 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
40 Class-3 85 1k-2k 5k-6k
41
42 Class-2 83 1k-2k 5k-6k
43 Class-3 85 1k-2k 5k-6k

Class-2 84 1k-2k 5k-6k
Class-3 86 1k-2k 5k-6k

Class-2 86 1k-2k 5k-6k
Class-3 88 1k-2k 5k-6k

Class-2 89 1k-2k 5k-6k
Class-3 90 1k-2k 5k-6k

Class-2 102 1k-2k 6k-7k
Class-3 104 1k-2k 6k-7k

Class-2 107 1k-2k 6k-7k
Class-3 110 1k-2k 6k-7k

Class-2 115 1k-2k 6k-7k
Class-3 117 1k-2k 6k-7k

Class-2 124 2k-3k 7k-8k
Class-3 126 2k-3k 7k-8k

Class-2 135 2k-3k 7k-8k
Class-3 137 2k-3k 7k-8k

Class-2 135 2k-3k 7k-8k
Class-3 137 2k-3k 7k-8k

Class-2 166 2k-3k 9k-10k
Class-3 170 2k-3k 9k-10k

Class-2 188 2k-3k 10k-11k
Class-3 192 2k-3k 10k-11k

Class-2 217 3k-4k 11k-12k
Class-3 222 3k-4k 11k-12k

HIBAH BERGANDA

Y-15 Y-20 Y-25 Y-30

10k-11k 14k-17k 18k-23k 22k-29k
10k-11k 14k-17k 19k-23k 22k-29k

10k-11k 14k-16k 18k-22k 21k-28k
10k-11k 14k-17k 18k-23k 22k-28k

9k-11k 14k-16k 17k-22k 20k-27k
10k-11k 14k-16k 18k-22k 20k-27k

9k-10k 13k-16k 17k-21k 19k-26k
9k-11k 13k-16k 17k-21k 19k-26k

9k-10k 13k-15k 16k-20k 18k-24k
9k-10k 13k-15k 16k-20k 18k-24k

9k-10k 13k-15k 15k-20k 16k-23k
9k-10k 13k-15k 15k-19k 16k-23k

9k-10k 12k-14k 14k-18k 15k-21k
9k-10k 12k-15k 15k-19k 15k-21k

9k-10k 12k-14k 14k-18k 15k-21k
9k-10k 12k-14k 14k-18k 14k-20k

9k-10k 12k-14k 13k-17k 12k-18k
9k-10k 12k-14k 13k-17k 13k-19k

9k-10k 12k-14k 13k-17k 11k-17k
9k-10k 12k-14k 13k-17k 11k-17k

10k-13k 13k-16k 15k-20k 14-21k
10k-12k 13k-17k 15k-20k 14k-21k

10k-13k 13k-16k 15k-20k 14k-21k
11k-12k 14k-17k 15k-20k 13k-20k

11k-12k 14k-17k 15k-20k 13k-20k
11k-12k 14k-17k 16k-20k 13k-20k

12k-13k 15k-18k 16k-21k 13k-20k
12k-13k 15k-18k 16k-21k 13k-20k

12k-14k 16k-19k 17k-22k 13k-21k
12k-14k 16k-19k 17k-22k 13k-21k

12k-14k 16k-19k 17k-22k 13k-21k
12k-14k 16k-19k 17k-22k 13k-21k

15k-16k 19k-22k 20k-26k 15k-24k
15k-17k 19k-23k 20k-26k 15k-24k

16k-18k 21k-25k 22k-29k 19k-29k
17k-19k 21k-25k 22k-30k 19k-30k

19k-21k 24k-29k 26k-34k 24k-36k
19k-21k 24k-29k 26k-35k 25k-37k

HIBAH BERGANDA

Umur Class Kerja Caruman Y-5 Y-10
44
45 Class-2 261 3k-4k 13k-14k
46 Class-3 268 3k-4k 14k-15k
47
48 Class-2 333 4k-5k 17k-19k
49 Class-3 341 4k-5k 18k-19k
50
51 Class-2 445 6K-7K 24K-25K
52 Class-3 455 6K-7K 24K-26K
53
54 Class-2 641 9K-10K 34K-37K
55 Class-3 657 9K-10K 35K-38K
56
57 Class-2 1069 16K-17K 58K-62K
58 Class-3 1097 16K-17K 59K-63K
59
60 Class-2 1207 18K-19K 67K-71K
Class-3 1239 19K-20K 68K-73K

Class-2 1307 20K-21K 74K-79K
Class-3 1342 21K-22K 76K-81K

Class-2 537 7K-8K 28K-30K
Class-3 551 8K-9K 29K-31K

Class-2 446 5K-6K 21K-23K
Class-3 458 5K-6K 22K-23K

Class-2 392 4K-5K 17K-18K
Class-3 402 4K-5K 17K-18K

Class-2 358 3K-4K 14k-15k
Class-3 368 3K-4K 14K-15K

Class-2 360 3K-4K 13K-14K
Class-3 369 3K-4K 14K-15K

Class-2 342 3K-4K 13K-14K
Class-3 352 3K-4K 14K-15K

Class-2 327 2k-3k 11k-12k
Class-3 336 2k-3k 12k-13k

Class-2 312 1k-2k 7k-8k
Class-3 320 1k-2k 7k-8k

Class-2 304 1k-2k 5k-6k
Class-3 312 1k-2k 5k-6k

Class-2 301 1k-2k 3k-4k
Class-3 309 1k-2k 3k-4k

HIBAH BERGANDA

Y-15 Y-20 Y-25 Y-30 Matang umur 71 tahun

23k-25k 29k-35k 33k-43k 34k-49k
23k-26k 30k-36k 34k-44k 36k-51k

29k-33k 39k-47k 46k-59k 83k-111k
30k-34k 40k-48k 47k-60k 84k-113k

40K-45K 55K-66K 68K-59K 83K-11K
41K-46K 57K-67K 47K-60K 84K-113K

60K-67K 13k-16k 109K-137K 137K-181K
61K-68K 13k-16k 112K-140K 141K-186K

103K-115K 151K-177K 203K-251K 260K-339K
105K-118K 155K-182K 208K-258K 268K-349K

121K-134K 180K-210K 245K-301K 317K-410K
124K-138K 184K-216K 252K-310K 326K-422K

136K-152K 204K-239K 283K-347K 362K-468K
14K-156K 210K-245K 290K-356K 372K-482K

67K-78K 50K-56K N/A N/A
69K-80K 52K-58K N/A N/A

46K-53K N/A N/A N/A
41K-47K N/A N/A N/A,

32K-37K N/A N/A N/A
33K-38K N/A N/A N/A

24K-27K N/A N/A N/A
24K-28K N/A N/A N/A

21K-24K N/A N/A N/A
22K-24K N/A N/A N/A

16K-18K N/A N/A N/A
17K-19K N/A N/A N/A

16k-18k N/A N/A N/A
17k-19k N/A N/A N/A

8k-9k N/A N/A N/A
8k-9k N/A N/A N/A

N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A N/A

N/A N/A N/A N/A
N/A N/A N/A N/A

HIBAH BERGANDA

Caruman terendah

Umur Anak bagi situasi Tempoh / Basic Control Top Up Anggaran Nilai Tunai
Lelaki (MALE Payor = Class Matang Umur
Y15: 16k - 18k
-1) 60 Tahun Y20: 25k-29k
*IBS Medical Card Y30: 45k - 58k
Y40: 68k - 98k
SumCovered 10K* Y59: 110k - 207k

1 200 59 100 100 Y15: 17k - 19k
Y20: 25k - 30k
2 200 58 100 100 Y30: 46k - 559k
Y40: 69k - 99k
3 200 57 100 100 Y58: 108k - 202k

4 200 56 100 100 Y15: 18k - 20k
Y20: 26k - 31k
5 200 55 100 100 Y30: 47k - 61k
Y40: 70k - 101k
6 156 54 106 50 Y56: 106k - 196k
77 115566 5544 110066 5500
Y15: 18k - 20k
Y20: 27k - 32k
Y30: 48k - 62k
Y40: 71k - 103k
Y56: 104k - 191k

Y15: 19k - 21k
Y20: 28k - 32k
Y30: 48k - 62k
Y40: 71k - 103k
Y56: 104k - 191k

Y15: 11k - 12k
Y20: 17k - 20k
Y30: 49k - 64k
Y40: 71k - 105k
Y56: 102k - 187k

YY1155:: 1111kk -- 1122kk
YY2200:: 1177kk--2200kk
YY3300:: 3300kk -- 3399kk
YY4400:: 4433kk -- 6633kk
YY5599:: 5544kk -- 9999kk

8 156 51 106 50 Y15: 11k - 12k
9 156 51 106 50 Y20: 17k - 20k
10 156 56 100 100 Y30: 30k - 39k
11 156 55 100 100 Y40: 43k - 63k
12 156 54 106 50 Y58: 52k - 95k
13 156 47 106 50
14 156 46 106 50 Y15: 11k - 12k
Y20: 17k - 20k
Y30: 30k - 39k
Y40: 42k - 62k
Y56: 50k - 90k

Y15: 11k - 13k
Y20: 18k - 21k
Y30: 30k - 39k
Y40: 42k - 61k
Y56: 49k - 82k

Y15: 11k - 13k
Y20: 18k - 21k
Y30: 30k - 39k
Y40: 41k - 61k
Y56: 47k - 82k

Y15: 11k - 13k
Y20: 18k - 21k
Y30: 30k - 39k
Y40: 41k - 61k
Y56: 47k - 82k

Y15: 12k - 13k
Y20: 18k - 20k
Y30: 30k - 38k
Y40: 39k - 59k
Y56: 43k - 73k

Y15: 12k - 13k
Y20: 18k-20k
Y30: 29k - 38k
Y40: 38k - 58k
Y59: 41k - 69k

15 156 Y15: 14k - 16k
16 156 Y20: 21k - 24k
17 156 45 106 50 Y30: 34k - 45k
18 156 Y40: 45k - 68k
19 156 Y58: 47k - 77k

Y15: 14k - 16k
Y20: 21k - 24k
44 121 50 Y30: 34k - 45k
Y40: 45k - 68k
Y56: 47k - 77k

Y15: 14k - 16k
Y20: 21k - 25k
43 121 50 Y30: 34k - 45k
Y40: 44k - 67k
Y56: 45k - 73k

Y15: 14k - 16k
Y20: 21k - 25k
42 121 50 Y30: 34k - 44k
Y40: 43k - 66k
Y56: 44k - 70k

Y15: 14k - 16k
Y20: 21k - 25k
41 121 50 Y30: 33k - 44k
Y40: 41k - 64k
Y56: 42k - 6k


Click to View FlipBook Version