SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN [email protected]
JALAN TENGKU MUHAMMAD [email protected]
25050 KUANTAN, PAHANG Sekolah Menengah Teknik
Tel : 09-5601442 Kuantan Official
Fax : 09-5662420
Seramai 239 orang pelajar tingkatan 4
telah mendaftar ke SM Teknik Kuantan
pada 7 April 2022 yang lalu. Sebagai
langkah pencegahan awal dan prosedur
sebelum mendaftar, semua pelajar
perlu membuat ujian saringan Covid-19
menggunakan Antigen Saliva Test-Kit.
Ujian Saringan telah dilaksanakan di
perkarangan pakir hadapan sekolah
oleh guru yang bertugas. Pelajar yang
didapati keputusan ujiannya negatif
akan bergerak ke Bengkel PKA, PKE,
PKM dan STUDIO LK untuk pendaftaran
kursus. Seterusnya, pelajar ke asrama
untuk bagi pelajar yang mendapat
tawaran asrama.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 7 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 7 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : PEJABAT WARDEN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 7 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : SURAU AL HIDAYAH
Taklimat Asrama telah disampaikan oleh Ustaz Nik
Yusri bin Nik Ahmad Kamil selaku Ketua Warden
Asrama SM Teknik Kuantan. Taklimat ini diadakan
pada 7 April 2022 di Surau Al-Hidayah bermula jam
9.30 malam. Pelajar diberikan taklimat pengurusan
diri di asrama. Selain itu, ketua warden juga
menerangkan peraturan asrama yang perlu dipatuhi
oleh semua pelajar bagi menjamin kesejahteraan
dan keselamatan mereka di asrama.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 7 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : SURAU AL HIDAYAH DAN DEWAN IBNU SINA,
SM TEKNIK KUANTAN
Program Minggu Serasi ini telah diadakan khusus untuk
pelajar tingkatan empat yang baru mendaftar. Program
ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan
Isnin. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem
pembelajaran di SM Teknik Kuantan sebagai persediaan
ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Selain
itu, untuk membentuk sahsiah pelajar dari awal
persekolahan agar dapat melahirkan pelajar yang
bersahsiah terpuji. Pelbagai pengisian disediakan seperti
sesi taklimat, aktiviti bersama-sama Pengawas PSS dan
ekplorasi bersama-sama PRS.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 11 APRIL 2022 (ISNIN)
TEMPAT : BILIK DARJAH
Program ini diadakan untuk memberi kesedaran
disiplin dan pemahaman peraturan serta undang-
undang di sekolah atau asrama supaya pelajar
dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan
gejala buli dan melakukan perubahan sikap serta
tingkah laku bagi membangunkan potensi diri
secara menyeluruh. Program Ops Sejahtera ini
dilaksanakan secara berfokus merangkumi empat
program utama iaitu Pelaksanaan Program Baiah,
Ops Jejak Asrama, Ops Cakna Buli dan Program
Pembangunan Adab Sahsiah Pahang (ASPA).
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 13 APRIL 2022 (RABU)
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
SM TEKNIK KUANTAN
Kedai Jujur SPRM merujuk kepada kedai, kios
atau sudut yang beroperasi pada waktu
persekolahan dan menjual barangan yang cepat
terjual, tanpa jurujual dan tidak bermotifkan
keuntungan semata-mata. Kedai Jujur SPRM
bertujuan untuk mendidik dan menerapkan
elemen integriti secara praktikal dalam kalangan
murid di sekolah.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 18 APRIL 2022 (ISNIN)
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
SM TEKNIK KUANTAN
Program ini telah diadakan pada 7
April 2022 yang melibatkan semua
pelajar tingkatan 5 bermula 7.30 pagi
hingga 1.45 petang. Antara tentatif
program yang disediakan adalah solat
dhuha, bacaan yassin, tadarus al-
Quran dan pertandingan nasyid.
Sebanyak tujuh kumpulan yang
terlibat dalam pertandingan nasyid
tersebut.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JLN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 18 APRIL 2022 (ISNIN)
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
SM TEKNIK KUANTAN
Seramai 14 orang pelajar tingkatan 5 telah
terpilih sebagai penerima Biasiswa dari
Yayasan Negeri Pahang. Pelajar akan
diberikan biasiswa sebanyak dua kali setahun
yang berjumlah RM600. Pemilihan penerima
biasiswa adalah dalam kalangan ibu bapa
yang pendapatan di bawah RM2500, anak
yatim piatu, anak pesara atau anak ibu
tunggal.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JLN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
TARIKH : 21 APRIL 2022 (KHAMIS)
TEMPAT : BILIK DARJAH
Kempen Galakan Membaca ini adalah anjuran
bersama-sama Sektor Sumber dan Teknologi
Pendidikan JPN dan Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Pahang. Kempen ini diadakan bagi
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap
cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan pembacaan dalam kalangan murid. Kempen
ini akan dilaksanakan sepanjang bulan April pada
setiap tahun.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA ANAK YATIM
TARIKH : 26 APRIL 2022 (SELASA)
TEMPAT : MASJID SULTAN AHMAD 1, KUANTAN
Majlis Penyerahan Sumbangan diadakan di Masjid
Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sumbangan disampaikan
oleh pihak masjid kepada anak-anak yatim di SM Teknik
Kuantan seramai 23 orang dan setiap seorang akan
menerima sebanyak RM100 seorang.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN
JALAN TENGKU MUHAMMAD
25050 KUANTAN, PAHANG
Tel : 09-5601442
Fax : 09-5662420
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SM TEKNIK KUANTAN
TARIKH : 29 APRIL 2022 (JUMAAT)
TEMPAT : SURAU AL-HIDAYAH, SM TEKNIK KUANTAN
Unit Bina Insan Sekolah Menengah Teknik Kuantan
telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 29
April 2022. Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan untuk
memberi dorongan kepada para pelajar supaya
memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan dan
memberi motivasi untuk bersama-sama menghayati
bulan Ramadan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti
bacaan yassin, Ceramah Sepuluh Ramadan Terakhir dan
Bacaan Khatam Al-Quran.
Dalam kelembutan lidah
Ada juga ketelanjuran kata
Dalam gurau senda
Sudah tentu ada khilaf dan dosa
Salam Aidilfitri
Mohon maaf zahir dan batin