SUKU KAUM DI MALAYSIA
KAUM
SULUK DI
MALAYSIA
WRITTEN BY
NAKHODA
ISI KANDUNGAN
LATAR BELAKANG
SEJARAH
PENEMPATAN
AGAMA
BAHASA
PERAYAAN
BUDAYA (MAKANAN)
BUDAYA (PAKAIAN)
BUDAYA (TARIAN)
BUDAYA (PERKAHWINAN)
PENUTUP KATA
SUMBER RUJUKAN
LATAR BELAKANG
Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan
Borneo (Sabah)sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini
menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan.
Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga
mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang
popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay,
samrah dan betawi.
Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan
menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa
maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di
kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat
dan Kota Kinabalu
SEJARAH
Mengikut sejarahnya, Sabah dahulunya adalah sebahagian Kerajaan
Kesultanan Melayu Sulu ( di sebelah timur ) yang begitu rapat
hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei ( di
sebelah barat Sabah ).
Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan
bahagian timur Sabah termasuk di kawasan sepanjang Sungai Sugut,
Sungai Labuk dan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Masyarakat Melayu Suluk telah membuka penempatan di pesisiran
pantai sebelah timur Sabah. Misalnya, Sandakan dan Lahad Datu
adalah contoh penempatan yang diberi nama mengikut bahasa
Suluk asli. Sandakan adalah bermaksud 'Tanah Gadaian' manakala
Lahad Datu bermaksud 'Persinggahan Datu'.
Oleh kerana Sabah Timur di bawah pemerintahan Kerajaan
Melayu Sulu, banyak golongan bangsawan di kalangan
masyarakat Suluk Sabah yang dilantik sebagai wakil
pemerintah Kerajaan Melayu Sulu. Misalnya Datu Paduka Mat
Salleh yang diberi kuasa untuk menjaga perairan Sungai
Sugut. Gelaran 'Datu' pula adalah gelaran yang diberikan
kepada golongan bangsawan masyarakat Melayu Suluk di
Sabah. Di Tawau pula, pemimpin Melayu dari keturunan
Suluk yang pernah memimpin masyarakat suatu ketika
dahulu ialah Sarip Ali dari tahun 1905 hingga 1912. Selepas itu,
ketika sebelum dan selepas Perang Dunia dan Pendudukan
Jepun di antara tahun 1937 hingga 1953, Penghulu Abu Bakar
yang juga berketurunan Suluk Tawau pernah memimpin
masyarakat Melayu di Tawau. Kemudian era pra
kemerdekaan, Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani ( juga
berketurunan Suluk Sabah ) pula memainkan peranan
sebagai pemimpin masyakarat Melayu di Tawau. Beliau telah
dilantik sebagai Pengerusi USNO pada Mei 1962 dan memikul
tanggungjawab untuk menyatukan semua orang-orang
Melayu pada masa itu di bawah satu payung iaitu USNO bagi
menuntut kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16
September 1963.
PENEMPATAN
Suku kaum Suluk ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai
timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. Masyarakat
Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun Melayu sama seperti suku
kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa.
Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza
dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan
tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup.
AGAMA
Agama rasmi yang dianuti ialah agama Islam.
Hal ini kerana pada masa itu, kesultanan sulu penganut agama islam
oleh hal sedemikian rakyatnya juga ikut menganut agama islam
BAHASA
Bahasa Suluk atau Bahasa Tausug ialah bahasa yang dituturkan di
Kepulauan Sulu, Malaysia (sebahagian kecil kawasan di Sabah),
Mindanao, Filipina dan Kalimantan, Indonesia oleh orang Tausug.
Bahasa suluk dikenali oleh bangsa Tagalog sebagai Wikang Tausug,
manakala orang-orang Cebuano mengenali Bahasa Tausug sebagai
Tinausug.
PERAYAAN
Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar cekap dan dikenali
dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan
handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan
tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain
itu, tarian yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk"
yang ditarikan oleh orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan.
BUDAYA
MAKANAN TRADISONAL
Makanan tempatan suku kaum Suluk yang paling popular adalah sup
hitam Tiyula Itum ia daripada Daging dan dimasak dengan Kelapa
bakar yang sudah dihancur sebagai perencah kepada sup. Tiyula
Itum menjadi kegemaran dan kemestian kepada semua suku kaum
suluk jika ada perayaan seperti Perkawinan dan ia jarang-jarang
dimasak kecuali perayaan besar-besaran.selain itu makanan-
makanan tempatan suku kaum suluk adalah seperti.
MAKANAN
Tiyula Itum Piyalam Istah piritu
Tiyula Istah Bianban Piassak
Kinilau Sianglag
Piyalam
KUIH MUIH
Palikambing
Bangbang Hantak
Patulakan
PAKAIAN
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas
manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh
dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-
ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan
dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan
lagi si pemakai. Bagi masyarakat suku kaum Suluk,
pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih
berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan
seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi
pakaian dan hiasan semakin berkembang dan
berubah mengikut peredaran zaman. Kini
masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan
Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis
keramaian.
PAKAIAN LELAKI
Baju Lapi/kuput Berino Badju Lapi adalah
pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi
mendapat namanya daripada hujung belahan
tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi
dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada
Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan
lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan
seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk
longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat )
dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan
dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika
memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan
dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit
di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang
di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si
pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai
tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit
diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.
PAKAIAN WANITA
BAJU BATAWI/KUPUT, ATAU BAJU SEMPIT
BAJU MASIGPIT
baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi
Suku kaumSuluk yang sangat Unik, cantik dan
menarik. Baju inilajimnya berlengan panjang dan jika
berlengan pendek ¾ dinamakan Baju Batawi Pukul
Tandu .Biasanya baju iniketat dan sempit, dihiasi
dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada
Emas ataupun Perak dibahagianbahu, dada, pinggang
dan pergelangan tangan, baju ini biasanya
mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang
di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan
dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar
yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini
dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di
pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan
sebelah tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan
yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum
suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek
moyang.
BAJU SABLAY,SAWWAL KANTIYU
DAN HABUL TIYAIAN
BAJU SABLAY berbeza dengan baju
batawi,sabaly mempunyai potongan yang
lomggar seakan-akan baju kebaya tetapi
bukan kebaya, sablay di padankan dengan
seluar longgar sawwal dan di padankan
dengan kain tenun/ kain bersulam habul
tiyaian.
BAJU SAMRAH baju samrah di kenakan
bersahaja,ketika berkerja di rumahsebagai
pakaian harian,baju samrah selalunya di
perbuat daripada kain kapasyang
berbungakecil ataupun kain nipis yang
jarang dan lembut,baju ini di padankan
dengan kai n batik sarung habul atau
pelikat tadjung.
TARIAN
Salah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang
paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay /
Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini
adalah tarian hiburan yang sering diadakan di majlis-
majlis keramaian seperti perkawinan, pertunangan
dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari
oleh Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan,
diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong si
penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang
panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari
penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu
Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi
keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya
memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu,
pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain
daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian
seperti Manglay Ha Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian
Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak
Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.
BUDAYA PERKAHWINAN
Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat
banyak adat-adat dan tatasusila yang masih di ikuti
sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang
ini.Sudah menjadi kebiasaan Adat permintaan
wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita
adalah sangat tinggi mengikut golongan-golongan
status yang menunjukkan status mereka sebagai
golongan yang dihormati. Permintaan hantaran
Sukat Ungsud daripada pihak wanita seperti Mas
Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka
Kumpul Bulawan, Sapi / Kerbau Sapi Mandangan /
kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai (
Mahligai ialah sebuah Rumah kecil yang berhias
dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya
diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut
sudah Tamat Qatam Al-Quran ) bergantung
kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak.
Terdapat empat peringkat dalam Adat perkawinan
suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum
dan selepas perkawinan seperti Pag-Pasihil, Pag-
Pangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali Pag-
Tiaun.
KATA PENUTUP
DI MALAYSIA MEMPUNYAI PELBAGAI
KAUM.NAMUN SAMA ADA KITA
MENERIMA ATAUPUN MENOLAK. TETAPI
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG
BERPELEMBAGAAN KITA HARUS
MENERIMA KERANA ITULAH SIFAT NILAI
MURNI YANG DI PUPUK OLEH
MASYARAKAT KITA DARI ZAMAN KE
ZAMAN ,KERANA MEREKA MERUPAKAN
SALAH SATU KELUARGA MALAYSIA.
TANPA MEREKA TIDAK LENGKAPLAH
MALAYSIA YANG DIPENUHI DENGAN
PELBAGAI KAUM. TANPA NILAI MURNI
KEAMANNA NEGARA YANG DI IMPIKAN
TIDAK AKAN TERLIHAT.
TIDUR MALAM JUMPA PARI PARI,
MANDI MANDA SEBELAH PERIGI;
KAMI DARI KUMPULAN NAHKODA
MENGUNDUR DIRI,
ADA MASA KITA BERJUMPA LAGI;
RUJUKAN
https://izniza.wordpress.com/perkahwinan-
kaum-suluk
https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/408
http://kebudayaanetniksuluk.blogspot.com/