1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1/2023 Tarikh : 23 Mac 2023 (Khamis) Masa : 1:30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Sitiawan Pengerusi : Pn. Dalina binti Hussin (Guru Besar) Kehadiran : Rujuk Lampiran Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar) 2. Ketetapan dan Halatuju Kurikulum Sekolah 3. Bilangan Mesyuarat 4. Anggaran Belanjawan Mengurus 5. Pemantauan & Pencerapan SKPMg2 6. Sumber Pendidikan dan TMK 7. Latihan & tugasan murid 8. Penyemakan latihan dan kerja murid 9. Peperiksaan & Pentaksiran – TOV/Headcount 10.Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Harian (RPH) 11.Buku Rekod Mengajar (BRM) 12.Program Peningkatan Panitia 13.Jadual Waktu Induk/ Peribadi / kelas dan Guru Ganti 14.Pengurusan Fail Kurikulum/ Panitia 15.Pusat Sumber Sekolah 16.Pengurusan Bilik-bilik Khas 17.Pemulihan dan Pengayaan 18.Hal-hal lain 19.Ucapan Penangguhan
2 MINIT MESYUARAT BIL AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar) 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru untuk hadir ke mesyuarat kali pertama sesi 2023/2024 walaupun merupakan hari pertama di bulan Ramadan. 1.2 Beliau menyarankan semasa menjalankan tugasan praktikkan konsep “ manusia yang memanfaatkan manusia lain “ dimana ia bagaikan sepohon pohon kayu besar di tengah padang yang rimbun daunnya menjadi tempat berteduh, mempunyai dahan yang kuat untuk bergantung, batang yang kukuh untuk bersandar dan akar yang besar untuk bersila. 1.3 Beliau juga mengingatkan prinsip dalam bekerja mestilah ada 3K iaitu kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran bagi memastikan organisasi dapat berfungsi dengan cemerlang. 1.4 Sebagai sebuah sekolah TS25 perlulah kita berubah, mengubah dan membuat perubahan barulah sekolah mengalami transformasi bagi membentuk kemenjadian murid. Oleh itu amalkan Plan, Do, Check and Act (PDCA) 2.0 Ketetapan dan Halatuju Kurikulum Sekolah 2.1 2.1.1 Prasekolah - 100% (46 orang) murid 6 tahun menguasai 3M KELAS NAMA GURU 5 TAHUN 6 TAHUN JUMLAH DAHLIA Pn. Jowinilah 2 (1L 1P) 23 (11L 12P) 25 MAWAR Pn. Che Gayah 2 (1L 1P) 23 (10L 13P) 25 2.1.2 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) - 40 orang Semua warga PPKI hendaklah menekankan kepada beberapa perkara ini: a) Meningkatkan penguasaan Kemahiran Asas PPKI b) Program Inklusif
3 c) Melaksanakan Amalan Terbaik d) Adakan Kajian Tindakan - Isu Kehadiran Murid PPKI Ke Sekolah e) Wujudkan Projek Kebolehpasaran 2.1.3 Pemulihan Khas SUBJE K TAHUN 5 TAHUN 4 TAHUN 3 TAHUN 2 JUMLA H BM 3 1 12 24 40 MAT 0 0 5 9 14 (Data akhir sesi 2022/2023 dibawa kepada TOV sesi 2023/2023) Fokuskan kepada : a) BM - 50% (20 daripada 40 orang) menguasai asas 2M dengan baik. b) MT - 50% ( 7 daripada 14 orang) menguasai asas mengira dengan baik. 2.1.4 Program Khatam Al- Quran Sasaran JPN/PPD - Tahun 6 - 100% (118 orang) Sasaran Sekolah - Tahun 6 - 90% (106 daripada 118) 2.1.5 Amali Solat : KPI 100% Pencapaian PPD 2022 98.86% 2.1.6 Arus Perdana UASA – Subjek Teras 80% dan ke atas - Subjek Bukan Teras 90% dan ke atas PBD - Tahun 6 - 100% TP 3 dan ke atas. - Tahun 1-5 - 90% TP 3 dan ke atas Tindakan : Makluman
4 3.0 Bilangan Mesyuarat Kurikulum dan Panitia 3.1 Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran hendaklah dirancang dan dilaksanakan enam kali setahun. 3.2 Setiausaha kurikulum dan Panitia selaku pencatat minit hendaklah menyiapkan minit mesyuarat selepas tiga hari mesyuarat. 3.3 Notis Panggilan Mesyuarat disediakan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat. 3.4 Mesyuarat Induk Kurikulum hendaklah dipengerusikan oleh Guru Besar. 3.5 Mesyuarat panitia mata pelajaran dipengerusikan oleh Ketua Panitia dengan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Sekolah. 3.6 Agenda mesyuarat merangkumi dan berdasarkan format SPSK PK 07/03 iaitu: a. Ucapan Pengerusi b. Pengesahan Minit Mesyuarat c. Perkara-Perkara Berbangkit d. Perbincangan Perkara-Perkara Baharu e. Pembentangan Kertas Kerja/Isu/Laporan f. Hal-hal Lain g. Ucapan Penutup 3.7 Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum mesti disambut dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan timbal balik. Tindakan : Semua KP dan s/u mata pelajaran 4.0 Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan PCG Mata Pelajaran 4.1 Panitia Mata Pelajaran perlu menyediakan Anggaran Perbelanjaan/Perancangan Kewangan berdasarkan Peruntukan ABM yang diberi. 4.2 Penyediaan ABM perlu dibincangkan dalam Mesyuarat pertama panitia.
5 4.3 Pembelian sumber/program mesti mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Setiap urusan pembelian perlu mengisi nota minta iaitu borang SPSK PK 17/2. Nota minta perlu diserah kepada Guru Besar untuk mendapat kelulusan. Kegagalan mematuhi prosedur ini menyebabkan urusan pembelian tidak dapat dibuat. Tindakan : Makluman 5.0 Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran /Pemudahcaraan (PdPC) 5.1 Perancangan PdPC dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987: Penyeliaan P&P Oleh Guru Besar. 5.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar dibantu Penolong-Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Penolong Kanan Guru Cemerlang. Surat Penurunan Kuasa disediakan bagi setiap pencerap yang dilantik. 5.3 Instrumen pencerapan PdPC adalah menggunakan Borang Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pencerapan Pengajaran dan borang pencerapan SPSK PK 04 perlu diisi. 5.3.1 Penilaian kendiri akan dilaksanakan bermula 1-15 April 2023. Guru- guru perlu melengkapkan Borang Instrumen berserta sesalinan Rancangan Mengajar Harian (RPH) yang dipilih, evidens PdPC (gambar/ lembaran kerja) dan 10 buah buku tulis/latihan murid untuk disemak, Tindakan : Semua guru 5.4 Setiap guru akan dicerap secara bersemuka sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Guru yang tidak mencapai KPI pencerapan 80 peratus atau berada pada taraf baik, akan dicerap bagi kali kedua dan seterusnya (bergantung kepada keperluan sekolah). 5.5 Guru yang mencapai 90 peratus dan ke atas atau berada pada taraf Cemerlang akan diberi Sijil Pencapaian dalam Anugerah Kualiti Sekolah.
6 6.0 Sumber Pendidikan dan TMK 6.1 Peruntukan PCG mata pelajaran hendaklah digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan seperti yang ditetapkan dalam SPI dan mematuhi prosedur kewangan. (SPI BIL: 5/2002, SPI BIL 8/2010). 6.2 Sumber pendidikan dan TMK perlu diiventori ,disimpan dengan bersistem dan mudah diakses. 6.3 Penggunaan sumber pendidikan direkodkan dalam buku rekod penggunaan. 6.4 Peralatan TMK yang dibekalkan ke sekolah hendaklah digunakan secara optimum dalam PdPC selaras dengan dasar KPM merujuk kepada SPI:Bil 6/2003. 6.5 Sumber pendidikan seperti ICT/TMK/DeLIMA hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 30% sepanjang tahun persekolahan dan dianalisa dua kali setahun. 6.6 Penggunaan Peta Pemikiran (i-THINK) sekurang- kurangnya sekali semingu dalam aktiviti individu/ pasangan/kumpulan semasa PdPC. Tindakan : semua guru 7.0 Latihan Dan Tugasan Murid 7.1 Latihan/tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memastikan pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topik-topik yang diajar. 7.2 Bilangan dan bentuk latihan/tugasan minimum mata pelajaran mengikut bidang diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Panitia yang pertama. 7.3 Latihan/Tugasan berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurang 30 peratus dan ke atas mengikut tahap keupayaan/kebolehan murid. 7.4 Tugasan berbentuk individu/pasangan/kumpulan dilaksanakan dengan menerapkan peta pemikiran (i-THINK) sekurang-kurangnya sekali seminggu. 7.5 Bilangan buku latihan/lembaran/TMK ditetapkan oleh panitia seperti yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Panitia. Tindakan : Semua KP dan guru
7 8.0 Penyemakan Latihan dan Kerja Murid 8.1 Penyemakan latihan murid hendaklah dibuat secara konsisten dan konstruktif. Buku latihan/lembaran/ TMK tugasan murid akan disemak oleh pihak pengurusan sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun. Berikut adalah ketetapannya: Penyemakan 1 : 2-11 Mei 2023 Penyemakan 2 : 2-27 Oktober 2023 8.3 Guru Mata Pelajaran hendaklah menyerahkan buku/lembaran/ TMK dan penyemak akan memilih 10 latihan (secara rawak) dari setiap kelas untuk semakan dengan menggunakan Borang (SPSK PK 06/2) dan borang (SPSK PK 06/4). Tindakan : semua guru 9.0 Peperiksaan dan Pentaksiran 9.1 Sebelum Pentaksiran/Peperiksaan: 9.1.1 Penyediaan soalan. a. senarai penggubal soalan-ditentukan dalam mesyuarat pertama panitia. b. Panitia mata pelajaran memastikan Jadual Spesifikasi Item(JSI) c. Format penyediaan diselaraskan (font, muka hadapan kertas soalan). d. Penyediaan soalan secara cut and paste tidak dibenarkan. e. Kertas soalan mesti dihantar kepada SU Peperiksaan Dalaman untuk diperbanyakkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan (sekurangkurangnya dua minggu sebelum peperiksaan). f. Kertas soalan yang dicetak perlu diselenggara (ketip/ susun/ bungkus agihan kelas) oleh penyedia soalan dan mengikut SOP penyediaan peperiksaan ditetapkan. 9.1.2 Penyediaan Jadual Pentaksiran/ Peperiksaan a. Setiausaha Peperiksaan hendaklah mengemukakan jadual lengkap kepada Guru Besar untuk disahkan. b. Murid dan Ibubapa/penjaga perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh hari pertama pentaksiran. c. SOP pentaksiran perlu ditaklimatkan kepada guru-guru d. Tatacara penyusunan meja murid adalah mengikut persetujuan pihak pengurusan.
8 9.2 Semasa Pentaksiran/Peperiksaan a) Pengambilan kertas soalan perlu direkodkan. b) Pengawasan kelas dijalankan mengikut jadual dan SOP. c) Penyerahan skrip jawapan murid perlu direkodkan bagi mengelakkan kehilangan. Tindakan : s/u peperiksaan 9.3 Selepas Pentaksiran/Peperiksaan a) Ketua Panitia perlu memastikan skema jawapan disediakan. b) Penandaan skrip jawapan murid oleh guru yang dipertanggungjawabkan. c) Merekodkan keputusan mengikut arahan terkini. Tindakan : semua KP dan guru 9.4 Penyediaan Headcount/ TOV 9.4.1 Pengerusi menyatakan headcount perlu dibuat sebagai panduan kepada guru untuk bertindak mengikut target yang ditetapkan. Target perlulah optimistik tetapi masih realistik. 9.2.1 Bagi murid yang tidak mencapai target perlulah dijalankan intervensi supaya tiada defisit pembelajaran yang akan di bawa ke tahun akan datang dan akhirnya merugikan murid. 9.2.3 Bagi penyediaan TOV - Rujuk Pencapaian UASA 2022 bagi penyediaan ETR 2023 Contoh : Pencapaian Matematik UASA 2022 TP 5 BES 5 BUDI 5 BIJAK 1 13 9 9 2 8 17 17 3 4 6 6 4 8 4 4 5 2 2 2 6 2 0 0
9 9.2.4 Cadangan Pemarkahan Bagi UASA Sebagai panduan kepada semua guru untuk membuat ETR Tahap Penguasaan Markah 1 0 – 8 2 9 – 16 3 17 – 24 4 25 – 32 5 33 – 40 6 41 - 50 9.2.5 Fail Headcount/TOV telah diberikan kepada semua guru dan hendaklah dilengkapkan dan dihantar pada 10 April 2023. Tindakan : semua guru 10.0 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 10.1 Penyediaan RPT merujuk Takwim Tahunan Sekolah termasuk cuti penggal, ujian pentaksiran dan aktiviti sekolah 10.2 RPT setiap mata pelajaran bagi setiap tahun dirancang mengikut minggu untuk sepanjang tahun semasa berdasarkan takwim KPM (42 minggu persekolahan) termasuk cuti persekolahan bermula dari minggu kedua persekolahan hingga hari akhir persekolahan Tindakan : semua guru 10.3 Berikut adalah ketetapan pengajaran dan pembelajaran bagi sesi akademik 2023/2024: CUTI UMUM DAN CUTI PERAYAAN DALAM HARI PERSEKOLAHAN 9+6= 15 HARI CUTI PERISTIWA 4 HARI
10 AKTIVITI SEKOLAH 12 HARI JUMLAH MINGGU GANGGUAN MASA) 31 HARI JUMLAH MINGGU GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL (JUMLAH HARI/5) 6 MINGGU JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 2023/2024 42 MINGGU JUMLAH MINGGU PdPC 36 MINGGU Tindakan : Makluman 11.0 Buku Rekod Mengajar (BRM) 11.1 Berdasarkan SPI Bil 3/199: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penulisan RPH mengandungi sekurang- kurangnya perkaraperkara berikut: • Kelas, Masa dan MataPelajaran • Tajuk/Tema • Objektif pembelajaran dan Kriteria Kejayaan • Aktiviti (KBAT/ Peta i-THINK) – diaplikasikan minima dua kali seminggu. • Bahan Bantu Belajar (BBB) • refleksi/ catatan / impak 11.2 Buku Rekod hendaklah dihantar pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya hari Isnin minggu berikutnya. Jika PdP tidak dilaksanakan sila catatkan dibahagian CATATAN. 11.3 Kegagalan menyediakan RPH boleh disabit hukuman didenda RM 500 mengikut SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Tindakan : Semua guru 12.0 Program Peningkatan Akademik 12.1 Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Perancangan program dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama. 12.2 Panitia hendaklah menyediakan Perancangan Strategik (PSO) bagi program peningkatan.PSO meliputi program peningkatan prestasi bagi semua murid untuk semua tahun/tingkatan dan program
11 peningkatan kualiti PdPC. 12.3 Perancangan Program Panitia meliputi program induk/kurikulum (contoh: teknik menjawab soalan/kelas tambahan), program sepanjang tahun/panitia (program dalam PdP: bijak sifir,5 minit) dan program semusim/berkala (minggu/bulan bahasa, kem sains, bestari solat). 12.4 Program panitia mata pelajaran yang dilaksanakan hendaklah disediakan kertas kerja. Program hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan guru Tindakan : semua KP 13.0 Jadual Waktu 13.1 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU 13.1.1 Jadual waktu disediakan mematuhi peraturan Guru Besar pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) PK Pentadbiran yang berkuatkuasa. (SPI Bil.3/1970, SPI Bil 17/1988, SPI Bil:8/1990, SPI Bil:25/1998SPI:Bil.5/2002, SPI Bil:11/2010). 13.1.2 Mengenalpasti mata pelajaran yang ditawarkan, bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan masa untuk setiap mata pelajaran (SPI Bil:17/1988, SPI Bil:8/1990, SPI Bil:25/1998). 13.1.3 Jadual waktu yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya masa instruksional dapat dimanfaatkan.
12 Tindakan : Makluman
13 14.0 Pengurusan Fail Kurikulum dan Panitia 14.1 Tetapan bilangan dan jenis fail : 14.1.2 Menggunakan fail putih kulit keras 14.1.2 Wujudkan ‘partition’ untuk item-item berikut: A. FAIL INDUK B. SUKATAN PELAJARAN (DSKP) C. PROGRAM KECEMERLANGAN D. PENTAKSIRAN & PENILAIAN E. PENYELIAAN/PENCERAPAN F. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID G. MAKLUMAT GURU 14.2 Kulit depan luar fail diseragamkan seperti butiran berikut : CONTOH: SKESSMAR 600-3/02/18 PENDIDIKAN MUZIK 14.3 Kandungan Fail Panitia BIL . Nama fail Kandungan Fail Catatan 1 Fail Induk *Panitia a. Surat menyurat; b. Minit mesyuarat panitia bersama surat iringan. Fail rasmi di pejabat (putih) 2 Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaran; b. Huraian Sukatan Pelajaran; c. Rancangan Pelajaran Tahunan; d. Senarai buku rujukan guru/murid; e. Plan Akademik Negeri semasa. Fail Kulit Keras 3 Program Kecemerlan gan a. Perancangan program; b. Pelaksanaan dan Perancangan Program. Fail Kulit Keras 4 Pentaksiran dan Penilaian a. Analisis keputusan peperiksaan awam dan peringkat sekolah; b. Analisis pencapaian mata pelajaran dalam Fail Kulit Keras
14 peperiksaan awam dan peringkat sekolah; c. Headcount; d. Postmortem / Audit Akademik. 5 Penyeliaan a. Jadual pencerapan; b. Laporan pencerapan P dan P oleh pencerap; c. Tindak ikut pencerapan. Fail Kulit Keras 6 Pemeriksaa n Buku Latihan a. Jadual pemeriksaan buku latihan; b. Laporan pemeriksaan buku latihan/buku kerja/buku nota. Fail Kulit Keras 7 Maklumat Guru Mata Pelajaran a. Maklumat peribadi guru; b. Jadual waktu mengajar guru; c. Carta organisasi panitia. Fail Kulit Keras 14.4 Lokasi Penyimpanan semua fail adalah di rak yang disediakan di pejabat. 14.5 Sebarang pergerakan fail perlu direkodkan dalam buku log pergerakan fail. Fail tidak boleh dibawa keluar kecuali untuk pemantauan rasmi. 14.6 Fail perlu disemak sebanyak dua kali setahun (bulan Mac dan Oktober). Gunakan borang pemantauan fail SPSK (SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI) Tindakan : S/U Kurikulum, semua KP dan S/U Panitia 15.0 Pusat Sumber Sekolah 15.1 Sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah(JKPS). 15.2 Carta Organisasi JKPS disediakan dan dipaparkan di dalam dan di luar Pusat Sumber sekolah. 15.3 Menyediakan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan
15 Operasi PSS. 15.4 Pemilihan buku/bahan sumber/TMK yang hendak dibeli mesti dilakukan oleh Penyelaras PSS untuk memastikan pembelian buku/bahan sumber yang sesuai. 15.5 Mesyuarat PS dirancang dan dilaksanakan enam kali setahun dan mengikut ketetapan JKPS mesyuarat. 15.6 Minit Mesyuarat dibuat tiga salinan dan dan disimpan dalam fail induk Pusat Sumber/ fail Minit Pengetua/ Fail Penolong Kanan. 15.7 Program Nilam hendaklah dijalankan setiap masa. Adakan aktiviti / program galakan membaca. Data Nilam perlu dianalisa setiap 6 bulan. 15.8 Bahan Sumber perlu ditadbir urus dengan sistematik. Rekodkan segala penggunaan. 15.9 Jadual penggunaan penggunaan pusat sumber hendaklah diadakan. 2 Waktu BM dan 2 waktu BI setiap kelas perlu digunakan untuk masuk ke PSS. 15.10 Sistem peminjaman buku murid hendaklah diadakan sebagai galakkan untuk membaca. 15.11 Sila patuhi maklumat terkini dari USTP bagi urusan pemantauan. Tindakan : Guru Media 16.0 Pengurusan Bilik-bilik Khas 16.1 Menyediakan peraturan-peraturan dan tatacara penggunaan bilik- bilik khas (PBK) 16.2 Peraturan dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipamerkan di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. 16.3 Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk memastikan keselamatan murid. 16.4 Menyediakan Buku Rekod Penggunaan Bilik. Memastikan semua
16 peralatan dilabelkan, disusun dengan teratur dan diletakkan di tempat asal setelah digunakan. Mengemas kini Buku Stok dan Inventori dari semasa ke semasa. 16.5 Menampalkan Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik. 16.6 Memastikan bilik-bilik khas sentiasa kemas, bersih dan selamat digunakan. Tindakan : Penyelaras Bilik Khas dan Guru Media 17.0 Pemulihan dan Pengayaan 17.1 Pelaksanaan program pemulihan dan pengayaan hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP (BS) 8691/Jld.1/32 bertarikh 2 Januari 1985 “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”. 17.2 Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui: 17.2.1 Pemerhatian 17.2.2 Pentaksiran Rekod Prestasi 17.2.3 Ujian Diagnostik 17.3 Pelaksanaan program pemulihan dan Pengayaan atau kaedah pengajaran dan instrumen yang sesuai dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia Kurikulum dan Mesyuarat Jawatan Kuasa Intervensi dan Mesyuarat Panitia. Tindakan : Guru Pemulihan 18.0 Hal-hal Lain Pengerusi mengingatkan bahawa: 18.1 Minggu kedua persekolah dikira sebagai minggu pertama PdPC oleh itu sila betulkan dalam penyediaan RPT. 18.2 SPI terkini bagi Pengurusan Panitia iaitu SPI KPM Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah KPM. 18.3 PdPC dijalankan mengikut Pendidikan Bertema dan Pendidikan Terbeza
17 18.4 Mengadakan Latihan Dalaman Pengaplikasi KBAT kepada semua guru dan perlu diadakan pencerapan berjadual khusus menilai aplikasi KBAT dalam PdPC oleh guru. 18.6 Pelepasan murid pemulihan oleh guru pemulihan perlu disambut oleh guru arus perdana. (BM/MT) 18.7 Peningkatan STEM dikalangan perlu dijalankan seperti membuat pameran Sains / Asas MT kukuh bagi memberikan minat kepada murid. Ini sangat perlu kerana murid yang berminat kepada jurusan STEM mengalami penurunan ketara. Guru perlu cakna keperluan dan perubahan semasa negara. Tindakan : Makluman 19.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan respon yang baik daripada guru-guru. Beliau berharap semua ketetapan yang dicapai dipatuhi bagi melancarkan sesi akademik 2023/2024 dalam membentuk kemenjadian murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang.