PPAANNDDUU PPUUTTEERRII
1 Penghargaan Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum warahmatullah, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan keizinanNya, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan setinggi-tinggi ucapan penghargaan ini kepada pensyarah bimbingan saya, Dr. Rohaya binti Ahmad yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar yang penuh sepanjang proses menyiapkan buku log Pandu Puteri ini. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh beliau amatlah memotivasikan saya untuk terus berusaha dan menyelesaikan tugasan ini dengan cemerlang. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan seperjuangan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya. Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan semangat yang dikongsi bersama. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat, sokongan, dan doa yang tidak putus-putus. Kehadiran mereka menjadi sumber inspirasi yang memberi saya kekuatan untuk terus berusaha dan berjaya dalam setiap cabaran yang dihadapi. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung, atau tidak. Jazakumullahu khairan kathira.
Isi Kandungan NO. PERKARA MUKA SURAT 1. Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia 1 2. Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM 2 3. Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat IPGK Tuanku Bainun 3 4. Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia 4-25 5. Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri 26 6. Cogan kata dan lambang Pandu Puteri 27 7. Isyarat dan Hormat Pandu Puteri 28-30 8. Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia 31 9. Lagu-lagu Pandu Puteri 32-33 10. Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 34-35 11. Bendera Malaysia dan maksudnya 36
Isi Kandungan 12. Bendera Persatuan Pandu Puteri dan maksudnya 37 13. Bendera dunia dan maksudnya 38 14. Sejarah perkembangan World Association Girl Guides (WAGGGS) dan Girls Scouts 39-42 15. Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia 43-53 16. Perancangan tahunan Program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas 54-56 17. Refleksi 57 SENTIASA SEDIA “Be Prepared”
Bahagian A
A. Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA KEBANGSAAN 1 YB DATO’ DR. WAN AZIZAH BINTI DATO’ DR. WAN ISMAIL YM. DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’ PADUKA TENGKU SULEIMAN YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG YANG DIPERTUA CAWANGAN PESURUHJAYA CAWANGAN KEBANGSAAN PESURUHJAYA BAHAGIAN PERKEMBANGAN KEBANGSAAN EX OFFICIO Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL PUAN JURIAH BINTI MOHAMED DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI PUAN JULIA ZANIRA BINTI ZAIMON DR. ZANARIAH BINTI AHMAD PUAN CRYSTAL WONG CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY CIK GOH YUE WAY (JUDY) PUAN HINDON BINTI AHMAD PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER PESURUHJAYA PANDU PUTERI GUILD PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PESURUHJAYA PANDU PUTERI KELIP-KELIP PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DAN MASYARAKAT PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PESURUHJAYA PROGRAM PESURUHJAYA KEAHLIAN PESURUHJAYA ANTARABANGSA PESURUHJAYA LATIHAN YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA KETUA PESURUHJAYA PENAUNG DIRAJA
A. Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN 3 KOL. BERSEKUTU (PA) MOHD SAAT BIN ABBAS DR. ROHAYA BINTI AHMAD YANG DIPERTUA TIMBALAN YANG DIPERTUA VANEESHA A/P JEEVA KUMAR PENGERUSI TAN XIN WEI, ANGELINA VAISHNAVI SUBRAMANIAM NOR ADJWA BINTI MOHAMMAD HALIMI SORFINA MAISARAH BINTI SABERI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI NOR ADRINA HANIM BINTI HASSAN NUR NABILA HUDA BINTI EIRWAN FATIN NURSYASYA BINTI ABDUL KARIM NUR ADREENA BINTI AZUDDIN KHARISYA ANDRIANA BINTI KHAIRUL ANUAR AJK (TERATAI) AJK (MELUR) AJK (KENANGA) SORFINA MAISARAH BINTI SABERI 1. NUR IRDINA NABILA BINTI RUSADZELI 2. IMAN NUR KHALISA BINTI NASIR 3. KHAVINA SHREE A/P KUMARASAN 4. THALAYARUBINI MUNIYAN 5. ANIS AMANINA BINTI ROHAIZI 1. PUTERI NUR NAILI BINTI MEGAT ABDUL JAMIL 2. ADRIANA DAMIA BINTI ZULKIFLI 3. AIMUNI SAJEEDA BINTI MOHD ZAIDI 4. VATHINI A/P K. ILANGKOWAN 5. 6. PAMETHA A/P MURALY 1. TAN XIN WEI, ANGELINA WAN NUR ALEEYA QISTINA BINTI WAN AHMAD RAFA’I 2. NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD 3. SITI ASRAIDAYANA BINTI BAKERI 4. NOR ADJWA BINTI MOHAMAD HALIMI 5. JANANY A/P MANNATHAN 1. NUR ALIAA MAISARAH BINTI MOHD ZAIRIE 2. AINUN FARAHANI ADIBA BINTI AZU 3. HANIS NADHRAH BINTI MOHD NOR RASHIDI 4. VANEESHA A/P JEEVA KUMAR 5. SODFIA IZATI BINTI ZANARI 1. SOPHIA WANI BINTI MOHD WAZIR 2. VAISHNAVI A/P SUBRAMANIAM 3. NITTHIYAH A/P MATHANAH 4. NUR ILYA NADIRAH BINTI ROSLI 5. AJK (SIANTAN) AJK (KESIDANG)
A. Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan 3 STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM PENAUNG YDP CAWANGAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN TIMB. KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PESURUHJAYA BAHAGIAN PESURUHJAYA PEMBANGUNAN PJ BAHAGIAN TUNAS PJ BAHAGIAN TREFOIL GUILD PJ BAHAGIAN KLOVER (PEMANGKU PJ LATIHAN PJ KEAHLIAN PJ PROGRAM PJ ANTARABANGSA PJ STRUKTUR PJ KEMASYARAKATAN PJ KAMPUS EX OFFICIO Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat
Bahagian A
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928, Persatuan Pandu Puteri malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanakkanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanakkanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. 4 Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyurarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat 9 Jun 2006. Berikut adalah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 5 Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri Ibu Pejaba Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang parti politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya updaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Pandu Puteri suka menolong orang lain
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 6 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan, dan perbuatan 2.1 Kaedah Keadah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 7 Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut : Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan 5-25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6-12 tahun Pandu Puteri Remaja 12-15 tahun Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 8 Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan pandu Puteri malaysia tetap Persatuan Pandu Puteri malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Ahktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri yang berkehendak dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malsyai tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormatan kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan PengakapPengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kemnterian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individuindividu, termasuk Pesuruhjaya-Pesurujaya dan Pemimpin-Pemimpinan yang tidak lagi memegang waran.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 9 Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan perletakan jawatan tersebut. Keanggotan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak memathui keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurangkurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembangan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefaham bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 10 USUL 8 : Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengahtengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilignya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 11 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penanung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia iailah Seri Paduka baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak ekslusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Persatuan pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 12 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua KetuaPesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan 3.Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4.Pesuruhjaya Keahlian 5.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 13 USUL 7 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkans ebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada AhliAhli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang DIpertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 14 Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan 3.Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4.Pesuruhjaya Keahlian 5.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 15 Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemunginan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif KEbangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Iby Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif ialah staf yang dibayar gaji, diambil kerja dan bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 16 USUL 7 : Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ali ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timabalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timabalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang emngundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 17 6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antaran mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman, dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 18 dan penggubalan polisi persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.8.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap cawangan dibernarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL3: TigaSatu(31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-3530 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetap mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timabalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaandan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 19 USUL7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Wakil Cawangan USUL10: Majlis Kejurulatihan Guild Pandu Puteri Diraja Guild Trefoil Guild Mantan Pesuruhjaya Wakil Kelab Pandu Puteri Tiada hak untuk mengundi. USUL9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi. !0 wakil daripada Majlis Kejurilatihan 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Setaiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Dibenarkan mengundi.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 20 Ahli-ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi. 78.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipiluh oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibernakan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 78.3 Kekerapan Mesyuarat Mjlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun, Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 21 Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas halhal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 78.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting;
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 22 iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan emnerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan; vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber adalah hak Persatuan Pandu Puteri
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 23 Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberi kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei30Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 24 cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persatuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya iii. USUL9 : Maktab Rendah Sains Mara iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 25 Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di Mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir, USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belasdua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliyi dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Bahawa dengan Sesungguhnya Saya Berjanji dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya kepada Tuhan Raja dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-undang Pandu Puteri 26 Persetiaan & Undang-Undang Pandu Puteri PERSETIAAN PANDU PUTERI 1.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. 6. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan, dan perbuatan. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI
B. Prinsip Asas Pandu Puteri COGAN KATA LAMBANG PANDU PUTERI 27 Cogan Kata & Lambang Pandu Puteri “Selalu Sedia” merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. 1.Pandu Puteri Tunas - Tolong Orang Selalu (TOS) 2. Pandu Puteri Remaja - Selalu Sedia 3. Pandu Puteri Renjer - Selalu Sedia - Terus Berkhidmat Trefoil Bintang Pecah Empat Belas Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi menghala ke atas melambangkan jarum Kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteru adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini, Isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Cara Isyarat Pandu Puteri 1.Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam hormat Pandu Puteri. 4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. ISYARAT PANDU PUTERI 28 Isyarat & Hormat Pandu Puteri
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai - pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua, dan juga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Umumnya, Hormat pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau hal-hal yang membabitkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1.Perjumpaan dengan pemimpin, ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan 3. Upacara mengibarkan bendera HORMAT PANDU PUTERI 29 Isyarat & Hormat Pandu Puteri
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 30 Isyarat & Hormat Pandu Puteri Cara memberikan Hormat Pandu Puteri 1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan 3. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi 4. Sebaik sahaja mendapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan Pandu Puteri bolehlah bergerak dari situ Maksud Hormat Pandu Puteri Tiga jari kanan ditegakkan. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri
B. Prinsip Asas Pandu Puteri 31 Berjabat Tangan Pandu Puteri Malaysia Tangan kiri Salam Pandu Puteri Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri yang menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam. Pandu Puteri berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ia juga sebagai tanda untuk menegur sapa antara sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi, Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh, Selagi dunia masih ada, Akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on. And see our flag on high, Its never furled throughout the world, For hope shall never die, We must unite for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its rebirth, Shall sing our song. LAGU DUNIA 32 Lagu-lagu Pandu Puteri
B. Prinsip Asas Pandu Puteri TAPS SIANG TAPS MALAM 33 Lagu-lagu Pandu Puteri Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days, Neath the sun, neath the stars, neath the sky, As we go, this we know, God is nigh Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest, God is nigh
B. Prinsip Asas Pandu Puteri LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU AHLI BAHARU LAGU LOCENG 34 Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan menolong dan berkawan Ahli baru suka hati, Menjadi Puteri Tunas Oh, tuhanku, Seruan hambamu, Beri kami nikmat, Sepanjang hayat, Selamat tinggal, Selamat tinggal, Selamat tinggal.
B. Prinsip Asas Pandu Puteri LAGU KUMPULAN BERENAM Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa Kami bernama kenanga, Berjasa bertenaga Cempaka bersukaria, Menolong orang duka Kami kesidang datang, Menolong pagi dan petang Teratai nama kami, Bekerja setiap hari 35 Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan
B. Prinsip Asas Pandu Puteri BENDERA MALAYSIA 36 Bendera Malaysia dan Maksudnya Bulan & Bintang Melambangkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara Bintang Pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 negeri & 1 wilayah persekutuan Warna kuning anak bulan & bintang Melambangkan warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Agong Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara Menunjukkan keberanian Menunjukkan kesucian dan keluhuran Warna biru tua Warna merah Warna putih
B. Prinsip Asas Pandu Puteri Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI 37 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia & Maksudnya 1 3 2
B. Prinsip Asas Pandu Puteri BENDERA DUNIA 38 Bendera Dunia & Maksudnya Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. 1 3 2
Bahagian C
C. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi 39 SEJARAH PERKEMBANGAN PANDU PUTERI DUNIA Juliette Low memulakan pergerakan Pengakap Puteri di Amerika Syarikat. Penubuhan Rosebuds khas bagi kanak-kanak perempuan berumur 8-11 tahun. Penukaran nama Rowsbuds kepada Brownies. Perlantikan Majlis dan Jawatankuasa Eksekutif yang pertama. Lady Badenn Powell dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang melebihi umur ditubuhkan. Lady Baden Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri (Chief Guide). Cawangan tunggal (Lane Branch) diwujudkan untuk ahli yang tidak dapat hadir perjumpaan disebabkan jarak jauh. Persidangan Antarabangsa yang pertama diadakan di United Kingdom dimana lagu Taps dijadikan lagu doa sebegai penutup perjumpaan Kumpulan Senior Guides dikenali sebagai Rangers 1912 1914 1915 1916 1918 1919 1920
C. Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi 40 SEJARAH PERKEMBANGAN PANDU PUTERI DUNIA Faxlease dibuka sebagai Pusat Latihan pertama. Hari Peringatan 22 Februari dirasmikan sebagai satu acara penting dalam Takwim Pandu Puteri dan akan diraikan di seluruh dunia. Pusat Latihan kedua, Waddow Hall dibuka. Bendera Dunia dikibarkan buat pertama kalinya di persidangan Dunia di UK. Pusat Dunia pertama, “Our Chalet” di Adelboden dikurniakan oleh Mrs Helen Storrow dari AS 1922 1926 1927 1930 1932 Perayaan Jubli Perak bagi Pergerakan Pandu Puteri. 1935 Pusat Dunia kedua “Our Ark” dibuka sebagai asrama untuk wanita. 1939 Lord Baden Powell meninggal dunia pada usia 84 tahun. 1941 Lagu Dunia dan Lencana brownie diisytihar lambang WAGGGS di Persidangan dunia ke-11 di Perancis 1950