SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1/2022
Tarikh : 23 Mac 2022 (Rabu)
Masa : 1:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Sitiawan
Pengerusi : Pn. Dalina binti Hussin (Guru Besar)
Kehadiran : 26/28
BIL NAMA GURU JAWATAN CATATAN
1. Pn. Dalina Binti Hussin Guru Besar hadir
2. Pn. Mis’aini Bt. Seliman PK Pentadbiran hadir
3. Pn. Isneyati Bt. Saini PK HEM hadir
4. En. Mohd Nor Ismail Bin Azmi PK Kokurikulum hadir
5. Pn. Faizen Bt. Mohamed PK PKKI hadir
6. Pn. Siti Nuriza Binti Kamarul Zaman s/u Kurikulum hadir
7. Pn. Natrah Bt Fadzil Pen. s/u kurikulum Cuti kuarantin
8. Pn. Hazlina Bt. A. Hamid KP B.Melayu hadir
9. Pn. Kavitha A/P Seniasamy KP B.Inggeris hadir
10. Pn. Rusmaa Nida Bt. Sapian KP Matematik hadir
11. Pn. Noorazilawani Bt. Man KP Sains hadir
12. Pn. Rahana Bt.Mat Piah KP PAI/Moral hadir
13. En. Mubdi Bin Che Hasbullah KP Sejarah hadir
14. Pn. Faridah Bt. Partiman KP Pend Seni Visual hadir
15. Pn. Aishah Binti Omar KP Muzik hadir
16. Pn. Wan Azmawati Bt. Wan Yusof KP PJ/PK hadir
17. Pn. Noor Syakinah Bt. Sallihudin KP RBT hadir
18. Pn. Azmalina Bt. Zulkefeli KP B.Cina hadir
19. Pn. Noraini Bt. Abd Rashid KP B. Arab hadir
20. Pn. Laily Bt. Ngah s/u Kecemerlangan hadir
Akademik
21. Pn. Mahfuzah Bt. Darus s/u Pencerapan PdPC hadir
22. Pn. Noorsalimah Bt. Kaspani s/u LADAP CRK
23. Pn. Megat Faisol Bin Megat Jauhari s/u Jadual Waktu hadir
Guru Bestari ICT
24. Pn. Hafisah Binti Mohammad Aalib Guru Media PSS hadir
25. Pn. Nazrah Bt. Azizan s/u Pemulihan hadir
26. Pn. Nazilah Binti Musa s/u Pend. Khas hadir
27. Pn. Che Gayah @ Salehah Binti Sulaiman Wakil s/u Prasekolah hadir
28. Pn. Nathrah Bt. Utar Guru Bimbingan & hadir
Kaunseling
1
BIL AGENDA
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua AJK yang dapat hadir
ke mesyuarat kali pertama sesi 2022/2023.
1.2 Pengerusi menyeru agar SLT (senior leader) dan MLT (middle leader) bergabung dan
bekerjasama menjadi pasukan pemikir, perancang dan pelaksana untuk meneruskan
kecemerlangan sekolah dalam membentuk kemenjadian murid.
1.3 Pengerusi menegaskan semua AJK bergerak mengikut punca kuasa Surat Pekeliling
Ikhtisas dan Surat Siaran sedia ada dan terkini.
2.0 Dasar kurikulum dan Halatuju Kurikulum Sekolah
2.1 Isu Beg Berat
Bertindak atas taklimat PPD berkenaan menangani isu beg berat, beberapa langkah
telah diambil oleh pihak sekolah iaitu:
2.1.1. Pihak sekolah memberi kebenaran untuk murid menyimpan buku teks di
bawah meja murid buat masa ini.
2.1.2. Pihak pentadbiran dengan kerjasama AJK jadual waktu telah menyusun
semula jadual mengikut arahan PPD iaitu 4 matapelajaran sehari.
2.1.3. Bilangan buku latihan bagi matapelajaran teras (BM, BI, Mat, Sn) tidak
melebihi 2 buah buku pada satu-satu masa dan menggunakan buku tulis
tidak melebihi 80 mukasurat.
2.1.4. Buku Latihan Aktiviti KPM (Tahap 1) dibenarkan digunakan semasa PdPC.
Buku kerja (bukan terbitan KPM) hanya untuk kegunaan latihan dirumah/
diluar PdPC sahaja, walaubagaimana pun buku kerja ini perlulah disemak
oleh guru dari masa ke semasa.
2.1.5. Sila maklumkan ibubapa dan murid buku teks digital juga boleh diakses di
platfom DeLIMA.
2.1.6. Guru-guru hendaklah menjalankan aktiviti PdPC berpusatkan murid samada
pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi
amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
Tindakan : Makluman
2
2.2 Dasar Kurikulum Sekolah
2.2.1. Setiap panitia perlulah menetapkan dasar masing-masing yang berkaitan
dengan perlaksanaan matapelajaran semasa PdPC semasa mesyuarat
panitia yang pertama.
2.2.2. Perkara yang perlu ditetapkan ialah :
i. Jumlah latihan murid semasa PdPC
ii. Bentuk latihan
iii. Penandaan latihan
iv. Bilangan kerja rumah
v. Buat penetapan headcount dan target berdasarkan keputusan Tahap
Penguasaan PBD murid tahun sebelumnya.
2.2.2. Segala penetapan hendaklah diminitkan.
Tindakan: Semua KP
2.3 Halatuju Kurikulum Sekolah
2.3.1. Prasekolah
Seramai 32 daripada 32 orang (100%) murid Prasekolah yang berusia 6 tahun
dapat menguasai 3M pada akhir sesi persekolahan. Menguasai merujuk
kepada kebolehan membaca dan menulis dengan lancar serta mengira asas
dengan tepat.
Tindakan : Makluman
2.3.2. Pendidikan Khas
a. Program Inklusif. Guru kenalpasti murid yang berpotensi untuk diserapkan
ke pendidikan arus perdana. Rancanglah program untuk murid ini.
b. Mengadakan kajian tindakan berkaitan kehadiran murid. Ini adalah penting
kerana berdasarkan data kehadiran tahun 2021/2022 hanya sekitar 19/35
murid (50%) sahaja hadir. Adakan intervensi untuk mencapai kehadiran yang
lebih baik.
c. Mewujudkan perkogsian amalan terbaik bagi meningkatkan kualiti PPKI.
3
d. Mempelbagaikan projek yang boleh meningkatkan kemahiran murid dan
tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja.
Tindakan : Makluman
2.3.3. Pemulihan Khas
a. Berikut adalah data terkini murid kelas pemulihan
M/PELAJARAN 2 TAHUN 4 JUMLAH
3
36
B. Melayu 23 7 6 13
Matematik 12 1 0
Senarai murid seperti Lampiran 1.
b. Sekolah menyasarkan pada akhir tahun:
i. 50% iaitu 18 daripada 36 murid yang tidak boleh membaca dan menulis
dapat dipulihkan.
ii. 50% iaitu 6 daripada 13 murid yang tidak boleh mengira dapat dipulihkan
c. Pengerusi amat berharap Panitia B.Melayu dan Matematik dapat
membincangkan dan merancang program yang sesuai bagi murid-murid ini
supaya murid ini tidak terus ketinggalan. Diharapkan bilangan murid
pemulihan dapat dikurangkan.
Tindakan: Makluman
2.3.4. Program Khatam Al-Quran
a. Sasaran JPN/PPD seramai 127 orang murid Tahun 6 iaitu 100% berjaya
khatam Al-Quran pada sesi 2022/2023.
b. Sekolah menyasarkan 85% iaitu 107 orang murid tahun 6. Untuk rekod pada
tahun 2021 kurang 60% murid tahun 6 khatam Al-Quran.
c. Panitia Pendidikan Islam mempunyai kekuatan guru seramai 14 orang, jadi
setiap guru PAI perlu ada target masing-masing. Contoh: Tahun 1, pada akhir
tahun 100% habis Iqra’ 1.
4
d. Jangan letakkan kegagalan murid disebabkan ibubapa tidak mengajar
mengaji dirumah. Jalankan intervensi seperti adakan kelas pada awal pagi
atau waktu yang dirasakan sesuai. Berbincanglah dalam panitia.
Tindakan : Makluman
2.4.5. Arus Perdana
a. Sasaran tahap penguasaan bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD):
i. Tahun 6: 100% mencapai TP4 dan keatas. Ini bagi memastikan
kompetensi murid di tingkatan 1 pada tahap yang sesuai.
ii. Tahun 1-5: 90% mencapai TP3 dan keatas.
b. Jalankan pentaksiran dengan telus dan tekal.
c. Sasaran bagi pentaksiran dalaman seperti pentaksiran akhir tahun (PAT)
melebihi 70%.
Tindakan: Makluman
3.0 Rancangan Pelajaran Tahunan-KSSR Semakan 2017, Takwim Kurikulum
3.1. Pengerusi mengingatkan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) semakan 2017 bagi tahun 1 hingga 6.
3.2. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan berdasarkan DSKP
semakan 2017.
3.3. Jumlah minggu persekolahan sesi 2022/2023 ialah 43 minggu. Secara umunya, pihak
sekolah mengganggarkan 2 minggu diperuntukkan untuk PPT dan PAT. 2 minggu
untuk sukan dan 1 minggu untuk pengurusan akhir tahun. Oleh itu, guru-guru bolehlah
menyusun RPT untuk 38 atau 39 minggu.
3.4. Semua DSKP dan RPT boleh disediakan dalam bentuk hardcopy atau digital yang
mana ianya boleh dicapai dengan mudah apabila diperlukan.
3.5. Tempoh 2 minggu diberikan untuk menyiapkan RPT. Selepas 2 minggu DSKP dan
RPT hendaklah dihantar untuk ditandatangai oleh Guru Besar.
3.6. Bagi takwim kurikulum dan takwim panitia matapelajaran terperinci adalah seperti di
Lampiran 2.
Tindakan: Makluman
5
4.0 Persediaan Rekod Mengajar
4.1. Mengikut keputusan Mesyuarat Guru Bil 1/2022, tahun ini semua guru menggunakan
Buku Rekod Mengajar (BRM) dan bukan lagi CIDS. Semua guru diminta untuk
lengkapkan semua maklumat berkaitan yang ada.
4.2. Guru-guru diingatkan BRM mestilah ditulis setiap hari berdasar punca kuasa SPI Bil.
3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran.
4.3. BRM hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangan.
Tindakan: Makluman
5.0 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)-PAK21, CUP 3
5.1. Guru-guru diseru untuk mengamalkan PAK21 semasa dalam kelas. Sekolah
berhasrat untuk mengadakan kursus pengukuhan PAK21 memandangkan tahun ini
sekolah menerima seorang guru dari Sekolah Amanah iaitu Pn. Kavitha. Sekolah
Amanah merupakan sekolah yang telah memperkasakan PAK21.
5.2. Ringkasan maklumat CUP 3
a. Dijalankan untuk matapelajaran teras, BM, BI, Mat dan Sains sahaja
b. Murid TP1, 2, 3 dan murid yang tidak ditaksir
c. Tahun 2, 3 dan 4
d. Tempoh perlaksanaan 4 minggu sahaja.
e. Mesti ada pembelajaran terbeza
f. Laporan perlaksanaan dan impak akan dibuat. Oleh itu perlu ada
peningkatan.
Tindakan: Makluman
6.0 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
6.1. Panitia diingatkan agar membuat pembelian ABM/BBM yang boleh dipakai untuk
tempoh yang panjang.
6.2. Sila simpan ABM di bilik-bilik khas jika ada. Jika tiada bilik khas, simpan di Bilik
ABM/BBM sekolah.
Tindakan : Makluman
6
7.0 Kelas Pemulihan dan Pemulihan dalam kelas
7.1 Kelas Pemulihan
Sasaran sekolah adalah:
a. 50% iaitu 18 daripada 36 murid yang tidak boleh membaca dan menulis dapat
dipulihkan.
b. 50% iaitu 6 daripada 13 murid yang tidak boleh mengira dapat dipulihkan
Sediakan program yang sesuai untuk mencapai sasaran ini.
Tindakan: Guru Pemulihan
7.2 Pemulihan/Peneguhan dalam kelas
Sasaran sekolah adalah:
a. Tahun 6: 100% mencapai TP4 dan keatas. Ini bagi memastikan kompetensi
murid di tingkatan 1 pada tahap yang sesuai.
b. Tahun 1-5: 90% mencapai TP3 dan keatas
c. Sasaran bagi pentaksiran dalaman seperti pentaksiran akhir tahun (PAT)
melebihi 70%.
Semua panitia sila bincangkan program/strategi untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
8.0 Prasekolah dan Pendidikan Khas
8.1 Prasekolah
Sasaran sekolah adalah:
100% (32 orang) murid prasekolah berusia 6 tahun menguasai 3M dengan lancar.
Guru prasekolah sila jalankan program untuk mencapai sasaran ini.
Tindakan: Semua guru Prasekolah
8.2 Pendidikan Khas
Sasaran sekolah adalah untuk melaksanakan:
a. Program Inklusif.
b. 1 kajian tindakan berkaitan kehadiran murid.
c. Amalan terbaik.
d. Projek
Semua guru pemulihan sila rancang program yang bersesuaian.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Khas
7
9.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)-PBD,Peperiksaan Dalaman
9.1 Analisis PBD 2021 telah selesai dijalankan. Data boleh didapati pada PK1 untuk
rujukan.
9.2. Dalam mesyuarat panitia sila selaraskan skema Rekod Transit supaya ia lebih
sistematik. Kaedah penyimpanan juga perlulah tersusun dan mudah akses.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
9.3. Kutipan data adalah dua kali setahun iaitu pertengahan tahun dan akhir tahun. Rujuk
takwim kurikulum.
9.4. Pengerusi mengingatkan setelah selesai kutipan data PBD, buatlah analisis data dan
adakan sesi Dialog Prestasi.
Tindakan : s/u PBD
10.0 Perancangan Strategik & Program Peningkatan Akademik
10.1 Perancangan Strategik
10.1.1. Merupakan perancangan tempoh 3 tahun untuk mencapai matlamat.
10.1.2. Kenalpasti kekuatan panitia untuk mengatasi kelemahan yang ada dan
tetapkan halatuju panitia. Kemudian terjemahkan ia melalui perancangan
strategik.
10.1.3. Berdasarkan perancangan strategik maka program-program peningkatan
diadakan. Program peningkatan boleh diperbaiki dari masa ke semasa.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
10.2 Program Peningkatan Akademik
Semua panitia adakan program yang bersesuaian dengan pencapaian murid dan
haruslah selari dalam mencapai halatuju sekolah. Panitia perlu bergerak berdasarkan
data (data driven) supaya kita jelas dengan matlamat yang ingin dicapai.
11.0 Pusat Sumber Sekolah
11.1 Penyelaras sila sediakan jadual waktu penggunaan PSS kelas semasa waktu BM dan
BI.
8
11.2 Galakkan murid untuk masuk PSS diluar waktu PdPC seperti semasa rehat atau
waktu pagi, dan wujudkan budaya membaca dikalangan murid.
11.3 Jalankan pengoperasian peminjaman dan pemulangan buku.
11.4 Program NiLAM dilaksanakan. Adakan sasaran.
11.5 Buat perancangan strategik PSS.
Tindakan: Penyelaras PSS
12.0 Teknologi Maklumat dan Komputer
12.1 Untuk SSQS sekolah telah menerima sijil penarafan 4 bintang bagi 2021.
12.2 Pastikan semua murid ada dan dimaklumkan tentang ID dan kata laluan DeLIMA.
12.3 Rancang program peningkatan kemahiran ICT guru-guru yang bersesuaian yang
boleh digunakan semasa PdPC.
12.4 Sediakan takwim perancangan unit ICT
Tindakan : Guru Bestari
13.0 LADAP
13.1 PK1 telah membentangkan program yang telah dirancang oleh s/u LADAP. Rujuk
Lampiran 3.
Tindakan: Makluman
14.0 Peer Learning Community (PLC)
14.1 Pengerusi meminta PK1 bersama guru matapelajaran rancang apakah PLC yang
sesuai yang boleh membantu guru-guru semasa PdPC.
14.2 Kenalpasti guru-guru yang kurang kompetensi dalam penyampaian PdPC untuk
diberikan bimbingan.
Tindakan: PK1 dan KP
15.0 Pemantauan/ Pencerapan- PdPC, Buku latihan, SKPMg2
15.1 Jadual pencerapan telah dimasukkan didalam Buku Pengurusan,
walaubagaimanapun maklumat terperinci seperti tarikh dan masa akan dimaklumkan
kemudian melalui medium telegram rasmi sekolah.
9
15.2 Pencerapan PdPC akan dijalankan serentak dengan pencerapan buku latihan.
15.3 Pencerapan kendiri Standard 4 Fasa 1 akan bermula pada 11 April 2022.
Tindakan: Makluman
16.0 Anggaran Belanja Mengurus – Duit PCG, Prosedur Pembelian
16.1 Duit PCG telah diterima pihak sekolah tetapi Ketua Kerani masih berada di PPD atas
urusan rasmi, oleh itu peruntukkan PCG setiap Panitia masih belum dapat diketahui.
Peruntukkan akan dimaklumkan melalui medium telegram rasmi sekolah kemudian.
Tindakan: PK1 dan Ketua Kerani
16.2 Peringatan SOP pembelian. Isi nota minta dan serahkan kepada kerani. Kerani akan
uruskan prosedur seterusnya. Jangan berurusan terus dengan pembekal tanpa
mengisi nota minta.
Tindakan: Makluman
17.0 Hal-hal lain
17.1 PK1 mengingatkan pada mesyuarat pertama panitia matapelajaran teras
(BM,BI,Mat,SN) boleh diadakan pada 28hb-31hb Mac 2022.
Tindakan: KP BM, BI, Mat dan Sn.
18.0 Ucapan Penangguhan
Diharapkan semua amanat dan maklumat yang telah disampaikan dapat dibincang dan
diperhalusi diperingkat akar umbi. Seterusnya terdapat tindakan yang sewajarnya yang akan
memberikan satu impak yang positif.
Terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen yang tinggi.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:40 petang.
10