The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad09-444, 2022-05-12 11:27:20

PENULISAN AKADEMIK BUDAYA - DANISH 'AIMAN

MOHAMAD DANISH 'AIMAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Disediakan oleh:

Nama: MOHAMAD DANISH ‘AIMAN BIN TAZUL HAIRUL
Angka Giliran: 2020192340064
No. Kad Pengenalan: 010203060361
Kumpulan/ Unit: PISMP F9
Kod dan Nama Kursus: EDUP3073

Tajuk Tugasan: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah: PENULISAN AKADEMIK

Tarikh Hantar: DR SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
Tarikh Menerima Maklum 12 APRIL 2022
Balas Daripada Pensyarah

Isi Kandungan 1
Muka Surat
Isi Kandungan
1
Pengenalan 2

Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra 2-3
Budaya 3-4

Fizikal 4
Emosi 5
Sosial 5
Sosiolinguistik 6

Penutup

Rujukan

2

PENGENALAN

Untuk melahirkan murid yang cemerlang pada hari ini, tanggung jawabnya sememangnya
terletak pada diri seorang guru itu. Seorang guru di sekolah ibarat ibu dan bapa kepada
murid-murid. Oleh itu, mereka perlulah menunjukkan teladan yang baik ketika mengajar didalam
kelas untuk mewujudkan suasana kelas yang mesra budaya. Menurut Jasmi et al. (2012),
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi
nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.
Bagi negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama,
penerapan nilai-nilai sivik dalam diri setiap individu adalah sangat penting untuk memelihara
keamanan dan keharmonian negara kita. Antara nilai-nilai sivik tersebut ialah seperti
hormat-menghormati, kasih sayang, toleransi dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru di sekolah
khususnya guru sekolah rendah perlu memastikan elemen mesra budaya dapat disemai di
dalam bilik darjah sepanjang berlangsungnya sesi PdP untuk mewujudkan suasana yang
kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Para guru boleh mewujudkan keadaan tersebut dengan memberikan perhatian kepada aspek
fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik dalam membentuk bilik darjah mesra budaya.

Aspek Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik merupakan salah satu aspek terpenting dalam
mewujudkan suasana bilik yang kondusif dan mesra budaya bagi membantu perkembangan
pelajar dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, persekitaran fizikal bilik darjah seperti saiz
bilik dan susunan perabot perlu bersesuaian dengan kapasiti pelajar. Hal kerana, bilangan
pelajar yang melebihi kapasiti boleh menyebabkan suasana di dalam bilik darjah tidak menjadi
kondusif, dimana pelajar akan bersesak kerana ruang bilik darjah yang sempit dan akhirnya
menimbulkan masalah disiplin seperti bising, tidak menumpukan perhatian semasa guru
mengajar, mendatangkan kecederaan dan sebagainya seperti mada dalam Mok dalam
Hasfarina Abas, (2012). Dalam pada itu susunan kerusi meja yang berbentuk kumpulan juga
dapat membantu murid melaksanakan kerja kumpulan antara satu sama lain. Sebagai contoh,
murid dapat menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan yang mengandungi

3

kepelbagaian latar belakang murid yang dapat membantu mereka untuk berkongsi idea dan
pandangan dari sudut perspektif yang berbeza-beza, Ismail et al. (2018).

Selain daripada itu, guru juga dapat menerapkan beberapa elemen yang berbentuk
kebudayaan dan kesenian kepelbagaian kaum dan etnik sebagai bentuk hiasan di dalam bilik
darjah. Melalui cara ini, bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana kelas yang ceria dan
seronok kepada para pelajar, malah bentuk-bentuk hiasan sebegini rupa turut membantu
pelajar untuk lebih mengenali dan mempelajari perkara baharu mengenai kepelbagaian yang
wujud antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung dapat
melahirkan sifat keterbukaan dalam diri para pelajar terhadap perbezaan budaya dan sterusnya
dapat mengetepikan sifat perbezaan kaum ini. Tamsilnya, guru menggantung jenis-jenis
pakaian tradisional etnik di Malaysia seperti Baju Melayu, Cheongsam, Sari, Kain Sirat (pakaian
tradisional kaum Iban) dan sebagainya. Di samping itu, hubungan keakraban antara murid yang
berlainan bangsa turut dapat diterapkan semasa guru menjalankan sesi menghias bilik darjah
yang dibantu oleh para pelajar. Dengan adanya elemen-elemen ini, para pelajar dapat
menghargai kepelbagaian etnik yang ada di Malaysia dan seterusnya mewujudkan kelas yang
harmonis.

Aspek Emosi

Selain daripada persekitaran fizikal, aspek sosio emosi murid juga sangat penting untuk
menjamin persekitaran sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Noor Azima dalam
Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu
situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Sekiranya sosio emosi
seseorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung ianya akan menjadi
perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.
Jika dilihat di dalam konteks bilik darjah, emosi para pelajar lebih cenderung berubah
bergantung terhadap layanan guru kepada mereka. Oleh yang demikian, guru seharusnya
melayan setiap pelajar dengan adil dan saksama dengan tidak membezakan atau melabel
mereka. Guru perlulah bertindak profesional dan berlaku adil kepada semua pelajar tanpa
mengira sebarang perbezaan sosiobudaya. Dalam masa yang sama layanan secara adil turut
membantu murid dari segi motivasi untuk aktif dalam pembelajaran dan memberi pandangan
atau perbincangan.

4

Seterusnya, guru juga boleh menerapkan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam
pelaksanaan PdP untuk membentuk sebuah pengalaman belajar yang menyeronokkan. Unsur
didik hibur dalam penggunaan BBM ini amat sesuai diguna pakai bagi melahirkan suasana bilik
darjah mesra budaya kerana kaedah ini mampu menghasilkan proses PdP yang
menyeronokkan Ramlah et al. (2016). Guru boleh menerapkan ciri tersebut melalui penggunaan
bentuk-bentuk puisi yang terdapat dalam Bahasa Melayu secara pelbagai dan bersesuaian
dengan tahap murid. Menurut Mahamod et al. (2021), amalan pengajaran yang berkesan
adalah guru mempelbagaikan kaedah pengajarannya mendalami isi kandungan pelajaran yang
bakal diajar dan menyediakan bahan bantu mengajar BBM. Sebagai contoh, guru menjalankan
aktiviti drama yang berkisahkan kepada budaya masyarakat di Malaysia. Secara tidak
langsung, murid dapat menghayati watak yang dipersembahkan dan seterusnya memberi
pendedahan kepada murid berkenaan dengan budaya yang terkandung di dalam setiap etnik di
Malaysia. Oleh itu, suasana pembelajaran mesra budaya ini dapat diwujudkan di dalam bilik
darjah.

Aspek Sosial

Lain daripada itu, aspek sosial turut memainkan peranan dalam mewujudkan suasana bilik
darjah mesra budaya. Hal ini dimana, guru boleh membentuk pengaruh sosial yang positif
diantara murid-murid yang berlainan sosiobudaya di dalam bilik darjah. Perkara ini boleh terjadi
apabila guru melaksanakan suatu pembelajaran secara aktif yang perlu melibatkan semua
murid secara menyeluruh yang bukan sahaja dapat membantu dari segi perjalan kelas, malah
ianya dapat membantu murid dari segi kefahaman kepada topik pembelajaran. Nurdyansyah et
al. (2018), pembelajaran aktif merupakan pembelajaran yang berlangsung secara dua hala
yakni murid mampi memberi respons, berbincang secara berhasil, petah berbicara dan
sebagainya. Misalnya, guru boleh membentuk keyakinan murid bukan Melayu melalui sokongan
rakan sekelas yang lain untuk memberanikan diri mencuba berbahasa di dalam Bahasa
Melayu. Hal ini berlaku berkemungkinan kerana, pelajar bukan Melayu tersebut tidak fasih
berbahasa Melayu dan ini menyebabkan sifat rendah diri itu hadir di dalam diri mereka. Impak
yang terhasil akan kelihatan apabila murid di dalam kelas saling memotivasikan rakan di dalam
kelas antara satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan sosiobudaya.

5

Aspek Sosiolinguistik

Aspek sosiolinguistik merupakan satu bentuk penggunaan bahasa yang diguna pakai di
sekolah. Menurut Llamas et al. (2019), sosiolinguistik ialah kajian tentang aspek sosiologi
bahasa dan mampu diringkaskan sebagai suatu yang mementingkan dimensi sosial bahasa
tersebut. Oleh yang demikian, dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya ini aspek
sosiolinguistik perlulah dititikberatkan. Hal ini dimana, guru dan murid perlu menjalankan proses
PdP dengan menggunakan bahasa Melayu yang mana merupakan bahasa kebangsaan dan
bahasa pengantar rasmi negara. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keseragaman
dalam penggunaan bahasa semasa proses berkomunikasi antara murid dengan guru dan murid
dengan murid yang lain. Namun begitu, guru boleh cuba untuk menerapkan kepelbagaian
bahasa-bahasa setiap kaum lain dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah. Sebagai
contoh, guru mengadakan satu pertandingan deklamasi puisi dengan menggunakan bahasa
kaum masing-masing yakni bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa India dalam proses
penyampaian. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk jati diri murid untuk menghayati
kepelbagaian bahasa dan bentuk budaya yang wujud di Malaysia. Dalam masa itu juga, nilai
hormat-menghormati perbezaan budaya dan bahasa kaum lain turut dapat dipupuk di dalam diri
murid.

RUMUSAN

Secara rumusnya, seorang guru dan pendidik itu perlulah memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang mampu memupuk semangat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti PdP. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik,malah guru
juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang dalam memastikan anak
didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik
darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu
disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP.
Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh
dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.

6

RUJUKAN

Abas, H. (2012). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru sekolah
menengah daerah Segamat (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Ismail, R. A. R., & Ismail, D. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’pembelajaran abad ke-21 dalam
kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan guru kampus Dato Razali
Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.

Jasmi, K. A., Muhammad, A., Mustari, M., & Ismail, M. F. (2012). Pembinaan hubungan baik
antara guru dengan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Jasmi, K. A., Muhammad, A., Mustari, M., & Ismail, M. F. (2012). Pembinaan hubungan baik
antara guru dengan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Llamas, C., & Stockwell, P. (2019). Sociolinguistics. In An introduction to applied linguistics (pp.
146-164). Routledge.

Nurdyansyah, N., & Fitriyani, T. (2018). Pengaruh strategi pembelajaran aktif terhadap hasil
belajar pada Madrasah Ibtidaiyah. Universitas Muhammadiyah Sidoarjo.

Mat Radzi, R. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi
kanak-kanak melalui aktiviti bermain (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan
Idris).

Mahamod, Z., & Lim, N. R. (2021). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran
guru Bahasa Melayu: Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),
51-65.

Ramlah, Nor Afni & Siti Fatimah, (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru Prasekolah di
Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak, jilid 5, 19-29.


Click to View FlipBook Version