The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hujjaradzi, 2021-05-05 01:35:03

lompat jauh

lompat jauh

KELAB OLAHRAGA
SEBAYA 2021



Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal
tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di
Greece.

Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah
sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari
Sparta.

Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza
daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini.

.

 Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada
tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan
dalam acara olahraga dan bermula daripada itu
ia telah diterima dalam kebanyakkan
kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat
dunia.

 Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga kepada bentuk
lompatan yang digunakan pada masa kini.

 Lompat jauh dianggap acara yang mudah
untuk dipelajari berbanding acara lompatan
yang lain tetapi jika teknik dan peraturan
lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh
membawa kepada risiko kecederaan.

i. Pita pengukur
ii.Kasut berpaku (spike)
iii.Bendera isyarat
iv.Lorong larian
v.Papan pelepas
Vi. Kawasan pendaratan
Vii. Pengukur halaju angin
Viii. penyapu

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak
lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan papan
pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam
kawasan pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur
telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan
menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat
dilakukan.

Kasut berpaku (spike)

Kasut yang sesuai adalah penting
untuk larian dan sebagai perlindungan.
Kasut yang berpaku dan bertumit plastik
sesuai digunakan dalam lompat jauh



 Kawasan Lari Landas/ Lorong Larian

Kawasan lari landas mestilah berukuran
antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan
sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter
panjang.
 Papan Lonjakan

Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar
yang sesuai. Berukuran1.21 meter hingga 1.22
meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202
milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan
ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1
hingga 3 meter dari kawasan permulaan
mendarat.



 Bendera Isyarat
Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah
untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua
jenis bendera iaitu bendera putih dan merah.
Bendera putih untuk lompatan yang sah dan
bendera merah untuk lompatan yang batal.

KAWASAN MENDARAT

Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter
hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung
kawasan lari landas dan selari dengan bahagian
tengah kawasan mendarat.











 i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan
tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan
keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika
bilangan peserta yang ramai, hanya tiga
lompatan perlu di buat.

 ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan
yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian
terbaik dan pemenang.

 iii. Peserta perlu membuat lompatan pada
papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak
dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki
sampai ke papan pelepasan.

 iv. Lompatan dikira batal jika peserta
melakukan perkara-perkara seperti berikut;
· Memijak atau menyentuh kawasan
hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang
dibenarkan.
· Semasa mendarat, seluruh badan
peserta berada di luar kawasan mendarat.

 v. Jarak larian untuk membuat lompatan
tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang
digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

 vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau
tanda yang terdapat di kawasan mendarat.
Ukuran dilakukan antara dari hujung papan
pelepasan dengan hujung kawasan mendarat
iaitu pada sudut tegak daripada tempat
paling hampir yang disentuh oleh peserta.

 vii. Penggunaan sebarang alat bantuan
tambahan dalah dilarang.

 viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai
atau pengadil diperlukan untuk mengawasi
lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan,
tempat mendarat dan sebagai pencatat.

 Dalam keseluruhan, gaya atau teknik acara lompat
jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa:
• Lari landas
• Lonjakan
• Layangan
• Mendarat

i. Fasa larian
 Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan

pelepasan).

ii. Fasa lonjakan
 Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat

tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan
hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu
lonjakan.

iii. Fasa layangan

 Semasa fasa layangan, mata memandang tepat
ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan
ke hadapan badan semasa dalam kedudukan
bersedia untuk mendarat.

iv. Fasa mendarat

 Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat
tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan
mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-
dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit
mula mencecah pasir.

TT







Menentukan Latihan
kaki lonjakan
Latihan
lonjakan mendarat
Mengukur
penujuan

 Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat
mendarat. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk
lonjakan.

 Peserta menjatuhkan badan ke hadapan. Kaki pertama
yang mendarat merupakan kaki dominan/kaki lonjakan.

 Berlari dan melonjak dengan mengangkat
lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi
yang boleh

 Berlari dan melonjak melepasi halangan.

 Berlari 5 langkah dan melompat

 Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat
menggunakan kaki lonjakan

 Lompat berdiri melepasi tibunan pasir (kon)

 Pelompat membelakangkan tempat mendarat
dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di
atas papan lonjak ( hujung kaki sama)
dengan sisi papan. Pelompat mula langkah
pertama dengan lonjakan dan mengira
sehingga 7 langkah dan menandakan titik
tersebut.

 Selepas ini pelompat mengadap tempat
mendarat dan meletak tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah
langkah pertama dengan kaki lonjakan.

 Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.




Click to View FlipBook Version