Wira saya
Si bomba
Wawa Urewa
Nama saya Fateh .Ini abang
saya Ariff. Dia bekerja sebagai
pegawai bomba.
Abang bekerja di balai bomba
berhampiran rumah kami. Saya
pernah melawat balai bomba
abang. Tempatnya besar dan
canggih.
Malam ini saya tidur awal
kerana abang Ariff tiada di
rumah.Dia bertugas pada waktu
malam.
Sewaktu tidur, saya terasa
sangat panas. Badan saya
berpeluh-peluh. Saya bangun
dan membuka tingkap.
Tiba-tiba, saya terlihat api
yang sangat besar di kawasan
rumah Izzat. Api tersebut
menjulang tinggi.
Saya segera berlari dan
mengejutkan ayah. Ayah terus
menelefon balai bomba
melaporkan tentang kebakaran
itu.
Ibu.....Ibu...
Saya berlari mengikut ayah
menuju ke rumah Izzat. Sampai
di sana, saya mendapatkan
Izzat. Izzat menangis sambil
memanggil ibunya.
Ayah saya pula, menenangkan
Pak Cik Usin, ayah Izzat. Pak Cik
Usin memberitahu, ibu Izzat
masih berada di dalam rumah.
Tidak lama kemudian, dua
jentera bomba tiba. Abang Ariff
segera turun dan mendapatkan
maklumat dari pada Pak Cik
Usin.
Kemudian, abang Ariff dan dua
orang ahli bomba yang lain
berlari masuk ke dalam rumah
yang sedang terbakar itu.
Beberapa minit kemudian,
abang dan ahli bomba berjaya
membawa ibu Izzat keluar. Izzat
berlari memeluk ibunya.
Abang Ariff juga berjaya
menyelamatkan Acu, kucing
kesayangan Izzat. Izzat
berterima kasih kepada abang
dan memeluknya.
Saya memandang abang Ariff
sambil tersenyum. Dialah si
bomba wira saya. Saya juga
akan menjadi bomba seperti
abang bila besar nanti.
.