REFLEKSI Kurikulum ini dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan yang dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang telah dibuat ke atas beberapa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang telah dilaksanakan di Negara-Negara maju di dunia. Di samping itu, ia juga direkabentuk berlandaskan teori dan falsafah yang mantap, yang mengintegrasikan kepelbagaian budaya dan agama selaras dengan suasana pelbagai kaum di Malaysia. Matlamatnya adalah bersifat global dan futuristik supaya menghasilkan generasi baru yang akan meletakkan negara di mercu tinggi dan setara dengan negara-negara maju di dunia. Konklusinya, pengurusan dan pentadbiran di TASKA akan menjadi lebih sistematik dengan adanya penelitian yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.
ASPEK PENGURUSAN KURIKULUM DI TASKA I II III IV Pelaksanaan pendekatan, kaedah dan strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dalam bilik darjah Luar bilik darjah Pengelolaan aktiviti Refleksi pemerhatian pengurusan kurikulum Kurikulum TASKA
KURIKULUM TASKA
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) menggunakan kurikulum PERMATA Negara dalam mendidik kanakkanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA Negara menggunakan pendekatan belajar sambil bermain yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, pendidik dan ibu bapa yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti. Aktiviti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan PERMATA disediakan untuk semua peringkat umur kanak-kanak, dari umur lahir hingga 4 tahun. Kanak-kanak, seawal usia 3 bulan juga boleh diterima untuk dijaga dan asuh di TASKA PERMATA. KURIKULUM TASKA?
PENDEKATAN, KAEDAH & STRATEGI PdP
PENDEKATAN Belajar sambil bermain Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi dan bersosial, melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti, belajar menyelesaikan masalah, membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri. Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, di samping meningkatkan kecergasan badan dan kemahiran koordinasi mata tangan. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif, pemikiran inovatif, kritis dan kreatif kanakkanak.
PENDEKATAN
KAEDAH Permainan Bebas Permainan Manipulatif Permainan Fizikal Permainan Bahasa dan Literasi Awal Permainan Sensori Contoh-contoh kaedah: 1. 2. 3. 4. 5. Kanak-kanak bebas memilih barang permainan yang mereka inginkan. Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa mereka memilih sesuatu alat permainan tdan membantunya membina pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan. Pendidik sentiasa peka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya. 1.
KAEDAH 2. Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Jenis main manipulatif yang disediakan perlulah mengikut umur kanakkanak. Contohnya, main Puzzle. 3. Dijalankan di TASKA sama ada di luar atau di dalam bangunan TASKA. Ianya melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanakkanak menggunakan tenaga dan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kordinasi deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak. Contohnya, melompat tali, belari, merangkak di dalam terowong dan lain-lain.
KAEDAH 4. Permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi melalui perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), mainan teka teki, berpantun, rhyming, berdrama setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh pendidik atau meniru tingkah laku yang diperhatikan. Contohnya: apabila kanak-kanak berada di sudut main masak-masak, mereka akan melakonkan watak seperti ibu, lainlain watak yang bersesuaian. 5. Permainan sensori memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan sepenuhnya deria sentuhan di mana kanak-kanak akan mengoyak, meramas, mengguli, menggentel, membentuk dan lain-lain permainan menggunakan tangan yang dapat merangsang saraf ke otak. Contoh permainan sensori ialah main pasir.
STRATEGI PDP
Kanak-kanak digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam ketiap aktiviti yang dijalankan di TASKA. Pendidik akan menjadi pembimbing kepada kanak-kanak ketika aktiviti ataupun sebarang proses pembelajaran berlangsung Pendidik lebih banyak menggunakan startegi pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan kerana kanak-kanak dapat berkomunikasi, bertolakansur dan bekerjasama dalam melakukan tugasan. . Strategi berpusatkan murid 1. 2. Strategi berpusatkan bahan Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan elemen penting yang sudah pasti akan menarik perhatian kanak-kanak untuk mengetahui dan menggunakannya. Kanak-kanak dapat mengembangkan sensori mereka apabila mengaplikasikan bahan maujud dalam pembelajaran. Ianya dapat merangkan imaginasi dan berlakunya perkembangan ilmu baharu. Contohnya, pendidik menggunakan gambar, audio, carta, ilustrasi, video, pembilang, lembaran kerja dan televisyen.
PENGELOLAAN AKTIVITI 12/6 - 23/6
Diambil daripada buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pendidik. Tema: Deria mendengar Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Isnin 12/6/2023 Jumaat 16/6/2023 Khamis 15/6/2023 Rabu 14/6/2023 Selasa 13/6/2023 Tema: Mendengar pelbagai bunyi Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: "Music chair" Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: Bunyibunyi haiwan Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: Bermain alat gendang Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang
Diambil daripada buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pendidik. Tema: Mengenali barangan di sekeliling Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Isnin 19/6/2023 Jumaat 23/6/2023 Khamis 22/6/2023 Rabu 21/6/2023 Selasa 20/6/2023 Tema: Teka bau (tutup mata) Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: Puzzle hidung Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: Hidung deria penting Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang Tema: Telefon ayah Kanak-kanak 3 tahun: 7 orang Kanak-kanak 4 tahun: 9 orang
Berikut merupakan contoh pengelolaan aktiviti yang berlangsung selama 2 minggu iaitu sepanjang tempoh saya melaksanakan PBS. Namun demikian, di TASKA terdapat 2 sesi pembelajaran/ aktiviti akan dilaksanaknan iaitu pada sesi pagi dan petang. Bagi sesi pagi, ianya berlangsung seperti yang saya nyatakan di slides sebelum ini. Bagi sesi petang, TASKA saya melakukan aktiviti permainan bebas, bercerita, menyanyi, dan akhir sekali melakukan refleksi berkaitan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Rekod aktiviti secara lebih terperinci telah saya simpan untuk dijadikan rujukan di dalam telefon.
Contoh RPH (aktiviti) S e s i p a g i S e s i p e t a n g
CONTOH PENGELOLAAN AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH
Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti, tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak. Aktiviti "Puzzle hidung" Aktiviti bermain alat muzik
CONTOH PENGELOLAAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti, tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak. Aktiviti menggosok gigi (klinik kesihatan datang ke TASKA). Aktiviti bermain taman permainan
REFLEKSI PEMERHATIAN PENGURUSAN KURIKULUM
REFLEKSI Kurikulum PERMATA Negara menitikberatkan nilai perkhidmatan yang berkualti, bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dalam aspek pengasuhan dan enam bidang pembelajaran yang telah ditetapkan. Kurikulum ini sewajarnya dilaksanakan dengan falsafah dan efikasi yang tinggi, dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti, agar tercapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendidik dan pihak yang menguruskan TASKA sebagai pelaksana utama hendaklah memastikan perincian mengenai Kurikulum PERMATA Negara, dasar dan garis panduan serta Piawaian Pelaksanaan Prosedur (SOP) dihayati dan dipatuhi sepenuhnya. Pendidik hendaklah sentiasa merujuk kepada pihak pengurusan sebelum mengambil apa-apa tindakan. Setiap keputusan atau tindakan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak di bawah asuhan mereka.
Alhamdulillah, selesai sudah tugasan 1. Sekian, terima kasih.