1 LAPORAN TEKNIKAL 2024 PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH BACHOK IMPAK PASUKAN TODDLER DAN ANTENATAL (PTA) TERHADAP PENCAPAIAN TODDLER DAN ANTENATAL DI DAERAH BACHOK
2 ISI KANDUNGAN IMPAK PASUKAN TODDLER DAN ANTENATAL (PTA) TERHADAP PENCAPAIAN TODDLER DAN ANTENATAL DI DAERAH BACHOK 1. ABSTRAK………………………………………………………………………………………………..………3 2. PENGENALAN……………………………………………………………….……………………….………4 3. METODOLOGI…………………………………………………………….………………………….………5 4. KEPUTUSAN…………………………………………………………….…………………………….……...5 5. PERBINCANGAN ...…………………………………………………………………………………………8 6. KESIMPULAN ………………………………………………………………..................................11 7. RUJUKAN……………………………………………………………………………………………………..12
3 IMPAK PASUKAN TODDLER DAN ANTENATAL (PTA) TERHADAP PENCAPAIAN TODDLER DAN ANTENATAL DI DAERAH BACHOK Wan Nadhirah Sakinah Binti Wan Pauzi1 , Tengku Muhammad Asyraf Bin Tengku Azmi2 , Wan Aina Eleena Binti Romlee3 , Nur Adlin Binti Che Mohd Zain4 , Muhammad Irfan Danial bin Mohd Sabri4 , Nur Amirah Binti Che Abdul Aziz5 , Nur Syaza Amni Binti Ibrahim5 1 Klinik pergigian Mahligai, 16400 Bachok, Kelantan 2 Klinik pergigian Gunong, 16090 Bachok, Kelantan 3 Klinik Pergigian Bachok, 16300 Bachok, Kelantan 4 Klinik Pergigian Beris Kubur Besar, 16050 Bachok, Kelantan 5 Klinik Pergigian Beris Panchor, 16020 Bachok, Kelantan 1. ABSTRAK Latar belakang: Golongan ibu mengandung dan kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah merupakan agen yang boleh membawa perubahan kepada kesihatan mulut yang lebih baik. Oleh itu, perkhidmatan kesihatan pergigian mula disasarkan kepada golongan ini dengan penubuhan Pasukan toddler dan antenatal (PTA) pada peringkat daerah Bachok bagi memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian dapat disampaikan secara lebih efisien dan berkesan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membentangkan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian terhadap pesakit ibu mengandung dan toddler sebelum dan selepas PTA ditubuhkan dari segi trend pencapaian liputan pesakit baru antenatal dan toddler, kes selesai antenatal dan peratus toddler yang disapu fluorida dari tahun 2022 sehingga tahun 2023. Metodologi: Sebuah kajian keratan rentas telah dilaksanakan melibatkan analisa data sekunder perkhidmatan kesihatan pergigian dalam kalangan pesakit toddler dan ibu mengandung/antenatal di daerah Bachok dari tahun 2022 hingga tahun 2023 yang diperoleh dari reten tahunan di klinik pergigian di daerah Bachok secara kolektif. Data yang dikaji adalah peratusan liputan kedatangan pesakit baru antenatal dan toddler, peratusan kes yang selesai ibu mengandung, dan peratus toddler disapu fluorida. Keputusan: Jumlah pesakit baru ibu mengandung/antenatal di Klinik Pergigian Primer bagi tahun 2022 ialah seramai 2153 orang (53%), dan pada tahun 2023 ialah seramai 2441 orang (57.3%) iaitu peningkatan sebanyak 288 orang (4.3%) berbanding tahun sebelumnya. Bagi kes selesai
4 antenatal pula menunjukkan peningkatan sebanyak 9.02% dari tahun 2022 iaitu seramai 1142 orang (88.31%) kepada 1434 orang (97.33%) pada tahun 2023. Untuk jumlah pesakit baru toddler bagi tahun 2022 ialah seramai 6732 orang (56.93%) manakala pada tahun 2023, jumlah pesakit meningkat kepada 10768 orang (90.83%). Peratusan toddler disapu fluorida pula menunjukkan trend menaik iaitu pada tahun 2022 sebanyak 112.98% kepada 173.96% pada tahun 2023. Kesimpulan: Kajian ini menunjukkan peningkatan signifikan dalam liputan pesakit baru antenatal dan toddlerselepas penubuhan Pasukan Toddler dan Antenatal (PTA) di daerah Bachok dari 2022 hingga 2023. Ini termasuk peningkatan dalam peratusan kes yang selesai bagi ibu mengandung dan peningkatan dalam peratusan toddler yang mendapat perkhidmatan sapuan fluorida. Inisiatif PTA berjaya meningkatkan aksesibiliti serta kesedaran terhadap kesihatan pergigian, khususnya dalam kalangan golongan ini, memberi kesan positif terhadap amalan kesihatan mulut di peringkat awal perkembangan. 2. PENGENALAN Kerajaan Malaysia mula memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian pada tahun 1948 dengan perkhidmatan pergigian sekolah. Kemudian, perkhidmatan pergigian yang menyasarkan ibu mengandung dimulakan pada tahun 1970-an dan kanak-kanak prasekolah pada tahun 1984. Program kesihatan pergigian ibu mengandung ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkasakan golongan ini sebagai agen perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk keluarga. Manakala, program kesihatan pergigian prasekolah lebih tertumpu kepada aktiviti promosi kesihatan pergigian dan pencegahan. Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noormi Binti Othman, menekankan kepentingan penerapan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang amalan kesihatan pergigian kendiri terhadap ibu mengandung dan bayi. Beliau juga menekankan bahawa penjagaan kesihatan pergigian perlu dipupuk sejak bayi dan kanak-kanak toddler supaya masalah pergigian dapat dicegah dari awal usia. Mendukung cita-cita ini, pasukan khas iaitu Pasukan Toddler dan Antenatal (PTA) telah ditubuhkan di peringkat pergigian daerah Bachok untuk memberi perkhidmatan kesihatan pergigian khususnya kepada ibu mengandung dan kanak-kanak toddler. PTA ini telah menjalankan perkhidmatan kepada golongan ibu mengandung dan kanak-kanak toddler sejak awal tahun 2023 lagi. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji impak pasukan toddler dan antenatal (PTA) terhadap pencapaian kanak-kanak toddler dan ibu mengandung di daerah Bachok pada tahun 2022 sehingga tahun 2023. Kajian ini penting untuk menilai pelaksanaan strategi perkhidmatan pergigian terhadap pesakit ibu mengandung dan kanakkanak toddler seterusnya memastikan kecemerlangan perkhidmatan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.
5 3. METODOLOGI Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah keratan rentas melibatkan pengumpulan data sekunder perkhidmatan kesihatan pergigian dalam kalangan pesakit toddler dan ibu mengandung/antenatal di daerah Bachok dari bulan Januari tahun 2022 hingga bulan Disember 2023. Pengumpulan data dilakukan pada bulan Mac 2024. Data diperoleh dari reten tahunan klinik pergigian primer (PG 207), reten tahunan ibu mengandung (KIB), reten tahun toddler klinik pergigian primer (KTODD) reten tahunan toddler (KKK 201A) di KKIA dan KD di daerah Bachok secara kolektif. Antara data yang dikaji adalah peratusan liputan kedatangan pesakit baru antenatal dan toddler yang dirujuk ke Klinik Pergigian Primer, peratusan kes yang selesai ibu mengandung, dan peratus toddler disapu fluoride varnish (FV). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan Microsoft Excel. 4. HASIL KAJIAN Jumlah pesakit baru ibu mengandung atau antenatal yang dirujuk dari Klinik Kesihatan ibu dan anak (KKIA) dan Klinik Desa (KD) berjaya diperolehi melalui penelitian data reten tahunan daerah Bachok dari tahun 2022 sehingga tahun 2023. Tahun Jumlah pesakit baru AN Jumlah kes selesai AN Jan-Dis 2022 2153 1142 Jan-Dis 2023 2441 1434 Rajah 1 – Graf perbandingan jumlah pesakit baru Antenatal yang dirujuk ke KKIA dan KD & jumlah kes selesai antenatal yang dicapai pada tahun 2022 dan 2023
6 Rajah 1 diatas menunjukkan trend kedatangan pesakit antenatal ke klinik pergigian primer dan jumlah pesakit ibu mengandung yang mencapai status kes selesai di daerah Bachok sepanjang tahun 2022 sehingga 2023. Trend ini menunjukkan sebelum Pasukan Toddler dan Antenatal (PTA) ditubuhkan iaitu pada tahun 2022, jumlah kedatangan pesakit baru antenatal adalah seramai 2153 orang. Walaubagaimanapun, jumlah kedatangan pesakit baru antenatal yang dirujuk ke klinik pergigian primer melonjak kepada 2441 orang pesakit apabila PTA ditubuhkan pada tahun 2023, iaitu penambahan sebanyak 288 pesakit berbanding tahun sebelumnya. Rajah ini juga memaparkan peningkatan yang ketara bagi jumlah kes selesai yang berjaya dicapai bagi pesakit antenatal pada tahun 2023 iaitu sebanyak 1434 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 1142 orang. Tahun Liputan AN (%) Kes selesai AN (%) Jan-Dis 2022 88.3 53 Jan-Dis 2023 97.3 57.3 Rajah 2 – Graf perbandingan peratus pencapaian liputan pesakit antenatal & Peratus kes selesai yang berjaya dicapai di Daerah Bachok tahun 2022 dan 2023 Rajah 2 pula memperlihatkan perbandingan peratus liputan pesakit baru antenatal yang dirujuk ke KKIA dan KD, dan peratus kes selesai pesakit antenatal di daerah Bachok bagi tahun 2022 dan 2023. Berdasarkan Rajah 2, peratusan liputan PB antenatal pada tahun 2023 memaparkan peningkatan yang drastik iaitu 97.33% berbanding tahun sebelumnya iaitu 88.31%. Data juga
7 menunjukkan 53.04% kes selesai berjaya dicapai sebelum kewujudan PTA pada tahun 2022. Peningkatan sebanyak 4.27% dapat diperhatikan pada dalam tempoh setahun selepas PTA ditubuhkan menjadikan peratus kes selesai tertinggi iaitu 57.31% pada tahun 2023. Pencapaian pesakit toddler diperolehi melalui pengumpulan data reten jumlah kedatangan pesakit baru toddler dan jumlah peratusan toddler disapu fluorida di daerah Bachok sepanjang tahun 2022 sehingga 2023. Tahun Jumlah PB toddler Jumlah toddler disapu FV 2022 6732 6535 2023 10768 10596 Rajah 3 - Graf perbandingan jumlah pesakit baru toddler dan jumlah toddler yang disapu FV pada tahun 2022 dan 2023 Rajah 3 memaparkan jumlah kedatangan pesakit baru toddler ke klinik dan jumlah toddler disapu fluorida di daerah Bachok sepanjang tahun 2022 sehingga 2023. Berdasarkan rajah diatas, kedatangan pesakit baru toddler bagi tahun 2022 ialah seramai 6732 orang manakala pada tahun 2023, jumlah pesakit meningkat secara drastik kepada 10768 orang. Jumlah kanak-kanak bawah 4 tahun disapu fluorida pula memperlihatkan peningkatan yang ketara dari 6535 orang pada tahun 2022 kepada 10596 orang pada tahun 2023.
8 Tahun Peratus liputan PB Toddler (%) Peratus toddler disapu FV (%) 2022 56.93 112.98 2023 90.85 173.96 Rajah 4 - Graf perbandingan peratus liputan pesakit baru toddler dan peratus toddler disapu FV pada tahun 2022 dan 2023 Rajah 4 menunjukkan peratus pencapaian toddler di daerah Bachok sepanjang tahun 2022 sehingga tahun 2023. Peratus liputan bagi pesakit toddler ialah sebanyak 56.93%, pada tahun 2022, dan telah meningkat secara mendadak kepada 90.83% pada tahun 2023. Untuk peratusan toddler disapu fluorida pula menunjukkan trend menaik dari tahun 2022 sebanyak 112.98% kepada 173.96% pada tahun 2023. 5. PERBINCANGAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti impak pasukan toddler dan antenatal (PTA) yang telah diwujudkan pada awal tahun 2023 terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian terhadap golongan sasar iaitu pesakit ibu mengandung dan toddler, khususnya terhadap pencapaian liputan kedatangan pesakit baru toddler dan antenatal, peratusan kes yang selesai ibu mengandung, dan peratus toddler disapu fluorida di daerah Bachok, Kelantan. Data kajian telah diperoleh melalui penelitian reten tahunan klinik pergigian di daerah Bachok dari tahun 2022 sehingga 2023 yang merangkumi jumlah kedatangan pesakit baru antenatal dan peratusan kes selesai yang berjaya dicapai sejak penubuhan pasukan toddler dan antenatal (PTA) 56.93 90.85 112.98 173.96 0 50 100 150 200 250 300 2022 2023 Peratus pencapaian toddler di Daerah Bachok tahun 2022-2023 Peratus liputan PB Toddler Peratus toddler disapu FV
9 Hasil penelitian data kajian didapati terdapat peningkatan dari jumlah liputan pesakit baru antenatal pada tahun 2023 jika dibandingkan dengan jumlah kedatangan sebelum penubuhan pasukan toddler dan antenatal (PTA). Terdapat juga trend peningkatan data kes selesai dilihat dari tahun 2022 hingga 2023. Hal ini adalah selari dengan objektif penubuhan pasukan toddler dan antenatal (PTA) oleh pergigian daerah Bachok yang bertujuan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemeriksaan awal pesakit baru antenatal di klinik desa dan klinik kesihatan ibu & anak agar tiada pesakit yang tercicir dari dirujuk dan diberi rawatan sewajarnya. Seterusnya, dengan penubuhan jawatan khas antenatal, beberapa strategi perancangan dapat dilaksanakan secara terperinci bagi meningkatkan liputan ibu mengandung. Antaranya ialah: 1. Memperkasakan fungsi PTA di setiap klinik dalam daerah Bachok dengan melantik dua anggota pergigian untuk mengadakan lawatan harian ke klinik kesihatan ibu & anak (KKIA) dan mingguan ke klinik desa (KD). 2. Kemaskini dari masa ke semasa senarai nama pesakit baru beserta nombor telefon dari buku pendaftaran di KKIA/KD untuk dihubungi dan dipanggil untuk pemeriksaan. 3. Pemantauan data pesakit ibu mengandung secara bulanan menggunakan Google link oleh PIC/PPYM/PPD - tindakan penambahbaikan SIQ diperlukan bagi klinik yang tidak mencapai KPI yang ditetapkan. 4. Mengekalkan sistem tagging pada buku rekod kesihatan ibu mengandung bagi memastikan tiada pesakit yang tidak dirujuk atau tercicir dari mendapatkan pemeriksaan atau rawatan pergigian ibu mengandung. Selain itu, terdapat peningkatan dari data peratusan kes selesai ibu mengandung yang berjaya dicapai pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. Hal ini adalah selari dengan penubuhan strategi PTA untuk meningkatkan kes selesai ibu mengandung dengan : 1. Melakukan rawatan secara “STAT” bagi pesakit ibu mengandung yang walk-in ke klinikklinik pergigian di daerah Bachok 2. Penggunaan Buku Rekod Pemantauan Pesakit Ibu Mengandung dengan merekodkan ibu mengandung yang memerlukan rawatan lanjut hingga selesai kes. 3. Mewujudkan slot temujanji khas untuk pesakit ibu mengandung 4. Temujanji susulan diberi bagi pesakit ibu mengandung secara Google Link oleh PIC/PPYM/PPD dan tindakan penambahbaikan SIQ diperlukan bagi klinik pergigian yang rendah 5. Penyediaan ruang penyimpanan khas untuk kad rawatan ibu mengandung yang memerlukan rawatan. 6. Mengadakan Hari Kesihatan Pergigian di KD Angkat terpilih bagi setiap klinik
10 7. Meneruskan pemantauan data kes selesai pesakit PTA juga berperanan meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan ibu mengandung dengan: 1. Menyampaikan pendidikan kesihatan pergigian yang lebih menarik 2. Memberikan chairside oral hygiene instruction (OHI) kepada pesakit ibu mengandung 3. Melaksanakan Seminar Kesihatan Pergigian untuk Anggota Kesihatan dengan memberi penghargaan kepada KKIA dan/atau KD yang mendapat kes rujukan paling tinggi 4. Memantapkan CDE untuk anggota pergigian yang terlibat 5. Memperkasakan pelaksanaan Hari Kesihatan Pergigian di KD Angkat terpilih bagi setiap KP 6. Pemantauan data promosi kesihatan pergigian kepada ibu mengandung secara Google Link oleh PIC/PPYM/PPD 7. Meletakkan bunting kesihatan antenatal di KKIA dan KD 8. Mengadakan sudut promosi di KP, KKIA dan KD Manakala bagi pesakit toddler, terdapat beberapa strategi telah dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan pesakit baru dan mengekalkan pesakit ulangan toddler untuk mencegah masalah pergigian dari awal usia. Antaranya adalah dengan meningkatkan liputan perkhidmatan pergigian kepada toddler (0 – 4 Tahun) dengan: 1. Meneruskan peranan Pasukan Toddler dan Antenatal (PTA) yang melaksanakan lawatan ke KKIA/KD secara harian mengikut jadual lawatan yang telah ditetapkan. 2. Pemakluman pencapaian liputan toddler di daerah kepada PKD/KU/YM KKIA/KD setiap 2 bulan . 3. Meneruskan penggunaan pelekat penanda atau tagging toddler yang ditampal pada Buku Kesihatan Bayi Kanak-kanak (0-6 Tahun) untuk memudahkan rujukan daripada pihak kesihatan, yang dilaksanakan mengikut tahun iaitu tagging berwarna kuning untuk tahun 2023 manakala oren untuk tahun 2024. 4. Meneruskan pengumpulan database toddler daripada Buku Daftar Kelahiran KD/KKIA tahun 2020-2024 dan Buku Pendaftaran Kehadiran bagi pesakit toddler yang menumpang di KKIA/KD bagi mengenal pasti KKI (0-4 tahun) untuk pemeriksaan dan rawatan pergigian. Disamping itu, beberapa program dilaksanakan bagi mengukuhkan kefahaman anggota kesihatan, pergigian dan agensi luar berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian toddler. Antaranya: 1. Pelaksanaan seminar anggota kesihatan untuk menekankan penggunaan sticker tagging bagi rujukan kanak-kanak berumur 4 tahun dan kebawah, memperkasakan stategi meningkatkan liputan toddler dan memberi penghargaan kepada KKIA/KD terbaik.
11 2. Mengadakan bengkel pengisian dan pemantauan K-Todd bagi menyelaraskan kefahaman setiap anggota terutamanya PTA seterusnya mengoptimumkan penggunaan K-Todd untuk meningkatkan kepatuhan 4 kali sapuan. Seterusnya, rawatan pencegahan dan rawatan klinikal bagi kesihatan pergigian toddler di tingkatkan dengan mengaplikasikan penggunaan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daerah Bachok iaitu I-Todd 2023 yang bertujuan untuk memberikan PKP kepada ibubapa penjaga toddler dan meletakkan bunting info kesihatan toddler di semua KKIA/KD. Antara rawatan yang dijalankan adalah: 1. Di peringkat KP/KKIA/KD dan taska, meneruskan sapuan kohort 2022 dan 2023 (100% disapu sapuan FV 1 hingga 4). Bagi bukan kohort, untuk kanak-kanak berumur 4 tahun, sapuan dilaksanakan mengikut kohort semasa umur 4 tahun dan akan di sambung sehingga 5 tahun sekiranya tidak berada di tadika/prasekolah .Selain itu, temujanji susulan diberikan untuk toddler yang tidak mempunyai gigi (0 – 6 bulan) 2. Bagi toddler yang lengkap 4 kali sapuan dan mulut bebas karies (MBK), rawatan susulan diadakan setahun sekali. Manakala bagi toddler yang lengkap 4 kali sapuan tetapi dikesan mempunyai karies awal , rawatan susulan setiap 6 bulan dengan melakukan sapuan FV atau Silver Diamine Fluoride (SDF) menggunakan konsep International Caries Detection and Assessment System (ICDAS) 3. Memaksimumkan rawatan bagi gigi yang diindikasi dengan penambahbaikan rawatan mengikut umur pesakit toddler dan spesifik rawatan kepada gigi yang berkaitan. Sebagai contoh, tampalan menggunakan glass ionomer cement (GIC) dan zinc oxide eugenol (ZOE) bagi tampalan yang dalam dengan mengaplikasikan Atraumatic Restorative Technique (ART). 4. Memastikan 100% taska melaksanakan latihan memberus gigi berkesan (BEGIN) dan melaksanakan pemantauan bagi taska yang tidak melaksanakan amalan memberus gigi. 5. Akhir sekali , Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian yang dilaksanakan dipantau dan dinilai secara bulanan dengan menggunakan pautan Google drive oleh PIC/PPYM/PPD. Klinik yang tidak mencapai sasaran liputan toddler (95%) pada bulan semasa perlu membuat penambahbaikan dan dikehendaki meningkatkan liputan pada bulan seterusnya. 6. KESIMPULAN Berdasarkan analisis data yang dilakukan dari tahun 2022 hingga 2023 di daerah Bachok, kajian ini menunjukkan beberapa perkembangan penting dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada golongan ibu mengandung dan kanak-kanak toddler selepas penubuhan PTA. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam liputan pesakit baru antenatal dan toddler setelah PTA ditubuhkan. Trend ini mencerminkan keberkesanan inisiatif untuk menyasarkan dan
12 meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan kesihatan pergigian di kalangan ibu mengandung dan kanak-kanak. Data menunjukkan peningkatan dalam peratusan kes yang selesai bagi ibu mengandung. Ini menggambarkan peningkatan aksesibiliti dan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan pergigian semasa kehamilan, yang secara langsung menyokong kesihatan mulut ibu dan kesan jangka panjang kepada bayi yang belum lahir. Salah satu fokus utama PTA adalah meningkatkan amalan penyelenggaraan mulut awal dalam kalangan toddler. Hasil menunjukkan peningkatan dalam peratusan toddler yang mendapat perkhidmatan sapuan fluorida, mencerminkan usaha yang berjaya dalam memperbaiki kesedaran dan amalan kesihatan mulut di peringkat awal perkembangan. Kesimpulannya, penubuhan Pasukan Toddler dan Antenatal (PTA) di daerah Bachok telah membawa kepada peningkatan yang berkesan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada golongan ibu mengandung dan kanak-kanak toddler. Inisiatif ini tidak hanya meningkatkan aksesibiliti terhadap perkhidmatan pergigian, tetapi juga berjaya meningkatkan amalan kesihatan mulut dalam kalangan pesakit yang disasarkan. 7. RUJUKAN MOH. (2023). Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Toddler: Kolaborasi Bersama Agensi Luar. MOH. (2023). Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Ibu Mengandung.