The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlina09-450, 2022-05-12 11:34:19

Budaya Dan pembelajaran EDUP3073

Budaya Dan pembelajaran EDUP3073

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan: NUR ADLINA SAHIRA BINTI SUHAIMY
011118040256
Angka Giliran: 2020192340173
Kumpulan/ Unit F9
Nama Pensyarah: Dr Siti Halimah binti Md Yassin

Kod/Nama Kursus Budaya dan Pembelajaran
(EDUP3073)
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan: Penulisan Akademik
12 Mei 2022

1

Isi Kandungan Muka Surat
Bil Perkara 3
Penghargaan 4
1.0 Pengenalan 4
2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya 4
3.0 Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Dari Segi Aspek
7
Sosial, Fizikal, Emosi, Sosiolinguistik 9
4.0 Rumusan
Rujukan

2

Penghargaan
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kursus Budaya dan
Pembelajaran (EDUP3073) dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Dr Siti Halimah kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih

3

1.0 Pengenalan

Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia ini menjadikan negara ini sebuah negara
yang unik. Perkara ini menjadi dorongan kepada kewujudan bilik darjah mesra budaya di
Malaysia. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang
mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan
masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Bagi negara kita yang
terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, penerapan nilai-nilai sivik
dalam diri setiap individu adalah sangat penting untuk memelihara keamanan dan
keharmonian negara kita. Antara nilai-nilai sivik tersebut ialah seperti hormat-menghormati,
kasih-sayang, toleransi dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru di sekolah khususnya guru
sekolah rendah perlu memastikan elemen mesra budaya dapat disemai di dalam kelas
semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan
suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.

2.0 Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya

Bilik darjah ini merupakan ruang yang dijadikan sebagai tempat untuk murid-murid
menjalani aktiviti pembelajaran. Manakala, budaya pula bermaksud sebagai tamadun atau
peradaban iaitu merujuk kepada kemajuan fikiran atau akal budi. Justeru, bilik darjah mesra
budaya ini merujuk kepada satu ruang pembelajaran yang digunakan oleh murid-murid yang
mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dalam melakukan aktiviti pdp. Jadi,
persekitaran bilik darjah mesra budaya ini melibatkan suasana pembelajaran dalam bilik
darjah yang kondusif serta didiami oleh murid-murid yang pelbagai latar belakang budaya
(Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2018).

Perkara ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membentuk individu dan masyarakat yang bersatu padu
dan saling hormat-menghormati dalam kehidupan berbilang kaum di Malaysia. Justeru,
terdapat beberapa aspek pengurusan bagi bilik darjah mesra budaya yang telah ditentukan
antaranya dari segi aspek fizikal, sosial, emosi dan sosiolinguistik. Setiap aspek tersebut
memainkan peranan bagi membentuk suasana bilik darjah tersebut menjadi lebih baik,
kondusif dan selesa untuk digunakan oleh murid-murid dan guru-guru.

3.0 Langkah-langkah bilik darjah mesra budaya dari aspek sosial, fizikal, emosi dan
sosiolinguistik

3.1 Sosial

Antara langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya yang perlu dilakukan
oleh guru ialah membentuk hubungan sosial yang positif dalam kalangan murid.

4

Menurut, Syed Ismail Syed Mustapha, & Ahmad Subki Maskom., (2010), aspek ini
merupakan perkara penting bagi mewujudkan lagi perpaduan dan kerjasama antara
murid-murid yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Contohnya, guru
boleh melakukan aktiviti berkumpulan seperti berlakon tentang kemerdekaan dengan
mencampurkan penglibatan murid Melayu, Cina dan India di dalam satu kumpulan.
Aktiviti ini dapat mengalakkan lagi murid-murid tersebut untuk mengenali antara satu
sama lain dan mereka turut bekerjasama dengan baik dalam melakukan tugasan yang
diberi. Oleh itu, hubungan sosial antara murid yang berbeza kaum ini akan menjadi
lebih erat dan mereka akan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, guru juga boleh memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan memelihara hubungan antara sesama kaum. Hal ini penting bagi
memastikan murid-murid tidak menyisihkan kawan-kawan mereka yang berbeza kaum
(Yong Hie Hie et al., 2018) Contohnya guru menceritakan tentang kisah-kisah
bagaimana tokoh-tokoh terdahulu berusaha bagi mendapatkan kemerdekaan negara
ini. Perkara ini dapat menimbulkan kesedaran dalam diri murid-murid dan mereka akan
saling berkawan antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Jelaslah bahawa, keharmonian dalam satu hubungan antara murid yang berlainan
kaum dapat dibentuk apabila semua bekerjasama antara satu sama lain.

3.2 Fizikal

Aspek fizikal ini merupakan salah satu konsep pengurusan bilik darjah mesra
budaya yang amat penting dalam abad yang mencabar ini terutamanya apabila
melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang
perlu dikawal oleh guru dalam aspek ini iaitu dari segi susunan tempat duduk atau
alatan perabot dalam kelas, keceriaan kelas dan keselamatan murid di dalam kelas.
Sebagai contoh, seseorang guru boleh menyusun atur tempat duduk murid-murid
dengan cara memvariasikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya
mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Manakala susun atur
kerusi dan meja pelajar tersebut perlu praktikal supaya pergerakan pelajar tidak
terganggu semasa melakukan aktiviti pdp (Che Nidzam Che Ahmad et al., 2016).
Rajah 1 di bawah merujuk kepada contoh susunan kerusi dan meja di dalam bilik
darjah.

5

Rajah 1 Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah mesra budaya

Selain itu, aspek keceriaan kelas yang mampu meningkatkan semangat dan
motivasi murid untuk belajar dan boleh meningkatkan prestasi murid (Syed Ismail Syed
Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2018). Contohnya, guru boleh mengecat dinding bilik
darjah dengan warna yang sesuai supaya ia dapat membantu untuk mengekalkan
keselesaan murid semasa belajar di dalam kelas. Manakala, aspek keselamatan turut
penting dalam langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya bagi aspek fizikal. Hal
ini kerana peraturan ini dibentuk bagi mengawal tingkah laku murid-murid dan
membentuk disiplin dalam diri mereka. Contohnya, murid-murid dilarang untuk
menconteng pada perabot hak milik sekolah seperti kerusi dan meja yang terdapat di
dalam kelas. Perkara ini sekali gus dapat mengawal tingkah laku murid-murid dan
membentuk disiplin dalam diri mereka.

3.3 Emosi

Pengurusan aspek emosi ini merupakan perkara yang paling penting dalam
mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya. Pengurusan emosi yang baik dapat
mempengaruhi fokus dan minat seseorang murid dalam pengajaran dan pembelajaran
(pdp) di dalam kelas. Menurut Halimah Abdul Majid et al., (2016), pengurusan emosi
yang berkesan akan menjadi motivasi atau kuasa dalaman yang akan membangkitkan
dan mengarah serta mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, guru perlulah

6

mengawal emosi murid-murid dengan baik supaya emosi mereka menjadi lebih stabil
dan perkara ini dapat membantu melancarkan lagi proses pdp di dalam kelas.

Justeru, guru boleh memberikan pujian serta galakan kepada murid tanpa
membezakan budaya dan kaum untuk terus menglibatkan diri dalam sebarang aktiviti
di dalam kelas. Contohnya, guru memberikan pujian yang sama kepada murid
berbangsa melayu dan bangsa apabila mereka selesai melakukan sebarang aktiviti.
Pengurusan emosi yang baik juga mempengaruhi pembentukkan hubungan yang baik
antara guru dengan murid yang berbeza latar budaya (Halimah Abdul Majid et al.,
(2016). Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kepimpinan demokrasi oleh guru semasa
pengurusan bilik darjah. Jadi, guru perlulah mengambil berat dan memberikan
perhatian dari aspek fisiologi atau akademik yang sama rata kepada semua murid
walaupun mereka terdiri daripada kaum yang berbeza.

3.4 Sosiolinguistik

Aspek sosiolinguistik ini juga merupakan aspek yang digunakan dalam
mewujudkan pengurusan bilik darjah mesra budaya iaitu melalui kecekapan
komunikasi antara budaya. Menurut Mok Soon Sang. (2011), sosiolinguistik adalah
satu bidang ilmu yang mengkaji tentang ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa dan tentang
pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Salah satu cara untuk
membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan. Guru boleh
menggalas tanggungjawab dalam membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa
rasmi dan budaya di samping menerapkan nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa
dan budaya semua etnik.

Sebagai contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah murid dikehendaki
menghasilkan kad ucapan raya yang kreatif. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mencungkil
bakat murid dalam dunia seni visual sahaja malah murid-murid juga dapat menambah
baik bahasa mereka melalui ucapan hari raya yang dihasilkan. Oleh itu, murid-murid
yang berlainan kaum juga dapat menghasilkan ucapan hari raya dengan ayat yang
baik dan gramatis dengan bimbingan guru. Seterusnya, melalui aktiviti kongsi cerita
raya dan lakonan hari raya, murid-murid boleh melatih kecekapan mereka berbahasa
melalui lisan. Dengan ini, mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik sesama
mereka dan orang lain.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, bilik darjah mesra budaya dapat dibentuk dengan praktikal apabila guru
melakukan setiap aspek langkah pengurusan bilik darjah tersebut dengan baik. Jadi, setiap

7

guru perlulah bijak dalam melakukan perancangan dan penyusunan di dalam bilik darjah.
Manakala, aspek emosi juga merupakan perkara yang perlu dititik beratkan oleh guru dalam
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Justeru, pembentukkan hubungan sosial yang
baik dalam kalangan murid yang berbeza kaum ini dapat membina kesepaduan hidup
bermasyarakat di negara dengan lancar. Seterusnya, kebolehan menguruskan aspek
sosiolinguistik dapat membolehkan guru memberikan panduan dan pilihan dalam membentuk
aktiviti pdp dalam bilik darjah mesra budaya. Oleh itu, setiap aspek pengurusan dalam
membentuk bilik darjah mesra budaya ini mempunyai peranan yang tersendiri.

8

Rujukan

Che Nidzam Che Ahmad., Noraini Mohamed Noh., Mazlini Adnan., Marzita Puteh. (2014).

Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan

Pembelajaran. Researchgate.

https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FI

ZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PE

MBELAJARAN

Halimah Abdul Majid., Leong. E. Y., Ean. C.B. (2016). Pengaplikasian Kecerdasan Emosi

dalam pengurusan sekolah. Kajian kes Pengetua.

Hie. H. Y., Ku Hasnita Ku Samsu., Zatul Himmah Adnan., Mohd Daud Awang., Adlina Ab

Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan
kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.
https://core.ac.uk/download/pdf/196236818.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2018). Budaya dan pembelajaran.

Sasbadi. Sdn. Bhd.

Marina Awang., Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran fizikal

bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan
Journal, 7.
pengajaran. Management Research

http://ojs.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1487/1071

Mok Soon Sang. (2011). Murid dan alam belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Norziati Abdul Rashid., Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., Zuraidah A. Majid.

(2011). Sri Pendidikan Guru Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Snd. Bhd.

9


Click to View FlipBook Version