ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN
ZAMAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan
Islam berkait rapat dengan jizyah.
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan kafir dhimmi.
Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan
kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang-orang
bukan Islam.
Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya
lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.
Jizyah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ganti
rugi atau balasan terhadap kebaikan atau keburukan.
Pemberian ufti oleh seseorang individu atau negara bukan
Islam kepada kerajaan Islam yang memerintah.
Cukai politik ini dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi
yang menerima perlindungan nyawa dan harta daripada
pemerintah Islam.
Melaksanakan segala perintah Nabi Muhammad SAW.
Pelaksanaan jizyah dijalankan secara meluas pada zaman Khulafa’
al-Rasyidin. Amalan pungutan jizyah diteruskan pada zaman Abu
Bakar al-siddiq sewaktu beliau menjawat jawatan khalifah.
Sebelum berperang, Khalifah Abu Bakar telah menawarkan tiga
tuntutan kepada Byzantine dan Parsi iaitu menerima Islam,
berperang atau membayar jizyah. Beliau berjaya mengalahkan
beberapa kawasan seperti Iraq dan Syria dan bersetuju membayar
jizyah. Panglima Khalid Al Walid berjaya menawan al-Anbar dan
‘Ain al-Tamar menjadi wilayah naungannya.
Iraq dan Syria bersetuju membayar jizyah sebanyak 19 ribu dinar.
Pemimpin wilayah Hirah, al-Anbar dan ‘Ain al-Tamar bersetuju
membayar jizyah 1 dinar per individu.
Pendapatan daripada jizyah meningkat akibat ekspedisi ketenteraan yang
dijalankan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Semakin banyak kawasan yang
rela bernaung di bawah kerajaan Islam Madinah.
Gabenor telah diarahkan oleh Saidina Umar untuk mengutip jizyah supaya
lebih sempurna. Kerajaan Islam memberi jaminan terhadap keselamatan
nyawa dan harta benda di samping kebebasan beragama serta amalan
beribadat.
Penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-As bagi menghalau orang Rom
di Mesir telah bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun.
Pemimpin Baitulmaqaddis mengadakan perjanjian damai dengan Saidina
Umar dan sanggup membayar jizyah.
Penduduk di Syam, Palestin dan Jordan bersetuju membayar jizyah selepas
kerajaan tentera Islam mengalahkan tentera Byzantine.
Tugasan dan pungutan jizyah diteruskan oleh
Khalifah Uthman bin Affan Kawasan naungan
Islam semakin bertambah luas akibat perluasan
kuasa yang dilakukan oleh Khalifah Umar al
Khattab.
Penduduk Tripoli, Nabah dan Qairawan
meminta pendamaian dan setuju membayar
jizyah.
Naungan sehingga ke Utara Afrika kerana
penubuhan tentera laut
Keadaan negara yang tidak aman dan perang
saudara seperti Perang Jamal dan Perang Siffin.
Wujud kegawatan ekonomi tetapi masih ada
Perjanjian Zimmah
Pendapatan jizyah berkurang kerana terdapat
beberapa buah wilayah yang tidak membayar
jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi
naungan kerajaan Islam.
Khalifah Ali telah mengutuskan surat kepada al-
Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak
perjanjian yang dihulurkan oleh orang kafir
dhimmi.
Pengasas kerajaan Bani Umaiyah
Diwan al Kharaj ( Jabatan Kewangan ) telah
ditubuhkan bagi mengendalikan urusan
pemungutan cukai termasuk cukai jizyah.
Pegawai – pegawai yang bertugas dalam jabatan
ini dilantik secara langsung oleh khalifah, dan
bertanggungjawab menjalankan kutipan cukai
sama ada di peringkat pusat mahupun peringkat
wilayah.
Tegasnya dengan penubuhan jabatan ini,
pengutipan cukai lebih sistematik dan
perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan
lancar.
Jizyah turut dikenakan ke atas golongan Mawali (bukan
Arab yang memeluk Islam) dan golongan rahib yang
sebelum ini dikecualikan pada zaman Khulafa al Rasyidin.
Hal ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati
golongan Mawali dan menganggap tindakan Khalifah
Abdul Malik bin Marwan sebagai satu bentuk diskriminasi
Arab dan bukan Arab.
Manakala bagi golongan rahib pula tindakan ini
menimbulkan rasa tidak senang kalangan agamawan bukan
Islam, kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi mereka
tidak dikenakan sebarang cukai.
Hal ini menyebabkan adanya cubaan memberontak dalam
kalangan golongan Mawali selain menganggap diskriminasi
ini semata-mata memenuhi sumber pendapatan kerajaan
serta memenuhi agenda politik khalifah semasa.
Baginda meneruskan sistem naungan ini dengan
mengenakan jizyah ke atas penduduk (kafir zimmi)
setelah berjaya dalam beberapa ekspedisi ketenteraan
ke Asia Tengah, Afrika Utara dan Eropah Selatan.
Selain itu, baginda juga mengenakan jizyah sebagai
balasan memberikan naungan setelah berjaya dalam
ekspedisi yang diketuai oleh Muhammad al Qasim ke
India Barat dan China Barat.
Dalam misi ini, Muhammad al Qasim berjaya
mengalahkan Raja Dhaha (pemerintah Sind) dan
Multan.
Tuntasnya, kemenangan dalam ekspedisi ketenteraan
ini telah menyebabkan sumber Baitul mal meningkat
ekoran peningkatan hasil kutipan jizyah dari wilayah –
wilayah berkenaan.
Pelaksanaan sistem naungan pada zaman ini agak berbeza.
Baginda mengambil pendekatan berbeza dengan
memanggil balik tentera di medan peperangan dan
menggantikannya dengan seruan dakwah, selain
melakukan perubahan
memansuhkan cukai jizyah ke atas orang Islam bukan Arab
(Mawali).
Baginda menghapuskan diskriminasi terhadap golongan
Mawali dan menggalakkan asimilasi dan perkahwinan
campur antara Arab dan bukan Arab serta memujuk orang
bukan Islam memeluk agama Islam.
Kadar bayaran cukai jizyah juga dikurangkan kepada 200
dirham agar tidak membebankan rakyat.
Tindakan ini telah menyebabkan negara berada dalam
keadaan aman dan makmur dengan rakyat menyanjung
pemerintahan baginda.
Berbeza berbanding Khalifah Umar Abdul Aziz.
Khalifah Yazid Abdul Malik telah menghidupkan
kembali dasar diskriminasi terhadap golongan
Mawali.
Golongan Mawali perlu membayar kembali jizyah
dengan bayaran dinaikkan sebanyak 20 peratus.
Akibatnya, rakyat yang tidak berpuas hati telah
memberontak selain, banyak wilayah dan negeri
naungan cuba membebaskan diri dari kawalan
pemerintah di Damsyik.
Golongan Khawarij dan Syiah turut menggunakan
kesempatan ini untuk memberontak terhadap
kerajaan Umaiyah.
Kesimpulannya, naungan yang diperoleh
daripada kerajaan Islam, amnya akan
membawa kepada pengiktirafan negara-negara
lain termasuk dari dua kuasa dunia ketika itu,
iaitu Rom dan Parsi, walaupun kerajaan ini
mempunyai sikap anti-Islam. Menerusi
hubungan yang dijalankan ini keunggulan
pemerintah Islam terserlah menerusi
pendekatan yang diambil oleh pemerintah dan
peranan gabenor dalam melaksanakan kutipan
jizyah dan timbal balas menjaga keselamatan
rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit.