The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN_PENDAFTARAN_PELAJAR_BAHARU_20242025_ _

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZMIAH BINTI MAHMUD (KMPK), 2024-06-30 11:48:04

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN_PENDAFTARAN_PELAJAR_BAHARU_20242025_ _

ARAHAN Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera TARIKH PENDAFTARAN RASMI 1 JULAI 2024 (ISNIN) URUS SETIA PEREMPUAN: KOLEJ KEDIAMAN SERI INTAN LELAKI : KOLEJ KEDIAMAN SERI IPOH MASA PENDAFTARAN Sesi 1: 8.00 pagi – 11.30 pagi Penghuni Blok Seri Ipoh, Blok Seri Iskandar dan Blok Seri Intan sahaja Sesi 2: 1.00 petang – 3.30 petang Penghuni Blok Seri Teja dan Blok Seri Kerian sahaja TAKLIMAT WARIS 10.00 pagi : Secara Dalam Talian Youtube Live KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31600 GOPENG PERAK Tel: 05-3594600 Faks:05-3594412 http://www.kmpk.matrik.edu.my PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2024/2025


LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI PERAK Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003 bermula pada 23 Mac 2002. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Kolej Matrikulasi Perak menawarkan Program Matrikulasi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) dilaksanakan dalam empat semester bagi Jurusan Sains untuk Bumiputera Sahaja. Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.


PELAN LOKASI Alamat : Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia 31600 Gopeng, Perak Telefon : 05 – 359 4600 Faks : 05 – 359 4412


KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN Semua pelajar akan ditawarkan kemudahan penginapan di kolej kediaman pelajar di Kolej Matrikulasi Perak. Terdapat 5 buah kolej kediaman iaitu: Kolej Kediaman Pelajar Perempuan Kolej Kediaman Pelajar Lelaki i) Kolej Kediaman Seri Kerian ii) Kolej Kediaman Seri Intan iii) Kolej Kediaman Seri Teja i) Kolej Kediaman Seri Iskandar ii) Kolej Kediaman Seri Ipoh Pindaan bilik pelajar tertakluk kepada pihak Kolej. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman TIDAK MENYEDIAKAN BANTAL dan CADAR kepada para pelajar, justeru itu para pelajar dikehendaki untuk membawa cadar dan bantal untuk kegunaan sendiri. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa peralatan elektrik (contoh: seterika elektrik, cerek elektrik) bagi memastikan keselamatan pelajar dan mengelakkan gangguan bekalan elektrik di blok kediaman (sila rujuk Peraturan Pelajar).


JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SESI 2024/2025 Bil Jurusan Jumlah Yuran Pendaftaran (RM) i Sains 599.00 ii Sains Empat Semester bagi Jurusan Sains 2024/2025 599.00 (Tahun 1) 284.00 (Tahun 2) iii Perakaunan 546.00 iv Sains (Sistem Dua Semester Mengulang) 284.00 Nota: Pelajar akan dikenakan caj perkhidmatan oleh BSN sebanyak RM0.60. Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter Cawangan BSN sebaik-baiknya sebelum 1 Julai 2024. Pembayaran yuran dibuat atas nama: PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK NOMBOR AKAUN BSN 0810029000287661


Makluman kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar baharu sesi 2024/2025 Keadaan trafik semasa sesi pendaftaran adalah agak tidak memuaskan semasa hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini disebabkan oleh kekurangan parkir kereta dan keadaan bentuk muka bumi Kolej Matrikulasi Perak yang berbukit menyebabkan hanya sebuah pintu sahaja yang dibina untuk laluan keluar dan masuk. Oleh yang demikian, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk membawa hanya satu kenderaan sahaja semasa sesi pendaftaran dan ibubapa/penjaga tidak dibenarkan turun dari kereta semasa menghantar pelajar dan barang-barang di tempat yang disediakan (kaedah Drive-Thru) bagi mengurangkan keadaan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung (pelajar dibenarkan balik bermalam/outing seperti dalam jadual pulang bermalam/outing dan lawatan waris dibenarkan pada setiap hujung minggu dan cuti umum). Kesesakan trafik pada tahun lalu menyebabkan ibubapa/penjaga terpaksa mengharungi kesesakan selama hampir 4 jam di atas jalan raya untuk jarak hanya sejauh 4 km. Pendaftaran pelajar akan diadakan pada waktu berikut : 8.00 pagi hingga 1.30 petang Sehubungan itu, ibubapa/penjaga yang telah selesai mendaftar dimohon memberi kerjasama untuk beredar lebih awal dari kolej bagi mengelakkan kesesakan jalan raya semasa pulang dan melancarkan lalulintas di sekitar pekan Gopeng. Para pelajar tidak dibenarkan balik bermalam atau keluar “outing” selepas hari pendaftaran pelajar baharu, hal ini adalah kerana pihak kolej akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk para pelajar sepanjang minggu tersebut. Ibubapa/penjaga diminta untuk bersedia dengan kesesakan trafik semasa hari pendaftaran berlangsung, sebarang kesulitan amatlah dikesali.


Calon-calon pelajar yang ditawarkan pengajian di peringkat Matrikulasi pada sesi 2024/2025 adalah secara atas talian (online). Sehubungan itu, calon-calon pelajar baharu Kolej Matrikulasi Perak wajib melaksanakan pendaftaran secara online bagi melancarkan sesi pendaftaran pada 1 Julai 2024 di KMPk. Tarikh Pendaftaran Rasmi Tarikh Masa Tempat Taklimat Waris 1 Julai 2024 (ISNIN) Sesi 1 8.00 pagi – 11.30 pagi Penghuni Blok Seri Seri Ipoh, Blok Seri Iskandar dan Blok Seri Intan sahaja Sesi 2 1.00 petang – 3.30 petang Penghuni Blok Seri Teja dan Blok Seri Kerian sahaja Perempuan: Kolej kediaman masing-masing seperti di Slip ePendaftaran Lelaki: Kolej kediaman masing-masing seperti di Slip ePendaftaran 10.00 pagi Secara DalamTalian Youtube Live


MULA Melayari http://www.kmpk.matrik.edu.my Muat turun e-Buku Panduan Pendaftaran Membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) Menyediakan fail gambar (softcopy berukuran Passport dengan latar belakang berwarna biru - Membuat pendaftaran ONLINE Dan Cetak Slip ePendaftaran - Muatnaik gambar berukuran Passport Mendaftar diri ke Kolej Kediaman masingmasing di Kolej Matrikulasi Perak pada 1 Julai 2024 TAMAT


SEMAKAN TAWARAN 20 Jun 2024 Di laman web https://matrikulasi.moe.gov.my MEMBAYAR YURAN Diselesaikan sebaik-baiknya sebelum 1 Julai 2024 DAFTAR ONLINE 21Jun (mulai 2.00 petang) - 29 Jun (2.00 petang) 2024 Pendaftaran pelajar baharu Secara dalam talian http://mis.kmpk.matrik.edu.my/online MUAT NAIK GAMBAR Mulai 21 Jun (2.00 petang) 2024 Muat naik gambar berukuran passport untuk urusan kad matrik https://sites.google.com/view/kolejmatrikulasi-perak/laman-utama MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPB) 1 – 4 Julai 2024 MPPB secara bersemuka SESI PENGAJIAN SEMESTER 1 2024/2025 9 Julai 2024 Secara bersemuka


MAKLUMAT PENDAFTARAN SESI 2024/2025 Baca dan faham tawaran anda dengan teliti dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter cawangan BSN sebaik-baiknya sebelum 1 Julai 2024. Pembayaran yuran dibuat atas nama: PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK NOMBOR AKAUN BSN 0810029000287661 MEMBAYAR YURAN Diselesaikan sebaik-baiknya sebelum 1 Julai 2024 SEMAKAN TAWARAN 20 Jun 2024 Di laman web https://matrikulasi.moe.gov.my


Calon-calon yang ditawarkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak perlu melaksanakan pendaftaran secara online . Pendaftaran mulai 21 Jun 2024 (2.00 petang) hingga 29 Jun 2024 (2.00 petang) Berikut adalah panduan penggunaan e-pendaftaran. 1. Layari Laman Web Kolej Matrikulasi Perak di alamat http://www.kmpk.matrik.edu.my. Pilih MENU PELAJAR<Pelajar Baharu> Pendaftaran (e-Pelajar). DAFTAR ONLINE 21Jun (mulai 2.00 petang) - 29 Jun (2.00 petang) 2024 Pendaftaran pelajar baharu Secara dalam talian http://mis.kmpk.matrik.edu.my/online


Atau Klik pada butang PELAJAR BAHARU (https://sites.google.com/view/kolejmatrikulasi-perak/laman-utama) 2. Klik pada menu E-PENDAFTARAN PELAJAR (http://mis.kmpk.matrik.edu.my/matrik/online)


3. Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Sila pastikan anda telah membuat pembayaran yuran. 4. Sila isikan maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti dalam rajah di bawah. Klik butang ependaftaran Pelajar setelah selesai mengisi kesemua maklumat tersebut.


5. Slip pendaftaran akan dijanakan. Klik butang cetak untuk mencetak slip pendaftaran. Sila cetak dua (2) salinan Slip Pendaftaran dan bawa semasa hari pendaftaran pada 1 Julai 2024. Contoh Slip e-pendaftaran


PANDUAN DAN MUAT NAIK GAMBAR KAD MATRIK PELAJAR KMPK Tindakan Pelajar 1. Semua pelajar baharu perlu memuat naik gambar berukuran passport berlatar belakang biru untuk mencetak kad matrik pelajar di Kolej Matrikulasi Perak 2. Pastikan gambar mematuhi citri-ciri seperti berikut: Spesifikasi Gambar 1) Gambar bersaiz passport, dengan latar belakang biru diambil secara professional di kedai gambar. 2) Format gambar .jpg 3) Gambar jelas dan menghadap ke depan. Gambar dengan posisi mengiring tidak diterima. 4) Elakkan garis putih disekeliling imej kerana ini boleh menjejaskan dimensi imej. 5) Saiz gambar tidak melebihi 600 KB 6) Gambar berukuran 1 pixel @ 3.5cm lebar X 1 pixel @ 5.0cm tinggi. 7) Pakaian dan penampilan hendaklah menepati sahsiah pelajar. a. Pelajar Lelaki: i. Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher; ii. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan, bersesuaian dan kemas. b. Pelajar Perempuan: i. Berbaju kurung, kebaya labuh, kebarung atau pakaian etnik masing- masing yang sesuai, kemas dan tidak mencolok mata; ii. Pelajar Islam digalakkan bertudung Contoh Gambar MUAT NAIK GAMBAR Mulai 21 Jun (2.00 petang) 2024 Muat naik gambar berukuran passport untuk urusan kad matrik https://sites.google.com/view/kolejmatrikulasi-perak/laman-utama 200 px @ 7.06 cm cm 160 px @ 5.64 cm


Contoh Gambar Yang DITERIMA Untuk Cetakan Kad Pelajar Contoh Gambar Yang TIDAK DITERIMA Untuk Cetakan Kad Pelajar 8) Muat naik gambar di https://sites.google.com/view/kolej-matrikulasi-perak/laman-utama Klik pada menu MUAT NAIK GAMBAR KAD MATRIK


Rujuk Jadual Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. Klik pada menu MPPB untuk mendapatkan maklumat Minggu Pengurusan Pelajar Baharu. SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) Sesi PdP akan bermula pada 9 Julai 2024. PdP Semester satu dilaksanakan secara bersemuka. Layari Portal KMPk bagi Semakan Kelas dan Jadual Waktu: http://www.kmpk.matrik.edu.my. (bermula 5 Julai 2024) Klik pada butang PDP ATAS TALIAN . MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPB) 1 – 4 Julai 2024 MPPB secara bersemuka SESI PENGAJIAN SEMESTER 1 2024/2025 9 Julai 2024 Secara bersemuka


LAMPIRAN SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM MATRIKULASI KPM Nama: …………………………………………… No. K.P: ……………………………….. Kolej Matrikulasi: ……………………………. No. Matrik: .…………………………… Bil. Perkara Tanda jika disertakan 1 Surat tawaran (2 salinan) 2 Panduan pendaftaran pelajar Program Matrikulasi 3 Maklumat Peribadi Pelajar BMKPM/02 – Pin 4 4 Akuan Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga BMKPM/02/01 – Pin 4 5 Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah BMKPM/02/02 – Pin 4 6 Rekod Kesihatan Pelajar BMKPM/02/03 – Pin 4 7 Panduan Mengisi Perjanjian Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi KPM 8 Perjanjian Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi, KPM (PPM/BM.1/99.Pin-3) - 2 salinan dan dimatikan setem hasil 9 Pengesahan Pendapatan (BSHP 1-Pin 1) 10 Akuan Pendapatan (BSHP 2-Pin 1) 11 Elaun Murid Berkeperluan Khas (Lampiran A) – Jika berkaitan 12 Peraturan Pelajar Program Matrikulasi 13 Soalan Lazim (FAQ) Program Matrikulasi KPM 14 Prospektus Program Matrikulasi KPM 15 Lain-lain dokumen - a) 2 salinan berikut: i. Salinan slip pembayaran yuran pendaftaran BSN ii. Salinan maklumat akaun bank iii. Salinan sijil lahir pelajar iv. Salinan kad pengenalan pelajar & ibu bapa/penjaga b) Gambar berukuran pasport 4 keping (sediakan softcopy juga)


CARTA ALIR PENDAFTARAN (PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR SECARA ONLINE) PELAJAR MENERIMA KUNCI K PELAJAR MENERIMA CENDERAM ATA MULA PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT MENGIKUT GILIRAN PELAJAR MENERIMA KUNCI BILIK PENGESAHAN PENDAFTARAN PELAJAR MENYERAHKAN DOKUMEN DAFTAR DI BILIK REHAT KOLEJ KEDIAMAN (TERCATAT DI SLIP EPENDAFTARAN PELAJAR) 1. SLIP E-PENDAFTARAN 2. SLIP PEMBAYARAN BSN SEMAK (NAMA PELAJAR) DENGAN SLIP PEMBAYARAN) BILIK SAKIT KOLEJ KEDIAMAN TAMAT PELAJAR MENERIMA CENDERAMATA


KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN PELAWAT SESI 2024/2025 No. Pendaftaran Kereta No. Siri Pelekat (Kegunaan Pejabat) Catatan: 1 Borang ini perlu diisi lengkap dan diserahkan pada Minggu Pengurusan Pelajar (MPPB) dikaunter yang disediakan. 2 Pelajar hanya dibenarkan membeli 2 pelekat kenderaan sahaja. Setiap satu pelekat kenderaan berharga RM 5.00. 1. Nama Penuh Pelajar (huruf besar) 2. No. Kad Pelajar: 3. No. Matrik: 4. Nama Ibu/bapa/Penjaga: 5. Alamat Rumah Ibu/bapa/Penjaga: 6. No. Telefon Rumah : 7. No. Telefon Bimbit: 8. NAMA PELAWAT(Selain di atas) jika ada HUBUNGAN CATATAN 8.1 8.2 8.3 9. Saya mengaku bahawa butir-butir yang tersebut di atas adalah benar. (tindakan disiplin akan diambil jika terdapat pemalsuan maklumat) Tarikh: …………………………………… ………………………………. ( Tandatangan pemohon) PENGESAHAN Untuk Kegunaan Pejabat Jumlah_Bayaran : (1) RM 5.00 ………………………………….. ( ) T.T dan nama Pegawai


PERATURAN KHUSUS KOLEJ MATRIKULASI PERAK (UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA DAN PELAJAR) Peraturan ini hanya sebahagian kecil peraturan kolej yang merupakan peraturan khusus Kolej Matrikulasi Perak daripada peraturan keseluruhan Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan berdasarkan buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 25 Julai 2021. A. SISTEM CUTI BALIK BERMALAM 1. Kelulusan balik bermalam yang melibatkan waktu kuliah dan aktiviti rasmi kolej (selain dari masa yang ditetapkan) hanya daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar. 2. Kelulusan balik bermalam untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat hanya daripada felo (warden) sahaja. 3. Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan mengambil pelajar untuk dibawa balik bermalam tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan. 4. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk diimbas sebelum keluar dan apabila kembali ke kolej. 5. Pelajar tidak dibenarkan balik bermalam jika p i h a k kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar atau manamana felo). 6. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan balik bermalam.


B. SISTEM KELUAR KE BANDAR (OUTING) HUJUNG MINGGU 1. Pelajar hanya dibenarkan outing pada hujung minggu iaitu hari Jumaat selepas kuliah, Sabtu dan Ahad (mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam). 2. Pelajar perlu menyerahkan kad matrik di pondok pengawal untuk di “scan” sebelum keluar dan apabila kembali ke Kolej. 3. Kelulusan (secara bertulis atau online) dari felo blok berkenaan diperlukan bagi kes outing kecemasan selepas jam 7.00 malam. 4. Pelajar tidak dibenarkan keluar jika kolej menganjurkan sebarang aktiviti rasmi (kecuali mendapat kebenaran dari Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau manamana pegawai Khas Hal Ehwal Pelajar atau mana-mana felo). 5. Pelajar tidak di benarkan sama sekali menyewa dan memandu kenderaan daripada mana-mana pihak luar untuk tujuan outing. C. BALIK BERCUTI YANG DITENTUKAN OLEH KOLEJ / CUTI ANTARA SEMESTER / CUTI PERTENGAHAN SEMESTER / CUTI KE LUAR NEGARA 1. Semua pelajar dikehendaki balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang ditentukan oleh kolej, cuti antara semester dan cuti pertengahan semester. 2. Pelajar hanya dilepaskan balik bercuti pada hari terakhir kuliah sebelum cuti. Sebarang alasan untuk balik bercuti awal tidak akan dilayan. 3. Permohonan cuti ke Luar Negara hendaklah melalui pihak Kolej 1 bulan sebelum dari tarikh tempahan tiket. Kelulusan adalah daripada pihak Bahagian Matrikulasi, KPM. D. PENAMPILAN DIRI PELAJAR 1. Pelajar diwajibkan memakai pakaian kuliah yang lengkap, kemas, sopan dan tidak mencolok mata serta memakai kasut bertutup sepanjang masa ketika menghadiri kuliah, tutoran, amali, peperiksaan, perpustakaan, pejabat dan semasa berurusan dengan pentadbir / pensyarah / lawatan rasmi. Pakaian kuliah bagi pelajar lelaki adalah baju kemeja tanpa corak dan berseluar panjang, memakai tali leher, memakai stoking dan berkasut warna gelap. Pakaian kuliah bagi pelajar perempuan adalah digalakkan berpakaian baju kurung dan berkasut yang bertutup (Rujuk Etika Penampilan Pelajar)


2. Pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalam kolej. 3. Pakaian bagi outing atau balik bermalam bagi pelajar perempuan adalah sama seperti pakaian kuliah manakala pelajar lelaki dibenarkan memakai kemeja-t berkolar dan kemas. 4. Semua pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata. 5. Pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Mewarnakan rambut adalah dilarang. E. SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK KAWASAN KOLEJ 1. Semua urusan keluar / masuk kawasan kolej oleh pelajar dan ibubapa / penjaga hanya melalui pintu utama kolej. 2. Ibubapa / penjaga yang hendak masuk atau keluar kawasan kolej dikehendaki berhenti untuk pemeriksaan pengawal keselamatan di pintu masuk kolej. Nombor kenderaan ibubapa / penjaga yang engkar atau tidak menghormati tugas pengawal keselamatan akan disenaraihitamkan dan dilarang sama sekali memasuki kawasan kolej pada masa yang lain. 3. Ibu bapa / penjaga yang hendak masuk ke kawasan kolej untuk menemui / berurusan dengan pelajar dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal dan memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam kawasan kolej. F. SISTEM LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA 1. Hari lawatan biasa bagi ibubapa / penjaga ialah pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, mulai pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam.


2. Ibubapa / penjaga yang membawa anak keluar pada hari lawatan perlu menghantar semula anak-anak ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam. 3. Selepas jam 7.00 malam, kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kolej 4. Pelawat tidak di benarkan masuk ke dalam kawasan kolej pada hari Kuliah (Kecuali mendapat kebenaran daripada pihak Kolej). G. KAFETERIA 1. Semua pelajar dikehendaki makan dan minum di kafeteria yang telah disediakan. 2. Pelajar boleh menggunakan mana-mana kafeteria dan kantin pada waktu siang sehingga selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Selepas 9.00 malam, kawasan Kafeteria Kopisan adalah kawasan larangan bagi pelajar perempuan manakala Kafeteria Gua Tempurung, Mambang Diawan dan Kafe Gopeng adalah kawasan larangan bagi pelajar lelaki. H. BARANGAN DAN TINGKAH LAKU TERLARANG 1. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan segala jenis peralatan elektrik seperti televisyen, perakam pita video, peti sejuk, cerek elektrik, pemanas air, periuk nasi dan lain-lain alatan yang menggunakan sumber elektrik kolej selain daripada yang disediakan oleh pihak kolej kecuali alat pencegah nyamuk, pengecas bateri untuk kegunaan radio kecil, jam loceng dan telefon bimbit. 2. Pelajar dibenarkan membawa wayar penyambung terhad kepada dua soket yang mendapat kelulusan SIRIM. Pelajar dilarang mengubahsuai wayar penyambung di dalam bilik masing-masing. 3. Pelajar boleh menggunakan kemudahan di pantri yang telah disediakan di blokblok kolej kediaman. 4. Penyalahgunaan dadah, memiliki atau mengedar ganja, membawa atau menyimpan senjata berbahaya, membawa atau menyimpan bahan letupan, menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap, mencabul kehormatan, melawan / mengancam / memukul / mencederakan pensyarah atau pelajar lain memeras ugut, membuli, berkhalwat, menceroboh bilik khas / makmal / kedai koperasi / pejabat kolej atau asrama / rumah warden, menunjuk perasaan / mengganggu ketenteraman awam, keluar dari kolej tanpa kebenaran, mencuri, berjudi dan bertaruh merupakan kesalahan berat yang akan dilaporkan kepada pihak polis, digantung pengajian atau diberhentikan daripada program matrikulasi.


I. LARANGAN MEROKOK 1. Seluruh kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok. 2. Pelajar tidak boleh memiliki rokok atau rokok elektronik (vape) atau apa-apa hasil tembakau di bawah jagaannya. Arahan: PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ETIKA PENAMPILAN PELAJAR PELAJAR PEREMPUAN DIGALAKKAN MEMAKAI BAJU KURUNG SEMASA SESI KULIAH


MAKLUMAN PELAJAR BARANG-BARANG LARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK DIBAWA MASUK KE KOLEJ KEDIAMAN. SETERIKA ELEKTRIK DAPUR ELEKTRIK PERIUK ELEKTRIK / PERIUK NASI ELEKTRIK CEREK ELEKTRIK PEMANAS AIR ELEKTRIK (HEATER) TELEVISYEN KIPAS PENDINGIN HAWA (COOLER) PETI SEJUK GITAR ROKOK/ROKOK ELEKTRONIK (VAPE) MERCUN/BUNGA API BAHAN-BAHAN LUCAH (MAJALAH, GAMBAR, FILEM, DLL) SEMUA JENIS SENJATA SPEAKER RADIO DESKTOP/PRINTER SEMUA JENIS PERALATAN ELEKTRIK SEMUA JENIS BAHAN MEMABUKKAN/MENGKHAYALKAN. PERHATIAN BARANG-BARANG LARANGAN YANG BERADA DALAM SIMPANAN PELAJAR AKAN DIRAMPAS DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. ARAHAN PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK


JADUAL MINGGU BALIK BERMALAM DAN “OUTING” SESI 2024/2025 BULAN TARIKH BALIK BERMALAM OUTING JULAI 2024 6.7.2024 HINGGA 8.7.2024 CUTI AWAL MUHARRAM 20.7.2024 HINGGA 21.7.2024 OGOS 2024 4.8.2024 17.8.2024 HINGGA 18.8.2024 SEPTEMBER 2024 14.9.2024 HINGGA 22.9.2024* CUTI PERTENGAHAN SEMESTER, HARI MALAYSIA & MAULIDUR RASUL OKTOBER 2024 12.10.2024 HINGGA 13.10.2024 31.10.2024 HINGGA 3.11.2024* HARI DEEPAVALI & HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK. DISEMBER 2024 3.12.2024 HINGGA 8.12.2024* CUTI ANTARA SEMESTER * Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam premis kolej dalam tempoh tersebut. a) TERTAKLUK PADA PINDAAN SEPERTI AKTIVITI RASMI KOLEJ DAN PROGRAM KECEMERLANGAN UNIT AKADEMIK YANG WAJIB DISERTAI OLEH PELAJAR. b) PELAJAR HENDAKLAH MEMATUHI PERATURAN DAN ETIKA PAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN. c) PELAJAR WAJIB SCAN KAD MATRIK PELAJAR DI PONDOK PENGAWAL BAGI SETIAP KALI PERGERAKAN KELUAR DAN MASUK KE PREMIS KOLEJ KECUALI LAWATAN RASMI KOLEJ. MEMO PELAJAR UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PERAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 31600 GOPENG PERAK


Click to View FlipBook Version