Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Disediakan oleh:
NAMA: MOHAMAD DANISH ‘AIMAN BIN TAZUL
HAIRUL
ANGKA GILIRAN:
NO. KAD PENGENALAN: 2020192340164
KUMPULAN/ UNIT:
010203-06-0361
KOD DAN NAMA KURSUS:
PISMP F9
TAJUK TUGASAN: EDUP3073
NAMA PENSYARAH: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TARIKH HANTAR: PENULISAN AKADEMIK
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH DR SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
12 APRIL 2022
Senarai Kandungan
Pengenalan.......................................................................................................................... 1
Langkah-Langkah Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya ............................................ 1
Aspek Fizikal.................................................................................................................... 1
Aspek Emosi.................................................................................................................... 2
Aspek Sosial .................................................................................................................... 3
Aspek Sosiolinguistik ..................................................................................................... 4
Rumusan ............................................................................................................................. 4
Bibliografi ............................................................................................................................ 6
Pengenalan
Pengurusan bilik darjah mesra budaya amat penting untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa
adanya gangguan. Menurut Noriati et al., (2017), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Dalam membentuk persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya, guru perlu menyediakan suasana bilik darjah yang penyayang,
menyokong serta inklusif bagi membolehkan mereka berasa selesa untuk belajar dan sudi
menerima perbezaan dalam persamaan antara mereka. Pengurusan bilik darjah mesra
budaya mengambil kira aspek pengurusan persekitaran fizikal, pengurusan emosi,
pengurusan sosial dan sosiolinguistik serta amalan pedagogi terbaik dalam memastikan
pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan dan lancar. Oleh yang
demikian, guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk memastikan persekitaran
bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan latar belakang
murid-murid yang berbeza budaya, agama dan bangsa bagi memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berlaku di samping dapat mengeratkan hubungan antara murid
dan guru serta murid dengan murid.
Langkah-Langkah Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya
Langkah-langkah mewujudkan bilik darjah mesra budaya dapat dilakukan dengan meneliti
kepada beberapa aspek seperti fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
Aspek Fizikal
Secara umumnya, keadaan bilik darjah yang sempit dan sesak akan menyebabkan
murid belajar dalam keadaan yang kurang kondusif. Bilik darjah yang mesra budaya harus
dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana
pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Perkara ini bukan sahaja memberikan keselesaan fizikal mereka
malah turut mementingkan aspek mental mereka ketika belajar. Untuk mencapai perkara ini,
keadaan kelas haruslah ceria dan menarik untuk dijadikan tempat belajar. Perkara utama
yang mesti diberi perhatian adalah susunan meja murid yang disusun secara berkumpulan
selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21). Konsep pembelajaran Abad ke-21
adalah berpusatkan murid serta menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri dan interaktif
dengan berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta
1
aplikasi nilai murni dan etika (Norazlin dan Siti, 2019). Susunan meja seperti ini akan
memudahkan murid menjalani aktiviti berkumpulan serta menggalakkan perbincangan dan
interaksi murid dalam dan luar waktu PdP. Dengan menyedari peluang berlakunya interaksi
ini, maka setiap kumpulan murid bolehlah terdiri daripada murid yang berbeza-beza kaum dan
latar belakang berkurangnya kemungkinan berlakunya penyisihan murid minoriti.
Selain itu, keadaan kelas haruslah ceria dan menarik untuk dijadikan tempat belajar.
Hal ini kerana, bilik yang ceria dan menarik akan merangsang minat pelajar untuk belajar dan
datang ke sekolah (Mok S. S.,2009). Bilik yang ceria tidak semestinya dipenuhi dengan
hiasan, tetapi mempunyai hiasan yang sesuai dengan saiz, ciri fizikal sedia ada bilik darjah
dan hiasan yang turut memberi manfaat kepada murid serta tidak menghalang kelancaran
pengaliran udara dalam bilik darjah. Justeru, elemen kepelbagaian budaya boleh diterapkan
dalam pemilihan hiasan untuk digunakan di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan corak batik yang merupakan antara identiti bangsa Melayu, warna merah yang
sinonim dengan bangsa Cina, dan lain-lain lagi. Penglibatan murid dalam pemilihan dan
pembuatan hiasan-hiasan ini juga akan menimbulkan kesan yang lebih baik. Antaranya, murid
akan lebih banyak berinteraksi dalam perbincangan untuk mencantikkan kelas mereka.
Daripada hal ini, murid akan lebih banyak menonjolkan minat dan identiti mereka. Oleh itu,
jelaslah bahawa pemilihan hiasan untuk menceriakan kelas ini boleh dilaksanakan dengan
pelbagai cara bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
Aspek Emosi
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan menghidupkan bilik darjah yang
mesra budaya. Walaupun mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
bangsa. Menurut Noor Azima dalam Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan emosi kanak-
kanak adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi
terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan mereka. Sekiranya
emosi positif yang ditunjukkan oleh murid, maka secara tidak langsung dapat membangkitkan
motivasi dan semangat murid untuk terlibat aktif dalam PdP. Bagi mencapai perkara ini, antara
perkara yang boleh dilakukan guru adalah memberi layanan yang baik, adil dan saksama
kepada murid-murid. Guru tidak sewajarnya bersikap berat sebelah kepada murid-murid
berdasarkan ciri yang kekal seperti fizikal, warna kulit, bangsa, kerjaya penjaga dan lain-lain.
Hal ini demikian kerana apa-apa jua bentuk layanan tidak dapat mengubah ciri-ciri tersebut.
Sebagai contoh, guru memberikan layanan yang sama kepada semua muridnya meskipun
terdapat murid yang ibu bapanya berjawatan tinggi di sekolah. Oleh yang demikian, tidak
2
timbulnya iri hati dalam kalangan murid serta murid-murid juga akan menghargai antara satu
sama lain.
Selain itu, guru juga perlu mewujudkan suasana yang selamat dan saling
mempercayai dalam diri murid. Hal ini bagi membuatkan murid selesa untuk berkomunikasi
dan berkerjasama dengan guru dan juga sesama murid. Sekiranya terdapat rasa takut atau
tidak selesa dalam diri murid, maka motivasi dan tingkah lakunya turut akan terganggu lalu
tidak dapat mengambil bahagian dalam PdP secara aktif. Bagi mewujudkan suasana ini, guru
wajarlah sentiasa memantau tingkah laku murid dengan menetapkan peraturan bilik darjah
yang dipersetujui bersama dengan murid-murid. Menurut Hasnan Mohd Saad (2016) guru
harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai
tingkah laku yang baik dan buruk. Oleh yang demikian, guru perlu mengaplikasikan
pengetahuan mereka terhadap model-model disiplin yang telah dipelajari seperti Model
Disiplin Aseter Canter yang menfokuskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan serta
mengutamakan konsep guru berhak mengajar secara profesional tanpa gangguan manakala
murid berhak belajar secara tenang dan selamat dengan bantuan guru dan rakan-rakan lain.
Oleh itu, model-model seperti ini boleh dirujuk oleh guru bagi memastikan tingkah laku murid
terkawal dan timbulnya rasa selamat dalam diri murid.
Aspek Sosial
Guru juga perlu membina hubungan yang positif dalam bilik darjah. Dalam konteks ini,
murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial
dan budaya. Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap
kaum di Malaysia. Penerapan dan pendedahan tentang amalan budaya ini boleh dijalankan
secara langsung atau tidak langsung. Pendedahan secara langsung adalah dengan cara
penerangan atau penceritaan manakala pendedahan secara tidak langsung adalah melalui
aktiviti atau interaksi berkumpulan mahu pun secara rawak. Hal ini demikian kerana sopan
atau tidak seseorang individu itu dapat dilihat melalui interaksi dan kepelbagaian kesantunan
dan tingkah laku terhasil adalah akibat pemahaman sedia ada murid mengenai sesuatu isu
atau perkara (Elita M. Sembiring dan Srisofian Siantur, 2019). Justeru, guru perlu bijak
memilih strategi yang bersesuaian untuk membina keharmonian dalam bilik darjah di samping
memupuk sifat saling hormat menghormati dalam diri murid. Menurut Vygotsky dalam Deniz
(2020), murid belajar melalui interaksi sosial dengan rakan sebaya mereka yang lebih cekap
3
ataupun guru. Dalam interaksi ini, pembelajaran berlaku secara langsung melalui pengalaman
sekali gus memberikan murid peluang untuk mengaplikasikan layanan baik terhadap rakan-
rakan mereka serta menghayati nilai tersebut. Oleh itu, jelas bahawa cara ini mampu
memupuk interaksi sosial yang lebih baik dalam diri murid.
Aspek Sosiolinguistik
Aspek sosiolinguistik merupakan satu bentuk penggunaan bahasa yang diguna pakai
di sekolah. Menurut Llamas dan Stockwell (2019), sosiolinguistik ialah kajian tentang aspek
sosiologi bahasa dan mampu diringkaskan sebagai suatu yang mementingkan dimensi sosial
bahasa tersebut. Di Malaysia, aspek ini merupakan antara aspek yang sangat penting kerana
kepelbagaian bangsa dan budaya yang ada di Malaysia serta setiap satunya mempunyai
bahasa dan dialek yang berbeza-beza. Selaras dengan itu, guru boleh mempelbagaikan
aktiviti berbahasa sebagai salah satu cara membina bilik darjah mesra budaya dengan
Bahasa Melayu sebagai tunjang utama. Guru boleh menjalankan aktiviti puisi, lakonan mahu
pun perbincangan biasa dengan menggunakan Bahasa Melayu standard. Hal ini demikian
kerana bahasa Melayu standard lebih mudah difahami oleh semua rakyat Malaysia serta
digunakan dalam pendidikan. Justeru, komunikasi dalam bilik darjah mampu berjalan dengan
baik. Selain itu, guru juga perlu kreatif dalam menentukan isi pelajaran atau perbincangan
yang dijalankan dengan kaedah-kaedah tersebut. Guru mungkin boleh menerapkan apa-apa
isu yang menunjukkan jati diri rakyat Malaysia khususnya agar murid-murid lebih mudah
menghayatinya. Oleh itu, jelas bahawa peranan yang dimainkan dalam aspek sosiolinguistik
ini sangat penting khususnya untuk komunikasi harian murid.
Rumusan
Kesimpulannya, bilik darjah mesra budaya ini sememangnya perlu dihasilkan bagi
membantu murid-murid mendapat kualiti pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang.
Bilik darjah mesra budaya ini juga dilihat mampu memangkin penglibatan murid dalam PAK
21 yang sememangnya banyak melibatkan aktiviti bercorak koperatif yang menuntut
komunikasi kumpulan terlaksana secara kerap dalam PdP. Diharapkan juga langkah-langkah
in terlaksana agar mampu memecahkan tembok yang terbina kerana perbezaan latar
belakang dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini hanyalah untuk membentuk komuniti yang
harmoni di sekolah dan di dalam bilik darjah agar produk yang terhasil daripada sistem
pendidikan negara ini terjamin kualitinya selaras dengan kehendak negara dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
4
1192 patah perkataan
5
Bibliografi
Deniz Gökçe Erbil. (2020). A Review of Flipped Classroom and Cooperative Learning Method
Within the Context of Vygotsky Theory. Front. Psychol, 11(1157), 1-9.
doi:10.3389/fpsyg.2020.01157
Elita M. Sembiring, & Srisofian Siantur. (2019). Politeness Strategies in EFL Classroom
Context: Avoiding Future Conflict and Maintain the Harmony of Diversity. The journal
of Ultimate Research and Trends in Education, 1(3), 105-111.
doi:https://doi.org/10.31849/utamax.v1i3.6257
Hasnan Mohd Saad. (2016). Tinjauan mengenai perspektif hasrat murid hadir ke sekolah. In
ASEAN Comparative Education Research Conference (pp. 486-493). Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Llamas, C., & Stockwell, P. (2019). Sociolinguistics. In An introduction to applied linguistics.
Routledge.
Mok S. S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Norazlin Mohd Rusdin , & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Perlaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management, 87-105. Retrieved from
https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf
Noriati A. Rashid, , Boon, P. Y, & Fakhriah. (2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar
Sdn. Bhd. .
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan alam
belajar. Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2016). Siri Pendidikan
Guru: Murid dan pembelajaran. Oxford Fajar.
Rizalina Mat Radzi. (2014). Tesis: Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktivti brmain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
6