The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kamarul seorang murid yang terkenal di seluruh negara kerana kecermelangannya dalam sukan olahraga mula berasa besar kepala dan angkuh atas kejayaannya. Dia mula memperlekehkan rakan-rakan dan jurulatihnya seolah-olah mereka tidak memainkan peranan atas kejayaannya. Namun apabila pelari lain berhasil mengalahkannya,dia berasa insaf dan mula mempersiapkan dirinya untuk menyertai sukan SEA di Bangkok. Mampukah dia melakukannya?

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuralisyasyifa72, 2021-09-24 11:53:30

E-BOOK NOVEL PELARI MUDA

Kamarul seorang murid yang terkenal di seluruh negara kerana kecermelangannya dalam sukan olahraga mula berasa besar kepala dan angkuh atas kejayaannya. Dia mula memperlekehkan rakan-rakan dan jurulatihnya seolah-olah mereka tidak memainkan peranan atas kejayaannya. Namun apabila pelari lain berhasil mengalahkannya,dia berasa insaf dan mula mempersiapkan dirinya untuk menyertai sukan SEA di Bangkok. Mampukah dia melakukannya?

PELARI
MUDA

E-BOOK KESUSASTERAAN MELAYU
BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Nuralisya Syifa binti Adnan
PB211120
1 Khazin
MRSM Balik Pulau
GURU: Mohd Izzuwan bin Ahmad Sukri

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

Penghargaan ii
Tema iii
Sinopsis keseluruhan novel 1-2
Sinopsis bab 1 3
Sinopsis bab 2 3
Sinopsis bab 3 4
Sinopsis bab 4 5
Sinopsis bab 5 6
Sinopsis bab 6 6
Sinopsis bab 7 7
Sinopsis bab 8 7
Sinopsis bab 10 10
Sinopsis bab 11 11
Sinopsis bab 12 12
Sinopsis bab 13 13
Sinopsis bab 14 14

Sinopsis bab 15 15
Jadual Komsas 16
Binaan Plot 17
Teknik Plot 18

i

PENGHARGAAN

Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
dalam menyiapkan E-Book ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan capan terima kasih ditujukan kepada:
Guru-guru
Ibu bapa
Rakan-rakan serta pihak yang berkaitan

ii

TEMA

Tema novel Pelari muda ialah mengisahkan tentang
seorang murid yang terkenal di seluruh negara keran
kecermelangannya dalam sukan olahraga.Namuun
kejayaan itu membuatkan Kamarul menjadi
sombong,angkuh serta tidak berdisiplin semasa latihan.
Dia juga memperlekehkan kawan-kawan serta
jurulatihnya seolah-olah mereka tidak memainkan
peranan atas kejayaannya. Apabila pelari lain berhasil
mengalahkannya,dia mula berasa insaf dan meminat
maaf atas sikap sombongnya itu.Setelah itu Kamarul
mempersiapkan dirinya untuk menyertai perlawan di
sukan SEA...

iii

Sinopsis Keseluruhan Novel

Kamarul merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam sukan
olahraga dan pernah mewakili negara ke sukan SEA di Brunei. Seluruh
negara mengenalinya. Sejak mewakili negara,dia mula sombong dan
memandang rendah akan rakan-rakannya. Dia juga banyak kali
ponteng Latihan-latihan sukan. Dia yakin bahawa tahap kecergasan
masih seperti biasa walaupun dia tidak menghadiri Latihan sukan.Dia
dan Saridah,salah seorang sahabatnya,bergaduh kerana Saridah
menegur Kamarul atas kesombongannya. Setelah pergaduhan itu,
Kamarul tidak lagi menemui Saridah.

Mak Jah,ibu Kamarul menyedari bahawa anaknya itu sudah tidak
seperti dulu. Kebiasaannya selepas sarapan,Kamarul akan membaca
akhbar tentang sukan lebih-lebih lagi sukan kegemarannya iaitu sukan
Olahraga. Namun dia sudah tidak lagi membacanya. Mak Jah pun
bertanya kepada Kamarul apa yang tidak kena dengannya pada hari
itu.Kamarul yang muram itu pun mendongakkan kepala menghadap
ibunya dan cuba tersenyum.namun ibunya Nampak bahawa senyuman
itu tawar. Ibunya bertanya Kamarul dan Saridah bergaduh. Kamarul
pun menjawab bahawa mereka hanya berselisih. Seterusnya,Kamarul
segera bergerak untuk ke sekolah. Dia menaiki bas.

Semasa Latihan sukan, Encik Kadir mengarahkan Sures untuk
mengajak Kamarul untuk hadir ke Latihan.Namun Kamarul masih lagi
tidak hadir ke Latihan sukan. Sures yang pelik akan kelakuan Kamarul
yang mula sombong dan lupa diri itu pun mula marah akannya. Di
samping itu, di perpustakaan yang penuh murid itu,Saridah sedang
menunggu Kamarul. Dia pun mengeluh kerana Kamarul tidak datang.
Dia pun terus bergerak ke kelasnya. Di waktu balik, Saridah pergi ke
perpustakaan.Dia menulis surat kepada Kamarul dan memasukkannya
ke dalam buku teks Bahasa.

1

Kamarul selalu datang ke Latihan sukan lewat namun dia tidak
menghiraukannya namun dia juga meninggikan suara terhadap Encik
Kadir.Pada suatu hari,Kamarul dilanggar oleh kereta yang
menyebabkan dia perlu berada di Hospital. Dia mula menyedari
kesilapannya dan meminta maaf kepada Encik Kadir,Saridah dan
rakan-rakannya.mereka pun memaafkannya.

Semasa di Stadium Nasional di Bangkok. Dia berbicara dengan salah
satu pelari pecut terkenal yang berasal dari Filipina Bernama De Wega.
De Wega menasihatinya agar terus berusaha dan maju ke depan serta
tidak berputus asa jika menghadapi kekalahan.Semasa acara lari 100
meter bermula,Kamarul berada di Lorong kedua, Kamarul Berjaya
memenangkan pingat emas manakala Sures memenangi pingat perak.
Mereka sangat gembira.

Sesampainya mereka di Malaysia,Kamarul disambut oleh ramai orang.
Mereka semua mengucapkan tahniah kepadanya. Mereka sungguh
bangga akan kemenangan Kamarul yang dapat mengharumkan nama
sekolah.Itu merupakan kenagan yang indah bagi Kamarul dan rakan-
rakannya.

2

Sinopsis Bab 1

Setelah pulang daripada berjoging, Kamarul menunjukkan perubahan
akan sikapnya.Dia hanya makan sedikit di waktu sarapan .Ibunya Mak
Jah mengesyaki bahawa perubahan itu mungkin kerana pergaduhan
dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah betul apabila Kamarul mengakui
bahawa berlaku sedikit salah faham diantara dia dengan Saridah. Saridah
menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga
kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlet sukan
lumba lari. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang
berlaku itu dan pergi ke kelas Tingkatan 5B mencari Saridah untuk
memohon maaf namun Saridah tidak ada.

Sinopsis Bab 2

Sudah 20 minit Sures menunggu Kamarul datang.Sures kecewa kerana
Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan
Kampung Pandan. Sikap Kamarul yang mula berubah telah
menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula
risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan
seperti biasa. Disebabkan Kamarul tidak menghadirkan diri pada
petang itu, acara larian 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah tamat dari
latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Sures
terdengar bunyi deringan loceng basikal. Saridah datang bertemu Sures
kerana dia ingin bertanyakan tentang Kamarul. Sures berasa musykil
dengan masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul.
Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah itu tidak diperbesar-
besarkan.

3

Sinopsis Bab 3

Saridah berada di perpustakaan dan berharap agar dia dapat berjumpa
dengan Kamarul untuk menyelesaikan pergaduhan antara mereka
berdua. Walau bagaimanapun,Kamarul tidak muncul sekalipun.
Saridah berasa kecewa dan merasakan bahawa dirinya yang menjadi
penyebab Kamarul bersikap dingin. Dalam keadaan sedih dan resah
itu muncul salah seorang sahabatnya, Juriah bertanya tentang masalah
Saridah. Setelah diberitahu oleh Saridah, Juriah meminta Saridah agar
tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya
bahawa masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya
dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun
loceng tamat persekolahan telah berbunyi, dia berseorangan di dalam
bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah
membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah
mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Saridah meminta
pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang tidak bersampul
itu kepada Kamarul

4

Sinopsis Bab 4

Mak Jah memerhatikan Kamarul ketika dia hendak keluar
berjoging. Mak Jah dapat membaca isi hati Kamarul yang sedang
resah akibat masalah yang dihadapinya.Dia sangat mengambil berat
tentang anaknya. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak Jah
memberikan surat yang diterima olehnya kepada Kamarul. Kamarul
tertanya siapakah pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak
Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang
diterimanya itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datang daripada
Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah dalam penulisan
surat itu. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka.
Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayangkan dirinya
sedang beraksi dan kedengaran penonton pula bersorak dengan
bersemangat sambil memanggil namanya. Khayalan Kamarul
kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam
stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan
perasaan sayu mengingatkan Saridah.

5

Sinopsis Bab 5

Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada
masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat
Kamarul yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan.
Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya,
Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu
menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat
menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan
Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah
hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul
terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan
glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula
berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan
sedih.

Sinopsis Bab 6

Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap
kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures
kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan
pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan
negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya
tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul
tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan
respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul
memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak
perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.

6

Sinopsis Bab 7

Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca
kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah.
Pada ketika itu juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada
Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan kejayaan
Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah
bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama.
Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul
untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami
perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya
Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual,
merekapun pergi ke padang sekolah.

Sinopsis Bab 8

Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar,
berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua
Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi.
Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah.
Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal.
Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk
bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas
kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian
terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang
diceburinya.

7

Sinopsis Bab 9

Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan
rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang,
manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik
Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati
Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul
tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa
disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat

yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun,
Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak

melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan
tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat
perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan

sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa
menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya,

Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.

8

Sinopsis Bab 10

Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan
ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi
Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir
menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera
pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka
bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik
Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya
yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa
kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah.
Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa
terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul
mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu
Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam
dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik
Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir
memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah.
Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam
masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari
hospital.

9

Sinopsis Bab 11

Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan
yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan
ini membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah
bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di
pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji
kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan
hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa
prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di
rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang
terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik
sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.

Sinopsis Bab 12

Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas
ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi
semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak
muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya
antaranya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di
situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya
dalam sukan SEA di Bangkok itu.

10

Sinopsis Bab 13

Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal
sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke
Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang
akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau
bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat
dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan
kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega,
atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat
mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang
tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan
pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul
daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan
semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan
semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.

11

Sinopsis Bab 14

Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di
Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh
Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan
rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan
kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari
pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan
gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang
dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik
Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah
dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan
mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya
meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De
Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi
satu lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul
mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan
pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di
Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan
kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu
cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul
terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara
pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.

12

Sinopsis Bab 15

Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia
menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De
Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega
memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian
Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-
kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata
berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di
Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat
di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh
emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya.
Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.

13

JADUAL KOMSAS BAB 1

JADUAL KOMSAS BAB 2

JADUAL KOMSAS BAB 3

JADUAL KOMSAS BAB 4

JADUAL KOMSAS BAB 5

JADUAL KOMSAS BAB 6

JADUAL KOMSAS BAB 7

JADUAL KOMSAS BAB 8

JADUAL KOMSAS BAB 9

JADUAL KOMSAS BAB 10

JADUAL KOMSAS BAB 11

JADUAL KOMSAS BAB 12

JADUAL KOMSAS BAB 13

JADUAL KOMSAS BAB 14

JADUAL KOMSAS BAB 15

TEKNIK PLOT

BINAAN PLOT


Click to View FlipBook Version