SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON
JALAN PANTAI, 71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN SILANG BUDAYA
‘BUDAYA KITA, AMALAN KITA,
MALAYSIA SEJAHTERA’
Anjuran :
SK PORT DICKSON
SJK (TAMIL) PORT DICKSON
SJK (C) CHUNG HUA PORT DICKSON
Dengan Kerjasama:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
Tarikh :
13 April 2022 – 24 Mei 2022
Tempat :
Secara Atas Talian
VIDEO PEMBENTANGAN BERTEMA
‘BUDAYA KITA, AMALAN KITA, MALAYSIA SEJAHTERA’
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
NAMA PERTANDINGAN
• Pertandingan Video Pembentangan Silang Budaya ‘Budaya Kita, Amalan Kita,
Malaysia Sejahtera’
PENGANJUR
• Sekolah Kebangsaan Port Dickson, SJK (Tamil) Port Dickson dan SJK (C) Chung
Hua Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
JENIS PERTANDINGAN
• Sistem pertandingan akan dijalankan secara Atas Talian.
PENGENALAN
• RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat,
para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.
• Selaras dengan 5 aspirasi sistem pendidikan dan 6 aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu perpaduan dan identiti
nasional (Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan
menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian).
OBJEKTIF
• Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga
sekolah dari peringkat sekolah rendah dalam kegiatan-kegiatan khas secara
bersama.
• Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana
muhibah secara sedar dan terancang.
• Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
• Memberi peluang kepada semua murid di Negeri Sembilan mendapat pencapaian
dan penglibatan markah dalam PAJSK bagi tahun 2022.
KPI
Indikator Output : Mendidik peserta menghayati sikap meraikan kepelbagaian.
Indikator Outcome : Kemenjadian pelajar dalam melaksanakan tugasan dan pertandingan
yang dijalankan.
IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Maklumat terperinci seperti dalam Lampiran A.
JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran B.
PELAN PENGURUSAN RISIKO
Rujuk Lampiran C.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN:
A. Maklumat Pertandingan:
• Pertandingan Video Pembentangan Silang Budaya ‘Budaya Kita, Amalan Kita,
Malaysia Sejahtera’ adalah anjuran Sekolah Kebangsaan Port Dickson, SJK
(Tamil) Port Dickson dan SJK (C) Chung Hua Port Dickson dengan kerjasama Unit
Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
• Tempoh pertandingan ini adalah selama 42 hari bermula dari 13 April 2022 hingga
24 Mei 2022.
• Tarikh majlis pelancaran ialah pada 13 April 2022 (Rabu) jam 2.30 petang,
manakala majlis perasmian penutup dicadangkan pada 24 Mei 2022 (Selasa) jam
2.30 petang.
B. Kelayakan Pertandingan:
• Pertandingan ini terbuka kepada semua Murid Tahap 2 sekolah rendah bantuan
kerajaan persekutuan di Negeri Sembilan.
• Pendaftaran pasukan dibuat secara atas talian bermula 13 April hingga 18 April
2022 di pautan yang disediakan.
C. Terma dan Syarat Pertandingan:
SEGMEN PERTAMA – INFO BUDAYA
• Semua peserta menonton info budaya tradisional yang disediakan oleh pasukan dari
Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) yang dikongsikan semasa majlis pelancaran pada
13 April 2022 (Rabu).
• Isikan borang penyertaan pasukan sekolah masing-masing pada link yang tertera
pada penghujung perasmian pelancaran selewat-lewatnya pada 18 April 2022
(Isnin), jam 12.00 tengah hari.
SEGMEN KEDUA – PERTANDINGAN PEMBENTANGAN SILANG BUDAYA
• Penyertaan adalah percuma.
• Penyertaan adalah secara berkumpulan. Satu sekolah satu kumpulan sahaja.
Setiap penyertaan berkumpulan, hendaklah tidak lebih dari 3 orang dan digalakkan
berbilang bangsa termasuk ketua kumpulan. Borang penyertaan seperti di Lampiran
A.
• Setiap sekolah / kumpulan, peserta hanya boleh menghantar satu video sahaja.
Setiap kumpulan peserta hanya layak untuk menerima satu hadiah sahaja.
• Peserta hendaklah mengisi dengan lengkap Borang Penyertaan. Borang penyertaan
boleh dilayari menerusi pautan https://forms.gle/B1Kk9FrvUX5LUfS9A
• Setiap persembahan pembentangan hendaklah disertai oleh semua ahli kumpulan.
• Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
• Konsep video adalah berdasarkan Silang Budaya. Setiap pasukan hendaklah
membentangkan video perpaduan budaya bukan dari kaumnya tetapi memilih
budaya tradisional kaum-kaum lain.
• Peserta hendaklah memilih SATU TAJUK PERPADUAN berdasarkan ketetapan
yang telah dibuat iaitu tajuk yang telah dikongsikan dalam SEGMEN PERTAMA
– INFO BUDAYA;
KAUM Kesenian dan TAJUK
MELAYU Kebudayaan ⚫ Seni Kaligrafi Khat Jawi
CINA Masakan ⚫ Seni Anyaman Ketupat (Ketupat Sate)
INDIA Tradisional
Permainan ⚫ Seni Permainan Gasing
Tradisional
Kesenian dan ⚫ Kesenian Lukisan Chui Mei (Seni Tiup Dakwat
Kebudayaan Bunga Plum)
Masakan
Tradisional ⚫ Tang Yuan (Bebola Pulut Manis)
Permainan
Tradisional ⚫ Xiangqi (Chinese Chess)
Kesenian dan
Kebudayaan ⚫ Kesenian Lukisan Kolam
Masakan
Tradisional ⚫ Tose
Permainan
Tradisional ⚫ Kabaddi
• Setiap video perlu mempunyai logo Kementerian Pendidikan Malaysia di
permulaan video. Kandungan video pendek mestilah mempunyai unsur-unsur
perpaduan yang relevan dengan perkembangan semasa dalam bentuk yang
POSITIF dan KREATIF.
• Paparan video hendaklah dalam bentuk landscape.
• Durasi video hendaklah tidak melebihi 4 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan
kredit.
• Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan Bahasa Malaysia
atau Bahasa Inggeris beserta SARIKATA BAHASA MALAYSIA ATAU
BAHASA INGGERIS.
• Video dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik serta
jelas. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk
media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, MPEG & MP4.
• Peserta perlu memuat naik LINK video dalam format Youtube yang ingin
dipertandingkan ke pautan Google Form yang diberikan iaitu
https://forms.gle/hz5ayRWeYkKxpvYa8
• Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak
cipta.
• Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-
nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak menghina mana-mana
pemimpin dan individu.
• Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan tidak menceroboh mana-
mana hak cipta orang lain. Semua penyertaan TIDAK BOLEH dimuat naik ke
mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.
• Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana
pertandingan video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.
• Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.
D. Tuntutan Hak Cipta:
• Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhak menggunakan karya penyertaan untuk
promosi program perpaduan dan dalam semua bentuk promosi perpaduan yang lain.
• Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhak untuk membuat suntingan terhadap
video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi perpaduan.
E. Hadiah dan Keputusan Pertandingan:
• Tawaran hadiah adalah seperti berikut:
- Hadiah Pencapaian Tempat Pertama hingga Kelima: Sijil Pencapaian dan Hadiah
- 10 Hadiah Saguhati: Sijil Penyertaan dan Saguhati
• Semua Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan
• Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep perpaduan dan
kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak
penganjur.
• Pemenang akan diumumkan semasa majlis penutupan.
• Penyerahan hadiah akan dimaklumkan kemudian oleh jawatankuasa pengelola.
• Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.
F. KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN VIDEO PEMBENTANGAN SILANG
BUDAYA
Kriteria Penilaian Juri
Proses penilaian adalah berdasarkan 2 peringkat iaitu:
Peringkat awal:
Video pembentangan pasukan akan melalui proses saringan bagi penilaian awal agar menepati
syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan dengan budi bicara oleh Panel Jawatankuasa.
BIL PERKARA PERINCIAN PEMARKAHAN (%)
1. Kreativiti Keaslian Video 10
2. Konsep Pembuatan Bahan Pembuatan 5
Kaedah Pembuatan 5
3. Kualiti Produksi Memahami kepelbagaian 20
Menerima kepelbagaian 20
Peringkat Akhir: Menghayati Kepelbagaian 20
(Unsur Silang Budaya)
Durasi Video 5
Kualiti Isi Kandungan 10
Pengucapan Awam 5
100
Jumlah (%)
Video pasukan akan dinilai sepenuhnya oleh panel juri berdasarkan kriteria yang telah
digariskan di atas.
G. JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Fasa 1: Pendaftaran Peserta
➢ Pendaftaran pasukan dibuat secara atas talian bermula 13 April hingga 18 April 2022.
Fasa 2 : Penghantaran Link Video (Format Platform YouTube)
➢ Tempoh penghantaran video secara atas talian bermula 19 April hingga 10 Mei 2022.
➢ Muatnaik link video dalam format Youtube yang ingin dipertandingkan di platform Google Form.
Kongsikan pautan video (link video Youtube) di pautan yang disediakan.
➢ Link penghantaran video:
https://forms.gle/hz5ayRWeYkKxpvYa8
Fasa 3 : Penjurian video yang telah dihantar
➢ Penjurian video diadakan secara atas talian.
➢ Tempoh penjurian video secara atas talian bermula 11 Mei hingga 20 Mei 2022.
➢ Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep perpaduan dan kreativiti serta kualiti
produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
➢ Penyerahan hadiah akan dimaklumkan kemudian oleh jawatankuasa pengelola.
➢ Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan
dipertimbangkan.
Fasa 4 : Majlis Penutup dan Pengumuman Pemenang
➢ Majlis perasmian penutup dicadangkan pada 24 Mei 2022 (Selasa) jam 2.30 petang secara atas
talian.
H. CARTA ALIR PERTANDINGAN
Majlis Pelancaran Pendaftaran Pasukan • Pendaftaran Kumpulan (13 hingga 18
(13 April 2022) (Kumpulan) April 2022)
Tarikh • Penghantaran Rakaman video (19 April
Pendaftaran hingga 10 Mei 2022)
(13 April –
18 April 2022) Majlis Pelancaran
Pendaftaran Kumpulan
Tarikh Penghantaran Rakaman Video
Pertandingan
Penjurian Video
(19 April –
10 Mei 2022)
Tarikh Penjurian
(11 Mei 2022 –
20 Mei 2022)
Majlis Penutup dan Majlis Penutup
Pengumuman Pengumuman Pemenang
Pemenang
(24 Mei 2022)